6 October 2011

Jalan Ini Sumpah Panjang

[Kredit]

Pagi tadi seusai solat Subuh berjemaah di masjid, ketika sedang berjalan ke arah kereta, seorang lelaki bermotor melintasi saya. Dia memakai seluar pendek. Di dalam kepala saya terfikir, apa agaknya yang sedang difikirkan lelaki ini, ketika melintasi masjid dan melihat orang-orang berjubah, berkopiah sedang keluar daripada masjid. 

Beberapa hari lalu terbaca sebuah artikel yang ditulis berdasarkan satu bancian/kajian yang mendakwa tiga daripada enam anak muda terlibat dengan gejala seks bebas. Tiga daripada enam. Separuh. Lima puluh peratus.

Semalam saya mengambil sedikit masa untuk membaca artikel yang ditulis oleh Zainah Anwar, pengasas dan Puan Presiden Kakak-Kakak Dalam Islam berkaitan isu hudud yang sedang hangat kini. Saya hanya mampu menggelengkan kepala dan beristighfar. Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya.

Dan tadi, saya tertarik dengan sebuah artikel tentang seorang saudara baru, Mustafa Davis yang berdakwah melalui muzik dalam akhbar Matahari. Tetapi yang sungguh membawahkan saya adalah artikel di sebelahnya giat mempromosikan kencing syaitonirojim cap Carlsberg itu. 

Begitulah. Begitulah suasana di Malaysia. Begitulah suasana di di seluruh dunia secara amnya.

Kadang-kadang saya tertanya, benarkah apa yang sedang aku buat ini? Bolehkah aku mengubah masyarakat, mengubah dunia? Adakah cara yang aku imani, cara yang aku yakini ini benar-benar dapat mengembalikan kegemilangan Islam ke muka bumi..? Manusia di luar sana sedang nazak, sedang menghidapi penyakit kritikal membawa maut dan adakah aku merawat mereka dengan cara yang betul..?

Ya, terdapat kesangsian dan ragu-ragu di situ.

Saya segera beristighfar. Saya segara bermuhasabah diri. Rupa-rupanya saya juga kadang-kadang termasuk dalam perangkap gopoh; tidak sabar melihat hasil daripada usaha-usaha saya yang sekelumit cuma. 

Saya lupa yang ar-Rasul SAW tidak pernah mengimpikan Madinah sehinggalah Allah 'menghadiahkan'nya kepada baginda. 

Saya terleka yang ar-Rasul SAW mengambil masa tiga belas tahun hanya melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah bagi melahirkan dan membina tulang belakang yang kuat dan utuh untuk mendokong, membela dan memperjuangkan dakwah Islam. Dan bukannya tulang belakang yang sudah dijangkiti osteoporosis itu.

Saya terlepas pandang yang kebangkitan Islam itu juga berlaku di luar jangkaan manusia biasa. Siapa sangka, sebuah agama, sebuah cara hidup yang diperkenalkan oleh seorang gembala, di sebuah padang pasir yang tidak punya apa, akhirnya bangkit menjadi professor dan mahaguru kepada alam semesta..?

Kemenangan itu milik Allah dan milik Allah sahaja. Kita mampu berusaha menuju ke arahnya. Persoalannya, adakah kita sudah berusaha dengan sesungguh-sungguhnya..

 "Adakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada kamu (ujian) sebagaimana dialami oleh orang sebelum kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), kecelakaan dan digoncangkan mereka sehingga rasul dan orang yang beriman besertanya (rasul itu) berkata: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat."
[al-Baqarah, 2:214]

Dan adakah kebangkitan dan kemenangan Islam itu akan berlaku secara tiba-tiba sahaja..? Gedebup nah kau negara Islam! Begitu..?

Tidak.

Benih-benih tarbiyyah telah disemai dahulu. Para sahabat bermati-matian menyebarkan Islam di sana sini. Kehebatan Islam diwar-warkan. Syurga dan neraka dihebah-hebahkan. Keadilan dan kejujuran Islam dilaung-laungkan.

Tapi tidak sehingga kemenangan Islam menjadikan Madinah sebagai sebuah negara Islam yang pertama dan kemudiannya pembebasan Kota Mekah belaku, baharulah berbondong-bondong orang datang kepada Islam. Mereka menjadi yakin setelah melihat dengan mata dan kepala mereka sendiri bahawa apa yang digebangkan oleh para sahabat bukanlah cerita bohong, bukan juga hikayat dongeng.

Tetapi tidak mungkin mereka akan datang menyerah diri kepada Islam seandainya tiada promosi awalan yang dilakukan oleh ar-Rasul SAW dan para sahabat. Mustahil mereka sanggup bernaung di bawah pokok Islam yang rendang lagi berbuah lebat dan ranum, seandainya tiada benih-benih tarbiyyah yang disemai, dibaja dan disiram subur oleh baginda dan para sahabat.

Dan mustahil juga negara Islam Madinah dapat dipertahankan seandainya tidak wujud para sahabat Super Saiya yang bermati-matian mempertahankan kedaulatan dan kesucian Islam. Tetapi yang lebih utama, para sahabat tidak mungkin dapat di'Super-Saiya'kan tanpa adanya tarbiyyah, tunjuk ajar dan bimbingan daripada ar-Rasul SAW.

Itulah. Itulah tugas dan kerja kita sekarang ini. Kerja kita adalah mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah, mentarbiyyah... (sila ulang sehingga air liur anda habis) tanpa mengenal erti penat dan lelah. Tanpa berputus-asa dengan janji-janji Allah. Tanpa ada rasa menyesal walau sedikit sekalipon.

Sehinggalah Allah memberikan kemenangan kepada kita. Semoga apabila kemenangan itu dikurniakan kepada kita, kita sudah benar-benar bersedia untuk membahunya. Juga tahan dan sabar dengan mehnah dan cobaan yang akan datang bersama-samanya. Dan seandainya kita tidak 'menang' di dunia ini sekalipon, kemenangan yang agung dan hakiki sedang menunggu kita di akhirat sana. 

Kata kuncinya? Sabar. Jangan gopoh. Dan jangan sesekali menarik nafas panjang, mata berkelip-kelip sambil berkata, "Dah aku givap, oktengsbai!"

Kerana jalan dakwah itu panjang. Saaaaanggggaaaatttlah panjang. Tapi jalan ini menuju kemenangan yang hakiki. Kemenangan yang abadi. Maka terpulang kepada anda, sama ada anda cukup berani dan yakin untuk melalui jalan ini...

"Bukan susah nak susah. Bukan senang nak senang..!"

-gabbana-

8 Caci Maki Puji Muji:

dai'e 06/10/2011, 15:07  

mohon nak share ini pada umat manusia sekelian, ye..

yui 06/10/2011, 15:17  

haha.. org tak dengar cakap.. kena cakap sampai dia dengar jugak

aidil razahli 06/10/2011, 17:07  

Ait yang menitis di atas batu... lama-lama akan berlekuk juga... insyaAllah...

Anonymous 06/10/2011, 17:24  

optimis sungguh,sumpah jeles
nice article
sgt terharu, baru je nak givap ni
skrg mgkn blh gostan jap
tapi sehinggalah saat yg sy akn terlupa pd satu hari nnt, dan akn rasa nak givap balik

Anonymous 06/10/2011, 18:45  

"Bukan susah nak susah. Bukan senang nak senang..!" ske..

silentdreamer 06/10/2011, 18:53  

mohon share entri nih...

jazakallahu jannah ^_^

hambaNya 06/10/2011, 20:01  

salam wbt.
hmm tulah..kadang2 rse sedih & bawah (baca: down) je ble tgk adik2 yg dh berbulatan riang ria bertahun, xde perubahan pun. tee tee underscore tee tee. tp kte terlupa perubahan mereka itu 'hadiah & bonus' drp Allah. itu juga sebenarnye suatu tarbiyyah utk kte sbg murabbi.

sungguh, hadiah yang paling membahagiakan seorang murabbi ialah utk melihat hadek2 bulatan gumbira mendekati Ilahi TT_TT

nyeh 06/10/2011, 22:57  

yeap..kesabaran tu kunci..
apa pun kerjaya/resposibility dlm dunia ni byk cabaran yg penting mesti sabar istiqamah tawakal i.allah we gain kemenangan dunia akhirat..

p/s:setan pun istiqamah jlnkan tugas sesatkan manusia..hmm

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP