Sujud Keinsafan
Video ni sangat-sangat menginsafkan. Subhanallah.. Bestnya apabila orang yang sudah tersungkur jatuh, kemudian berjaya untuk bangun semula dengan bimbingan dan inayahNya.
Hidayah itu betullah milik Allah. Tiada siapa yang berkuasa melainkanNya untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Hatta ar-Rasul SAW pun berkali-kali diingatkan bahawa dia hanyalah seorang rasul dan bukannya pemberi hidayah.
Anda tahu kisah lelaki yang sudah membunuh 99 orang dan kemudian ingin bertaubat..? Lantas ditanyakan kepada seorang 'alim adakah taubatnya akan diterima. 'Alim itu, yang terlalu gopoh mengatakan yang tiada peluang untuknya bertaubat atas dosa-dosanya yang yang cukup besar, akhirnya mati dibunuh oleh lelaki itu. Kemudian lelaki itu menyesal lagi, lantas ditanyakan pula kepada seorang 'alim yang lain. Dan 'alim ini mengatakan yang pintu taubat itu sentiasa terbuka dan Allah itu Maha Penerima Taubat. Syaratnya..? Lelaki itu mesti benar-benar menginsafi perbuatannya dan dia mesti berpindah ke kota yang lain. Lelaki itu kemudiannya mati di pertengahan jalan dalam tekadnya untuk bertaubat. Dan subhanallah, dalam pertengkaran malaikat yang menjaga syurga dan malaikat yang menjaga neraka untuk menariknya masuk ke dalam tempat jagaan masing-masing, Allah, dengan rahmat dan kasih-sayangNya mengizinkan agar lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga. Subhanallah... =')
Saya mendoakan agar watak utama dalam video yang bakal anda tonton nanti, akan terus dikurniakan kekuatan dan kemahuan untuk mengemudi pelayaran kehidupannya dengan tabah dan gigih, hatta dibadai gelora dan ombak masyarakat yang amat mudah menghukum. Bersabarlah.. Saya doakan agar Allah akan terus membimbing anda. Jangan sedih dan berputus-asa, Allah sentiasa bersama-sama anda.. Biiznillah.. =)
Sekurang-kurangnya, peluangnya untuk menjejakkan kakinya ke syurga lebih cerah dan pasti. Kerana saya yakin, taubatnya diterima Allah. IAllah.. Kenapa tidak..? Bukankah Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Penerima Taubat..? Kita..? Saya...? Allah.. Allah.. Allah... Sebak sangat dada ini, memikirkan yang lebih banyak kita tahu dan faham, lebih berat tanggungjawab dan kewajipan yang harus dipenuhi..! TT__TT Tak nak jadi keldai yang terburai perutnya di akhirat nanti..! Nau'dzubillah..
Moga anda semua bermanfaat daripada video ini..!
Allahu a'lam.
-gabbana-

2 Caci Maki Puji Muji:
salam
kita production ni ikhwah poland pny ke adam?
dlu mcm pnah tgk vids KiTA production jgk
ikhwah russia kalau tak silap... ;)
Post a Comment