6 January 2013

Pertandingan Video Osem APG '12: Hasil Mahsul #4


Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Misciko
Nama Video: Aku Bukan Robot!
Tema: Aku Bukan Robot!
Sinopsis: “Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (Adz-Zariyat:56) Video ini mengisahkan tentang insan bernama 'aku' yang ingin berubah dari hanya menjadi tin kosong kepada menjadi SESEORANG. Segalanya telah digariskan ALLAH di dalam Al-Quran namun kita lalai dengan permainan dunia. Aku bukan robot! Ya, anda bagaimana?



Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: indiekiddie
Nama Video: The Empire Strikes Back!
Tema: The Empire Strikes Back! (The revival of the ummah)

Sinopsis: Islam pernah menang, jatuh semula dan insya Allah akan bangkit kembali untuk memerangi segala fitnah di muka bumi. Pengakhiran yang pasti, telah termaktub dalam Al-Quran dan termeterai melalui As Sunnah. Sungguh, janji Allah itu benar. 



Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: ashabulislam
Nama Video: Seketul Daging
Tema: Aku Bukan Robot (Tujuan Hidup)
Sinopsis: Mengisahkan 2 cotnoh kehidupan manusia yang berbeza pada umur dan pekerjaannya. Pada pandangan mata kasa, mereka seperti manusia biasa yang melakukan rutin harian seperti biasa. Akan tetapi, niat dan tujuan mereka untuk mencari keredhaan Tuhan membezakan segala-galanya. Seketul daging, yakni hati yang menguasai segala-galanya (yakni iman adalah mutiara di dalam hati manusia). Sesungguhnya manusia mempunyai niat dan tujuan hidup.


 

Kategori: BAA
Tukang Buat Video: TheSyakirah94
Nama Video: Donut
Sinopsis: Donut is a story about a mother who cares a lot of her daughters and the love between sibling. It starts when Nadia as a older sister thought that her mother loves the younger sister more. But she doesn't know about the secret that her mother kept since long time ago. The climax reaches when their mother had passed away and many things had been revealed.

Alhamdulillah, termasuk yang ini, sudah enam belas Video Osem 2012 disajikan kepada anda semua. In Shaa Allah ada lagi tiga video yang belum ditayangkan, menjadikan jumlah penyertaan kesemuanya adalah sembilan belas buah video. Hoyeah.

Moga menjadi saham-saham sorga kita semua di akhirat nanti, biidznillah. Senyum.

Nota kaki busuk: Dengarnya, ada Anugerah Juara Lagu malam ni..? Betulkah? Sebelum anda menontonnya, nak tanya dahulu.. Sudahkah anda menjadi juara solat dan Quran, untuk mencari keredhan Tuhan..? Oh tak perlu jawab kuat-kuat. Tepuk dada laju-laju, dan tanyalah iman sambil mengalirkan air mata syahdu! Ahah.

-gabbana- 

Tak sabar nak habiskan cepat-cepat Pertandingan Video Osem APG 2012 ni..! Doakan agar segalanya dipermudahkan!
 

1 Caci Maki Puji Muji:

Miftahul Jannah 08/01/2013 08:43  

MisCiko chan...

alhamduliLlah...I support u

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP