5 November 2008

Living in a Modern JUNGLE

Cuba korang bayangkan, suatu hari nie kan, Kak Sheripah Aini masuk la dalam kedai runcit nie, nak beli susu pekat manis ngan gula pasir kasar sebungkus. Si pekedai pulak, dalam konon-konon nak tunjuk kemesraan ala-ala 'Bersih, Cepat dan Betul' pon layan la si Kak Pah kita nie. Tanyala apa khabar, kenapa lama tak jumpa, sekarang nie bwat apa, hows life... You know that kind of stuff...

And Kak pah pulak, ala-ala glam gitu, mestila layan kan? Dengan hilai tawa ala-ala yayadan, dicampur dengan rambut menggerbang bak lagu Sheila Majid 'Tiru Macam Saya.' Mesti la rasa seronok, orang kenal kita yang serba popular nie, tak gitu...? Dan cuba korang bayangkan la pulak, alih-alih Kak Pah jejakkan je kaki keluar daripada kedai tue, dia terdengar si pekedai tadi berbisik kat isterinya, "Eh, sape tue ek? Macam kenal..." Ha....!!!! Agak-agak la kan, apa perasaan Kak Pah time tue...?? Ade rasa macam nak pelempang free kat pekedai tue tak? Tak pon, terasa macam nak terjun gaung kat Gua Musang nun...??

Hehe... Macam tue la yang aku rasa bila aku menghadirkan diri nie ke rumah terbuka (walaupun Syawal dah abes dah time tue... Orang Melayu kan... Raya biar over!) seorang kawan di Bayswater sana. Terjumpa la seorang makhluk dari Warwick nie, yang dah dekat setahun lebih tak jumpa. Mau aku tak borak ngan dia...! Aku cakapla, ko idop lagi rupanya. Kenapa tak turun London. Ko bwat ape skang? Ala, borak-borak kosong nak hidupkan suasana la lebih kurang. So ok la. In a way, tho dia bukan kenalan yang rapat pon, at least aku ada la terasa happy sket, coz dah lama tak jumpa.

And korang tau?? Just moment before aku nak balik sebab dah kenyang makan nasi ayam, tiba-tiba aku terdengar yang dia berbisik sesuatu kat kawan baik aku sorang nie. Aku tanyela kat kawan aku nie, apa dia cakap... And guess what?? Dia tanya, "Eh, sapa budak yang pakai scarf hijau tue eh? (Aku la tue...) Tiba-tiba je mesra semacam.." Gedebup!!! Ha, rasa macam ada batu hempap kat kepala aku. Terasa macam kena lempang pon ada...!!

Nasib baikla budak tue agak terkenal ngan ke'ignorance'nya... Kalau la tak, aku ada gak terfikir nak saman dia or something.. Hehehe.. Hai, dalam era IT serba canggih nie, masih ade lagi orang yang cenggitu ek?

-gabbana-

Ditulis dalam format nak hilangkan tensi...

3 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 07/11/2008, 22:23  

hahaha..rilex2..

AlexAlabasta 13/11/2008, 22:04  

Breathe...

Okay, you're doing right...

Breathe...

Yes, yes, that's it....

Feeling okay already?

Theehee... (^__^)

bashy 21/12/2008, 02:37  

hmm..someone from warwick?our batch ke?? mcm ku tahu siapa..

Amirul's chaletmate ke??

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP