18 July 2011

Nota Ringkas Yang Seriyes Di Petang Hari #3

[Kredit]

Pengharapan.

Kebergantungan.

Pengaduan.

Kepada siapakah kita mengharap, bergantung dan mengadu bila mana kita dalam kesedihan? Apabila kita dalam keraguan? Ketika mana kita dirudung keresahan..?

Ibu kita? Ayah kita mungkin? Atau orang yang paling kita kasihi, atau kita rasakan paling rapat dengan kita?

Sini.

Aku di sini.

Marilah. Marilah..!

Kita pekakkan telinga sedangkan setiap hari Dia memangil-mangil kita. Kita butakan mata walhal setiap saat dan ketika Dia memberikan petunjuk dan isyaratNya. Kita hijab hati kita walaupon sudah terang lagi benderang bukti yang nyata mengetuk jiwa. 

Wahai.

Kadangkala kita bersedih hati dek tidak tertahan lagi dengan mehnah di jalan dakwah ini. Sering juga kita kecewa kerana segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan dirasakan sia-sia. Dan bukan sedikit kita kecundang, akibat musuh-musuh yang datang menyerang.

Tetapi lupakah kita yang Allah sentiasa ada di sisi? Butakah kita dengan segala petunjuk dan panduan yang diberikanNya? Pekakkah kita dengan ayat-ayat cintaNya yang sentiasa mengingatkan kita dengan hakikat kehidupan ini?

"Jikalau mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: 'Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebagian kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, Sesungguhnya kami orang-orang yang berharap kepada Allah.'
[at-Taubah, 9:59]

Cukuplah Allah bagi kami! Cukup..!
 
Itulah kemerdekaan yang hakiki. Itulah kebebasan yang abadi!

Ya.

Moga.

Moga-moga, dengan usaha yang kecil, pengorbanan yang tidak seberapa dan sumbangan yang sedikit cuma ini, suatu hari nanti hati kita akan berbunga gembira, mendengar panggilan yang paling mulia dari yang Esa:

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurga-Ku."
[al-Fajr, 89:27-30]

Ayuh! Bangkit wahai mujahid muda! Syurga itu mahal harganya! Terus maju, laju ke hadapan! Korbankan segala sisa-sisa tenaga, masa, harta dan jiwa yang ada untukNya! Ayuh..!

-gabbana-
 

6 Caci Maki Puji Muji:

mbsms 18/07/2011, 16:47  

Salam~

We are nobody without Him. [35:15]

Anonymous 19/07/2011, 05:12  

banyak plak post lately

Inche gabbana 19/07/2011, 09:00  

mbsms: TT__TT very true indeed... jzkk!

Inche gabbana 19/07/2011, 09:00  

possiblywithhindsight: sapa..? saya..?

eh mmg hampir setiap hari et lis ada satu post. anda pasti bukan pengikut tegar belog ini kan..? hehehe..

seripagidikalasepi 19/07/2011, 09:04  

kalo ada probs sy suke ckp dgn kucing peliharaan yg bernama ladyboy..

kalo ladyboy tak layan sy akan bermonolog depan chermin sambil dgr lagu melawan kesepian by ct nurhaliza..

pastu sy akan solat dan berdoa kepada-NYA..

hidup mesti diteruskan dgn senyuman..bye

Inche gabbana 21/07/2011, 16:08  

seripagidikalasepi: hahahahaha.. cara anda mmg THORRBBAAAEEKKKK...!! ;D

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP