7 January 2013

Pertandingan Video Osem APG '12: Hasil Mahsul #5

Pusingan akhir! Teng teng teng!

Eh.

Jadi seperti yang disebut dalam post sebelum ini, video-video yang bakal ditayangkan di dalam post kali ini adalah kumpulan video terakhir untuk Video Osem 2012. Makanya, selepas ini saya akan mula membuka undian atas talian di dalam bentuk 'poll survey,' sama formatnya seperti tahun lepas.

Oh nanti akan saya tulis satu post khas untuk proses pengundian ini, agar ia berlaku dengan lebih telus dan adil lagi saksama. Ewaaah.

LIMA (5) video untuk kategori ALIF dan TIGA (3) video untuk kategori BAA yang mendapat undia tertinggi akan melangkah ke pusingan seterusnya, yakni penghakiman secara professional oleh juri-juri yang telah dijemput khas.

Kemudiannya, apabila video-video itu telah siap dihakimi, keputusan pon akan diumumkan dan mereka semuanya hidup bahagia sehingga ke akhirnya. Wahahaha. Err.

Baiklah. Anda sudah bersedia..? Marilaaaahhh!



Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Kapormarker
Nama Video: Origami KITA
Tema: Bulatan Gembira Itu Menggembirakan!
Sinopsis: "Jadi sinopsis ringkasnya ialah di mana saya selang selitkan manual pembuatan origami dan mengaitkannya dengan realiti (berdasarkan pengalaman ditarbiyah 5 bulan) yang berlaku dlm gerabak dakwah ni (bulatan gembira). Kira… Urm (sukar juga nak translate video kepada kenyataan) hah, saya bahagikan kepada 3:
  1. Ukhuwwah perlu ada asas yangg kukuh – 3T 
  2. Menuju ke arah kesempurnaan meskipun ia sukar – belajar dari ksilapan/teguran
  3. ALLAH lihat usaha bukan hasil
Kira, penutupnya jadilah seperti seekor burung jenjang – terbang tinggi sebar cinta Ilahi. Kalau org argue, origami kottt mana bole terbang – mustahil! Kita jawab, helllooo, pasang tali gantung la tinggi-tinggi! Terbang juga tu.. Haha. (oke ni gurau je)"




Kategori: ALIF
Tukang Buat Video: Mr Selang2011
Nama Video: Muwasofat Tarbiyah
Tema: Muwasofat Tarbiyah
Sinopsis: Ketika Adik sedang bermain di padang, tiba-tiba sekeping kertas melayang. Rupa-rupanya itu ialah kertas tentang Muwassofat Tarbiyah. Adik yang berminat dengan perkara yang baru diketahuinya itu terus bertanya mengenainya. Abangnya pula menerangkan satu-persatu ciri peribadi muslim tersebut.



Kategori: BAA
Tukang Buat Video: ahmadfath
Nama Video: Cipiki Cipika
Sinopsis: Menceritakan tentang seorang pelajar oversea, Izzat. Dia seorang yang pendiam dan sangat alergik dengan salam cium pipi kiri, cium pipi kanan a.k.a CiPiKi - CiPiKa, dan juga alahan dgn makan dalam talam bersama sahabat-sahabat yang lain. Datang seorang bro, Mas Azam, memecah kehairanan dia..

Ok alhamdulillah dah abes dah. Lega.

Kechiwa sebab dah abes..? Jangan. Nantikan Pertandingan Video Osem APG 2013 pula! In Shaa Allah!

Buat tanda aman sambil senyum nampak gigi putih berkilat. Eheh.

-gabbana-

Dup dap dup daaap. Eh, bunyi jantung andakah tu..? 

2 Caci Maki Puji Muji:

osem mama 07/01/2013, 08:33  

rindu nk baca post baru.

Anonymous 11/01/2013, 05:49  

Salam, boleh panjangkan dalam 3 atau 4 hari lagi untuk undi ? Sbb undi tidak cecah 300 untuk kumpulan Alif dan Baa. InsyaAllah semua peserta akan bertungkus lumus post dan menyebarkan video dan dakwah kecil mereka lagi. Mohon dipertimbangkan :-) _hani

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP