17 November 2013

Selamatkan Lelaki Kurus Itu!

[Kredit]

Anda! Anda! Nampak tak lelaki kurus itu...? Itu ha, yang sedang mundar-mandir, lugu tidak tahu nak buat apa itu?

Ala yang kurus-kurus, tapi berperut buncit itu..? Ha, nampak kan..?

Kasihankan dia tu? Kurus sangat. Nampak tak bermaya. Lemah. Rasanya kalau jentik pon dah boleh tumbang tu. 

Anda tahu kenapa dia kurus dan tampak pucat tidak bertenaga? 

Sebab dia jarang-jarang baca al-Quran. Sangat jarang. Kalau baca pon, sama ada malam Jumaat baca Yaasiin, atau bila kena paksa dengan bini dia, baca tiga qul. Selain daripada tu, memang dunia nak kiamatlah kalau dia buka mushaf al-Quran dan baca. Ha, sebab tu dia kurus sangat tu.

Anda tahu, kenapa dia kurus sebegitu?

Sebab dia jarang sekali bagun malam, bermunajat kepada Tuhan. Kalau bangun atau terbangun pon, sama ada sebab nak tengok Liverpool main bola atau dah tak tahan nak terkencing. Nak ambil wudhu' dan tunaikan solat dua rakaat? Ish jauh sekali. Tu pasal la badan dia kurus sangat tu.

Anda nak tahu sebab apa lagi dia kurus? 

Sebab lidahnya jarang sekali basah dengan zikrullah. Yang ada adalah doa makan, bila nak berjanji sebut InshaAllah, bila marah sebut ya Allah. Selain tu memang jarang la nak ingat Allah. Lidah tu lebih basah dengan carutan, cacian, umpatan dan kutukan. Ha, mana tak kurus?

Dah tu, kenapa perut dia buncit...?

Ha, anda nak tahu kenapa perut dia buncit? 

Sebab perut dia tu penuh dengan dosa dan noda. Dalam perut tu ada cacing-cacing maksiat yang berselirat. Dalam perut tu ada buruk sangka, ada kutuk mengutuk, ada hasad dengki, ada riya' dan takabbur. Ada bakteria kaki fitnah dan ada kuman kikir dan bakhil. Dan yang mengelilingi perut tu adalah lemak-lemak jahiliyyah, yang semakin hari semakin menebal. 

Macam mana tak buncit?

Jadi, kita kena tolong dia. Kita kena bantu dia. Kita kena selamatkan dia!
 

Garu kepala. Macam mana tu Inche gabbana?  

Ok, mula-mula kita kena 'gemukkan' dia. Kita kena bagi dia makan makanan kesihatan. Dia kena mula banyak mengambil makanan al-Quran. Untuk permulaan, sekurang-kurangnya satu muka sehari pon jadilah. Untuk bagi rasa makanan tu lagi lazat, dia kena tadabbur ayat-ayat yang dibacanya tu, supaya rasanya lebih lemak dan berkrim. Bila dia dah biasa dengan satu muka sehari, kita tambah dosnya sedikit demi sedikit, sehinggalah dia boleh habiskan satu juzu' dalam sehari.

Dia juga kena ambil pencuci mulut berupa zikir-zikir munajat yang maathur, supaya dapat lancarkan lagi penghadaman dia. Sambil tu, kalau nak buang lemak-lemak dosa yang terkumpul banyak dalam badan dan perut dia, dia kena ambil tonik istighfar. Lagi banyak dia minum, lagi cepat kuman-kuman dosa dan cacing-cacing dosa dalam tubuh badannya akan mati dan dibuang dari badannya. 

Selain tu, kena ambil juga vitamin-vitamin tambahan berupa sedekah, infaq, membantu orang-orang yang memerlukan, perbanyakkan kerja-kerja amal dan apa-apa sahaja amalan yang boleh merendahkan hati dan mengecutkan ego. Perbanyakkan senyuman dan sebarkan salam adalah antara vitamin yang amat baik untuk tubuh badan.

Oh, jaga pemakanan sahaja tidak mencukupi. Dia juga kena buat senaman dan pergerakan yang akan menguatkan otot-otot badannya. Dan dalam keadaan dia yang sedang kritikal dan kronik sekarang ni, senaman yang paling berkesan untuk tubuh badannya adalah bangun malam bertahajjud kepadaNya. Untuk kuatkan hati dia yang semakin melemah tu, air mata taubat dapat menguatkan semula hatinya itu. 

"Sesungguhnya Kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu. Sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan. 

Sesungguhnya pada siang hari kau sangat sibuk dengan urusan-urusan yang panjang. dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepadaNya dengan sepenuh hati."
[al-Muzzammil, 73:5-8]

Kalau buat semua ni dalam masa sebulan, InshaAllah dia akan kembali berisi, cergas dan kuat. Bukan setakat berisi dan nampak kacak bergaya, silap haribulan nanti otot-ototnya akan berketul dengan amal dan perutnya ada sikspek pahala. Pergh.

Tapi kena istiqamahlah. Apabila terasa macam nak kembali semula buat maksiat, kena cepat-cepat ambil tonik istighfar tadi tu. Jika terasa macam dah malas nak beribadah dan beramal, kena paksa diri lari atas thread mill mujahadah.

Dan semua ini kena ada buah amalnya. Jika tidak, nanti akan jadi gemok dan obes, kerana terlalu banyak makan dan minum. Kena seimbangkan dengan kerja-kerja dakwah, usaha-usaha menyentuh hati-hati di luar sana. Baharulah bekalan makanan dan vitamin-vitamin yang diambil tadi akan dirembeskan menjadi peluh dan keringat amal yang bermanfaat. 

Oh, anda tahu siapakah gerangannya lelaki kurus itu..?

Dia adalah kita. Ya, ruh-ruh kita yang sudah lama kelaparan dan kebuluran. Mungkin sudah tiba masanya kita memberinya makan? Sebelum dia tersungkur, tidak lagi bernyawa buat selamanya.

Gulp.

-gabbana- 

6 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 17/11/2013, 15:14  

terasa orang2 kurus sedunia T.T

Anonymous 17/11/2013, 21:44  

tebaekk la IG.
sentap gak r. ^^
teruskan.
If Allah Wills.

Anonymous 18/11/2013, 21:47  

Apa maksud thread mill mujahadah?

erina 19/11/2013, 22:27  

Deep gila...

Anonymous 20/11/2013, 07:19  

i think gambar hiasan x sesuai la , think other best way yg lebih elok.

Anonymous 21/11/2013, 08:08  

http://theincrediblemuslim.blogspot.ie/2013/11/atherosclerosis-kisah-snek-yang.html

Boleh usha blog yang ni juga.
Guna analogi anatomy untuk tadabbur masalah umat.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP