22 September 2011

Budak Gembala Dan Serigala #1

[Kredit]

Tersebutlah kisah, seorang budak gembala di sebuah perkampungan nun jauh di pedalaman kawasan pergunungan Scotland sana. Budak ini memilih untuk menjadi seorang budak gembala biri-biri, dan bukannya jurutera, peguam mahupun doktor sakit puan kerana ketika kisah ini berlaku, masih belum ada lagi sebarang institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan formal di zaman itu.

Rutin harian budak itu sama sahaja setiap hari; bangun pagi seawal jam empat tiga puluh lapan minit pagi, mandi dan gosok gigi, menyapu sedikit losen pelindung UV matahari di muka, leher dan tangan dan kemudian keluar menikmati udara pagi yang segar. 

Setelah puas menggeliat, dia akan terus menuju ke kandang biri-biri yang terletak di tanah landai di atas bukit tidak jauh daripada bangsal tempatnya bersemayam. Dia hanyalah seorang budak gembala upahan dan biri-biri yang digembalanya bukanlah miliknya. Tepat jam lima pagi, dia akan melepaskan biri-birinya untuk menikmati sarapan pagi yang berupa rumput sejuk segar tanah tinggi Scotland. Ketika ini tugasnya mudah; dia hanya perlu memastikan biri-biri yang dijaganya beratur dengan kemas dan bersopan-santun untuk mengambil makanan.

Selepas itu, dia akan melepak-lepak sahaja, sekali-sekala bermain kejar-kejar dengan biri-birinya. Kalau nasibnya baik, pasti ada biri-birinya itu yang mengajaknya beradu teng-teng atau batu seremban. Di waktu tengah hari, setelah membiarkan biri-birinya makan tengah hari berupa rumput panas segar tanah tinggi Scotland, dia selalunya akan tidur siang sehinggalah air liur basinya yang meleleh-leleh itu mengejutkannya. Eww.

Petangnya, setelah membiarkan biri-birinya makan malam awal berupa rumput suam-suam kuku segar tanah tinggi Scotland, bermulah tugasnya yang lebih sukar yakni menghalau biri-birinya masuk semula ke dalam kandang. Berbekalkan pengalamannya mengembala biri-biri selama lima tahun lamanya, kini dia lebih cekap dan bergaya ketika menghalau masuk biri-birinya itu.

Di masih ingat ketika dia mula-mula menceburi bidang itu, memang sungguh tertekan setiap kali tiba waktu untuk menghalau biri-birinya. Dia hampir-hampir sahaja menghantar surat letak jawatan kepada majikannya dek tak tertahan dengan tekanan di tempat kerja. Tetapi setelah memikirkan peluang untuk naik pangkat di masa hadapan dan prospek untuk mendapat anugerah budak penggembala paling sukses seluruh Scotland, dia mematikan niatnya untuk berhenti itu.

Tetapi begitulah rutin hariannya sehari-hari. Sungguh membosankan bukan..? Ya, itu jugalah yang dirasakan oleh budak gembala itu. Sekali-sekala teringin juga dia bermain permainan Playstation atau Wii, tetapi dia terpaksa membantutkan hasratnya itu. Bukan kerana tidak mempunyai wang, tetapi kerana di zaman itu Playstation dan Wii masih belum lagi dicipta.

Maka suatu hari dia terfikir suatu rancangan nakal untuk mengenakan para penduduk kampung tanah tinggi Scotland yang berdekatan, dek kebosanan hebat tahap moksya. Memandangkan suasana dan keadaan kampung tempat tinggalnya itu sungguh aman dan tenang, dia bercadang untuk membuat sesuautu yang boleh menaikkan bulu tengkuk dan adrenalin para penduduk kampung. Sepanjang pagi dia hanya tertawa kecil keji seorang diri, seperti seorang yang kurang siuman lagaknya apabila memikirkan rancangan jahatnya itu.

Tepat jam dua belas tengah hari, tatkala penduduk kampung sedang bersiap-sedia untuk menikmati juadah tengah hari berupa biri-biri golek tanah tinggi Scotland yang dimakan dengan roti bijirin penuh khasiat yang diimport dari Perancis, tiba-tiba mereka terdengar jeritan yang amat kuat dan menggegarkan tanah tinggi Scotland..

"Serigala..! Tooollloonngg...! SERIGALAAAAA...! Serigala nak makan biri-biri...! TOLOOONNGGG!!!"

bersambung sekian terima kasih..

-gabbana-

Phone dah mati. Sedih. ='( Kena beli phone baru. Suka. =)

7 Caci Maki Puji Muji:

Faaein Talip Roy 22/09/2011, 13:10  

hebatlah.. biri2 tu pandai main batu serembang dengan teng teng.. macam mana plak budak tu boleh pk nak main playstation sedangkan tak wujud pun lagi masa tu? hehe..

nak baca sambungannya plak..=]

Anonymous 22/09/2011, 13:43  

eleh,..tau dh.

hurulain 22/09/2011, 13:57  

macam pernah kudengar kisah in,,tapi dmna ya??hehe

Anonymous 22/09/2011, 14:09  

idea ni kopi pes ni oi. sila bagi kdt kat saya;)

Inche gabbana 22/09/2011, 21:21  

enonimus: errr... kopipes kat mana..? meh sini link nak tgk.. ;)

Nur 22/09/2011, 23:09  

sy ske part "Kena beli phone baru. Suka. =)" ha8... ada gak org fikir hikmah phone rosak mcm niey.. alhamdulillah~

Nur 28/09/2011, 21:29  

inche Gabbana hebat!!!!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP