23 December 2012

Kata Kita Atau Kata Dia?

[Kredit]

Manusia: Chill la bro. Bukan buat apa pon, nak berkenal-kenalannya je. Sentuh-sentuh memang takde ah. In fact, Islamik kot perhubungan kitorang ni. Siap bagi tazkirah, kejut Subuh semua. Lagi pon, senang ah nanti nak kawen, sebab dah kenal hati budi. En?

Allah: Dan janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. [al-Isra', 17:32]


Manusia: Lah, apa salahnya aku nak kejar harta? Penting kot umat Islam marcapada ini ada harta dan pangkat. Baru la orang lain respek nanti! Nanti geng-geng kau orang jugak yang menadah, minta ihsan daripada orang-orang kaya. Takde duit, dakwah pon tak boleh nak jalan, kau tahu...??

Allah: Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik. [ali-Imraan, 3:14]


Manusia: Eh, perlu ke nak amalkan semua ajaran dalam Islam ni? Macam impossible je. Zaman dulu mungkinlah, sebab ada Nabi. Zaman sekarang.. Ish, macam tak relevan je. Bukan semua kot yang] sesuai..

Allah: Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan... [al-Baqarah, 2:208]


Manusia: Alah, tak perlulah nak ekstrem sangat buat dakwah tarbiyah semua. Cukuplah sekadar jadi orang baik, solat tak tinggal, tak makan rasuah, tak hisap dadah. Ok lah tu. Tengok rezeki pon murah je Allah bagi. Kalau pelacur pon Allah bagi masuk sorga, takkanlah orang macam kita ni Allah nak campak masuk neraka?

Allah: Dan di antara manusia, ada yang menyembah Allah hanya di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, dia berasa puas dan jika dia ditimpa dengan sesuatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata. [al-Hajj, 22:11]


Manusia: Rilek boleh tak brader? Biasa lah tu, sekali-sekala nak enjoy-enjoy, hoyeah-hoyeah sikit. Takkanlah asik-asik nak tunggang-tonggeng atas sejadah? Adoiii. Kadang-kadang nak karok jugak. Nak merokok jugak. Nak rasa jugak lembutnya tangan awek yang penat-penat dah sapu losen cap 'Aku Putih; Kau Ada..??' jugak. Perrrgghhh.

Allah: Sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan keinginannya (nafsu) sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? Atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya. [al-Furqaan, 25:43-44]


Manusia: Kadang-kadang saya rasa Allah tu tak adillah. Kenapa sesetengah orang Dia uji gila-gila dan setengah orang lain dia bagi bahagia? Kenapa orang kafir maju dan kaya, menindas umat Islam semuanya dan umat Islam pula, lemah papa kedana, dihinjak, dipijak sesuka-suka..? Di mana keadilan Allah..? Aish.

Allah: Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [al-Baqarah, 2:216]


Manusia: Eh yang anda sibuk-sibuk nak tegakkan hukum Islam ni kenapa..? Apa fasal yang bising-bising nak bina negara Islamlah, tegakkan hukum Allah lah. Dah majoriti orang kata tak nak, tak payahlah nak lebih-lebih. Kita ni negara demokrasi. Suara rakyat dikira! Ikut majoritilah anda! Power to the people!

Allah: Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka kana menyesatkanmu dari jalan Allah. Yang mereka ikuti hanya sangkaan belaka dan mereka hanyalah berbuat kebohongan. [al-An'am, 6:116]


Manusia: Alahai. Perlu ke nak usrah-usrah bagai ni? Sikit-sikit tarbiyah. Sikit-sikit dakwah. Sampai bila nak tegakkan negara Islam macam tu? Takpelah, kau orang teruskan dengan taman-taman sorga kau orang tu. Aku nak guna cara lain, lagi cepat dan pantas!

Allah: Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan(Ku). Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya. [al-Anbiya', 21:37]


Manusia: Kamon la anda. Mustahil kot nak pisah-pisahkan kehidupan di zaman moden ni. Solat, solat juga. Tapi hiburan mesti ada. Quran, mesti baca. Tapi ideologi Barat perlu diutama. Susah kottt nak jadi orang baik seratus persen sekarang ni. Alah, Insha Allah, Allah kautim punyalah. Asalkan benda-benda basic tak tinggal, takkanlah Allah nak berkira sangat en?

Allah: Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa berasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan berkata, 'Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya,' dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pon. [al-Kahfi, 18:49]


Manusia: Eh, apa yang anda dapat dengan balik lewat-lewat malam, berbulatan gembira semua tu? Tak rasa membazir ke duit gaji yang banyak-banyak tu disedekahkan untuk sesuatu yang tak nampak pon ke mana ia pergi? Daripada anda buang tenaga anda tu ke hulu-hilir bagi ceramah lah, konferens riang lah, apa lah, baik simpan bagi bubur lambuk ke, edar kain pelikat percuma ke. Ahahaha. Eh.

Allah: Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri mahupon harta mereka dengan memberikan sorga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikianlah kemenangan yang agung. [at-Taubah, 9:111]



***

Kata kita, atau kata Dia..? [Kredit]

Manusia berkata-kata,
Dan Allah juga berkata-kata,
Namun kita lebih mudah diperdaya, 
Dengan kata-kata manusia,
Yang penuh tipu dusta,
Bersulam nafsu dan gelora jiwa,
Daripada kata-kata penuh bijaksana,
Yang turun dari langit petala,
Bersumber agung dari si Dia.  

Manusia berkata-kata,
Dan Allah juga berkata-kata, 
Tapi kita lebih risau dan garu kepala,
Dengan kata-kata manusia,
Mengkritik mengomel tentang kita,
Mencari peluang untuk mencaci nista,
Daripada firmanNya yang mulia,
Yang lebih arif tentang manusia,
Kerada Dia adalah si Pencipta.

Manusia berkata-kata,
Dan Allah juga berkata-kata,
Pelik, dengan mulut manusia kita lebih berkira,
Kata-kata mereka lebih kita utama,
Lafaz lidah mereka lebih berharga,
Ibaratnya merekalah pemberi dosa pahala,
Sedangkan yang membezakan antara kita semua,
Adalah siapa yang lebih bertaqwa,
Di sisi Pemilik sorga neraka.

-gabbana-

Sering juga terperangkap dengan permainan kata-kata manusia ini. Sehingga kadang-kadang terlupa dan alpa, yang Allah ada di atas sana, sentiasa melihat dan mendengar setiap perbuatan dan tingkah laku kita. Haih.
Moga Allah ampunkan dosa.

8 Caci Maki Puji Muji:

Ninja Osem 23/12/2012, 21:26  

Bestnyer kalau setiap inci dari ayat Quran tu dapat kita fahami...

Semoga belum terlambat..

Anonymous 23/12/2012, 21:27  

pengembara : T_T

manusia banyak alasan. ya. kita manusia. dan kita memang banyak alasan.

Amen Naqib 24/12/2012, 00:02  

nice sharing. tenkiu. :)

Nursha 24/12/2012, 01:37  

subahanAllah..
ringkas dan padat!
may Allah ease everything for you ^__^

from ::Arkitek Hati::

Makbonda 24/12/2012, 02:40  

Jazakallah,sangat membantu.Saya akan sebarkan.

Anonymous 24/12/2012, 08:38  

Dear I.G.,
I prefer the post 'Between ysterday ..,10.6.11.' You sounded more..err. civilized, convincing and accommodating then than now, tho' the gist is the same. You're rushing to somewhere nowadays? Anyway, good delivery , acceptable (envy you and yr surah, verses and all..hands up).
Btw, we should always be in pursuit of knowledge(education)and wisdom, both, worldly and hereafter.

Noorfaqihah 24/12/2012, 15:42  

saya nak mintak share kat blog saya ya! nnti saya tolong promote blog ni. terima kasih sebab dah sedarkan saya:')

Unknown 24/12/2012, 15:44  

Nicee sharing.. Thanx!! ^_^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP