5 August 2011

Keajaiban Moden Bulan Ramadhan

[Kredit]

Bukan, ini bukan post tentang kehebatan peristiwa turunnya al-Quran di bulan Ramadhan.

Bukan, ini juga bukan post tentang tanda-tanda atau kejadian-kejadian supernatural Lailatul Qadr. 

Dan bukan, ini bukan post yang akan memberitahu anda khasiat-khasiat dan rahsia-rahsia di bulan Ramadhan.

Tetapi post ini akan menyingkap keajaiban-keajaiban moden yang hanya berlaku di bulan Ramadhan, tidak pada bulan-bulan yang lain. Dan hanya berlaku di zaman moden ini, tidak di masa lampau.

Marilah, kita hayati keajaiban-keajaiban yang ada sambil berasa teruja, lantas mengambil iktibar daripadanya.

Keajaiban Moden Bulan Ramadhan Yang Boleh Tahan Choyyy!

1) Hanya di bulan Ramadhan sahaja orang boleh mencarut dan berzikir pada masa yang sama. Contoh kes stadi: 

"B*bi betullah..! Astaghfirullahal adzim, seb baik aku pose hari ini.." 

(Ini kes benar. Saya mendengarinya dengan telinga saya sendiri semalam, diucapkan oleh seorang perempuan)

2) Di bulan Ramadhan sahajalah umat Islam berkebolehan untuk mengetahui dengan tepat, jitu dan ekuret waktu masuknya Maghrib dan Subuh.

3) Kadar pendapatan dalam negara (Baca: Gross Domestic Product atau GDP) dalam negara akan meningkat dengan mendadak, terutama di hujung-hujung Ramadhan. Kalau dibuat kajian secara setempat, kita akan mendapati tempat-tempat seperti Jalan Masjid India, Gulatis Silk Store dan Semua House akan mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi.

4) Orang yang tak pernah ada pengalaman berniaga atau langsung tiada produk untuk diniagakan, akan tiba-tiba bertukar menjadi seorang peniaga dan usahawan di bulan Ramadhan. Atau lebih spesifik lagi, di bazar Ramadhan.

5) Jalan akan menjadi sesak luarbiasa teruknya, bukan disebabkan oleh eksiden atau mak cik yang membawa kereta seolah-olah sedang bersiar di tepi pantai heyy! Tetapi disebabkan oleh orang ramai yang bergegas untuk pulang ke rumah supaya dapat berbuka di rumah. (Suami-suami yang sering pulang lewat dek kerja berimbun atau meeting bertimbun juga dengan ajaibnya dapat pulang awal pada bulan Ramadhan) Dan ditambah pula dengan kereta-kereta yang sesuka-suki tok nenek mereka meletakkan kereta di mana-mana yang mereka suka semata-mata untuk ke bazar Ramadhan. 

6) Masih dengan bazar Ramadhan (Sumpah! Bazar Ramadhan adalah satu idea bernas yang punya banyak kelebihan dan keuntungan! Semua orang pon gembira!). Buat pertama kalinya anda dapat melihat manusia-manusia dinosor, yang di luar waktu Ramadhan mempunyai tangki perut berkapasiti lima liter, tetapi di bulan Ramadhan, kapasiti perut mereka meningkat dengan mendadak sehingga menjadi lori tangki. Juga yang lebih menghairankan, amalan sedekah yang amat digalakkan di bulan Ramadhan, punyalah susah nak buat. Tapi tak pernah pulak kisah habiskan duit pada roti John, roti boom, putu mayam, ayam golek, cincau soya, sirap bandung selasih, puding jagung, jagung bakar, ikan bakar, daging bakar air asam, nasi beriyani ayam merah..... 

7) Berbondong-bondong orang memenuhi masjid untuk solat tarawikh. Yang lebih ajaib adalah mereka solat Isya' di rumah dan hanya ke masjid untuk solat tarawikh berjemaah (mungkin juga untuk moreh percuma).

8) Perokok tegar dapat bertahan untuk tidak merokok selama lebih daripada dua belas jam. Pada hal di luar bulan Ramadhan, selang seminit pasti ada sebatang rokok dinyalakan. Eh, boleh pulak berhenti..?

9) Status-status di Mukabuku yang entah mengapa tiba-tiba jadi lebih Islamik dan bersopan-santun. Begitu juga di Pengicau. Sungguh bagus kalau setiap masa pon begitu.

10) Di bulan Ramadhan sahajalah anda dapat melihat yang tak pernah bertudung akan bertudung. Yang suka pakai ketat-ketat akan pakai yang longgar-longgar (untuk lelaki juga). Yang mulut takde insurans akan diinsuranskan (walaupon dalam sesetengah kes, insurans hanya applicable di waktu siang). Yang suka mencarut akan mencarut jugak, tapi pada kadar yang lebih rendah. Pokoknya, kadar maksiat dan sifat-sifat mazmumah akan merudum jatuh di bulan Ramadhan. Mengapa? Jin dan syaitan kena ikat. Yang lebih ajaib? Kejadian ini kurang applicable di kalangan ahli politik.

Ajaib bukan..? Aman.

-gabbana-

14 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 05/08/2011, 17:58  

sOooooo true!
ade lg satu,

bulan bukan ramadhan: solat subuh 2,3 minit before HABIS subuh..then,tido blk..

bulan ramadhan: solat subuh 2,3 minit after MASUK subuh..then,tido blk..

sy le tuh 'kdg2'..wuu~~

Anonymous 05/08/2011, 21:21  

Yg no 8 tuh.haisy.kita2 yg tak merokok ni skt kepala tau,terhidu sekali asap rokok tu.kalau siang buleh tahan,kenapa tak cubatrytest untuk malam pulak kan.Yg plg tak tahan tu,siap ade yg berbuka dgn rokok dulu!!!haiyaaa~

Semoga Ramadhan kali ini bisa me'rekrut' hati2 kita untuk bersedia menghadapi bulan2 yg akan dtg (= insyaAllah

- abdul hadi abdul muti - 05/08/2011, 22:15  

amalan mulia jangan dibuat masa bulan ramadhan je. senang cerita, jangan jadi islamik bandwagon..huhu

sunan 05/08/2011, 22:39  

Semua disebabkan keberkatan bulan Ramadhan...

mom chicken 05/08/2011, 23:09  

dah nama pon bulan ramadhan mesti sume nk tambah darab segala saham akhirat..

dah nama pun manusia mesti ada terkureng terlebey ternaik terlayu dah kalo nak sume pun maintain mcm bln ramadhan baik tuhan jadikan sepanjang tahun pon bulan ramadhan..hehehe

apepon setiap ketetapan tuhan ada hikmah kan.peace!

Anonymous 06/08/2011, 07:46  

itu la ironinya..kalo Allah jadikan semua bulan pon bulan Ramadhan bila masa Allah nak test kita dengan godaan setan sume?

bukan ke tujuan hidup pon memang 2 tu je so kenapa nak baik bulan ramadhan je, mestila kena maintain sepanjang tahun..the problem is in ourselves, bukan bulan2 yg Allah cipta.. peace :]

fanramli 07/08/2011, 09:42  

Alhamdulillah jzkk for the post. ada bunyi sinis sedikit di situ. hehe. semoga golongan-golongan yang disentuh di atas dan ditakdir tuhan membaca post ni tak melatah dgn cepatnya. biasolah tu kan pantang ditegur.


sy faham, sefaham-fahamnya, maksud tersirat di sebalik post ni, supaya segala amalan super yang dibuat ketika Ramadhan, insyaAllah dapat mengeffect diri walopun Ramadhan dah habis.


jgn sampai kita kedengaran seperti memperkecil mereka yang beribadah hebat-hebat waktu Ramadhan kerana mengenali mereka sebelum Ramadhan tak cenggitu. Ramadhan can be (and is always) a new beginning to everyone. doa-doakan mereka jugak ya.


akhi boleh buat ending entry ni yang ada nada memujuk dan memotivasi (eh pelik je perkataan ni) sikit? hehe. ikhlas dan jujur saya katakan, saya rasa down di hujung lepas baca entri dan komen walopun sy tak de kene mengena.


mungkin sbb abang saya merokok kot. haha.


WA.

Inche gabbana 08/08/2011, 15:55  

enonimus I: hahaha.. apa kata pas ni try, lepas subuh, tilawah dan tadabbur dulu, then baru tido..?

amcm? bergaya kan..? ;)

Inche gabbana 08/08/2011, 15:57  

enonimus II: btol3. org berbuka ngan kurma dulu ke, air sirap ke, lompat tikam ke, dia sanggup berbuka ngan rokok dulu. tak faham tak fahm..

iAllah. sama2 kita doakan diorang ni boleh berubah! ;)

Inche gabbana 08/08/2011, 15:57  

hadi: atau pon, jgn jadi islam chips more; sekejap ada, sekejap takde. hohohoh..

Inche gabbana 08/08/2011, 15:58  

sunan: btol tu! tp lagi best kalau boleh berkekalan di luar bulan ramadhan juge kan..? ^^

Inche gabbana 08/08/2011, 15:59  

mom chicken: hahaha.. btol2.

tapi jgn lupa, allah jadikan ramadhan ni ntok org2 yg bertaqwa. so org2 yg bertaqwa ni, dia istiqamah bila buat amal kebaikan.

moga kita tergolong dalam golongan yg istiqamah iAllah! ^^

Inche gabbana 08/08/2011, 15:59  

enonimus III: =) in other words, mujahadah.

aman.

Inche gabbana 08/08/2011, 16:01  

fanramli: terima kasih atas pandangan dan teguran.

sy harap org yg membacanya faham la apa tujuan post ni ditulis (IAllah). kadang2 dalam berdakwah, kena pelbagaikan uslub dan cara, sbb lain org lain kunci hatinya.

moga allah ampunkan dosa2 saya.

p/s: abg saya pon merokok juge.. hohoho...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP