Ringkas dan Masin (Baca: Short and Salty)
Semalam saya mendapat pesanan ringkas (Baca: SMS) daripada salah seorang hadek riang gembira kesayangan saya.
Saya terkedu membacanya. Sumpah.
Pesanan ringkasnya berbunyi:
"[Inche gabbana], di saat ini stelah daku bersara dr mpp, daku berbai'ah, bhwa hidup dan matiku slepas ini hanya untuk dakwah dan tarbiyah. Amin"
Err.
Ada sesiapa yang terasa mahu mengalirkan air mata sila angkat tangan.
Mesejnya cukup ringkas, tetapi masin. Mengapa masin..? Kerana air mata saya mengalir mencurah-curah membacanya.
Perasaan saya bercampur-baur. Di satu pihak saya terasa hoyeaahhh kerana cukup teruja melihat kematangan dan keseriyesan beliau dalam jalan dakwah ini; di satu pihak lain saya berasa begitu malu dan rendah diri kerana hadek itu tampaknya lebih kool dan bergaya, jauh meninggalkan saya dalam acara lari berganti-ganti ini heyy...! Eh.
Peluh kecil.
Juga teramatlah cuak sekiranya saya gagal membimbing hadek-hadek saya dengan baik, terutamanya dalam menyalurkan hamasah (semangat) dan himmah (tenaga) yang membuak-buak ini pada jalan yang paling efektif dan efisien. Amat zalimlah saya sekiranya saya gagal memenui hak hadek-hadek saya yang begitu dahagakan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan pengakap! Eh. ZALIM..!
Benarlah kata-kata Mustafa Masyur:
"Membina manusia itu lebih sukar daripada membina kilang."
Buat adinda hadekku yang terchenta,
Kekanda doakan agar adinda terus tsabat di atas jalan yang sumpah panjang ini. Doakan juga untuk kekanda, agar kekanda diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk membimbing dan membentuk adinda dengan sebaik-baiknya, demi mencapai redha Ilahi, untuk sorga yang hakiki. Aman.
Ok anda boleh muntah hijau sekarang.
-gabbana-
7 Caci Maki Puji Muji:
wah semangat dah pulih! chaiyokk!~
jiwang sungguh msg..mcm org bercinta..jeles i ngeee
wow..mantap abg mpp tu yerrr ^^
giler cool..kentang nyer~..:)
sebak gila baq hang...T_T
sbb bila compare dgn diri yg terasa sgt lembap dlm DnT nihh..
hmmmppphhhhhhhhhhh :(
HAHA. cerita macam sedih, tapi bila baca skrip rasa nak gelak je lebih.. aisehh
sweet
Post a Comment