8 November 2011

Sila Beri Perhatian Saya Nak Buat Pengumuman

[Kredit]

Saya, selaku pemegang mohor kecil raja-rajagopal, dengan rendah hati sambil berasa sukacitanya, setelah meneliti pandangan-pandangan ahli falak dan ahli sains yang tsiqah lagi boleh dipercayai, serta berfikir secara rasional lagi penuh bergaya, dengan ini mengumumkan bahawasanya, tarikh tutup untuk penyertaan Pertandingan Video Osem APG 2011 akan dilanjutkan kepada..

15 Disember 2011 

Dengan ini, amat besarlah harapan saya, dengan keputusan yang cukup berbudi ini, akan lebih ramailah penyertaan dan lebih tinggilah kualiti video yang akan dihasilkan. Keputusan ini adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan berbentuk dinding-dinding MukaBuku, kicauan, email dan apa sahaja bentuk rayuan yang anda boleh fikirkan, untuk melanjutkan lagi tarikh tutup selepas ini tidak akan dilayan sama sekali.

Kerjasama anda amat-amatlah saya hargai.

Sekian mengumumkan.

-gabbana-

Tunggulah nanti saya tukar tarikh pada banner yang sedia ada. Peluh kecil.

Teruskan bantu saya untuk promote ya..? Anda juga yang mahu gunakan video-video tu nanti. Senyum keji, sambil tutup mulut.

1 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 09/11/2011, 16:03  

time kasih en gabbana. perhatian anda amatlah kami hargai...tunggu kemunculan video osem sy!!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP