26 July 2008

Dua Puluh Satu

Dua Puluh Satu,
Akhirnya aku ketemu,
Setelah sekian menunggu,
Kau akhirnya bertamu,
Tegur,
Sapa,
Tanpa aku sedari,
Semakin menghampiri mati.

Dua Puluh Satu,
Aku tidak tahu,
Setahun sudah berlalu,
Samada Tuhan sayang padaku,
Redha,
Rahmat,
Kerana aku hamba yang alpa,
Menjamah maksiat meneguk dosa.

Dua Puluh Satu,
Adakah akan ku ketemu,
Dengan pengganti dirimu,
Tidak aku mahu,
Khuatir,
Takut,
Andai nyawa dicabut cepat,
Belum sempat bersujud taubat.

Dua Puluh Satu,
Ku hanya mampu berteleku,
Menadah tangan tertangis sedu,
Minta hidayah arah tuju,
Lurus,
Benar,
Agar setahun yang baru,
Tidak aku sia-siakan.

-gabbana-

1 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 27/07/2008, 16:07  

Salam. Ni Fikri.
Selamat hari lahir....
:D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP