30 September 2008

Selamat Tinggal Ramadhan, Selamat Datang Syawal...!

Bismillahirrahmanirrahim.



Salam a'laikum warah matullah.

Hari ini, 30hb Oktober, merupakan Ramadhan yang terakhir di Malaysia untuk tahun ini. Jujurnya, saya dapat merasakan sedikit kesayuan dan kesedihan untuk meninggalkan Ramadhan 1429H ini. Yalah, siapa tahu, dan siapa yang boleh jamin saya akan berjumpa lagi dengan Ramadhan di tahun hadapan?? Rugilah mereka yang tidak menggunakan sepenuhnya Ramadhan kali ini. Termasuklah diri ini... =(

Ramadhan, sepertimana yang diketahui umum, merupakan bulan yang paling mulia dalam Islam. Rasulullah SAW dan para sahabat meyambut dengan penuh gembira dan kesyukuran setiap kali tibanya Ramadhan. Dan mereka juga menangisi dan meratapi pemergian Ramadhan. Adakah kita tergolong dalam golongan yang bersedih dan merindui Ramadhan, setiap kali Ramadhan tiba ke penghujungnya?

Atau kita tergolong dalam mereka yang gembira dan suka cita kerna sudah habisnya bulan yang menyeksakan, yang mana seks, rokok dan makan minum wajib ditinggalkan di siang harinya...?

Atau mereka yang tidak sabar-sabar menanti ketibaan Syawal kerna ia menandakan baju baru yang cantik bergaya, kasut mahal berkilat bercahaya, langsir baru yang diganti-ganti setiap tahun, mengalahkan Usain Bolt dan rakan sepasukannya yang memenangi pingat emas untuk acara lari berganti-ganti 100m di Olimpik Beijing 2008?

Atau mereka yang dipanggil Muslim kontrak, yang mana hanya menjaga mata, telinga, mulut dan anggota yang lainnya, hanya bersolat, hanya ke masjid, hanya berpuasa, hanya bersedekah di dalam tempoh 30 hari Ramadhan itu sahaja...?

Nau'zubillah...

Ramadhan merupakan bulan yang paling dinantikan Rasulullah SAW dan para sahabat. Alangkah ruginya kita...

Ramadhan merupakan bulan yang mana setiap amal kebaikan akan dilipatkaligandakan sebanyak 60 darjat. Alangkah ruginya kita...

Ramadhan merupakan bulan yang mana dihadiahkan oleh Allah suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan kitab rujukan panduan hidup, al-Furqan al-Mubin diturunkan. Alangkah ruginya kita...

Ramadhan merupakan bulan tawaran istimewa daripada Allah untuk para hambaNya, yang mana 1/3 daripadanya diberikan rahmat, sepertiga lagi pengampunan dan sepertiga lagi kebebasan dari api neraka. Alangkah ruginya kita...

Dan Ramadhan juga merupakan pusat tahanan dan latihan untuk membersihkan dan menyucikan hati dan diri, berjihad memerangi hawa nafsu kerna Iblis dan konco-konconya dirantai dan dipenjara. Alangkah ruginya kita....

Rugi! Rugi! RUGI!!!

Namun, hal itu tidaklah bermakna Syawal harus disambut dengan air mata. Syawal harus disambut dengan keriangan dan kegembiraan. Malah, dari segi bahasa, 'Aidulfitr itu sendiri membawa maksud 'perayaan daripada berpuasa' (Celebration of the Breaking of the Fast). Rasulullah SAW ada bersabda;

"Setiap bangsa (kaum) ada perayaannya dan ini ('Aidulfitr dan 'Aiduladha) adalah perayaan kami." - Sahih Bukhari dan Muslim.

Kerna itu kita amat digalakkan (sunnah) untuk mandi dan mengenakan wangi-wangian, memakai pakaian yang terbaik dan tercantik dan menjamah sedikit makanan (janganlah kau bantai lemang sebuluh, rendang sekuali dengan kuih sebotol mat oii...) sebelum pergi menunaikan solat sunat 'Aidilfitr. Juga amat digalakkan untuk bermaaf-maafan sesama insan, bagi menandakan kita sudah layak menerima Ijazah Sarjana Muda 'Proses Penyucian Hati' daripada Universiti Ramadhan. =) (Walaupun konsep sebenar bermaaf-maafan ini bukan hanya di bulan Syawal, malah setiap masa...!)

Rakan-rakan di UK akan menyambut Syawal pada hari ini (Eid mubarak to all my fellow Londoners...!). Hahaha, tak, saya tak cemburu pun. ;) Malah, saya bersyukur kerana diberikan peluang olehNya untuk memanjangkan Ramadhan. Betul, saya amat khuatir dan risau sekiranya tidak diberikan kesempatan untuk menyambut kedatangan Ramadhan yang akan datang!

Di kesempatan ini (ayat skema weh...), dengan sepenuh dan setulus hati (Insha-Allah), saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini, sekiranya sepanjang tempoh kita berkenalan dan berkawan, sebarang perbuatan, perkataan dan tingkah laku saya ada mengguris dan menghiris hati dan perasaan kalian. Sekiranya jahat mulut ini mengumpat, berkata nista dan dusta dan ada membuka aib kalian, (nau'zubillah...), saya merayu agar dihalalkan segala dosa ini, kerna saya benar-benar tidak sanggup untuk menghadapi kalian di Mahkamah Agung Mahsyar kelak!

Akhir kata,

Selamat Hari Raya ‘Aidulfitr,
Maaf Zahir JE…!
;p

Minal ai'din wal fai'zin...!



-gabbana-

Would like to talk more on why la Muslims all over the world just cannot decide on one same aggreeable date for 'Aidulfitr and 'Aiduladha, but then decided that there must be a hidden hikmah behind it... ;)

1 Caci Maki Puji Muji:

NALQAH 23/01/2013, 16:43  

Assalammualaikum..
Comment on 11 Rabiul Awal 1434H.
Muhasabah diri ini semula, apa yang telah aku manfaatkan pada bulan ramadhan yang lepas. Merindui bulan ramadhan :( Sehingga berjumpa kembali ramadhan

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP