Ini Gila!
[Kredit] |
Saya menaip post ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta ketika sedang menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur malam semalam.
Pagi semalam bangun dari tidur, tidak pernah langsung terlintas
di fikiran yang saya akan menaiki kapal terbang melintasi Selat Sunda untuk ke
Jakarta, apatah lagi untuk menikmati Nasi Ayam Kremes dan Jus Mangga yang
sunguh lazat lagi merembeskan air liur di sini. Eh.
Semuanya akibat arahan Puan Bos Besar yang pada jam sebelas
lebih pagi, secara tidak semena-mena menyuruh saya untuk bersiap-siaga
untuk ke Jakarta. Ketika itu saya tidak ambil pusing akan kata-katanya itu,
kerana merasakan beliau tidak berapa seriyes dengan kenyataannya itu. Tetapi
kemudian tidak lama selepas itu, Puan Setiausaha kepada Puan Bos Besar
mengkonfemkan tiket penerbangan saya ke Jakarta. Gulp.
Maka saya terus memakai sut ajaib saya dan terbang melintasi
kota metropolitan Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah mengambil passport saya.
Ok tak baik berdusta di bulan Rejab. Dan kalaulah saya boleh terbang, tidak
perlulah saya menaiki kapal terbang untuk ke Jakarta bukan..?? Wahahaha..
Anda tahu apa tugasan saya yang begitu penting itu,
sehinggakan saya diperlukan untuk ke Jakarta hari itu juga..? Menghantar
dokumen (super) penting kepada wakil syarikat di Jakarta. Peluh. Terasa seperti
Mat Despatch pon ada.
Dalam jam dua petang, saya sudah kembali ke opis dengan
passport berwarna merah itu. Jam dua setengah dokumen-dokumen penting itu masih
belum tiba. Penerbangan saya adalah pada jam empat setengah petang. Ketika itu
Puan Bos Besar sudah kelihatan resah-gelisah. Mujurlah tidak lama selepas itu
dokumen-dokumen yang dimaksudkan tiba dengan selamatnya. Maka saya teruslah
bergegas ke KL Sentral untuk mengambil perkhidmatan keretapi peluru paling laju
dalam galaksi bimasakti supaya cepat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Banting. Err..
Alhamdulillah, saya tiba di kaunter periksa masuk tepat pada
masanya. Urusan masuk ke dalam pesawat juga mudah dan dipermudahkan.
Alhamdulillah.
Dan anda tahu apa yang paling menyeronokkan dengan
perjalanan ini..? Saya hanya perlu menyerahkan dokumen-dokumen tadi kepada seseorang yang sudah setia
menanti di lapangan terbang Soekarno-Hatta dan saya tidak perlu keluar pon daripada
lapangan terbang tersebut. Peluh besar menitik laju.
Tiba di Jakarta dalam jam 5.45 petang waktu tempatan dan
tiket pulang ke Kuala Lumpur adalah pada jam 8.30 waktu tempatan. Wahai Puan
Bos Besar, mujurlah anda Puan Bos Besar, kalau tidak saya dah buka syarikat
kurier saya sendiri dah! Dan apalah salahnya membenarkan untuk saya tidur satu
malam di hotel bertaraf tujuh bintang dan pulang semula keesokan menaiki
pesawat dengan tempat duduk kelas pertama..! (Dengan penuh keyakin saya menulis
ini kerana saya tau tidak mungkin Puan Bos Besar akan membacanya. Eheh.) Tidak
mengapalah Puan Bos Besar, saya sedar yang saya hanyalah seorang kuli cachai
terhormat! (Tapi bolehkah esok saya masuk ke opis lewat sedikit..? Wahahaha..)
Semuanya berlaku dengan pantas sekali; dari keputusan untuk
menghantar saya ke Jakarta, proses membeli tiket, perjalanan saya menyerahkan
dokumen, penyerahan dokumen dan kini, menunggu pula untuk pulang semula ke
Kuala Lumpur (ok yang ini tidak pantas lagi mengechiwakan; penerbangan AirAsia
saya mengalami kelewatan – macam kena pula dengan artikel terbaru saya dalam
Majalah JOM. Hohohoh..).
Kagum juga apabila memikirkan bagaimana manusia ini, dalam
situasi yang terdesak dan genting, akan melakukan apa sahaja bagi memastikan
misi dan objektif yang ingin dicapai dapat dilaksanakan dengan penuh berjaya
dan bergayanya. Sanggup membelanjakan wang yang besar, sanggup mengambil
keputusan yang kalau difikirkan dalam konteks kehidupan normal sehari-hari
adalah amat drastik dan sanggup pula berkorban masa dan tenaga semata-mata
untuk memastikan kepentingan diri dipenuhi.
Ini gila.
Dalam al-Quran, banyak ayat-ayat chentaNya yang menyuruh
kita untuk bersegera melaksanakan perintahNya.
"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang...
[ali-Imraan, 3:133-134]
Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[at-Taubah. 9:41]
"Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapatkan keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasulNya.."
[al-Hadid, 57:21]
Bersegeralah mencari keampunan. Berangkatlah.
Berlumba-lumbalah. Dan banyak lagi di tempat lain di dalam al-Quran sama ada
secara langsung atau tidak, yang menggambarkan urgensi, kesegeraaan untuk
tunduk dan patuh kepada perintah Tuhan. Kisah seorang pemuda di hujung kota
yang diabadikan dalam surah Yaasin misalnya, bagaimana dia berlari-lari dengan
cergas dan hidung kembang-kempisnya semata-mata untuk memberi peringatan kepada
kaumnya yang ingkar kepada risalah yang dibawa oleh para Rasul ketika itu.
Semuanya mengisyaratkan kepentingan urgensi dalam menyerahkan diri secara total kepada Allah, tanpa sebarang syarat mahupon kompromi. Itu teorinya. Tapi praktikalnya..?
Eh kenapa tempat ni macam banyak habuk je ni..?
Kita tahu yang kita hidup di dunia yang fana ini hanya untuk sementara, tetapi mengapa kita chentakannya melampau-lampu sehingga melupakan akhirat yang kekal abadi di sana..? Kita faham yang kita punya tanggungjawab sebagai hambaNya di muka bumi ini, tetapi kenapa kita berlagak, sombong dan angkuh seolah-olahnya dunia dan seisinya ini kita yang punya..? Dan kita sedar yang kita mempunyai amanah yang besar sebagai khalifahNya untuk seluruh galaksi bimasakti, tetapi mengapa kita lebih suka menyendiri, baik seorang diri sambil mengomel-ngomel mencaci-maki di depan tv..?
Kita mengejar dunia seolah-olahnya esok sudah mahu kiamat, sedangkan amalan kita menggambarkan yang kita punya seribu tahun lagi untuk hidup di dunia.
Kita patuh kepada perintah manusia seolah-olahnya jiwa dan nyawa kita berada dalam genggaman mereka, tetapi perintah Tuan kita yang sebenar kita abaikan dan kita nafikan.
Kita lebih takut akan kehilangan kerja, ahli keluarga dan rakan-rakan sebaya daripada kita takutkan kemurkaan dan kebencian Allah yang Esa.
Ish ada orang sedang hiris bawang pulakah..?
Di manakah rasa kesegeraan kita untuk mendapatkan keampunanNya yang tidak berbelah bahagi itu..? Di manakah rasa kepentingan dan keutamaan kita untuk mencari dan memburu sorgaNya yang seluas langit dan bumi itu..?? Dan dimanakah urgensi untuk kita merasai kemanisan dan kelazatan tarbiyah, yang akhirnya akan menyentuh hati dan membasahkan jiwa..???

Anda tahu tak..?
Ini lebih gila.
-gabbana-
Alhamdulillah, selamat tiba di rumah pada jam satu sepuluh minit pagi.
Agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan berjumpa dan
bermuayasyah dengan ikhwah Indonesia. Namun kekechewaan sedikit terobat apabila
mendapat mesej pesanan ringkas daripada seorang akh yang terbaca kicauan saya
tengah hari semalam.
Osemness. Senyum.
7 Caci Maki Puji Muji:
hehe... ((d[-_-]b))
btul sangat.. bersegeralah.. kadang solat pun saye masih gagal sambut seruan tersebut dengan SEPANTAS KILAT... mashaAllah.. thnx remind kami semua
gila benor tu..semoga IG redha dlm mengharungi realiti hidup ini..lagi byk dugaan lagi tinggi ganjaran..
ps:jgn lupa minum air yg cukup dan senyum :)
Saya sangat setuju!
Manusia kalau terdesak, mmng diluar dugaan. Tak tercapai akal ku.
Kekadang tu aku rasa potensi manusia sangat2lah hebat.
Sesungguhnya manusia itu sebaik-baik ciptaan Allah.
94:7
omg!semlm sy mimpi menaiki air asia dan berjaya menembak tepat bahagian lurah dada pramugari melayu sexy bernama siti adawiyah ketika dia sedang membuat aksi demo keselamatan versi penari tiang.
mimpi aneh dan rasa menyesal bila bangun..namun dari sudut kerohanian pasti kejadian tu satu jihad.bye
hmm. menarik. jazakallahukheir :)
kalau tengok ayat2 tu, boleh jugak kan kita kata Islam menggalakkan ummatnya berlumba-lumba dan bersaing dalam beribadah ? tak gittew ?
Post a Comment