Keyakinan Diri Tahap Moksya
[Kredit] |
Seorang akan kekal di Ireland, menjaga dan mengurus kawasan yang sedia ada. Manakala tiga lagi akan keluar kawasan untuk mencari dan menjajah membuka kawasan baru. Keluar kawasan mereka bukan keluar kawasan yang biasa-biasa. Keluar kawasan mereka adalah keluar kawasan yang bukan calang-calang tarafnya, bisa sahaja menggegarkan dunia.
Anda bersedia untuk melopongkan mulut besar tanda penuh tdak terpercaya..?
Seorang ke Perancis, mencari hadek-hadek untuk dibulatangembirakan di sana. Seorang ke Mesir untuk tujuan yang sama. Dan seorang lagi pula ke tanah besar yang kononnya ditemui oleh Christopher Columbus, Amerika juga untuk niat dan hasrat yang sama.
Percayalah, kerana ini adalah kisah benar.
Tersebut juga kisah, beberapa orang pelajar di sebuah kolej di rimba belantara di tanah jajahan jin rambut tocang, Kolej Maha Busy nama diberi. Akibat tidak kondusif suasana dan keadaan untuk berdakwah di dalam kolej ketika itu, mereka juga telah membuat keputusan (atau keputusan itu dibuat oleh orang lain. Eheh.) untuk keluar dari kolej. Mereka tidak duduk-duduk sahaja dan beralasan, "Oh tiada medan di sini; jadi nak buat macam mana? Lek lek lu, isap okok lu!" atau "Dah ditakdirkan keadaan di sini begini, maka kami terima sahajalah.." atau "Ish dakwah tu tak semestinya kena bawa bulatan gembira je en..? Banyak je benda lain kami bolehbuat di sini, In Shaa Allah.."
Mata pandang ke atas. Seekor burung pipit terbang melintas lalu.
Anda tahu apa yang mereka lakukan? Oh anda sudah bersedia untuk ternganga mulut pula..? Sebelum itu, tanamkan dalam kepala anda yang mereka ini baharu anak-anak sahaja dalam tarbiyah ketika itu. Baru sangat dilanggar oleh Makcik Hidayah!
Mereka telah keluar membawa bulatan gembira di dua buah institusi yang lain, yang mana kedua-duanya amat jauh dari kolej mereka sendiri. Ada yang ke Universiti Nak Ingat Mati dan ada juga yang ke Kolej Yang-dirahsiakan-namanya. Pergghhhh. Kalaulah anda tahu umur mereka ketika itu, berapa lama mereka berbulatan gembira dan jarak sebenar antara kolej mereka dengan institusi yang mereka serang itu, saya jamin sekarang juga anda akan sujud taubat sambil air mata mengalir cepat!
Dan tersebut satu lagi alkisah seorang al-akh di Indonesia. Diceritakan bagaimana dia pernah membawa dua puluh buah usrah. Ya, DUA PULUH. Rasa macam mahu tampar diri-sendiri sekuat hati bukan? Kemudian, dia datang ke Malaysia untuk menyambung pelajarannya doktor falsafahnya. Pada masa yang sama, dia bertungkus-lumus membantu kerja-kerja dakwah ikhwah Indonesia di sini, juga menyumbang tenaga dan buah fikiran untuk dimanfaatkan oleh ikhwah Malaysia. Ketika itu juga, dia bertanding untuk menjadi Tuan Gubernor di Padang, Indonesia atas tiket Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di tengah-tengah kesibukannya yang melampau-lampau itu. Anda tahu apa keputusan pemilu Gubernortorial itu..? Dia menang.
Mata terbeliak, mulut ternganga besar. Meleleh air liur.
Ya, semua yang saya kisahkan di atas adalah cerita benar-benar belaka. Ia bukan kisah dongeng. Bukan legenda urban yang boleh diragui kesahihannya. Bukan juga teori konspirasi makhluk asing yang tinggal di luar sistem suria kita. Tiada yang lain melainkan kebenaran.
Sayugia ia membuatkan kita tertanya-tanya dalam kebingungan. Apa rahsia mereka? Apa yang mereka makan sehingga boleh menjadi hebat sebegitu rupa? Adakah mereka merupakan keturunan Super Saiya peringkat kelima, yang apabila bulan mengambang, akan bertukar menjadi raksasa gorila? Eheh.
Bukan. Malah mereka adalah manusia biasa seperti kita. Mereka makan nasi dan minum air suam seperti kita. Mereka punya keluarga untuk bermanja-mana dan rakan-rakan untuk baring di atas paha. Eh. Mereka punya hobi dan cita-cita. Mereka ada kelebihan dan tidak lari daripada kelemahan. Sekiranya anda cubit perut mereka sekuat hati, pasti mereka akan menjerit kesakitan melainkan lemak setebal tiga inci setengah menutupi badan. Wahahaha.. Err.
Jadi apa istimewanya mereka? Apa yang menyebabkan mereka begitu haibat dan gaban..?
Jawapannya mudah. Rahsianya sudah lama berada di depan mata kita selama ini. Begitu mudah dan lurus ke hadapan, khuatir pula saya seandainya saya membocorkan rahsia ini, anda akan menarik-narik rambut anda sekuat hati, mengetap gigi semahu diri dan berlari-lari mengelilingi kampung anda sambil ketawa tidak puas hati.
Betul anda mahu tahu apa rahsia mereka ini..? Sungguh? Jangan menyesal nanti ya? Baiklah.
Ehem.
Mudah. Bezanya mereka dengan kita adalah kerana mereka tsiqah binnafs; mereka percaya pada kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri mereka. Ya, saya sudah pon mengatakannya. Mereka tsiqah pada diri sendiri. Kbai.
Bagaimana..? Terasa seperti mahu terjun di hadapan keretapi? Tidak percaya rahsianya begitu mudah sekali..?
Ya, ia mungkin mudah. Ia mungkin terlalu lurus ke hadapan. Dan ia mungkin terlalu bagus untuk dipercayai.
Tetapi jangaan perlekehkan kuasa sebenar kepercayaan kepada kemampuan diri sendiri. Allah telah mengamanahkan manusia dengan tugas yang paling berat dan mencabar sekali, yakni dengan menjadi khalifah. Maka pastilah Allah telah mempersiapkan kita dengan kebolehan, kemampuan dan kekuatan yang luar biasa sekali bagi membantu kita menggalas amanah yang maha berat ini.
Allah itu Maha Penyayang bukan? Allah itu tidak mungkin kejam bukan? Allah itu Maha Memahami bukan..?
Manusia pernah membina ketamadunan yang begitu hebat sehinggakan tidak dapat ditandingi sehingga ke hari ini.
Manusia pernah menjejakkan kaki ke bulan.
Manusia sudah mencipta pelbagai jenis alatan dan perkakas yag cukup mengagumkan lagi mengujakan.
Manusia sudah mengumpulkan kekayaan dan khazanah muka bumi yang tiada tandingan.
Jadi tidak mustahillah, manusia yang hebat dalam urusan duniawi ini, juga boleh menjadi hebat dan bergaya dalam urusan ukhrawi, malah lebih hebat lagi. Masakan tidak! Kalau hal yang duniawi itu pon Allah berikan kejayaan, masakan Allah tidak mahu membantu hamba-hambaNya yang gigih berkorban untuk menegakkan al-Haq dan mengembalikan kemuliaan Islam?
Namun sehingga hari ini, kita lihat Islam masih jauh lagi daripada memegang tampuk pemerintahan alam. Meskipon fitrah alam ini adalah Islam, yakni tiada sistem lain yang lebih tepat dan efektif dalam menguruskan muka bumi ini, namun hakikatnya, dek kelemahan kita sebagai khalifah, dek kebobrokan kita dalam melaksanakan ibadah, dunia ketika ini diperintah oleh sistem jahiliyyah dan taghut yang merosakkan. Dan akibatnya, lihatlah dunia hari ini. Kacau-bilau can carca-marba!
Mengapa hal ini bisa terjadi? Bukankah Islam itu agama yang al-Haq? Bukankah cara hidup yang diredhai Allah itu tiada yang lain melainkan Islam? Bukankah umat Islam adalah umat terpilih, ummatan wasatho yang ditunggu-tunggu untuk mengimarahkan seluruh alam buana ini..?
Semuanya itu benar. Tetapi salahkan diri sendiri, yang punya sejuta satu alasan untuk kita lontarkan!
"Aaaahhh aku tak mampu la nak buat dakwah tu semua. Aku ni biasa-biasa je. Ilmu pon tak tinggi mana. Dan kau ekspek aku untuk ke sana ke mari, cerita tentang Islam tu semua..? Ish. Kontroversi habis."
"Kak, jauh sangat la, klau akak nak suruh saya bawa bulatan gembira kat sana tu. Takde yang dekat sikit ke..? Tak muntij la kak bawa jauh-jauh ni.. Kan..?"
"Oihhh anda nak suruh saya bawa dua usrah...?? Weyh yang satu ni pon tercungap-cungap nak bawa! Bila mana saya nak preparae bahan-bahan usrahnya? Nak qadhaya lagi? Nak mesyuarat lagi..? Aihh mustahil mustahil. Ini gila!"
"Alaaaaaa segan la ana nak pergi approach adik-adik tu. Ala malu laaaa. Ana mana biasa benda-benda macam ni. Meremang bulu tengkuk nanti! Tak boleh ke antum pass je terus mana-mana adik-adik yang nak berbulatan? Senang sikit macam tu.."
"Gua penat la bro.. Lepas satu, satu program. Usrah lagi. Katibah lagi. Nak muayasyah lagi. Adoiii tak larat bro. Gua penat!"
Biasa bukan angin-angin seperti di atas menyapa telinga anda..? Paling tidak, ia terbit dari sudut dalam hati anda sendiri.
Paaaannnnggg! Adoiiiii peritlah pelempang anda ni Inche gabbana!
Nak lagi..? Eheh.
Hakikatnya, bukan kita tidak mampu. Bukan kita tidak upaya. Dan bukannya kita tidak punya kapasiti untuk pergi lebih jauh.
Tetapi kerana kita tidak percaya dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Kita tidak manfaatkan kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri kita dengan sebaiknya. Dan kita tidak berusaha untuk meningkatkan lagi daya tampung (istia'b) yang ada pada kita.
Sekiranya Suhaib bin Rumiyy r.a. sanggup meninggalkan seluruh harta bendanya semata-mata mahu melaksanakan hijrah yang agung itu, mengapa tidak kita?
Seandainya Mus'ab bin 'Umair r.a. pada usia yang sangat muda sanggup dihantar ke Madinah untuk mengetuk pintu-pintu hati manusia di sana, mengapa kita tidak punya upaya yang sama?
Jika Usamah bin Zaid r.a. rela menggalas menjadi pemimpin tentera kaum Muslimin untuk menentang parajurit Rom yang terkenal dengan kehebatan dan keganasannya itu, mengapa kita tidak punya keyakinan yang sama..?
Alah Inche gabbana.. Diorang tu para sahabat kot. Dapat tarbiyah terus dari Nabi. Memang ah Super Saiya diorang tu! Tinggal tak boleh nak keluarkan kamehameha je! Eh.
Peluh kecil.
Kerana itu di awal post ini, saya bawakan anda menelusuri tiga kisah benar yang berlaku pada zaman kontemporari ini. Mereka adalah manusia biasa seperti kita, bukannya sejenis makluk istimewa yang Allah cipta dari cahaya atau krim mentega. Eh.
Sedih memikirkan realiti hari ini, apabila kita melihat sekeliling, kebejatan moral di tahap maharaja raksasa syaitan Pikor banyaknya adalah disebabkan kita yang tidak bekerja. Ya kitalah, manusia-manusia yang hebat mencanangkan diri kita sebagai dua't ilalllah ini!
Kita malas menyebarkan kebaikan. Kita gemok dengan dosa dan noda. Kita lembap dek jahiliyyah yang membelenggu kaki-kaki kita. Kita culas mencegar yang mungkar. Kita leka dengan tipu daya dunia yang turut sama menghentam para dua't. Kita suka mencari-cari dan kreatif mereka-reka alasan.
Pokoknya, kita belum lagi benar-benar bekerja! Eerrrrgghhhhh!
Tahukah anda Malaysia punya kadar pengembalian orang bukan Islam kepada agama fitrah mereka (Baca: Revert) antara yang terendah di dunia? Malah lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan kadar di Eropah dan Amerika Syarikat! Pfffttt!
Mengapa? Kerana orang-orang Islam ramaaaaaaiiii yang menjadi fitnah kepada agama sendiri! Menyebabkan orang-orang bukan Islam semakin menjauhi dan benci kepada agama yang suci lagi mulia ini! Dan mengapa hal ini boleh terjadi..?? Itulah! Itu! Kita yang kononnya nak masuk sorga ini, yang kemain laga-laga pipi ukhuwwah sejati ini, yang suka syok sendiri, belum benar-benar dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas syahadatul haq ini!
Tunduk malu, berlari-lari laju sambil potong bawang. Terlanggar tiang. Adoi.
Semuanya gara-gara kita yang tidak mahu merealisasikan potensi sebenar dalam diri kita. Semunya akibat kita yang leka dan lalai, terlalu asyik dengan kerja-kerja kita yang sedikit itu, sehingga melupakan tanggungjawab yang lebih besar. Dan semuanya kerana kita yang banyak memberikan alasan itu dan ini begitu dan begini, hingga akhirnya mengambus dan menguburkan semangat muda yang membara di jiwa!
Ya, kita bukannya Superman, boleh terbang ke sana ke mari, boleh mengangkat bebanan yang maha berat dan boleh pula mengeluarkan laser penembak di mata. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu yang kita boleh keluar berjihad menyentuh hati-hati di luar sana. Ya kita bukan juga Batman, yang punya harta berjuta-juta dan bisa keluar malam untuk menewaskan penjahat. Tapi kita tahu yang kita ada kelebihan untuk digunakan demi agama yang terchenta. Dan ya, kita juga tidak boleh bertukar menjadi Inkredibel Hak tatkala kita begitu marah dan sakit hati melihat kemungkaran yang berleluasa di luar sana. Tapi kita tahu dan sedar, yang kita punya kekuatan ukhuwwah dan jemaah, yang bersama-sama berpimpinan tangan dengan kita untuk mencegah fasad dan maksiat yang bermaharajalela.
Siapa pon diri kita ketika ini di waktu ini, yakinlah, itulah yang paling baik yang bisa kita miliki. Kerana Allah itu Maha Mengetahu lagi Maha Menchentai; siapa kita di hari ini adalah sewajarnya diri kita yang paling baik dan mulia di sisi Tuhan. Nah, persetankan kutukan, cacian dan cercaan orang-orang di luar sana yang sering menghambat semangat dan melunturkan kewajaan kita. Jadilah diri anda yang sebenarnya, dalam konteks seorang khalifah dan 'abid yang berwibawa lagi bergaya.
Anda adalah anda. Keluarkan potensi yang tersembunyi itu. Kejutkan gergasi di dalam diri anda yang sudah lama dibuai mimpi. Dan yakinlah pada kemampuan diri anda untuk mengubah dunia.
Kalau bukan kita yang mahu percaya dengan kapasiti dan potensi yang ada pada diri kita sendiri, siapa lagi..? Gorilla Afrika di gunung tinggi..?
-gabbana-
Puas dengan tulisan ini. Alhamdulillah.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..?"
Gulp.
Moga bermanfaat untuk anda semua!

"Telah nyata pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan laut dengan sebab-sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia..."
[ar-Rum, 30:41]

"Manusia itu seperi logam; baiknya mereka ketika jahiliyyah, baik juga ketika Islam. Sekiranya mereka faham."
[Hadith Riwayat Bukhari]

15 Caci Maki Puji Muji:
Post inche gabbana yang ni sumpah related giler dgn keadaan ana sekarang.. (T_T)
jzk
Mmg sgt bgus. Rasa mcm kne tampar sepak terajang semua ade.
Td dgr kat radio, pnceramah tu kata org yg selalu nmpk kerja as bebanan ialah mrk yg x passionate dgn keje mrk. Reflect balik dgn diri sndiri. Xcukup passionate lg sy ni..huhu. Tak cukup passionate lg mcm org demam bola. Wpun penat keje di siang hari tp tetap bsmangat bgun awl pg semata-mata nak tgk game.
T-T reflection time
*terkena serangan jantung dan bangun semula*
alasannnnnnnnn..
banyak sangat dalam diri niee..
fuhhhhh...
kita melayu sering mencipta alasan kan. astaghfirullah.
Alhamdulilah da habis bace. Senyum bahagia. Trme kasih ats nasihat bguna.. From now kne kerja lg gigih na kejutkn gergasi dlm diri, da xna cipta alasan lg T_T *terkesan*
naik bulu roma? fuh.eh?.
sye pun slalu rasa xmampu tue.nape?disedarkan oleh artikel inchek gabana
Asal dia tak buat kat orang sekeliling? Kenapa kena pergi jauh sebelum berdakwah kat orang sekeliling?
Wow.. rasa mcm.. Mcm.. Mcm.. erm.. macam.. semangat!!
Kenapa terasa sangat eh. Hueh. Tau dah kena tingkatkan kemampuan. Tapi kenapa entah masih di takuk yg sama! Boo diri sendiri
gergasi dalam diri dah menggemuk membuncit..perlu dikejutkan nih!..btw artikel ni ohsem!
Pening dgn bhs anda.maaf menegur
heh.moga saudara teruskan usaha saudara ini. :)
tentang berdakwah,saya akan teruskan berjuang kerana dalam hati,seperti yang dijanjikan Allah,saya mahu melihat kemenangan umat Islam. Kalau Allah mengizinkan.
Semuanya bermula dari tarbiyah,seperti yang saudara dan kakak comel saya lakukan skrg,insyaAllah doakan kita semua.Dan seperti kekasih hati kita,Rasulullah S.A.W. yg juga begitu. :')
#tersentuh
Assalamualaikum,
Inche gabbana,
Semoga inche mendapat pengakhiran hidup dalam jalan ini.
Terima kasih banyak.
Post a Comment