Budak Gembala Dan Serigala #2
[Kredit] |
Tepat jam dua belas tengah hari, tatkala penduduk kampung sedang bersiap-sedia untuk menikmati juadah tengah hari berupa biri-biri golek tanah tinggi Scotland yang dimakan dengan roti bijirin penuh khasiat yang diimport dari Perancis, tiba-tiba mereka terdengar jeritan yang amat kuat dan menggegarkan tanah tinggi Scotland..
"Serigala..! Tooollloonngg...! SERIGALAAAAA...! Serigala nak makan biri-biri...! TOLOOONNGGG!!!"
Arakian semua kaum lelaki penduduk kampung tersebut bergegas ke tempat punca suara pekikan itu didengari. Tetapi sebelum itu mereka sempat menikmati teh wangi bunga ros tanah tinggi Scotland sebelum menyarungkan jaket tebal bulu biri-biri Cashmere tanah tinggi Scotland dan menyarungkan but paras lutut cap Uug. Sebilangan besar daripada mereka turut membawa parang panjang atau senapang badak.
Tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila mereka sampai ke tempat kejadian. Apa yang berada di depan mata mereka cukup mengejutkan. Bayangkan perasaan mereka yang sedang tercungap-cungap keletihan, malah ada yang hampit pengsan kerana darah tak sampai ke otak, apabila melihatkan tiada apa-apa yang sebenarnya berlaku. Malah keadaan amat aman dan tenang. Setenang angin sejuk yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Scotland di tanah tinggi Scotland.
Yang ada hanyalah biri-biri yang sedang melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang sedang menjahit baju sejuk dengan bulu mereka sendiri, ada yang sedang bergossip ala-ala makcik-makcik yang sedang mencuci baju di tepi sungai sambil menonyoh sireh di mulut (ini hanya berlaku pada biri-biri betina), ada yang sedang memotong rambut dengan fesyen terbaru sekali di kalangan kaum biri-biri (ini yang banyaknya biri-biri remaja) dan tidak kurang yang hanya bermalas-malas sahaja.
Yang ada hanyalah biri-biri yang sedang melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang sedang menjahit baju sejuk dengan bulu mereka sendiri, ada yang sedang bergossip ala-ala makcik-makcik yang sedang mencuci baju di tepi sungai sambil menonyoh sireh di mulut (ini hanya berlaku pada biri-biri betina), ada yang sedang memotong rambut dengan fesyen terbaru sekali di kalangan kaum biri-biri (ini yang banyaknya biri-biri remaja) dan tidak kurang yang hanya bermalas-malas sahaja.
Kelihatan beberapa orang penduduk kampung ada yang sudah koyak-koyak bajunya dan bertukar warna menjadi hijau, ungu dan cokelat gelap. Punyalah marah mereka ini, ada juga yang terus memakan biri-biri yang ada di situ juga tanpa menyembelihnya terlebih dahulu, apatah lagi membersihkan kulit dan daging, memotong kecil-kecil dan menggoreng dengan bawang dan cili. Mereka mencari-cari budak gembala tersebut, menuntut penjelasan berkaitan jeritan meminta pertolongan yang mereka dengari sebentar tadi.
Tanpa diketahui dan dijumpai mereka, budak gembala itu sedang menyorok di sebalik batu besar tidak jauh dari mereka semua. Budak gembala tersebut hampir-hampir sahaja dikantoikan dek tidak tertahan lagi menahan tawa, sehingga merah-merah jambu mukanya. Dia tidak menyangkan penduduk kampungnya itu amat mudah dikenakan. Meleleh-leleh air matanya menahan gelak dan rasa lucu.
Tidak berapa lama selepas itu, penduduk kampung pun beredar. Jelas kelihatan sebahagian mereka masih teramat marah kerana ditipu. Mujurlah terdapat Ketua Kampung Edmund Seymour yang menenangkan mereka semua. Katanya, "Sabar sabar. Kan sabar itu sebahagian daripada iman..? Allah bersama orang-orang yang beriman. Pis y'all." Memang tepatlah mereka semua mengundi Pak Cik Edmund pada pilihanraya umum yang lalu.
Setelah berasa selamat, budak gembala itu pon keluar daripada tempat persembunyiannya. Dia berasa amat puas dengan kejayaan kejinya itu. Sudah lama dia tidak merasakan sebegitu seronok dan teruja. Malah sepanjang hari itu dia hanya tergelak berseorangan memikirkan kejadian yang berlaku pad hari itu. Dan dek pengalaman mengenakan orang ala-ala 'Wakenabeb' itu amat memuaskan dan memenuhi masa lapangya, dia bercadang untuk melakukan aktiviti keji itu sekali lagi dalam masa yang terdekat ini.
Budak gembala itu bijak; dia tidak gopoh dalam melaksanakan perancangan kejinya yang kedua walaupon dia tahu di dalam al-Quran Allah ada menyebut sesungguhnya manusia diciptakan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Dia amat menghayati maksud ayat tersebut dalam membuat perancangan kejinya itu. Dia menamakan rancangannya itu sebagai Lukenabeb 2.0.
Maka setelah merasakan penduduk kampung sudah reda kemarahan mereka dan sudah melupakan kejadian mereka dikenakan, si budak gembala mula menyinsing lengan bajunya dan melipat tiga seluar koduroinya untuk melaksanakan Lukenabeb 2.0.
Tatkala para penduduk kampung mula bersedia untuk melaksanakan solat Dhuha dan para ibu-ibu sedang mula bersiap untuk memasak makanan tengah hari (menu hari itu adalah kari biri-biri tanah tinggi Scotland dimakan dengan roti penuh zat yang diimport dari Brazil), tiba-tiba keheningan kampung dipecahkan dengan suara jeritan, pekikan meminta tolong...
"Beruuuaaaannnggg...! Tolllooonnnnnnnggg! BEERRRUUUAAAANNNGGGG....! BEERUUUAAANNNGG NAAAAKKK MAAAKKAAANNNN BIRRRRIII-BIRRRRRIIIIIII.....! Biri-biri kauorang jugak wooooiii...! TOOOLLLOOONNNNGGG.....!!!"
Si budak gembala sudah bersedia menyorok di belakang sebuah pokok oak besar, di sebelah barat timur tempat biri-birinya sedang meragut rumput. Belum apa-apa lagi dia sudah tertawa besar. Dia dapat membayangkan reaksi para penduduk kampung nanti. Di belakang pokok itu sudah disiap-sediakan DSLR milik neneknya yang dipinjam, untuk menangkap saat-saat berharga yang bakal berlaku nanti.
Budak gembala itu menunggu dengan sabar di belakang pokok tersebut. Senyum lebar terukir di bibirnya. Beberapa minit sahaja dari sekarang, penduduk kampung akan datang dengan parang dan senapang, bersedia untuk membunuh beruang yang yang mengancam keselamatan biri-biri mereka.
Lima minit.
Sepuluh minit.
Dua puluh minit.
Walaupon sebenarnya budak gembala itu tidak mengetahui berapa lama dia sudah menunggu secara tepat kerana jam belum lagi dicipta, yang dia tahu sudah lama jugalah dia menunggu. Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal, walaupun penuh dengan ketombe itu. Ini pelik. Getus hatinya. Tempoh hari, dalam masa yang singkat sahaja penduduk kampung datang dengan segera ke tempat itu.
Dia memeriksa keadaan sekeliling dahulu sebelum keluar dari tempat persembunyiannya, kalau-kalau ada penduduk kampung yang sedang memerhatikannya. Setelah berasa kompem selamat, dia pun keluar dan memandangkan tempatnya berdiri itu agak tinggi, dia dapat mensahihkan yang sememangnya tiada seorang pon penduduk kampung yang datang ke tempat itu. Hatta seorang kanak-kanak yang sedang menghisap lolipop pon tiada. Hairan.
Ini tak boleh jadi. Fikirnya. Maka sekali lagi dia menjerit meminta pertolongan, kali ini dengan sepenuh hati dan sekuat yang boleh.
"TOOOLLLOOONNNGGGG....!!! TOOOOLLLOOONNNGGG! WEYYY MANA KAURANG NI....??? DAH BANYAK BIRI-BIRI YANG MAAATTIIII...! BERUAAANNNGGG GAAAANNNAAAASSS GILAAAA NI KAUORANG...! Siap bawak satu family lagi ni....! TTTOOOLLLOONNGGGG....!!"
Sakit jugalah tekaknya seusai dia terpekik terlolong. Mujurlah dia membawa Rakan Nelayan bersama-samanya. Lega jugalah tekaknya setelah menghisap beberapa ketul Rakan Nelayan itu.
Kali ini dia yakin para penduduk kampung akan segera bergegas ke tempat kejadian. Manakan tidak. Biri-beri merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk kampung tersebut. Selain daging dan susunya, biri-biri yang ada juga dieksport ke negara-negara beriklim khatulistiwa seperti Brazil, Jamaica dan juga Malaysia. Malah biri-biri tanah tinggi Scotland mendapat permintaan yang tinggi dari pelbagai lagi tempat seluruh dunia dek rasanya yang manis dan dagingnya yang lembut. Goreng pon sodap.
