5 January 2009

Anda tahu anda bosan jika...

Hey peeps! Salam... Just a break from everything else, I have decided to create a new label; TEN THINGS (Gosh, I've got a quite a few different labels now, haven't I...?). Just for fun and I hope u'll enjoy it...! ;) Cheers~

10 perkara yang anda buat apabila anda sudah mula bosan yang teramat:



1) Log in facebook akaun anda setiap 5 minit untuk melihat sama ada anda mendapat wall yang terkini.
2) Memeriksa blog anda buat ke sekian kalinya, untuk mengetahui ada pengunjung terbaru, atau comment yang ditinggalkan pada post terbaru.
3) Mampu untuk menulis 3-4 posts dalam masa tidak lebih daripada 3 jam.
4) Mula mebaca email-email yang sudah lapuk, yang selama ini tidak pernah terlintas pun di fikiran anda untuk menyentuhnya.
5) Dengan sukarela membuatkan teh 'o panas untuk rakan serumah anda, tidak diminta atau dipaksa. Bukan setakat teh 'o kosong biasa, malah the twinning berperisa lemon.
6) Membelek makalah-makalah, risalah-risalah atau buku-buku yang sudah lama terperap dan berhabuk di sudut hujung meja anda.
7) Mula membaca blog-blog orang lain, kadangkala sehingga 13 new tabs anda buka.
8) Mencari rakan-rakan lama di friendster atau facebook, membaca sehingga khatam profile mereka, meneliti semua gambar-gambar mereka dan selalunya, anda juga akan menjadi stalker dengan melihat profile mereka yang tidak pernah anda kenali.
9) Bercadang untuk mula bersukan secara serius, baik berjogging, berlari dalam guni, bermain guli atau pun berlari-lari setempat.
10) Menulis post '10 things you do when you are damn bored...' di dalam blog anda... ;p

-gabbana-

5 Caci Maki Puji Muji:

Kenangan Lalu 05/01/2009, 15:41  

No9 tu 'bercadang' je la ek? Perlaksanaannye belakang kire~

faisalzulkifli 05/01/2009, 20:16  

ko patut masukkan menyanyi dlm list nih..bkn ko ske nyanyi ka?

Inche gabbana 06/01/2009, 00:54  

to nyamouq: heheeh... lebey kurang la... slalu ble dh smagat, mesti hujan la, sejuk la... ;p

to cha: eh eh?? silap org nih... ko maksdkan diri ko kan?? hehe..

Anonymous 09/01/2009, 09:40  

haha..memang betul org wat bnde2 nih bile bohsan

Anonymous 28/02/2009, 07:00  

huhu.. so true!

-fellow-blogger-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP