6 June 2013

Bukan Sekadar Hamba

[Kredit]

Di dalam surah al-Isra', ayat pertama, Allah merekodkan:

"Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, Maha Melihat." 
[al-Isra', 17:1]

Ia adalah bukti daripada langit bahawa Nabi Muhammad SAW sememangnya pernah melalui suatu peristiwa agung yang kita kenali sebagai Israa (diperjalankan) dan Mi'raj (naik ke langit). Dalam satu malam sahaja, baginda telah melalui suatu pengalaman yang cukup luar biasa, menyaksikan pelbagai pemandangan dan peristiwa. Ketika ini jugalah, baginda naik sehingga ke Siddaratul Muntaha bertemu dengan Allah, suatu penghormatan buat baginda yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana Nabi dan Rasul sebelumnya. Ketika ini juga, baginda mendapat perintah solat sepertimana yang kita ketahui dan amalkan pada hari ini. 

Untuk suatu peristiwa yang cukup agung dan mulia, pastinya ar-Rasul merupakan seorang manusia yang terpilih lagi istimewa. Kedudukan baginda sebagai Habibullah (kekasih Alah) yang sangat dekat dan rapat dengan Allah, membenarkan peristiwa tersebut sebagai manifestasi kechentaan Allah kepada baginda. 

Di sebalik semua itu, apa yang menarik perhatian saya adalah penggunaan kata 'hamba' pada ayat pertama surah al-Isra' seperti di atas. Meski Nabi Muhammad SAW adalah seorang manusia agung lagi mulia yang tiada tolok bandingnya, seorang kekasih Allah yang cukup rapat dan istimewa di sisiNya, baginda masih dirujuk sebagai hamba oleh Allah. 

Anda sudah nampak permainannya di situ..? 

Pertamanya, gelaran hamba adalah gelaran yang mulia, kerana perhambaan kita adalah kepada Allah dan bukan pada yang lain. Maka untuk memastikan gelaran itu kekal mulia dan istimewa, sewajarnya sebagai seorang hamba kita kekal menjadi hamba Allah semata-mata dan tidak pada yang lain.

Nah, sekarang lihatlah diri kita. Agak-agaknya, berapa banyak 'tuan' yang telah memperhambakan kita...? 

Hamba kepada kerja. Hamba kepada hekzem. Hamba kepada wanita. Hamba kepada Tuan Bos Besar. Hamba kepada wang ringgit. Hamba kepada makanan. Hamba kepada bola. Hamba kepada Korea. Hamba kepada manga.

Ok nak saya teruskan lagikah..? Ahah. 

Kita sanggup tak solat sebab ada mesyuarat 'penting' yang perlu kita hadiri. Aik, kita hamba kepada mesyuarat atau hamba kepadaNya?

Kita sanggup memandu jauh nun hingga ke Ipoh sana semata-mata untuk nasi ganja istimewa, tetapi tak sanggup nak menapak ke masjid sekangkang kera. Aik, kita hamba kepada makanan atau hamba kepadaNya?

Kita sanggup bersengkang mata, tak tidur malam sebab nak tengok pasukan bola peberet kita bermain, tetapi tak sanggup nak tolak selimut bangun untuk mengerjakan solat Subuh. Aik, kita hamba kepada bola atau hamba kepadaNya?

Kita sanggup berjuang bermati-matian, rancang strategi cun punya bagi nak menghadapi hekzem akhir semester, tapi tak sanggup nak beri masa dan tenaga untuk buat dakwah. Aik, kita hamba kepada hekzem atau hamba kepadaNya?

Kita sanggup berbelanja ratusan, malah ribuan ringgit sebab nak tengok konsert K-Pop pojaan hati kita, tapi tak sanggup nak infaq lebih untuk orang Palestin dan Syria. Aik, kita hamba kepada artis Korea atau hamba kepadaNya?

Ok ok, cukuplah nanges tu. Buruk sangat muka. Nah tisu.

Ehem.

Dan kedua, bagaimana insan semulia dan sehaibat Nabi Muhammad tu pon Allah panggil dan rujuk sebagai hamba. Allah tak sebut 'kekasihku' dalam ayat tersebut. Allah tak rujuk baginda sebagai Nabi dan Rasul pon, tapi Allah rujuk sebagai hamba! Memandangkan baginda adalah qudwah dan rahmat untuk sekian alam, maka wajarlah baginda menjadi kayu ukur dan benchmark kepada kita semua. Maka apabila baginda digelar oleh hamba oleh Allah sendiri, sayugia hamba seperti Nabi Muhammad lah yang dikehendaki olehNya. 

Ha, kalau insan sehebat baginda pon Allah panggil hamba, kita ni taraf apa ya? Hamba macai? Kuli cacai? Marhaen serabai?

Allahu. Banyak habuk masuk mata. 

Kita nak jadi hamba? Maka Nabi Muhammad SAW lah penanda arasnya!

Solat kita ada macam Nabi tak?

Istighfar kita sebanyak Nabi tak?

Senyum dan akhlak kita macam Nabi tak?

Sabar kita macam Nabi tak?

Cara kita layan orang sekeliling macam Nabi tak?

Pengorbanan kita macam Nabi tak?

Tarbiyah dan dakwah kita macam Nabi tak?

Nah, layakkah kita digelar hambaNya?

Oii Inche gabbana! Man man la sikit! Sakit woo pelempang anda kali ni!

Err, maafkan saya. Saya nak lempang diri sendiri sebenarnya, terlempang anda semua sekali pula. Eheh. 

Itu pon kita masih ada keberanian nak tunjuk eksyen kan? Kita masih sanggup untuk berlaku angkuh dan takabbur kan? Masih mahu ego dan tunjuk belang kan...?

Haila haila, hamba jenis apa kita ni...?? 

Tunduk malu, air mata mengalir laju. 

Benar, gelaran hamba itu adalah suatu gelaran yang mulia, kerana yang menjadi Tuannya adalah Dia yang Maha Agung lagi Mulia. Tetapi gelaran hamba itu hanya layak diberikan kepada mereka yang benar-benar hamba; yang membebaskan jiwa dan raganya daripada sebarang ilah (sembahan) dan ikatan yang lain dan memperhambakan dirinya kepada Allah semata-mata.

Itu baru layak digelar hamba. Itu baru bergaya.

Sempena Isra' wal Mi'raj pada hari ini, ayuh kita ambil iktibar daripadanya. Kerana Isra' wal Mi'raj bukan sekadar jalan-jalan makan angin tengok pemandangan. Ia bukan sekadar perjalanan ke langit untuk menerima perintah solat daripada Tuhan.

Tetapi ia suatu peristiwa agung yang mengajar kita, bagaimana mahu menjadi seorang hamba. Seorang hamba yang sebenar-benarnya.

-gabbana-

Konon nak tulis tazkirah pendek. Ceh.

9 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 06/06/2013, 15:59  

rasa macam ada habuk masuk mata lah :(

Anonymous 06/06/2013, 16:07  

Tak mcm Nabi pun :(

Anonymous 06/06/2013, 17:10  

rasa sliva berpasir.gulp! perit.

hambakah kita? andai time dengar azan terus tarik comforter? yang lagi perit lagi bila mata masih terbeliak telinga masih mendengar lalu sengaja buat tak kesah . membiar nafsu beraja lalu iman semakin merudum.ke mmg iman dah tiada? fuhh!

astaghfirullahalazim.

btw. well written.

Anonymous 06/06/2013, 17:14  

Salam Inche Gabbana (atau/dan sesiapa yg rajin nk jwb)

Jzkk atas perkongsiaannn.
InsyaAllah ada manfaatnya.

Ana nk tanya 'Man Man la sikit' tu apa? Adakah 'laki laki lah sikit'?

Soalan kedua, 'haila haila' tu apa? yg tu ana xdpt figure out.

Aseef that it might be out of topic. Tp overall, ana phm point nta.

jzkk!

Anonymous 06/06/2013, 18:21  

Salam, nk jwp soalan org di atas.'Man man la sikit' tu mksudnya, 'main main la sikit'. Man=men (cara sebutan). En gabbana malas mungkin nk tulis 'main main'. Ehe. Aseef klau salah. Btw, well written! Jzkk.

Anonymous 06/06/2013, 19:44  

Alhamdulillah.
Astaghfirullah.
Allah ~

Ini memg menyentap ♡
Thank you Allah.

Anonymous 06/06/2013, 20:07  

Inche gabbana ohsem la, walaupun sentap Insya Allah kena jugak dekat hati. Tarbiyyah dan teruskan perjalanan anda baru ohsem

Anonymous 06/06/2013, 20:21  

salam...saya rsa maksud inche gabbana psl 'man man la sikit'bermaksud 'perlahan perlahan la sikit' man bahasa mandarin bermaksud perlahan.

D25 20/06/2013, 16:25  

rasanya man-man = slow-slow

saya sokong pendapat anonymous di atas.BTW, thanks share pasal soal "hamba" nie. tak pernah terfikir pun nak relatekan nabi n kita dlm konteks hamba.alrite. gudjob bro

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP