Alangkah Lucunya Negeriku Ini!
[Kredit] |
Aku melihat umat di luar sana, dengan
penuh telus dan berhati-hati, dan aku tidak dapat menahan diriku daripada
ketawa berdekah-dekah. Silap haribulan, akan ketawa berguling-guling pula!
Mengapa?
Aku melihat terlalu ramai manusia yang
tidak faham akan ad-deen yang mereka anuti. Mereka dakwa mereka muslim, sudah
bergabung dengan agama ini sejak azali lagi, namun akhlak dan perilaku mereka
jauh sekali daripada apa yang dikehendaki oleh Islam. Mereka sangka mereka
sudah benar-benar faham akan sunnah agama ini, namun rupa-rupanya mereka keliru
dan tertipu, kerana kefahaman mereka berasaskan nafsu dan bukannya wahyu.
Akibatnya? Mereka jauh, jaaauuhhh daripada menunaikan hak agama ini. Dan mereka
larut dengan amal ibadah sendiri, syok dan leka menjadi baik seorang diri.
Kah kah kah! Alangkah lucunya negeriku
ini!
Aku melihat kumpulan-kumpulan yang
mendakwa diri mereka pejuang agama yang mulia ini, sibok menyerang integriti
dan kredibiliti sesama mereka. Terlalu asyik mengeluarkan fakta (dan auta?)
untuk menegakkan hujah kononnya merekalah yang paling benar dan bergaya.
Kemudian leka pula mencari dalil untuk mempertahankan kumpulan-kumpulan mereka
ini apabila teruk diasak. Aduhai kalian, bukankah di pundak kalian terletak
amanah yang cukup agung dan mulia? Di mana akhlak kalian sebagai seorang dai'e?
Di mana perginya ihsan kalian sebagai seorang hamba..?? Dan tahukah kalian, di
kala kalian begitu tegar dan khusyu' bertekak dan berbalah, umat di luar sana
terus-menerus larut dalam jahiliyyah, saban hari parah dibelasah..?
Wahahaha! Alangkah lucunya negeriku
ini!
Aku melihat robot-robot manusia di luar
sana, yang begitu asyik dan bersungguh mengejar kepuasan dunia. Semuanya sama;
tua, muda, miskin dan kaya, semuanya pon kembang kempis hidung memburu kekayaan
harta dan status yang sementara. Rutin mereka sama sahaja setiap hari dan
ketika. Bangun pagi gosok gigi, bersiap untuk ke kelas/kantor, kemudian
seharian dihabiskan di sana, petang kepenatan, malam berehat dan bersuka-ria.
Hujung minggu pantang diganggu kerana itulah masanya robot-robot ini mahu
mengecaj semula tenaga mereka. Sebulan sekali gembira bukan kepalang apabila
robot-robot ini mendapat upah mereka, hanya untuk dihabiskan berjoli dan
berfoya-foya. Waduh, sudah lupakah robot-robot ini mereka berkhidmat untuk
siapa...??
Kikiki. Alangkah lucunya negeriku ini!
Aku melihat golongan yang kaya terus
rakus dan buas memburu kekayaan, walhal pada masa yang sama, golongan miskin
dan fakir tegar saban hari mengikat perut menggaru kepala, diri sendiri tidak
pasti bagaimanakah masa hadapan untuk mereka. Negara yang begitu kaya dengan
hasil mahsulnya; minyak mentah, minyak kelapa sawit, minyak angin cap kapak,
eh, getah, emas dan entah macam-macam lagi khazanah yang masih belum diterokai
sepenuhnya, dikuasai oleh segelintir manusia tamak haloba yang hanya
mementingkan poket dan perut mereka. Negara yang sepatutnya sudah lama maju dan
makmur ini, terus terkebelakang dan ditinggalkan jauh negara-negara lain, dek
kecuaian, korupsi, pengkhianatan, pecah amanah dan penipuan besar-besaran dalam
menguruskan negara ini.
Kehkehkeh. Alangkah lucunya negeriku
ini!
Aku melihat sekelompok rakyat yang
fasiq, yang dengan membuta-tuli meyokong dan melantik para pemimpin yang juga
fasiq. Mereka seronok dirasuah, disuap, dikenyangkan dengan hiburan melampau
dan tidak hirau dipijak kepalanya dan diperalatkan untuk kepentingan pemimpin
yang zalim lagi hina ini. Benarlah, manusia yang fasiq akan bekerja keras untuk
memastikan manusa yang fasiq dalam kalangan mereka jugalah yang akan naik
sebagai pemerintah dan pemimpin mereka, agar mereka dapat meneruskan kefasiqan
mereka dengan riang gembiranya. Tidaklah mereka sedar, nasib mereka tidak ubah
seperti rakyat Mesir suatu ketika dahulu, yang diperkotak-katikkan oleh Firaun
menggunakan teknik dan kaedah yang sama!
Ahahahah! Alangkah lucunya negeriku
ini!
Aku melihat betapa ramai manusia di
luar sana yang tidak dapat membezakan antara alat dan matlamat. Alat yang
sepatutnya ditunggangi dan dimanfaatkan untuk mencapai matlamat, kini menjadi
halatuju akhir dan tujuan hidup yang mesti dikecapi. Mereka larut dengan
keasyikan nikmat-nikmat sementara yang dipakejkan bersama-sama dengan alat ini.
Ada yang gugur dengan politik, menyangkakan politik adalah segala-galanya. Ada
yang futur dengan kerjaya, terlalu sibuk mahu menjadi pekerja cemerlang dan
terbilang, sehingga terlupa dia bekerja untuk apa. Ada yang tersungkur dengan
insan dan manusia tersayang, sehingga chenta dan rindunya tidak sampai kepada
Allah di atas sana. Dan yang lebih mengangakan mulut dan menggaru kepala,
mereka ini sanggup dan sering bertengkar dan bergaduh sesama sendiri, hanya
sahaja mahu mempertahankan alat mereka yang mereka sangka adalaha
segala-galanya.
Thihihihi. Alangkah lucunya negeriku
ini!
Aku melihat betapa ramai manusia di
luar sana yang masih tidak tahu dan tidak sedar apakah tujuannya mereka
dijadikan di muka bumi ini. Semata-mata mahu menjual nasi lemak kukus sambal
kerang pedas? Sekadar mahu menonton telebisen siang dan malam, pagi dan petang,
dari cerekarama ke telenobela? Setakat mahu ke bekerja Isnin Jumaat kemudian
berlibur gembira di hujung minggunya? Kemudian merasa cukup dengan tonggang
tonggek lima kali sehari, sekali kala berpuasa sunat, cukup haul bayar zakat
dan kalau mampu terbang ke padang pasir sana dan menunaikan haji penuh berkat?
Kuikuikui. Alangkah lucunya negeriku
ini!
Aku melihat sungguh ramai manusia di
luar sana yang menjadi hamba kepada hawa nafsu mereka. Menjadi kuli kepada
harta dan macai kepada pangkat dan kedudukan yang menjanjikan pesona dunia.
Mereka sanggup bekerja hingga lewat malam semata-mata mendambakan pujian dan
tepukan di bahu. Mereka sanggup tidak solat dan melakukan perkara-perkara haram
hanya kerana tidak mahu mengechiwakan hati pelanggan. Maksiat dan kemungkaran
menjadi hobi di waktu lapang, kegembiraan di wakti senggang. Mereka sanggup berbuat
apa sahaja asal hawa nafsu mereka bahagia, ceria. Namun mereka tidak pernah
puas! Hatta diberi emas setinggi gunung sekalipon, bunga-bunga dafodil seberat
gajah Afrika sekalipon, mereka tidak akan pernah puas!
Bhahahaha! Alangkah lucunya negeriku ini!
Aku melihat para dua't di luar sana
yang mengalami penyakit dan simptom yang aneh dan ganjil sekali. Mereka
mendakwa diri mereka pembawa obor perjuangan agung sepanjang zaman, namun
mereka juga yang banyak sekali mendatangkan fitnah kepada agama ini. Mereka
ikhwah di luar medan amal sana, tapi bertukar menjadi raksasa gorgon di tempat
kerja atau selainnya. Oh tidak mengapalah kita keluar berdua-duaan, I kan bos
you..? Panah petir. Oh ok je kita keluar makan sama-sama, kita kan satu study
group? Gempa bumi. Cakap bukan main lebat, tapi amal semput tak ingat. Status
dan kicauan, pergh, macam syaikh tukang keluar fatwa. Tapi di dunia sebenar,
dia si tukang penyebar bencana. Apabila ditanya mengapa, ini jawapannya:
"Ala akhi, biasalah manusia. Ana begitu juga, tidak terlepas berbuat
dosa."
Ok itu tidak lucu. Eh?
Dan aku melihat, betapa ramai Muslim di
luar sana, tapi mereka hanyalah buih-buih kosong di lautan. Aku melihat, betapa
ramai yang mengaku ummat Muhammad, tapi mereka membenci dan mencela sunnahnya.
Aku melihat, ramai yang melaung bangga para sahabat Nabi adalah ikutan mereka,
namun tidak pernah sekali mengkaji dan mencontohi akhlak dan kehidupan mereka.
Aku melihat sungguh ramai orang yang mengaku al-Quran itu benar, ia wahyu dari
langit, tetapi terlalu sedikit yang membacanya, apatah lagi mengamalkannya. Aku
melihat terlalu ramai yang mahukan keadilan, kedamaian dan keamanan, namun
tanpa sedar, nafsu serakah mereka yang buas dan kepentingan diri mereka yang
syaitonirojim itu telah menzalimi segalanya.
Wahai! Alangkah lucunya negeriku ini!
Kah kah kah khheerruppgghh *buang kahak* [Kredit] |
Ya,
lucu bukan..? Khalakar bukan..? Menggelikan bukan..?
Ya,
inilah negeriku. Penuh dengan jenaka. Sarat dengan lawak komedi bertaraf
antarabangsa!
Dan
aku tertawa kerana kelucuannya.
Bukan
tertawa pada apa-apa. Bukan juga pada siapa-siapa. Tetapi aku tertawa pada diri
aku sebenarnya, pada kebodohan diriku. Pada kejahilan diriku. Pada jahiliyyah
dan kezaliman diriku.
Alangkah
lucunya diriku ini, makan popkon panas di atas sofa yang empuk, melihat sahaja
apa yang berlaku pada ummah ini.
Alangkah
lucunya diriku ini, masih boleh tidur lena dan tertawa gembira sedangkan ummah
dipijak, dihenjak setiap masa.
Alangkah
lucunya diriku ini, masih boleh syok sendiri dengan dakwah yang ku bawa ini,
sedangkan ia masih terlalu jauh dengan apa yang diperjuangkan Nabi.
Alangkah
lucunya diriku ini, masih ada masa untuk mencerca golongan itu dan mengkeji
kumpulan ini, walhal masih terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.
Dan
alangkah lucunya diriku ini, punya keberanian dan kemahuan untuk mentertawakan
negeriku ini sedangkan...
Aku
juga adalah sebahagian daripada negeri ini.
"Maka pada hari ini (hari pembalasan), (giliran) orang beriman mentertawakan orang kafir..."
[al-Muthaffifin,
83:34]
Nanges.
-gabbana-
16 Caci Maki Puji Muji:
assalamun alaik ! ni nak tanye ni ~ hehe>,< ni daa x tau nak tanye kat mane . . boley terangkan secara rasional knpe pabila lelaki & perempuan ajnabi brsentuhan akan batal air semayang ? hehe . .
alangkahnya kecilnya font nie.. bleh standardkan ke bro?
"Benarlah, manusia yang fasiq akan bekerja keras untuk memastikan manusa yang fasiq dalam kalangan mereka jugalah yang akan naik sebagai pemerintah dan pemimpin mereka, agar mereka dapat meneruskan kefasiqan mereka dengan riang gembiranya"
Nanges
Maaf, ada masalah teknikal sket dengan beloger. Haihh..
IAllah akan diusahakan. Doakan.
lucunya negeriku ini..
apabila ada sekelompok yg mendakwa diri mereka pejuang agama, mereka sibuk mengkritik perjuangan pejuang agama yg lain sdgkan bahaya umat yg lebih besar( syiah, liberalilasi,plularisme )didiamkan.
Saat ak merasa akulh yg pling hebat dn sempurna dkalangan rkn2 yg jahil,,rupany ak bukan siapa2..Allahurabbi... TT.TT
Nta takde sense of humor. X KELAKAR LANGSUNG!
Nanges T:T
Allah! Masih kurang amal kita.... nanges.
sedih melihat negeri kita
tapi sedih lagi melihat diri kita
Allah !
moga lebih kuat utk berbuat taat
syukron atas ingatannya
alangkah sedihnya kerana aku juga sebahagian dari negeri ini.
*nanges.
nanges!!!
moga diberi kekuatan..
aku sebahagian negeri ini . nanges .
entri yg buat ana terfikir . # nanges .
nanges
Alhamdulillah dan terima kasih.
terima kasih untuk menyedari yang anda juga sebahagian dari negeri ini dan Allah juga yang telah membenarkan anda tersedar akan bahagian anda.
Post a Comment