Maka para penduduk kampung amat-amat menjaga hal-ehwal kebajikan biri-biri mereka. Sumber pendapatan yang utamalah katakan. Sebab itu si budak gembala amat yakin yang kali ini, para penduduk kampung pasti akan bersegera datang untuk menyelamatkan biri-biri mereka. Sekali lagi dia berlari untuk menyorok di belakang pokok oak besar tadi. Dan kali ini dia sudah betul-betul bersedia dengan DSLRnya. Siap didirikan dengan tripod lagi. Ewah sungguh yakin dan bersemangat di situ.
Tetapi sekali lagi budak gembala itu dihampakan. Sungguh ajaib sekali, tiada seorang pon penduduk kampung yang datang ke tempat kejadian, sekurang-kurangnya untuk datang dan menjenguk-jenguk keadaan. Tiada. Na'ah. Nope. Nehi.
Tetapi sekali lagi budak gembala itu dihampakan. Sungguh ajaib sekali, tiada seorang pon penduduk kampung yang datang ke tempat kejadian, sekurang-kurangnya untuk datang dan menjenguk-jenguk keadaan. Tiada. Na'ah. Nope. Nehi.
Sumpah budak gembala berasa begitu hairan dan tidak percaya. Ini mustahil. Takkanlah tiada seorang pon di kampung..? Adakah mereka beramai-ramai turun ke tanah rendah Scotlan duntuk membeli-belah di hujung minggu..? Tapi hari ni hari Khamis. Sepatutnya mereka berpuasa sunat dan tinggal di rumah sahaja. Ini mustahil.
Sayugia si budak gembala mengambil keputusan untuk pergi menjenguk sendiri apa yang sebenarnya berlaku di kampung. Itu satu risiko yang perlu diambilnya; manalah tahu ini satu perangkap oleh penduduk kampung untuk mengenakannya semula. Tapi dek dorongan perasaan ingin tahu yang sangat kuat, ditambah pula dengan rasa tidak puas hati tahap majinbuu kerana Lukenabeb 2.0nya telah rosak, dia tekad untuk pergi melihat keadaan penduduk kampung.
Sebelum meninggalkan gembalaannya, dia sempat melantik Thomas Schumichael, biri-biri yang paling macho dan gagah di kalangan biri-biri yang ada untuk menjaga biri-biri yang lain sepanjang ketiadaannya. Selepas membungkus dua keping roti bakar disapu dengan jem cokelat dan air kopi tarik cap Kapal Layar, dia sudah bersedia untuk menempuh satu pengembaraan yang dirasakan agak mencabar buat dirinya.
Setelah berjalan beberapa ketika (Tak jauh pon kampung tu, tak sampai satu kilometer pon. Sungguh over budak gembala kampung itu), dia sampai di perkarangan kampung tersebut. Dia disambut dengan kain rentang yang diikat dari satu pokok ke pokok yang lain. Dia terkedu membaca tulisan yang ditulis dengan marker ajaib berwarna biru terang. Peluh besar mengalir laju.
Setelah berjalan beberapa ketika (Tak jauh pon kampung tu, tak sampai satu kilometer pon. Sungguh over budak gembala kampung itu), dia sampai di perkarangan kampung tersebut. Dia disambut dengan kain rentang yang diikat dari satu pokok ke pokok yang lain. Dia terkedu membaca tulisan yang ditulis dengan marker ajaib berwarna biru terang. Peluh besar mengalir laju.
Tertulis di kain rentang tersebut:
"GOTCHHAAA...! Sorry la mat, seorang mukmin tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali! Tambahan pula, mana ada beruang kat tanah tinggi Scotland..?? Dulu peperiksaan Geografi kau dapat berapa markah mat...? LOL."
Saya dah buat kajian; memang tiada beruang di tanah tinggin Scotland. Aman. [Kredit] -gabbana- Semoga menghiburkan wiken anda. Gelak-gelak juga, semoga mendapat manfaat daripadanya. Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. [Mutafaqun 'Alaih] >> Budak Gembala dan Serigala #2 |
4 Caci Maki Puji Muji:
oo xda ek? haha ok info baru =p
subhanaAllah, sungguh teruja sekali membayangkan seluruh kampung di tanah tinggi scotland itu semuanya muslim :)
satu hari nanti pasti, insyaAllah~
LOL
jzkk atas kisah yg sangat menghiburkan
may Allah bless
experience is the best teacher kan :)
kalau mak jumpa budak gemb ni kompem kena cubit cukup2!
Post a Comment