Akhi, Anta Ni Tak Basah Lah!
[Kredit] |
Mata kita bersinar-sinar, berkaca-kaca. Hidung kita kembang kempis, kembang kempis. Muka kita penuh dengan keterujaan tahap gaban. Fokus dan perhatian kita hanya satu, khusyu' pada penyampaian/perkongsian yang sedang disampaikan di hadapan.
Pergh
pengisiannnya cukup menyentak kalbu. Perkongsian yang diberikan sungguh
menggugah jiwa. Taujihat yang disampaikan dengan penuh semangat dan
ikhlas itu, benar-benar membuatkan kita terasa seperti mahu pergi
berjihad ketika itu juga!
Dengan bahasa pasar tarbiyah dan dakwahnya, pengisian tersebut basah; cukup basah!
Arakian
kita sering ternanti-nanti pengisian dan taujihat yang sebegitu rupa.
Setiap kali menghadiri konferens riang, atau mendengar tazkirah ringkas,
atau mendapat iftitah padat ketika berbulatan gembira, hanya satu
sahaja yang kita dambakan; pengisian yang basah.
Apabila
kita berjaya menemukannya, maka kita bahagia. Gembira. Terasa ringan
kaki ketika berjalan pulang ke rumah. Terawang-awang. Otak ligat
mengulang tayang pengisian tarbawi penuh syahdu dan membelai kalbu.
Ewah. Tersenyum kita seorang-seorang ibarat orang yang kurang siuman lagaknya.
Sebaliknya,
apabila kita gagal mendapatkannya, kita berasa hambar dan hampa. KIta
berasa kechiwa dan sedikit lagi mahu terjun laut. Hati kita kuat
memberontak, merasakan betapa kita telah membazir masa dan merugikan
tenaga sahaja dengan pergi mendengar pengisian yang kering dan tidak
menyentuh jiwa. Dan kite terus mengomel dan mengomel dan mengomel. Maka
keluarlah dialog-dialog seperti:
"Ish kering betul pengisian tadi tu kan..? Kalau Ustaz Sakijo Suratman yang bagi, mesti best!"
"Benda apa la akh tu membebel seorang-seorang. Tak masuk langsung! Bilalah nak dapat dengan penyampaian yang lebih hidup dan segar..? Haihh..."
"Diorang ni tak faham ke apa yang anak-anak muda macam kita ni perlukan..? Ewah. Kita perlukan sentuhan-sentuhan rabbani yang benar-benar membelai hati, menghidupkan jiwa dan menggerakkan ruh! Allahu ghayatuna...! Ok tetiba."
"Kau perasan tak ramai gile orang tidur masa perkongsian tadi tu..? Mana taknya, bosan tahap lipan! Cobalah bagi ucapan ala-ala Anis Matta sikit, barulah dua ibu jari naik!"
"Akhi, anta ni tak basah lah..! Kering! Coba bagi basah sikit penyampaian anta tu. Baru masyuuukkk...!"
Nak basah sangat, pergilah terjun sungai tu! Atau saya simbah dengan sebaldi air sejuk perigi. Mahu..? Ohoi!
Ok sedikit emo di situ.
Bukan apa. Jika ditanya pada saya sekalipon, jujurnya saya pon sentiasa mahukan pengisian-pengisian yang benar-benar menyentuh jiwa, menggugah sukma dan menggoncang perasaan. Sehingga bisa menyebabkan saya menghiris bawang merah dengan kelajuan maksima. Sungguh!
Siapa yang tidak mahu taujihat tarbawi sehaibat nasihat Ustaz KH Rahmat?
Siapa yang tidak ingin merasakan sentuhan penuh nikmat, kata-kata penuh hikmat ala-ala Mufti Ismail Menk?
Siapa yang tidak teruja untuk mendengar penuh asyik, memerhati penuh khusyuk, kata-kata motivasi pembakar semangat segah Zakir Naik?
Malah saya sendiri mengakui, setiap kali saya diberi peluang untuk berkongsikan ilmu yang seciput di dada ini, pasti saya akan mencari jalan-jalan untuk menjadikan perkongsian saya itu menarik dan menyentuh hati. Akan saya coba selitkan dengna lawak-lawak jenaka agar pengisian saya tidak terlalu bosan jadinya. Pada masa yang sama, akan saya masukkan juga kisah-kisah penggugah jiwa dan pembakar semangat, agar sesiapa sahaja yang mendengarnya paling koman pon akan terangkat kening penuh keterujaan. Eheh.
Namun basahnya pengisian bukanlah tujuan. Basahnya perkongsian bukanlah matlamat yang tidak boleh tidak, mesti dan wajib dicapai. Basahnya taujihat yang diberi adalah penyeri, buah ceri yang menghiasi aiskrim dan bukannya isi, aiskrim perisa cokelat itu sendiri yang sudah tentunya akan menyebabkan anda menjilat jari. Err.
Basahnya pengisian adalah suatu bonus dan halwa telinga bagi si pendengar. Basahnya perkongsian adalah suatu nikmat dan rahmat untuk anda yang diizinkan olehNya untuk merasakannya. Dan basahnya taujihat yang disampaikan adalah perisa, perencah yang akan melazatkan lagi tazkiyatun nafs yang menyentuh hati.
Kerana saya khuatir, anda kebasahan itu yang dicari, andai kebasahan itu yang diburu, andai kebasahan itu yang dikejar, maka basah sahajalah yang kita dapat, dan tidak lebih daripada itu. Seperti orang yang terjun ke dalam sungai tetapi lupa untuk menyental daki dan menggosok gigi, maka hanya basah badan sahajalah yang diperolehi. Sedangkan badannya tetap berbau dan giginya masih berkarat. Wahahaha.
Asyik mengharapkan pengisian yang basah baharu nak bersemangat buat kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, alamatnya dah basah kuyup pon takkan bergerak-gerak juga. Kerana pasti ada sahaja yang tidak kena. Pasti ada sahaja yang tidak mencukupi. Belum basah lagi. Tak cukup lencun. Dah basah dah, tapi nak sebaldi lagi! Pppffttt. Mendambakan kebasahan hanya semata mahu memuaskan hati yang kering. Ketahuilah! Hati itu akan kekal kering andai ia tidak dibajak dan disemai dengan amal ikhlas yang berterusan!
Sampai nak basah macam mana baru nak puas? Nak basah macam mana baru nak bergerak? Nak basah bagaimana lagi baharu nak keluar ke medan dan berjuang..??
Geleng kepala.
"Akhi, kalau boleh, nak anta juga jadi penyampai, tak mahulah orang lain. Sebab anta bagi best, basah, sup suupp masuk terus ke dalam hati! Pergh."
"Boleh ke ukht bagi perkongsian tu..? Dia dah pernah dapat ke tajuk tu..? Ish, tak nak lah amik risiko. Nanti hadek-hadek semua komplen kata tak syok, camne..?"
"Eh, Akhi X tu terer kan bagi pengisian Babai Jahiliyyah? Rasanya kat seluruh galaksi bimasakti ni, memang dia seorang je lah pon yang boleh bagi dengan penuh perasaan dan semangat Otromen Lapan!"
"Alah bosanlah pergi bulatan gembira akak tu. Bosan! Membuatku rasa.. Kosong.. Kosong.. Eh. Mnghabiskan beras je pergi!"
"Ok saya ok je kalau dia tu yang sampaikan Saya Hot tu. Tapi, err, dia dah cukup hot ke..? Eh."
Ok abaikan dialog yang terakhir tu.
Begitulah. Saya sering mendengar kata-kata sedemikian rupa. Itulah antara simptom-simptom kepada kebasahan yang diburu, dan bukannya isi dan ruh taujihat itu sendiri.
Akibatnya, ramai bakat-bakat baru tidak dapat dicungkil, hanya kerana takutkan risiko mencoba mereka yang masih belum berpengalaman. Malah menjadikan mereka ini rendah diri yang teramat, cuak, ketar lutut, gigil siku dan berdebar-debar jantungku, apabila diminta memberi pengisian, hanya kerana harapan dan jangkaan yang diletakkan setinggi Gunung Kinabalu agar tajuk yang disampaikan nanti basah dan mengalirkan air mata.
Aduhai.
Tapi Inche gabbana... Kami nak berikan yang terbaik kepada hadek-hadek yang mendengarnya. Kalau orang yang tiada pengalaman, kering je bagi, kasihanlah hadek-hadek tu nanti.. Terpinga-pinga diorang nanti, tak faham satu benda!
Ya, saya faham kerisauan anda itu. Percayalah, saya faham benar dengan situasi sebegitu. Malah sememangnya saya amat galakkan semua ikhwah dan akhawat untuk sentiasa memperbaiki diri, memperbanyak bacaan, menguasai teknik-teknik menyampai dan sentiasa berlatih untuk membina diri menjadi muwajjih yang cemerlang, gemilang dan terbilang! Eheh.
Tapi kebasahan itu sebenarnya tidak terletak pada butir-butir kata yang keluar daripada mulut si penyampai. Kebasahan itu rahsianya bukan tersimpan pada gerak badan dan raut muka si muwajjih. Dan kebasahan itu tidak pula akan terhasil apabila si penceramah melompat-lompat penuh semangat, dan melaung-laungkan kalimah berapi yang penuh berbara. Tidak.
Tapi kebasahan itu rahsianya pada hati; hati yang menerima dan hati yang memberi.
Hati yang menerima perlulah lapang dan besar. Dan ikhlas menerima.
Dan hati yang memberi sewajibnya juga tulus dan penuh ikhlas, memberi tidak lain melainkan untuk memburu chenta dan redhaNya.
Jika syarat mudah ini dipatuhi, ha, hatta mendengar ucapan yang sumpah monotones dan membosankan pada pandangan biasa, boleh jadi basah dan menyegarkan! Wah!
Kerana itulah tarbiyah; ia bermain dengan hati. Apabila bercakap tentang tarbiyah, subjek utamanya adalah hati. Andai tarbiyah itu suatu perniagaan, maka pelanggan tetap dan yang paling utamanya adalah hati. Andai tarbiyah itu titisan hujan yang menyegarkan, maka tempat bertakungnya air hujan itu adalah tanah yang akan menumbuhkan bunga-bunga dafodil cantik lagi menyedapkan mata.
Epik.
Basah atau kering, itu tidak penting. Basah atau kering, itu nombor dua. Basah atau kering, bukan itu yang kita damba.
Tapi yang kita mahukan adalah keupayaan hati untuk menapis segala apa yang masuk dan kita dengari, segala apa yang kita baca dan teliti, menjadi pembersih dan penyuci hati. Yang kita benar-benar harapkan adalah tarbiyah yang kita terima berjaya menjadikan jiwa kita peka dan sensitif, hanya menyerap fikrah yang akan menguatkan keimanan dan mengukuhkankan semangat perjuangan kita di atas jalan ini.
Agar andai sekering mana pon ilmu yang masuk ke dada, kita punya upaya untuk membasahkannya. Agar yang tinggal, tumbuh segar duduk diam di dalam hati itu, hanyalah bunga-bunga chenta yang benar-benar basah, disirami dengan embun rabbani dan hujan kasih sayangNya.
Senyum.
-gabbana-

"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah..?"
[al-Hadid, 57:16]

Dakwah is not about peaching hard, it's about reaching hearts. [Kredit] |
Jika syarat mudah ini dipatuhi, ha, hatta mendengar ucapan yang sumpah monotones dan membosankan pada pandangan biasa, boleh jadi basah dan menyegarkan! Wah!
Kerana itulah tarbiyah; ia bermain dengan hati. Apabila bercakap tentang tarbiyah, subjek utamanya adalah hati. Andai tarbiyah itu suatu perniagaan, maka pelanggan tetap dan yang paling utamanya adalah hati. Andai tarbiyah itu titisan hujan yang menyegarkan, maka tempat bertakungnya air hujan itu adalah tanah yang akan menumbuhkan bunga-bunga dafodil cantik lagi menyedapkan mata.
Epik.
Basah atau kering, itu tidak penting. Basah atau kering, itu nombor dua. Basah atau kering, bukan itu yang kita damba.
Tapi yang kita mahukan adalah keupayaan hati untuk menapis segala apa yang masuk dan kita dengari, segala apa yang kita baca dan teliti, menjadi pembersih dan penyuci hati. Yang kita benar-benar harapkan adalah tarbiyah yang kita terima berjaya menjadikan jiwa kita peka dan sensitif, hanya menyerap fikrah yang akan menguatkan keimanan dan mengukuhkankan semangat perjuangan kita di atas jalan ini.
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai."
[al-A'raf, 7:179]
Agar andai sekering mana pon ilmu yang masuk ke dada, kita punya upaya untuk membasahkannya. Agar yang tinggal, tumbuh segar duduk diam di dalam hati itu, hanyalah bunga-bunga chenta yang benar-benar basah, disirami dengan embun rabbani dan hujan kasih sayangNya.
Senyum.
-gabbana-
7 Caci Maki Puji Muji:
Iyyaaa!!! Kelihatan kering tapi sebenarnya sentiasa basah.
perkongsian dari hati yang ikhlas boleh menyentuh hati yang mendengar. dengan izin Allah
setuju setuju! :D
saya kurang setuju......saya rase ape2 pon, kena tengok waqi'...bukan semua waqi' boleh buat semberono je..waqi' yang perlukan pelapis, sangat perlukan strategi...ape salahnya pilih penceramah...bukan semua orang mampu bagi semua tajuk....dan x salah pon untuk ade strategi...kalau waqi' (contohnya kat UK ni), x ramai tenaga taujih tarbawi...nak xnak kena pilih orang untuk sampai kan tajuk2 yang membuka mata contohnya ISK, SH...kalau balik malaysia yang tiap2 minggu ade je tempat yang buat ISk, then, xpela, nak panggil sape2 pon...kalau adik2 terlepas dengar ISK sekali, boleh ajak lagi kali kedua...tapi kena faham setiap waqi' berbeza..kat UK ni serba kekurangan, tenaga taujih tarbawi x ramai, mase yang ade sangat sikit, dan semua benda jadi berharga...kalau la kita x plan betol2 dan x buat yang terbaik, kita x all out habis2..saya faham yang segala benda di tangan Allah, dan basah x basah tu adalah atas iman, bukannya kata2...tapi x salah ade strategi dan berikan amanah pada orang yang ahli dalam sesuatu tugas tu...kalau orang tu x pernah dengar SH dan x pernah buat tugas SH, susah untuk dia sampaikan perasaan SH tu kat pendengar...mungkin saya slah paham dengan maksud encik gabbana, tapi saya xtau kenapa, mungkin waqi' kat malaysia tu menyebabkan encik gabbana rase dan pikir camni..mungkin kalau balik malaysia, saya pon akan rase macam ni..tpi saya rase macam x best dengan post encik gabbana...
saya faham encik gabbana dibesarkan dalam suasana yang dikelilingi oleh orang2 qawiyy..dapat taujih dari ustaz2 dan kawan2 yang sangat2 menggerakkan...tapi encik kena faham bukan semua orang beruntung macam encik gabbana..ade orang2 yang dah berapa lama dia x dapat sentuhan tarbiyah yang menusuk ke hati..nak hidup di UK berbekalkan ape yang dapat mase ditarbiyah di kolej persediaan dan berbekalkan taujih2 waktu cuti summer, memang cukup memeritkan..pergi daurah dalam keadaan yang kita tahu daurah tu xkan meningkatkan kita...teruji benar titik tolak kita di jalan dakwah ini...dan apabila perkara ini berlaku pada diri kita, seboleh2nya kita xnak adik2 binaan kita rase pedihnya benda ni...dan kita akan try buat yang terbaik...akan try pilih tajuk pengisian dan penyampai yang bagus...memang hakikatnya, bukan semua orang boleh menjadi tenaga taujh tarbawi...dan kita nakkan yang terbaik untuk adik2 binaan kita...dalam mase buat benda tu, x nafi kita tawakkal sepanjang masa pada Allah...tapi at least kita dah try buat yang terbaik..mungkin benda ni x applicable pada encik gabbana, tapi mungkin kalau encik gabbana berada dalam waqi' yang sebegini, encik akan lagi faham...
kadang2 encik perlu bercakap perkara yang positif, jangan demotivate orang lain..kesian para nuqaba' di luar sana yang berterusan berusaha tapi usaha mereka di komen...bila nak pilih penyampai, kita di cop judgemental...hmm..
Pengajaran saya dapat dari artikel ini:
1) Artikel ini bukan suruh kita leka dalam memilih penyampai / meneliti bahan penyampaian
2) Artikel ini mengajak Pendengar untuk lihat apa yang ingin disampaikan lebih dahulu dari siapa yg menyampaikan. Dai / Murobbi perlu mendidik mad'u / mutorobbi agar siap siaga mendapatkan isi utama kpd setiap penyampaian - indikasi kita nak terima nasihat utk penambahbaikan serta muhasabah diri. Kalau tak diperingatkan, takut ramai mutorobbi akan jadi seperti mereka yg hanya suka nak membetulkan penyampai, bukan membetulkan diri
3) Artikel ini juga mengajak (secara tersirat) kita membersihkan hati kita. Pengalaman peribadi, walau pernah dengar penyampaian yang nampak hampeh pada zahirnya, tetap juga ada nasihat yg baik terselit dan layak utk dicatat dalam buku catatan saya. Yg penting hati kena niat betul-betul nak dapatkan sesuatu yg baik, Allah pasti akan menerangkan dada hingga mampu secara halus mengambil kebaikan dari setiap penyampaian
4) Tentang penyampai perlu memperbaiki diri, tunggu artikel lain pula dari Enche Gabenor [^_^]. Setiap dari kita jangan tunggu penyampai yg baik sahaja. Kita sendiri kena lihat bagus tak kita bila menyampaikan bahan tarbiya. Biarlah kita yg jadi Penyampai yg baik itu
owh okay...jzkk Omar atas perkongsian..saya dah nampak dari sudut yang lain...
Post a Comment