18 December 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Hasil TItik Peluh #3

Sudah lama tidak mengepost 'Riadhah Otak di Malam Ahad.' Maka saya kira ini juga bolehlah dijadikan sebagai riadhah otak di malam Ahad.

Bagaimana dengan video-video sebelum ini..? Sudah muntah darahkah anda..? Atau mata anda masih bersinar-sinar menanti-nantikan video-video terbaru..?

Sangat gembira dan bersyukur apabila mengetahui video-video yang dihasilkan sudah mula dieksploitasi sehabis baik sama ada di konferens-konferens riang atau untuk kegunaan peribadi yang boleh menaikkan iman dan semangat untuk menjadi manusia yang lebih baikkk heyy! Eh. Memang itulah niat asal Pertandingan Video Osem APG '11 diadakan; menjadi platform untuk merancakkan lagi dakwah dan tarbiyyah supaya tidaklah dilihat sebagai bosan dan tidak mengujakan.

Semoga usaha-usaha yang kecil ini mendapat redhaNya, juga menambah secara ekponensial saham-saham sorga anda yang terlibat dengannya. Apakah yang lebih kool dan bergaya daripada itu...??

Semoga lima lagi video yang ditayangkan pada malam ini akan memberi manfaat yang besar kepada anda semua, biidznillah. Selamat menontonnya sambil berasa, "Ish ruginya aku tak join pertandingan yang sumpah osemmmness ini...!" Wahahaha.. 

***


Tukang Buat Video: caramelpopcorn227
Nama Video: Bulatan Gembira Yang Sumpah OSEM!!
Tema: Bulatan Gembira Yang Sumpah Osem
Sinopsis: A simple piece of art that touches our heart. Food. "He has united their (believers) hearts. If you had spent all that is in the earth, you could not united them. Certainly, He is all mighty, all wise." Video ini berkisarkan tentang kami The Insyirah Rangers. Walaupun datang dari pelbagai latar belakang keluarga, pendidikan, negeri, kami bersatu untuk mencari redhaNya. InsyaAllah. A simple and sweet video about us. Sit back relax and enjoy :)




Tukang Buat Video: hazwani
Nama Video: Life is osem! keranaNya
Tema: Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyyah
Sinopsis: Sebelum mengenal "dunia tarbiyyah" ni, bagi saya ijazah itu hanya sekadar ijazah dan tiket utk dapat kerja yg osem! Hanya itu... Tiada yang lain.. Dengan izin Allah bila dah "menjebakkan" diri dalam dakwah dan tarbiyyah ni baru sedar sebenarnya apa yang dikejar selama ni hanya dunia semata.. Mane akhirat?? Takde?? Yeah! Ijazah ke diploma ke apa-apa je yg kite ade sekarang, pastikan ianya bukan sekadar ijazah dunia.. Manfaatkan ia utk saham akhirat.. Macam mane?? Nak tahu?? Jom join bulatan gembira yg osem dulu! Hehehe..




Tukang Buat Video: Nusrah
Nama Video: Babai Jahiliyyah
Tema: Babai Jahiliyyah
Sinopsis: Seorang gadis yang hidupnya kosong dan jiwanya tak tenang (tinggal solat, assignment tak siap semua benda tak kena dll) berubah menjadi lebih baik selepas kena langgar secara tidak sengaja oleh seorang ukhti. Ukhti ni yang support dia untuk berubah dan bila dia sudah mula berubah, dia nak kongsi kebaikan tu dengan orang lain pula. "Jangan pernah takut untuk berubah menjadi lebih baik. Allah akan hantarkan insan-insan yang baik mengelilingi kita bila kita terdetik untuk berubah." - unknown




Tukang Buat Video: sizash
Nama Video: Ini Cerita Ana
Tema: Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyyah
Sinopsis: Basically about my journey in searching which way of tarbiyyah one I feel the best for me.




Tukang Buat Video: Mohamad Afif bin Ab. Malek
Nama Video: Renungan Bersama
Tema: Jalan Dakwah Ini Sumpah Panjang
Sinopsis: -

***

-gabbana-

Hari ini sumpah penat gila. Terasa nak tercabut tulang belakang dan tangan. Tapi kepenatan yang amat berbaloi. Selain roti canai, durian dan nasi ayam, ukhuwwah fillah yang terjalin tidak mungkin dtemui di Pasaraya Besar Giant mahupon Kedai Rakyat 1Malaysia. Hoyeeaaahhh! 

1 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 24/12/2011, 21:33  

salam...mcm mna nk vote?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP