Pages

6 September 2013

FAQ: Ikhtilat

[Kredit]

Ikhtilat tu apa? Bila ikhwah gabung dengan akhawat ke? IKHwah Team wIth Le akhawAT?
Tersembur kuah kari. Bukan. Ikhtilat tu adalah pergaulan. Dari sudut syara' ia merujuk kepada pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Asal perkataan ikhtilat dari sudut bahasa adalah bercampur. Dari segi syara' ia membawa makna percampuran/pergaulan antara lelaki dan perempuan. 

Ok. Apa hukum ikhtilat antara lelaki dan perempuan? 
Bergantung. Ada yang haram. Ada yang harus. Ada yang halal malah diwajibkan. 

Contoh; haram kalau berhubungan lelaki dan perempuan yang ajnabi dan tiada urusan yang perlu/mendesak untuk melakukan perhubungan itu. Apatah lagi andai ia tanpa batasan dan bermesra-mesra bertepuk-tampar gituh. Penampar nak? Eh.

Harus pula dalam urusan-urusan yang tidak dapat dielakkan seperti doktor dengan pesakitnya, urusan jual-beli, cikgu dengan anak muridnya dan yang seangkatan dengannya.

Halal malah diwajibkan pula adalah dalam situasi yang benar-benar mendesak seperti mahu melindungi seorang wanita yang dikhuatiri terancam keselamatannya. Macam ada seorang makcik kena copet dan nak terjatuh dan ketika itu anda cepat-cepat pergi menyambutnya. Takkanlah anda nak biarkan nak berkata, "Uish, ikhtilat!"

Peluh besar.

Uhm. Ada dalil syari'e ke pasal kena jaga ikhtilat ni..? Ke anda memandai je Inche gabbana..?
Banyaaaakk. 

"Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk."
[al-Israa, 17:32]

Dalam ayat ni  Allah tak pula berfirman, "Janganlah kamu berzina," tapi Allah berfirman "Janganlah kamu MENDEKATI zina.." Maknanya kita sebagai manusia kena berusaha bersungguh-sungguh menjauhi unsur-unsur yang boleh mendekatkan kita dengan zina, dan hal ini termasuklah dengan kita menjaga pergaulan kita dengan mereka yang berlainan jantina.

Dalam surah al-Ahzab, Allah berfirman,

"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka."
[al-Ahzab, 33:53]

Bayangkan, isteri-isteri Nabi yang digelar Ummahatul Mu'minin (Para ibu orang mu'min), yang dijanjikan sorga dan darjat tinggi untuk mereka itu pon, jika ada urusan dengan kaum lelaki hendaklah dibuat di belakang tabir, apatah lagi untuk wanita-wanita biasa di luar sana? Mestilah kena lagi jaga kan..? 

Dan kalau tiada dalil syari'e sekalipon, saya yang tak pandai sangat ni pon boleh fikir mengapa Islam benar-benar menjaga ikhtilat ni. Anda suka tengok adik perempuan anda bermesra dengan budak-budak lelaki tanpa batas dan sempadan? Atau mak anda bertepuk-tampar dengan bhai jual roti? Tak kan..? Dah tu..?

Ok sentap. Tapi kalau di alam maya..? Ada ikhtilat jugakah?
Ofkos! Malah di alam maya, lagi lah kita kena jaga dan lebih berhati-hati. Sebab syaitan pon ada akaun MukaBukunya sendiri. Iblis pon ada akaun Pengicaunya juga. Jarum-jarum mereka di alam maya lebih halus dan merbahaya. 

Tak perlulah buat emotikon comel dan manja-manja apabila berbalas dinding dengan mereka yang berlainan jantina. Lebih baik, jangan dinding langsung! 

Apatah lagi anda di luar sana yang bergelar selebriti alam maya, ohoi, lagi lah kena jaga! Komen-komen gedik usah dibalas. Komen tak gedik pon, kalau tak perlu untuk dibalas, tak usahlah cari fasal. Tak perlulah muat naik gambar-gambar anda yang comel dan hensem itu. Untuk apa? Jika hati anda tidak bermasalah, boleh jadi anda akan membuatkan hati-hati orang lain bermasalah! 

Gunakan alam maya untuk berdakwah, bukan untuk cari dan buat masalah!

Tapi nanti kalau orang kata kita sombong macam mana..?
Ohh orang kata sombong takut..? Allah marah, tak takut..?

Err, ok. Lap peluh. Apa lagi yang tak boleh buat dalam perkara ikhtilat ni?
Khas untuk lelaki, mereka dituntut untuk menundukkan pandangan. Walaupon anjuran yang sama ditujukan juga kepada kaum wanita, namun prioritinya adalah pada kaum lelaki. Kerana, err, fisiologi lelaki ni berbeza sikit. Syahwatnya amat mudah terangsang hanya dengan memandang dan melihat. Meskipon di hadapannya adalah seorang ukht yang bertudung labuh hingga ke kaki.

Dan khas untuk perempuan, tolonglah jangan nak bermanja-manja, sengaja bersuara halus dan menggoda, menggedik, tulis 'xoxoxo' atau '^_^V'  atau '~.~' dan lain-lain dalam waksep dan sebagainya. Semua ini amat mudah menggegar iman seorang lelaki. 

Biarlah anda digelar akhawat garang atau akhawat brutal sekalipon. Syadid dalam hal ikhtilat ini jauh lebih baik daripada meringan-ringankannya. 

Dan tolong, baik lelaki atau perempuan, tolonglah jangan muat naik gambar-gambar yang tidak perlu, tidak senonoh, manja-manja gedik-gedik, nampak bulu dada, bulu ketiak dan sebagainya dalam akaun media sosial anda. Tolonglah simpan untuk kegunaan peribadi. 

Tapi Inche gabbana, kalau ikhwah dan akhawat pon nak kena jaga ikhtilat ke..? Diorang ni bukan ke dah qawiyy?
Aik, ikhwah dan akhawat tu bukan manusia kah..?

Ikhwah dan akhawat, yakni mereka yang menggelarkan diri mereka tu seorang dai'e, lagi lah kena jaga. Pertamanya, adalah kerana mereka itu qudwah kepada masyarakat di sekeliling mereka. Setiap perilaku dan perbuatan mereka sentiasa diperhatikan. Percakapan dan tingkahlaku mereka adalah fatwa kepada orang lain untuk berbuat perkara yang sama! 

Keduanya, ikhtilat adalah sebahagian daripada ujian dan cubaan yang pasti akan dilalui oleh seorang dai'e. Ketika inilah, mujahadahnya akan diuji. Ketika inilah, kefahaman tarbiyah dan fikrahnya akan digoncang sehingga dia goyang dan hampir rebah.

Kerana itu lebih baik menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah yang boleh mendatangkan fitnah, apatah lagi apabila kita tahu yang kita tidak cukup kuat untuk menghadapinya.

Seqawiyy mana pon seorang al-akh itu, akhirnya dia tetap seorang lelaki. Dan betapa syadidnya seorang ukht itu, akhirnya dia tetap seorang perempuan. 

Jadi apa solusinya untuk menjaga diri daripada ikhtilat yang tidak syari'e ni Inche gabbana?
Pertama dan yang paling utama, mujahadah diri untuk mengelakkan diri daripada ikhtilat yang tidak perlu. Dengan kata lain, jauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah yang mendekati zina, yang akan mendatangkan fitnah. Jika nak bermesyuarat contohnya, jika tidak perlu berjumpa, maka jangan berjumpa. Cukuplah sekadar bermesyuarat di atas talian. Itu pon kena ramai-ramai, tidak boleh berdua. Jika terpaksa berjumpa sekalipon, pastikan berteman dan ada jarak atau tirai yang memisahkan.

Kedua, sibukkan diri dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, agar tidak punya masa untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Bukankah masa lapang seorang dai'e itu adalah permulaan kefuturan buat dirinya?

Ketiga, sekiranya memang dah tak boleh tahan nafsu dah, sampai tahap kronik, hukumnya wajib untuk anda kahwin. Kalau atas sebab-sebab tertentu anda tak mampu nak berkahwin, ha, silakan berpuasa.

"Wahai pemuda, siapa dalam kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah. Ini kerana berkahwin boleh menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang tidak berkemampuan, maka hendaklah dia berpuasa. Ini kerana puasa itu adalah perisai."

[Hadith riwayat Bukhari]

Tapi nanti kalau tak kahwin macam mana..? Bukan ke kena kenal seseorang tu baru boleh nak kahwin..?
*Jegil mata*

Kbai. Tapi.. Macam mana nak tahu apa yang kita buat tu boleh atau tidak..? Menjaga ikhtilat atau tidak?
Apa kayu ukurnya? Tanya diri anda, kalau anda balas waksep si ikhwah bergaya, adakah ia bermanfaat untuk dakwah? Jika anda menjawab panggilan daripada si ukht pesona, adakah ia membawa faedah untuk ummah? Kalau anda memuat naik gambar-gambar bajet comel anda itu, adakah ia menjurus kepada ibadah atau jahiliyyah? Sekiranya anda terkulat-kulat dan terpaksa perah otak untuk menjawab soalan-soalan di atas ini, lebih baik anda tinggalkan sahaja. 

Syadid gila ah Inche gabbana ni.  
Apa? Boleh ulang? Saya tak berapa nak dengar.

Err takde apa-apa. Uhm Inche gabbana ada pesanan yang terakhir?
Jagalah akhlak dan perilaku anda. Lelaki baik untuk perempuan yang baik. Sebaliknya, lelaki keji untuk perempuan yang keji. Itu janji Allah.

Jatuh chenta dengan Allah dahulu. Cari dan kejar redhaNya. InshaAllah, Dia akan ketemukan kita dengan chenta hakiki yang sejati. Kalau bukan di dunia ni sekalipon, InshaAllah di sorga sana. Senyum. 

Tapi ofkoslah kena berusaha. Borang kena isi juga. Eh.

Eh kejap Inche gabbana. Soalan terakhir mungkin. Err anda bila nak kahwin..? Lariiiii.
Jatuh kerusi. Oi!

-gabbana-

InshaAllah akan bermusafir malam ni. Doakan agar perjalanan saya diberkati dan dipermudahkanNya. Tak sabarnya nak jumpa al-akh kimia terchenta!

Gelembung pipi tanda hepi. 

40 comments:

  1. alhamdulillah..phm da..
    thnks.

    ReplyDelete
  2. "Bila Inche Gabbana nak kawen?"

    Hahaha... :p

    terima kasih atas info ni...saya cuba fahamkan lagi maksud "ikhtilat" dengan erti kata sebenar

    *angguk kepala*

    ReplyDelete
  3. I love these verses about iktilat.. Annur-30,31..hehehe.. and then 32, pasal kahwin!!hihihihi...

    ReplyDelete
  4. *nod.nod* dari line 1st smpai akhir setuju 100prts

    ReplyDelete
  5. Finally.
    Tq inche gabbana.
    Entri ini bnyk mbantu sy yg mmg sdang keliru.

    Tp, tp dan tp kn....
    Mcm mna pula dgn sikap daie, ikhwah dan akhawat, yg bole siap bgurau pula aih? Masa tserempak d tngah jalan mahupun di alam maya.
    Sy....konfius.
    Sbb mereka da mngaku diri sbg daie tp dr segi ikhtilat ssama mereka pula mcm tu (err...ikhwah/akhawat ngn perempuan/lelaki ajnabi, mmg jaga. Tp bila masuk dlm klgn mereka, jadi cenggitu lak). Ke, bole bmesra cemtu atas nama ingin mjaga ukhuwah fillah?

    Sy konfius bila tengok ikhwah n akhawat mcm tu.
    Mohon pjelasan.....

    ReplyDelete
  6. owh..jatuh kerusi...

    ReplyDelete
  7. Macam mane nak jatuh cinta dengan allah? Boleh tak inche gabbana tulis article pasal jatuh cinta dengan allah? Terima kasih

    ReplyDelete
  8. anon kat atas, maybe boleh bukak link entri ni :)ada kaitan la jugak dengan jatuh cinta dgn Allah :D

    http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/10/jatuh-chenta-dengan-allah-dahulu-boleh.html

    ReplyDelete
  9. ana_mardhiah07/09/2013, 00:36

    konon comel la nk kembung2 pipi. haha.

    tq sgt. kerana nk jaga ikhtilat ni, saya dipanggil gangster. aduh. pedih. haha.

    ReplyDelete
  10. Salam, inche.. ape hukum ye kalau kite 'like' post seseorg kat facebook, just semate-mate nak dpt perhatian dr die? Adakah kira ikhtilat ?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum yaa inche gabana... kita jelas dengan ikhtilat lelaki dan perempuan.

    Macam mana pula kesnya ikhtilat dalam khitbah (yakni pertunangan) dari segi fizikal, mental dan mayanya!?

    Jazakallah

    ReplyDelete
  12. salam inche gabbana. bagaimana pula ikhtilat semasa bertunang. ye lah, da'ie kan bertunang jugak jadi bagaimana yang lebih syadid. hehe. ada juga org lupakan tentang goncangan perasaan dan nafsu, ye lah mentang2 nampak QAWIYY. lanjan aja. haha. tunang pun xkisah berlama. boleh bg nasihat x.

    ReplyDelete
  13. Someone even said that im a jugmental one, when i said boy and girl cant be bestfriends. and what made me feel more sad is that, that someone was my classmate in sekolah agama dulu.

    ReplyDelete
  14. QAWIYY tu apa?
    Adik tak faham la Abg Gabbana guna ayat2 tinggi tanpa disertakan tafsirnya
    :3

    ReplyDelete
  15. QAWIYY tu apa?
    Adik tak faham la Abg Gabbana guna ayat2 tinggi tanpa disertakan tafsirnya
    :3

    ReplyDelete
  16. 'like' gambar/status pun boleh datangkan fitnah juga (pada hati)

    unless hati anda kental, sasa dan tough.


    ReplyDelete
  17. Qawwiy : kuat

    ReplyDelete
  18. nak tnyer sikit...
    mcm mana kalau kita pergi kat 1 tmpt yg lngsung x de ikhwah or akhawat dsana... mcm mana sy nak teruskan,,, sedangkan diri ini masih lemah utk menahan semua godaan dan masih bertatih dijalan ini... :'(

    ReplyDelete
  19. jzkk for this!
    saya ada lagi satu persoalan lah..
    kalau IG boleh jawabkan

    di alam maya contohnya,
    emoticon comel2 dan gurauan akhwat ikhwah tu of kos tak qudwah kan..saya faham insyaAllah

    bagaimana pula, akhwat sesama akhwat bergurau dengan comelnya di alam maya? kadang rasa macam tak sesuai juga...kalau2 ada ikhwah terbaca

    so how?

    ReplyDelete
  20. Er, nak mintak copy boleh? Nak edar dekat sekolah.

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum. jazakallahu khairan kathiron.

    sangat cerah dan jelas dari akh. tapi, pasal kena ade tirai, saya pernah dgr pendapat ( wallahua'lam saya terlupa siapa yang menafsirkan ayat ni ) dia kata ayat ni diturunkan khusus untuk isteri-isteri nabi ( ayat :"...Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. (cara) yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka." ). kalau kita tgk pada ayat yang sama( sambungan di atas), Allah melarang sesiapa untuk mengahwini isteri nabi setelah kewafatan nabi.
    jadi penggunaan tirai tu hanya untuk isteri nabi sebagai tanda penghormatan kepada mereka.
    wallahua'lam. sekadar perkongsian

    ReplyDelete
  22. S: nak tnyer sikit...
    mcm mana kalau kita pergi kat 1 tmpt yg lngsung x de ikhwah or akhawat dsana... mcm mana sy nak teruskan,,, sedangkan diri ini masih lemah utk menahan semua godaan dan masih bertatih dijalan ini... :'(

    J: First, kena cari biah yang baik. Maknanya, kalau takde ikhwah akhawat pon, anda kena cari orang-orang yang baik dan soleh.

    Ok kalau takde mcm mana? Anda kena bentuk biah anda sendiri! Yes, maknanya, anda kena mula mengumpulkan orang dan ajak mereka kepada kebaikan. Kiranya andalah yang mengetuai dan mempengaruhi biah tersebut.

    Kalau tak mampu juga, anda kena selalu hubungi ikhwah/akhawat di tempat lain. Kena selalu tanya khabar, ziarah mereka dan ajak mereka ziarah anda.

    Moga Allah kuatkan hati anda untuk terus tsabat biidznillah. ;)

    ReplyDelete
  23. S: Salam, inche.. ape hukum ye kalau kite 'like' post seseorg kat facebook, just semate-mate nak dpt perhatian dr die? Adakah kira ikhtilat ?

    J: Rasanya anda pon dah tahu jawapan dia tak..? Huhu.. Kalau dari segi hukum, allahu a'lam, saya bukanlah orang yang faqih untuk mengeluarkan hukum.

    Tapi kalau tanya saya secara peribadi, memang apa yang dibuat tu tak betul dan salah lah.

    Allahu a'lam.

    ReplyDelete
  24. S: salam inche gabbana. bagaimana pula ikhtilat semasa bertunang. ye lah, da'ie kan bertunang jugak jadi bagaimana yang lebih syadid. hehe. ada juga org lupakan tentang goncangan perasaan dan nafsu, ye lah mentang2 nampak QAWIYY. lanjan aja. haha. tunang pun xkisah berlama. boleh bg nasihat x.

    J: Hukumnya sama. Tunang tetap bukan mahram. Hanya nikah sahaja yang akan menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita bukan mahram.

    Malah orang yang dah bertunang dugaan dan cubaannya lebih besar dan berat. Sebab dirasakan seolah-olahnya tunangnya itusudah menjadi miliknya! Astaghfirullah.

    Berhati-hatilah dengan bisikan dan cucukan syaitan!

    ReplyDelete
  25. S: jzkk for this!
    saya ada lagi satu persoalan lah..
    kalau IG boleh jawabkan

    di alam maya contohnya,
    emoticon comel2 dan gurauan akhwat ikhwah tu of kos tak qudwah kan..saya faham insyaAllah

    bagaimana pula, akhwat sesama akhwat bergurau dengan comelnya di alam maya? kadang rasa macam tak sesuai juga...kalau2 ada ikhwah terbaca

    so how?

    J: Sekiranya hal tersebut boleh mendatangkan fitnah atau boleh menaikkan syahwat lelaki yang melihatnya, amatlah tidak digalakkan untuk berbuat demikian.

    Lebih baik kita tutup semua pintu-pintu syubhah yang boleh membawa fitnah yang ada.

    Allahu a'lam.

    ReplyDelete
  26. Husna: Saya kira itu khilaf dari segi memberi pendapat.

    IAllah kita meraikan perbezaan pendapat, as long as ia mendatangkan maslahat dan kebaikan kepada ummah. ;)

    Allahu a'lam.

    ReplyDelete
  27. salam.. boleh terangkan sdikit pasal proses BM.. mcm mana kite nak kenal sesorg pasangan tuh kalau tak penah taaruf langsung dgn die?

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum..nak tye ni...boleh ke guru perempuan sntuh pljr laki??guru trsbut 20-an pljr tersebut belasan...boleh ke??
    lagi satu kalo kat skola ustaz ustazah x bagi kami sembang laki pompuan,,ikhtilat kate...tapi kalo ustaz ustazah yg sembang2 gelak2 huha huha sana sini bleh plak..konfius.anyone please....

    ReplyDelete
  29. 'Alaikumussalam warah matullah. Tak boleh, haram. Pelajar lelaki tu dah baligh kan? konfem dah tu bukan mahram.

    Ustaz ustazah bukan malaikat, bukan sentiasanya betul. Kadang-kadang diorang pon ada je masa-masa yang gila-gila. Huhu.

    Moga Allah ampunkan mereka dan kita. Allahu a'lam.

    ReplyDelete
  30. Persoalan ikhtilat drpd dulu sampai sekarg sgt famous dlm kalngn para daie. Ramai y dh tahu tapi buat2 xthu. *Risau *Islah

    ReplyDelete
  31. alhamdulillah... satu artikel yg menarik & mudah difahami

    ReplyDelete
  32. Salam inche gabbana, thank you for the article. Really handy. Tapi nak tanya, kalau dengan cousin pun kena jaga ke? I mean memanglah takboleh bertepuk tampar pegang semua tu tapi kalau ber haha dan even cakap hi (sambil senyum)? Or duduk sebelah2 dekat meja makan di kampung. Termasuk dalam kes ikhtilat juga ke? Terima kasih

    ReplyDelete
  33. Nice, well said. Hal ini lah org ambil remeh sekarang ni.

    ReplyDelete
  34. salam . kalau skype dengan kwn laki , misal kata macam dia p luar negara ke , boleh ke ? aurat jaga ah.

    *pastu kalau wish birthday ke selamat hari raya ke , boleh ke tak enh kat kawan laki tu ?

    *cmne nak jaga ukhwah dgn kawn laki kalau dah tak satu skola ?

    tq

    ReplyDelete
  35. sister-trying-to-groom-brother-complex27/10/2014, 21:23

    jazakallahu khayr..artikel ni sngt membantu ana..tercari2 cara paling sesuai tuk sampaikan mksud ikhtilat (all all the requirement attached) dgn gaya paling santai dan cool since obviously diri sendiri x cukup wisdom..im not sure if this method will work on the focused subject..tp ana akan bersangka baik dgn Allah..

    ReplyDelete
  36. Contohnya seorang perempuan kalau dia ada kawan² lelaki dan mereka memang geng sejak sekolah menengah ke zaman u . dari dulu belajar berjaya sama² . share problem sama . hangout pun sama² . so mcm mana nk jaga ikhtilat tu ? kiranya terus end kan friendship tu ke mcm mana ? Mohon pencerahan .

    ReplyDelete
  37. ape yang dimaksudkan dgn ikhtilat di alama maya dan di alam realiti ?

    ReplyDelete
  38. Tlg lah buat post pasal produk kecantikan. Akhwat ni suka sgt la guna produk kecantikan. Tak perlu kot nk guna semua benda2 tu.

    ReplyDelete