20 May 2012

Riadhah Otak Di Malam Ahad #13


Mode kerinduan pada ikhwah seantero dunia, sama ada yang kenal atau tidak pada diri ini.

Walau kita berjauhan dipisah benua, walau kita tidak pernah bertemu mesra, walau kita tidak pernah bertegur sapa, ketahuilah, hati-hati kita bertaut mesra, persaudaraan kita seutuh batu-bata dan kasih-sayang ini amat mahal harganya.

Kerana kita saudara seaqidah. Kerana kita saudara sefikrah. Kerana persaudaraan kita ini lebih pekat dari darah.

Kerana ukhuwwah fillah itu sumpah osem.

"Ku kirimkan kerinduan penuh bermakna ini pada angin-angin chentaNya. Moga menyapa mesra wajah-wajah anda di sana, walau di mana anda berada!"

Air mata mengalir perlahan, sambil menyeringai penuh bermakna.

-gabbana-

Cuba juga cari video klip yang lain untuk lagu Akrab Persahabatan ini, tapi ini je yang paling baik untuk keamanan sejagat.

Moga ukhuwwah yang terjalin ini, akan berkekalan hingga ke sorga dan bukan plastik kitar semula di dunia. Aduh diri ini merindukan saat-saat bertepuk tampar tertawa gembira dengan anda semua di sorganNya nanti! Ewaaahhh! Eh. Insha-Allah! ;D

3 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 20/05/2012, 22:55  

http://www.youtube.com/watch?v=sw8Xzb2us10

:')

Eh kejap. kau bukan ada pun dalam video nih!

^^

nhdaughter 20/05/2012, 23:03  

InsyaAllah .

Anonymous 21/05/2012, 14:10  

Refreshing bila baca setiap catatan kamu! ini adalah serius! bila hati bertaut kerana Allah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... Osem!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP