25 January 2012

Serve, Balas, Lompat dan Smash!

[Kredit]

Kepada anda yang peka dan cekap lagi stalker, anda pasti akan perasan yang ada satu komen yang sangat menarik yang diletakkan pada kotak jerit di sebelah kanan beberapa hari yang lalu.

Komen atau pertanyaan yang datangnya daripada akuhero itu berbunyi sebegini:

"Salam alaik pak cik gaban, kwn sy ckp kat fb cmni die, "biar kita minum arak, biar kita jadi samseng, biar kita jadi gangster... tapi pegang satu dalam diri, LAILAHAILLALLAH... nescaya kau akan berani... #aku dah rasa sendiri kekuatan itu.." huh??

saya mohon penjelasan pak cik gaban boleh? sbb sy x cukup ilmu utk smash dia.. terima kasih"

Pertamanya, saya hampir pengsan membaca kenyataan berani mati, hidup semula dan mati sekali lagi rakan akuhero itu.

Kedua, saya amat suka dengan perkataaan 'smash' yang digunakan oleh akuhero. Terbaik. Hehe..

Ok, kembali kepada perniagaan kita semula.

Jujurnya, saya memang terasa amat terpanggil dan bertanggungjawab untuk memenuhi permintaan tulus dan berbudi akuhero itu. Seolah-olahnya seperti Puan Mama yang meminta tolong saya untuk naik basikal ke kedai runcit yang terdekat untuk membeli kelapa parut kerana dia ingin memasak gulai lemak udang harimau pada hari itu. Meleleh air liur. Eh.

Pokoknya, saya berasa amat berat menolak permintaannya itu. Malah, sebenarnya, saya berasa amat teruja untuk memenuhi permintaaannya itu.

Mengapa..? Adakah di belakang tabir akuhero menawarkan untuk manghadiahkan saya sebuah telefon 4S yang penuh bergaya itu sekiranya saya menjawab persoalannya? Atau Samsung Galaxy 7.0 yang boleh tahan kool itu jika saya memenuhi permintaannya itu..? Oooo sudah semestinya tidak walaupon err, saya pastilah menerima dengan penuh redha dan gembira sekiranya akuhero benar-benar mahu menawarkan sesuatu yang seosem itu. Wahahaha.. Ok kantoi wahan di situ.

*koff koff*

Di mana kita tadi..?

Oo ye. Saya berasa bertanggungjawab untuk menyahut permintaan akuhero itu dengan penuh rasa amanah dan bersemangat pada masa yang sama. Mengapa..?

Kerana ini soal aqidah. Kerana ini soal tauhid. Kerana ini bukan persoalan main-main. Ini seriyes. Sumpah seriyes.

Maka ini tawaran saya buat akuhero: Mari kita smash bersama-sama..? Wahahaha..

Serve

Kalimah 'Lailahaillallah' adalah kalimah agung yang paling mulia sekali di seluruh galaksi bimasakti ini; statusnya tidak pernah berubah sejak zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke saat anda membaca post ini. Malah ia akan kekal sebegitu untuk selama-lamanya.

Ia merangkumi tujuan kita dihidupkan. Ia mejelaskan apa peranan kita sebagai manusia dan hambaNya di muka bumi. Ia menjustifikasikan kebergantungan kita kepada Allah semata.

Maka tidak hairanlah, barangsiapa yang mati dengan menyebut kalimah tersebut, maka syurgalah tempat kerehatan abadi buatnya (maksud hadith). Maknanya, hak dan kedudukan kalimah yang cukup pendek, mudah untuk diingat dan disebut itu, cukup besar dan tinggi.

Tetapi hebat dan osemnya kedudukan dan status kalimah tersebut bukan hanya terletak pada lafaz dan maksudnya sahaja. Bukan. Malah yang lebih utama daripada itu, adalah ruh dan ibrah (pengajaran) yang terkandung di dalaamnya. Samalah seperti sebuah masakan atau hidangan yang dimasak oleh juara Master Chef musim kedua. Walau betapa hebat rupanya dan cantik hiasannya, kita mampu melelehkan air liur sahajalah melihat hidangan tersebut melalui telebisen. Untuk mengetahui kehebatan sebenar masakan tersebut, kita perlulah merasai, menikmati dan menghayati masakan tesebut, dan bukan hanya sekadar berangan kalaulah kita dapat men jamah hidangan tersebut. 

Maka bagaimana kita mahu menghayati dan memahami ruh kalimah agung tersebut?

Hayunan balas 

Apabila kita mengatakan kita menolak sebarang tok nenek ilah (sembahan) yang lain dan mengakui bahawa Allah-lah satu-satunya ilah dan Tuhan kita, maka kita menerima kekuasaan dan pemilikan tunggal Allah terhadap kita. Kita menafikan sebarang bentuk sembahan hatta pengaruh yang ada pada sembahan tersebut terhadap kita. Maknanya, kita memusatkan ketaatan dan kepatuhan kita kepada Allah semata-mata.


"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.'"
[al-An'am, 6:162]

Dengan kata lain yang lebih mudah untuk difahami tanpa menyebabkan anda menggaru kepala yang tidak gatal itu; kita mematuhi segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Tanpa banyak soalan. Tanpa kompromi. Kerana apa..? Kerana kita hanyalah hambaNya yang marhaen, hina lagi tidak punya apa-apa.

Apalah makna kalimah 'Lailahaillallah' itu seandainya ia hanya manis di bibir sedangkan pada masa yang sama kita syok menonggang arak? Di mana letaknya kesucian dan keagungan kalimah 'Lailahaillallah' itu sekiranya pom pam pom pam kita melaungkannya, walhal kita dengan maksiat ibarat isi dengan kuku...?? Astaghfirullah hal adzim..


Maka jadilah kita seperti golongan yang Allah sebutkan di dalam ayat ini:

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi; maka jika dia memperoleh kebajikan, dia merasa puas dan jika dia ditimpa dengan sesuatu cubaan, dia berbalik ke belakang. Dia rugi di dunia dan akhirat. Itulah kerugian yang nyata."
[Al-Hajj, 22:11]

Kita hanya mencari dan menyembah Allah bila mana 'penyembahan' kita itu mendatangkan manfaat kepada kita. Atau pon bila mana ia sesuai dengan keadaan dan siapa diri kita ketika itu. Walhal bila mana kita diuji dan dilemparkan dengan mehnah dan cubaan yang menguji keimanan kita, kita berundur ke belakang. Kita ragu-ragu dan was-was. Lebih teruk lagi, kita terus ingkar dan kufur kepadaNya! Nau'dzubillah...

Seolah-olahnya kita meletakkan syarat dan kondisi pada keimanan kita. Oh, Allah itu satu tapi 1)... 2).. dan 3).. Betul betul, aku mengaku Allah itu Tuhan yang Esa tetapi pada masa yang sama, aku juga berhak berbuat sesuka-suki hati aku. Aku yakin yang tiada sembahan melainakan Allah, dengan syarat Allah kena izinkan aku untuk berbuat dosa dan noda. Mulut berbuih, mata berpusing-pusing. Wahai, siapalah kita mahu meletakkan pra-syarat sebegitu kepada Allah...??

Mengapa semua ini bisa berlaku..? Sudah pastilah kerana kedangkalan dan kejahilan kita yang tidak mahu memahami erti kata kalimah tersebut di dalam konteksnya yang sebenar!

Lompat

Sudah saya katakan, kehebatan kalimat 'Lailahaillallah' hanya dapat diterjemahkan dan dihayati melalui perbuatan dan amal. Bukankah syarat beriman itu mestilah lulus ujian tiga perkara? Yakni hati, lisan dan amal..?

Maka sekiranya kita benar-benar mahu beriman dengan kalimah agung tersebut, sayugia kita perlulah tunduk dan patuh kepada segala suruhan dan meninggalkan segala laraganNya. Dan apakah panduan kita untuk mengetahui apa suruhan dan laranganNya itu..?

Ish anda ni. Buat-buat tahu pula. Kalau ditanya tentang majalah panduan gajet terkini atau manga Jepun yang paling laris di masa kini, sudah tentu anda dapat menjawab sepantas lipas kudung bukan..? Mengeluh kecil sambil mengelap peluh.

Sudah tentulah al-Quran dan as-Sunnah ar-Rasul SAW. Dua benda itu, sekiranya diikuti dengan penuh disiplin, taat dan patuh, pastilah kita tidak akan sesat selama-lamanya.

Maka beritahu saya; bahagian mana di dalam al-Quran atau as-Sunnah yang menghalalkan arak? Celah mana yang mengatakan menjadi samseng itu kool? Ayat mana dalam al-Quran yang membenarkan kita untuk menindas dan menganiaya orang lain dengan kita menjadi gangster..? Sila beritahu saya dengan penuh yakin lagi bergaya.

Sedangkan dalil-dalil yang mengatakan sebaliknya cukup baaaannnyyaaakkkk, hatta di dalam al-Quran, hadith mahupon sirah nubuwwah dan para sahabat. Maka sila berhentikan diri anda daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan berani mati mahupon kontroversi yang membunuh diri. Kerana kenyataan anda itu pastilah akan menembak anda semula suatu hari nanti!

"Orang-orang Arab Badwi berkata, 'Kami telah beriman.' Katakanlah (kepada mereka), 'Kamu belum beriman, tetapi katakanlah, "Kami telah tunduk kepada Islam)," kerana iman belum masuk ke dalam hatimu. Dan jika kamu taat kepada Allah dan RasulNya, Dia tidak akan mengurangi sedikit pun (pahala) amalmu. Sungguh, Allah maha Pengampun, Maha Penyayang."
[al-Hujuraat, 49:14]


Ya, anda mungkin seorang Muslim dengan melaungkan dan mencanangkan 'Tiada sembahan selain daripada Allah!' Tetapi hey, itu belum lagi membuktikan yang anda sudah beriman tahu..??

Smash!

Akhirnya, inilah salah satu daripada jutaan perangkap syaitonirojim yang mahu menyesatkan manusia. Sejak zaman Nabi Adam a.s. lagi, telah pelbagai teknik, kaedah dan cara yang digunakan oleh Jeneral Iblis laknatullah dan konco-konconya dalam usaha mereka untuk melihat jatuh dan tersembamnya cucu-cicit anak Adam. Maka bolehlah dikatakan mereka ini pro dan pakar dalam bidang sesat-menyesatkan manusia!

"...'Dan perdayakanlah siapa sahaja di antara mereka yang kau (iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkanlah pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka pada harta dan anak-anak lalu berilah janji kepada mereka.' Padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka."
[al-Isra', 17:64]


Bunyi macam sudah cukup bagus bukan, apabila anak muda di luar sana dengan penuh bersemangat melaungkan kalimah 'Lailahaillallah'..? Siap diletak pada status MukaBuku. Siap dikatakan lagi 'pegang satu dalam diri... Masha-Allah! Sekali lalu bunyinya seperti rijal dan syabab yang menchentaiNya dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendamba redhaNya!

Tetapi pengsan dan berbuih mulut sebentar apabila kalimah itu dicampur-adukkan dengan sijil halal yang diberikan kepada perbuatan dosa dan noda. Maka berjaya dengan gilang-gemilanglah tipu-daya dan propaganda yang dibawa oleh iblis dan para tenteranya.

"Eh takpe minum arak ni..! Apa salahnya..?? Asalkan kau masih mengaku yang Allah itu Tuhan Kau!


"Bagus bagus, teruskan berzina! Teruskan bergaul bebas dengan mana-mana perempuan, anak dara pingitan yang kau suka! Apa yang kau nak takut..?? Bukankah Allah dah janjikan syurga untuk orang yang solat dan ucap Lailahaillallah...??

"Wahahaha.. Aku bangga dengan kau! Betullah apa yang kau buat ni! Teruskan berjudi! Teruskan mengambil riba' dan menipu orang di sekeliling kau! Takpe, jangan khuatir! Allah tak marah punya..! Sebab kau masih seorang Muslim! Wahahaha..."

Ketahuilah wahai anda semua di luar sana. Iblis laknatulllahi 'alaih dan para konconya itu juga mengaku yang Allah itu Tuhan mereka. Tidak pernah sesaat pon mereka ingkar dengan kenyataan itu. Tetapi Allah menjanjikan mereka dengan azab api neraka jahannam kerana pengakuan mereka bahawa Allah itu adalah rabb, malik dan ilah mereka tidak didatangkan dengan ketaatan yang total kepadanya.

Begitulah cara iblis menyesatkan umat manusia. Mungkin dia tidak secara terus menyuruh dan membujuk kita melakukan maksiat dan dosa. Kerana sekiranya masih ada saki-baki iman dalam diri kita ini, mungkinlah kita teragak-agak dan sedikit berat untuk melakukan maksiat secara trang tang tang di situ juga.

Tetapi dia campur adukkan antara yang halal dan yang haram. Dia suruh kita lakukan kebaikan, tapi pada masa yang sama diulit juga dengan kemungkaran. Dia suruh kita akui yang Allah itu satu, tetapi pada masa yang sama keEsaan Allah itu tidak bermakna apa-apa kepada amalan seharian kita. Dia tiupakn was-was, dia bisikkan ragu-ragu. Akhirnya kita terpeleot, tersungkur dan jatuh. Hanya kerana kita alpa dan leka, tidak berpegang teguh kepada taliNya yang satu itu. Air mata mengalir laju.

Jangan perbudakkan tipu-daya syaitan. Mungkin nampak macam inosen dan tidak membahayakan, tapi yang pasti, ia menyesatkan! [Kredit]

Sedangkan haq dan batil itu tidak boleh bercampur. Tiada jalan tengah; Islam adalah Islam. Sila terima, kunyah sampai lumat dan telan bulat-bulat.

Islam itu bukan agama Happy Meal; suka-suki kita mahu memilih kombinasi mana yang kita suka dan riang gembira. Oh aku solat cukup, maka apa salahnya aku berzina sekali-sekala. Ala, aku puasa jaga, jadi apalah kiranya aku mengumpat dan menyebarkan fitnah sebarang dua? Eh teringin la nak rasa kelazatan arak ni; ok kot sebab aku baca Quran dah ok dah. Sila pengsan beramai-ramai sekarang juga.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan! Dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan, sungguh ia musuh yang nyata bagi kamu!"
[al-Baqarah, 2:208]

Nah! Masuk ke dalam Islam secara keseluruhan! Atau...

Atau apa Inche gabbana..? Janganlah saspen dan bagi saya nebes pula! Wahahaha.. Err.

Masuklah ke dalam Islam secara KESELURUHAN atau tidak, anda sebenarnya sedang mengikuti jejak langkah syaitonirojim...! 
"Sesungguhnya (terhadap) hamba-hambaKu, engkau (iblis) tidaklah dapat berkuasa ke atas mereka. dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga."
[al-Isra', 17:65]

Hanya hamba-hambaNya sahajalah yang mampu menangkis serangan bertubi-tubi daripada iblis syaitonirojim itu. Hanya merekalah yang mampu menyediakan pertahanan yang mapan dan mantap daripada hujanan bom dan bazooka para tentera syaitan laknatullah. Malah bukan setakat bertahan, mereka dapat pula memberi serangan balas yang menyebabkan pertahanan iblis dan konco-konconya menjadi kucar-kacir pula.

Persoalannya. Siapakah hamba-hamba Allah itu..?

Pastilah mereka yang taat dan patuh kepadaNya secara keseluruhannya, tanpa sebarang unsur-unsur syubhah (Keraguan) mahupon selok-belok yang menyesatkan. Ingat, dalam soal aqidah, tiada jalan tengah..!

Smash! [Kredit]

Buat saudara akuhero (saya kita anda lelaki), saya harap saya sudah membantu anda dalam memberi smash padu kepada kenyataan rakan anda itu. Kalau tidak padu sekalipon, cukuplah anda membuat smash yang sakit jugalah kalau terkena dahi! Wahahaha..

Tapi yang pasti, nasihatilah dan sampaikanlah kepada rakan anda itu dengan penuh kasih-sayang. Saya yakin, keberaniannya dalam mengeluarkan kenyataan sedangkal itu adalah disebabkan ketidakfahamannya terhadap Islam. Maka fahamkanlah dia. Nasihatilah dia dengan iltizam dan azam, anda mahu melihatnya merubah, menjadi manusia yang lebih berjiwa hamba. Kerana dakwah dan tarbiyah itu adalah kerja-kerja menyebarkan ayat-ayat chentaNya. Arakian berdakwah dan mentarbiyahlah dengan penuh rasa chenta dan kasih mesra..! Senyum kenyit mata.

Serve, balas, lompat dan smashlah keranaNya, dan anda pasti akan menjuarai perlawanan ini! Markah penuh untuk anda..!

-gabbana-

Alhamdulillah, selesai juga menulis artikel ini. Terasa tidak senang duduk dan tak sedap hati selagi tidak berjaya menyudahkannya.

Sedikit diskelemer. Saya tidak gemar sebenarnya, apabila terpaksa menyebut, "Orang ini tak faham Islam, orang itu tak faham Islam.." Seolah-olahnya sayalah manusia paling hebat tentang Islam di muka bumi ini. Seolah-olah saya faham Islam itu secara total dan holisitknya! Astaghfirullah... Hakikatnya, saya juga masih merangkak dan bertatih dalam perjalanan memahami ad-deen ini. Apa yang saya mampu lakukan adalah berkongsikan kepada anda semua apa yang saya tahu dan faham sejauh ini...

Moga Allah redha dengan usaha yang kecil ini, insha-Allah...

Serve, balas, lompat dan smash!

20 Caci Maki Puji Muji:

cipansakti 25/01/2012, 16:30  

huwaaah..!

inche lin dan nampak urat laa!

hihi :DDD

btw, nice one, bro!

sepandebob 25/01/2012, 17:49  

pengsan kejap -_-"
penah jugak hadapi tentangan maut mcmni. sungguh licik dan bijak kanak-kanak belum baligh zaman sekarang. banyak3 sangat pekerjaan kita yang belum setel..

aey 25/01/2012, 18:09  

osem untuk orang yang sedang belajar untuk merangkak. kefahaman yang sedikit pada hari ini akan melahirkan kefahaman yang tinggi kelak! trimas inche gabbana! senyum sambil membuat tanda aman ^^

izzah ombak rindu 25/01/2012, 19:17  

maafkan sy mencelah disini..
sy setuju dgn penjelasan IG tp kita x boleh nk persetankan terus org mcm kwn akuhero tu coz sy x berapa pasti sumber info ni yg berbunyi lebih kurang..tuhan cipta manusia utk buat dosa dan pahala so dah kalau sume pon baik je mcm angel baik tuhan tak payah cipta manusia dah cukup ada malaikat utk syurga dan iblis utk neraka..so kwn akuhero tu mybe belum sampai seru utk dia betul2 terima hidayah dan laksanakan total as muslim..mybe bila tuhan bagi seru utk dia berubah dia boleh jadi lagi warak alim dari ulamak..sesungguhnya hanya DIA yg MAHA MENGETAHUI..

p/s: diri ini hanya hamba-NYA yg lemah

Anonymous 26/01/2012, 02:14  

assalamualaikum izzah ombak rindu :)
maaf saya nak mencelah awak sikit,. sebab saya macam x berapa nk setuju dgn statement 'tuhan cipta manusia utk buat dosa dan pahala so dah kalau sume pon baik je mcm angel baik tuhan tak payah cipta manusia dah cukup ada malaikat utk syurga dan iblis utk neraka'.

sebab di sini,bukan ke Allah mciptakan jin dan manusia utk b'ibadah kepadaNya?
dan adanya syuraga neraka itu adalah sebagai bukti adilnya Allah kepada manusia.disediakan balasan yg setimpal utk kita kt akhirat nanti..
hehe,itu jek nk cakap..

dan alhamdulillah,pasal kawan akukehero tu,xde yg mempersetankan budak tu malah sangat sedih bila HANYA SEORANG yg voluteer utk kisah dgn statement budak tu.HANYA SEORANG! mana sahabat2 yg lain?sedangkan dalam group fb itu ramai kawan2 sekolahnya. hanya berdiam mbiarkan kawan mereka satu tu mngeluarkan statement yg sentap begitu.masyaAllah..sedih! no,bukan nk buruk sangka yg kawan lain tu berat lidah nk menolong,tapi itulh hakikat yg saya nmpk setiap kali kawan tu keluarkan kenyataan yg pelik2..dan sebab sayang kawan kami tu, akukehero sangat2 tpanggil utk meminta hujah dari pakcik gaban..dan alhamdulillah,dgn izin Allah sekejap jek pakcik gaban dah bagi respon..adalah juga modal utk menasihatkan kawan tu..

dan yup! hidayah tu milik Allah..dan tugas org sekelilingnya adalah utk menasihatkan beliau.semoga Allah m'beri kekuatan.tolong doakan beliau.sebab saya yakin yg beliau dh nmpak de right way,cume tersilap pandang/faham that sirotol mustaqim.dan sila marah saya sekali sbb x tolong kawan saya masa dia senseorg layan statement si beliau tu..uh kantoi.Allah..T_T

p/s:pakcik gaban,akukehero suruh cakap terima kasih byk2 pasal entry ni.assalamualaikum..

Anonymous 26/01/2012, 02:33  

oh ye pakcik gaban,lupa nk mention yg akukehero tu bukan anak tan sri malah dia sekarang masih mnganggur plus goyang kaki je keje bahkan lagi hanya ada rm3.60 jek kt dompet sekarang so x mampu nk bagi telefon 4S yang penuh bergaya atau Samsung Galaxy 7.0 yang boleh tahan kool itu.
hanya Allah yg mampu membalasnya.agaga.peace! ;)

izzah ombak rindu 26/01/2012, 03:26  

waalaikumussalam anonymous
baru sy teringat..sy pernah baca satu buku ni..rasulullah pernah bertanya pada jibril..kenapa tuhan cipta manusia jika dia murka akan manusia yg berdosa..jibril menjawab..sebab itulah tuhan mengutus nabi dan rasul sebagai wakil agar manusia kembali kepada-NYA atas izin-NYA..maka wujudlah islam sbg wadah hidup dan tuntutan taubat dan pengampunan sbg jln hidayah..jibril menjawab lagi jika manusia biasa tidak melakukan dosa maka tuhan akan mencipta makhluk yg melakukan dosa dan memohon keampun..zat tuhan sgt complex..hanya dgn izin-NYA kita dpt memahami yg tersurat dan tersirat

p/s:semoga kita saling membimbing utk kemaslahatan bersama.sy hanya insan lemah

izzah ombak rindu 26/01/2012, 03:36  

lagi satu anonymous..

yg sy komen tu bukan statement syok sendiri ye
komen sy adalah fakta dari hadis sahih dari bahan bacaan tulisan ulamak bertauliah milik nenek sebelah mak sy.tq

madam zaza 26/01/2012, 03:58  

izzah ombak rindu: awk belasah karate je loser mcm anonymous tu..poyo je lebih..

Anonymous 26/01/2012, 07:57  

izzah ombak rindu: ye ke?? terima kasih share..serius saya x tahu sblum ni. terima kasih tau! :)
terima kasih lagi skali sbb tegur yg pasal statement tu..tu pun mmg saya xtau jugak..terima kasih ye bagitau..kira input baru la utk saya..

madam zaza:maaf sgt kalau benda2 yg saya cakap tu salah.. macam loser?? LOSER?? ya Allah,serius maaf kt yg lain juga kalau saya mcam poyo..xde niat pun nk poyo.. mintk maaf ye.. :'-(

Anonymous 26/01/2012, 08:01  

madam zaza: saya masih x tenang selagi xtau mana silap saya..tolong,, correct me if im wrong.. terima kasih ye.

budakbaik 26/01/2012, 16:20  

izzah ombak rindu: maaf ye..saya rasa cik izzah fhm kot niat anonymous tu..mungkin dia x sengaja..tp saya x rasa pun cik izzah syok sendiri.

anonymous: saya setuju pun..mungkin kwn akukehero tu dia masih xfhm..so, sbgai shbt seislam kita mesti bantu dia.

madam zaza: hehe, saya tak tahu maksud madam zaza apa...tp cantik ayat tu..hehe ^___^

izzah ombak rindu 26/01/2012, 21:39  

anonymous: sy fhm situasi awk yg penting kita sama2 belajar sama2 tegur.kalo awnk nk lagi pasti rujuk pada yg ahli ye syg.

madam zaza: sy rasa madam slh fhm ni..apapun kita ni x baik gaduh2..kesian anonymous tu.

budakbaik:sy hanya insan lemah..anyway thnx syg.

Anonymous 27/01/2012, 00:45  

ngee..
alhamdulillah..baru mampu nak senyum bukak page ni..kalau x mmg x tenang selagi x tahu mana silap saya..sampai tadi saya post seorg member utk tengok mana ayat saya yg macam x bertapis tu.

malu taooo..
grrr,terima kasih tau! :)

Anonymous 27/01/2012, 16:05  

Iblis laknatulllahi 'alaih dan para konconya itu juga mengaku yang Allah itu Tuhan mereka. Tidak pernah sesaat pon mereka ingkar dengan kenyataan itu. Tetapi Allah menjanjikan mereka dengan azab api neraka jahannam kerana pengakuan mereka bahawa Allah itu adalah rabb, malik dan ilah mereka tidak didatangkan dengan ketaatan yang total kepadanya.

jazakallah akhi... nak pinjam wat hujah..

izzah ombak rindu 27/01/2012, 21:28  

anonymous:amboi..sampai suh kwn check ye..xpe la akak faham maybe awk ni budak2 lg kan et lis pangkat adik akak..IG mesti happy dgn sambutan blog ni..peace!

Anonymous 27/01/2012, 22:37  

izzah ombak rindu:
actually saya mmg budak2 baru nk merangkak dlm benda2 ni pun :)
lagi2 lepas dh abis skola tahun ni n dh x hidup dlm dunia yg ada usrah semua.

thanks for sharing tau n sbnr'y saya nk shre gak 1 benda ni dgn akak,baru jumpa td masa selak tafsir.

ayat 28 surah al-a'raf.


no no no..saya x niat apa2.. cuma nk kongsi jek.
terima kasih.assalamualaikum :D

bunga 29/01/2012, 04:37  

tiba2 busy body d sini..
Suka ayat ini.. "Tetapi hebat dan osemnya kedudukan dan status kalimah tersebut bukan hanya terletak pada lafaz dan maksudnya sahaja"..

ibarat buah durian yg wangi n nampak sedap pada luarannya, tetapi tidak akan dapat dirasai kenikmatan durian itu selagi tidak merasai isinya sendiri.

~sila beri teguran jika tesalah kata, tp penah baca dari seseorg, lebih kurang ini mungkin maksudnya..manusia mati dengan cara kehidupan yg dipilih. Ibaratnya jika kita memandu lori pasir, jika tebabas, pasirlah yg akan betaburan di jalanan, if lori yg membawa bunga, maka bunga la yg betaburan (semoga kita semua dapat mati dalam keadaan yg baik). Kita hidup dgn apa yg Tuhan beri, tp kita membina kehidupan dgn apa yg kita memberi. Sedangkan nk bina rumah pn, kita harap kalau bole dibina dgn batuan n simen yg konkrit agar tidak mudah roboh..ini pula pegangan hidup kita..

Walaubagaimanapn, tidak dinafikan, manusia memang makhluk yg sentiasa membuat dosa..tetapi Allah da janji yg Dia akan sentiasa maafkan hambaNya yg kembali padaNya.. dan yg tebaik d kalangan hambaNya adalah mereka yg berbuat baik :)

....errrr, panjangnya....syok sendiri...~~

kesimpulannya hidup dan pengakhiran hidup kita, kita decide bagaimana ingin menjalaninya..tetapi buatla pilihan yg benar, dan semoga Allah sentiasa melindungi n memberi peluang dan hidayah agar kita sentiasa merasai nikmat kemanisan iman ^^..amin

Anonymous 29/01/2012, 09:40  

Salam, Saya nk baca tapi panjamg sgt la inche G.

bunga taik ayam 30/01/2012, 04:59  

ewwww..cik bunga..bau durian busuk la

cantik ayat tu mcm bunga

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP