Model Ekonomi Baru
Wah wah wah...!
Sekarang ni, jika anda membuka mana-mana surat khabar tempatan, baik berbahasa Melayu mahupun Inggeris, anda akan dapati hampir semuanya sibuk dan rancak berbicara tentang Model Ekonomi Baru (The New Economic Model) atau pun Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Program) yang dilancarkan oleh Inche Perdana Menteri kita baru-baru ini.
Model Ekonomi Baru
Apa kobondonya Model Ekonomi Baru ni jang..? Mungkin anda tertanya-tanya. Baru? Maksudnya ada yang lama lah..? Lebih kurang begitulah.. Model ekonomi baru (MEB) ini adalah anak otak (brainchild) Inche PM kita, selaras dengan gagasan 1Malaysia yang sedang gah dicanang-canangkannya. Habis tu, part mana yang model lamanya..? Anda tertanya lagi.
Sebelum ini, Malaysia berada di atas landasan model ekonomi yang dirancang oleh Tun Dr. Mahathir, Inche PM kita yang keempat, iaitu Dasar Ekonomi Baru. Namun, dasar tersebut dilihat sudah lapuk dan tidak lagi relevan dengan keadaan semasa. Lantas Inche Najib PM kita, dibantu oleh pegawai-pegawainya yang berkaitan, telah merangka satu polisi baru bagi menjana dan membangunkan ekonomi Malaysia dengan lebih rancak dan berterusan.
Apakah yang dijanjikan oleh MEB?
Sepertimana yang anda mungkin sudah boleh jangkakan, MEB menjanjikan transformasi ekonomi yang pom pom pom. Maksudnya, pelbagai rancangan dan 'janji-janji manis' telah dicanangkan dalam menjual MEB kepada rakyat. Antara sasaran yang ingin dicapai melalui polisi ini adalah peningkatan Pendapatan Negara Kasar sebanyak US$523 bilion menjelang tahun 2020. Di samping itu, MEB juga menyasarkan peningkatan pendapatan kasar negara per kapita meningkat kepada US$15,000 menjelang tahun yang sama. Juga, penyediaan 3.3 juta peluang pekerjaan baru dalam tempoh masa sepuluh tahun mendatang.
Wah, cukup mengagumkan bukan? Malah secara peribadinya, saya juga amat teruja dengan MEB ini. Apatah lagi setelah membaca laporan ekonomi yang dikeluarkan oleh CIMB dan AmBank dalam mengulas program ini (Ingat! MEB adalah program, dan bukannya pelan!), saya amat kagum dengan perancangan yang telah digariskan. Projek-projek mega seperti MRT (Mass Rail Transit) yang menyerupai sistem pengangkutan ringan yang sedia ada cuma lebih meluas jaringannya, sistem keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura, penaiktarafan Kuala Lumpur, pembinaan kompleks beli-belah 1Malaysia, penaiktarafan sungai-sungai yang strategik sebagai tarikan pelancongan dan pelbagai lagi menjadikan MEB kelihatan begitu gah dan hampir sempurna.
Peta MRT yang dicadangkan; merangkumi kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya yang lebih meluas
Apatah lagi MEB juga menekankan pembangunan luar bandar melalui penekanan pada sektor pertanian. Jika dilihat daripada mata kasar, sememangnya MEB menjanjikan pulangan yang lumayan buat semua pihak.
Ada udang di sebalik batu?
Namun hakikatnya, tiada apa yang sempurna. Sekiranya MEB dikaji dan diselidiki dengan teliti dan mendalam, anda akan mendapati begitu banyak kelemahan dan kepincangan yang ada padanya.
Antara kebobrokan yang agak ketara adalah aspek pembangunan material yang melampau dan berlebihan. Tiada masalah sekiranya penekanan diberikan terhadap pembangunan material sekiranya ia diimbangi dengan pembangunan insani dan rohani, namun sedih sekali, hal ini langsung tidak kelihatan pada MEB. Lebih menyedihkan, MEB dilihat langsung tidak menggariskan langkah-langkah atau usaha-usaha untuk menangani korupsi sosial yang semakin menular di kalangan rakyat Malaysia marcapada ini.
Lihatlah sekeliling dan anda akan mendapati kebejatan sosial sudah mencapai tahap yang tidak mampu lagi dikawal. Buang anak sudah semacam suatu pertandingan. Pesta arak dan seks bebas dilihat sebagai trend masa kini; lebih memilukan penyertaan muda-mudi yang beragama Islam semakin meningkat jumlahnya. Pemandu teksi yang memalukan negara, dengan sikap mereka yang biadap dan kurang ajar bukan lagi suatu penyakit, tetapi sudah menjadi barah. Pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan tidak efisien merugikan rakyat dan negara. Pegawai polis yang sewajibnya menjaga keamanan dan menjadi contoh kepada masyarakat, tidak lagi dihormati dan digeruni atas kepincangan mereka sendiri.
Sebuah pesta kaum Nabi Lut di ibukota. Pelbagai bangsa dan kaum; memang semangat 1Malaysia!
Baru-baru ini, kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya yang mendapat liputan meluas media tempatan mahupun antarabangsa, membuka mata masyarakat bahawa rakyat Malaysia tidaklah sesopan dan berbudi bahasa seperti yang disangka. Tahniah kepada pihak polis kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut kurang daripada 2 minggu. Tetapi mengapa kes-kes seperti pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin, Teoh Beng Hock dan Altantuya Sharibuu masih tidak diselesaikan sehingga ke saat ini? Adakah pihak polis pilih bulu dan kasih dalam menjalankan tugas mereka? Kekejaman para penjenayah di Malaysia kadangkala menyebabkan saya terfikir, negara Malaysia tidak ubah seperti negara-negara miskin dan susah di Afrika dan Amerika Selatan, di mana para penjenayah bermaharajalela dan berkuasa. Tetapi bezanya, Malaysia bukanlah negara yang susah... Cukup ironik.
Sarawak dan Terengganu, 2 negeri yang cukup kaya dengan hasil petroleum mereka. Pada masa yang sama, 2 negeri ini juga merupakan antara negeri yang termiskin di Malaysia. Melihatkan Menara Berkembar Petronas yang berdiri gah, siapa sangka masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak mendapat kemudahan asas hidup, termasuklah bekalan air bersih, bekalan elektrik dan makanan asasi yang mencukupi. Melihatkan pembangunan pesat lahiriah di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, siapa sangka masih ada penduduk negara ini nun di Sabah sana yang menjadikan siput babi sebagai makanan ruji mereka...
Lihatlah! Bukalah mata anda! Aduuuuhhh... Malu! Pening! Sakit kepala...!
Masalah-masalah yang disenaraikan di atas mungkin tidak sampai 5% daripada keseluruhan krisis yang sedang dihadapi oleh negara. Tetapi, apakah yang dilakukan oleh pihak pemerintah, baik kerajaan mahu pun pembangkang dalam menangani kebejatan moral yang sudah sampai pada tahap yang kritikal ini? Non ado. Kerajaan begitu sibuk melaung-laungkan polisi ini dan itu, pelan ini dan itu, rancangan ini dan itu.. Untuk apa..? Untuk dilihat sebagai 'kerajaan rakyat,' bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia, tapi juga di mata dunia. Ramai juga yang tidak lari daripada bersyak wasangka terhadap MEB ini, memandangkan Pilihanraya Umum yang semakin dekat.
Bagaimana dengan pihak pembangkang..? 2 x 5 = 10. Ya betul, mereka ada menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keberkesanan MEB. Tetapi kita bukan hanya berbincang tentang MEB di sini, atau peranan mereka sebagai pembangkang setiap kali kerajaan datang dengan program-program mereka yang terbaru. Lebih penting daripada itu, apakah peranan mereka dalam menjadi pembangkang yang berkesan? Bagaimana dengan negeri-negeri yang dikuasai oleh pihak pembangkang; adakah mereka jauh lebih baik daripada negeri-negeri yang lain? Terutamanya daripada aspek pembangunan rohani dan insani?
Kurang daripada 10 tahun lagi, kita mensasarkan untuk mencapai taraf negara maju. Tetapi melihatkan situasi semasa dan realiti sebenar rakyat Malaysia, kita sebenarnya masih amat jauh dengan impian tersebut. Bukan pesimis, tetapi realistik. Berpijaklah di bumi yang nyata...
Sudah 53 tahun kita merdeka daripada penjajahan manusia, tetapi di mana kita pada hari ini...? Bangunlah daripada tidurmu! Kembalilah kepada Islam yang sebenar, kerana hanya dengan Islam dan sistemnya sahaja yang dapat mengembalikan maruah ummah ini!
-gabbana-
3 Caci Maki Puji Muji:
mudah untuk kita bercakap adam..
lebih baik bercakap dan berfikir, daripada menegakkan benang yg basah cha..! ;)
jangan salah faham dam, maksud ak, kita mudah untuk bercakap itu ini, tapi kadang2 apa yang kita buat tidak menggambarkan apa y kita cakap..
kita boleh ckp kita kena kembali kpd sistem islam, tp kadang2 tindakan sebilangan kita y melambatkan usaha ini..
negeri2 y dikuasai pembangkang? adakah mereka jauh lebih baik?..yep, i dun think so, but my judgement may not be dat fair..mungkin kita tidak cukup info..
let just hope for better malaysia..tp hope saja x cukup dak?
all da best adam, with ur family, career n life..
jangan lupakan kami di sini.
teruskan menulis
Post a Comment