Nafsu seks.
Nafsu makan.
Nafsu membeli-belah.
Nafsu nak menghias rumah.
Nafsu nak main bola.
Nafsu nak lepak mamak.
Nafsu nak pandu kereta laju-laju.
Nafsu nak buat kek lapis Sarawak.
Nafsu nak main game sampai lebam.
Nafsu nak main game sampai lebam.
Nafsu untuk menulis post terbaru.
Ehem.
Dan senarainya berterusan. Ya, manusia dan nafsu memang tidak dapat dipisahkan.
Menariknya nafsu ini, ia tidak semestinya jahat. Ia tidak semestinya keji dan buruk. Adakalanya ia menjadi sahabat baik kepada syaitonirojim, ya. Namun adakalanya juga ia menjadi malaikat yang sentiasa menyuluh jiwa untuk sentiasa berada dalam ketaatan kepadaNya.
Nafsu ni penting juga sebenarnya. Bayangkan Puan Mama kita tidak lagi bernafsu untuk mengemas rumah atau memasak ikan tenggiri masak lemak cili api itu, pergh, sudah tiada makna lagi untuk kehidupan ini.
Atau bayangkan Inche Papa kita tidak lagi bernafsu untuk ke pasar membeli daging atau mengajak kita ke surau atau memberi kucheng tembam berbulu lebat itu makan, alahai, betapa suram dan durjanya dunia ini.
Atau bayangkan kita tidak lagi bernafsu untuk belajar, atau mencari rejeki yang halal, atau bersukan, atau makan... Bagaimana..? Pasti dunia ini akan menjadi lintang-pukang bukan..?
Malangnya, lebih sering daripada tidak, kita yang dikuasai oleh nafsu dan bukannya kita yang mengawal dan menguasai nafsu. Terlebih makan. Tonton porno. Kejar dunia. Beli kasut yang kelapan pasang. Onani. Bertabaruj tak sedar diri. Semuanya ini adalah simptom betapa nafsu yang durjana telah menguasai diri.
Akibatnya, durjanalah diri. Apabila kita menjadikan nafsu sebagai Tuhan kita, yakni tujuan utama dalam kehidupan kita, sehingga sanggup menjelajah ke ceruk kampung nun di Kuala Nerang sana semata-mata untuk mencari kerabu perut kerbau terbhaik dari ladang, sanggup membelanjakan ratusan malah ribuan ringgit semata-mata untuk sehelai seluar dalam atau sanggup mengubah ciptaan Allah yang sedia ada hanya sahaja mahu kelihatan lebih canteque dan bergaya, kita sebenarnya sedang menuju kebinasaan yang merugikan diri sendiri.
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan penutup atas penglihatannya?"
[al-Jatsiyah, 45:23]
Gulp.
Seorang dai'e juga tidak terlepas daripada fitnah nafsu ini. Kerana dai'e juga seorang manusia. Ikhwah juga seorang lelaki. Akhawat juga seorang perempuan. Ya, klise bukan? Tetapi itu hakikat. Fakta. Realiti.
Nafsu nak jeling-jeling dengan akhawat.
Nafsu nak muatnaik gambar berpurdah dengan harapan mendapat SUKA yang banyak daripada ikhwah.
Nafsu dan berbalas-balas dinding dengan akhawat atas nama dakwah.
Nafsu dan mengumpat dan merendah-rendahkan orang/kumpulan lain supaya kita nampak lebih kool dan osem.
Nafsu nak berukhuwwah fi jahiliyyah.
Tersembur air suam.
Jadi apa obatnya? Bagaimana kita mahu mengekang nafsu gorgon kita daripada terus bermaharajalela..?
Jawapannya ada di dalam firman Allah yang satu ini:
"Dan adapon orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh sorgalah tempat tinggal(nya)."
[an-Nazia't, 79:40-41]
Pertama takut kepada kebesaran Allah. Takut kepada seksaan dan azab api neraka yang maha azabnya. Takut akan kemurkaan Allah. Khuatir dan risau akan kekechewaan Allah terhadap kita. Garu kepala sampai botak akan ketidakredhaan Allah kepada kita. Itulah taqwa.
Perasaan ini, sekiranya membuak-buak dan meluap-luap, pastinya akan menjadikan kita lebih berdisiplin, lebih berwaspada akan setiap tindak-tanduk dan tingkah laku kita sehari-hari. Kita tidak akan sewenang-wenangnya berbuat sesuka hati tok nenek kita andai kita faham betapa Allah sentiasa memerhatikan gelagat kita. Kita pasti tidak akan berani untuk berbuat maksiat dan noda andai api neraka sentiasa membakar, bergelora di dalam jiwa kita. Dan takutnya kepada berpalingnya Allah kepada hamba-hambaNya yang dimurkai, menjadikan kita berpeluh-peluh ketiak dan dahi untuk melakukan dosa yang dibenci.
Lantas, ia membuahkan pula kepada kaedah yang kedua dalam mengawal hawa nafsu kita, yakni menahan diri daripada keinginan tanpa batasan makhluk bernama nafsu itu. Nampak tak permainannya di situ? Allah tahu yang manusia dan nafsu tidak mungkin dapat dipisahkan; kerana itu Allah menggunakan perkataan 'menahan diri' dan bukannya menghapuskan! Subhanallah!
Menahan diri yang bagaimana? Menahan diri daripada memakan lebih daripada apa yang kita mampu. Menahan diri daripada melihat yang bukan hak kita. Menahan diri daripada boros berbelanja. Menahan diri daripada mengklik pautan yang tidak senonoh. Menahan diri daripada melempiaskan amarah kita. Ya, itu namanya mujahadah.
Menahan diri yang bagaimana? Menahan diri daripada memakan lebih daripada apa yang kita mampu. Menahan diri daripada melihat yang bukan hak kita. Menahan diri daripada boros berbelanja. Menahan diri daripada mengklik pautan yang tidak senonoh. Menahan diri daripada melempiaskan amarah kita. Ya, itu namanya mujahadah.
Taqwa dan mujahadah tidak mungkin dapat dipisahkan. Taqwa akan menghasilkan mujahadah. Dan mahu menjadi seorang muttaqin, ia memerlukan mujahadah yang tinggi.
Susah? Memang susah. Payah? Semestinya payah. Namun Allah ada di sana, untuk memandu dan membimbing kita mengharunginya.
"Dan orang-orang yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik."
[al-Ankabut, 29:69]
Allah tidak tunjukkan satu jalan, tetapi jalan-jalan, yakni banyak jalan. Jalan apa? Jalan menuju keredhaanNya. Kata kuncinya? Mujahadah. Bersungguh-sungguh. Senyum.
Dan apa pula balasannya untuk mereka yang bersungguh-sungguh menahan diri daripada terlalu mengikutkan telunjuk hawa nafsu yang kadangkala boleh jadi lebih jahat daripada Raja Raksasa Syaitan Pikor itu..?
"...maka sungguh sorgalah tempat tinggalnya."
Ya, sorga. Dan oh!
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Wahai nafsu mutmainnah! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam sorgaKu."
[al-Fajr, 89:27-30]
Lap air mata.
Moga kita kuat bermujahadah untuk terus menjadi hamba kepada Allah yang satu dan bukan hamba kepada nafsu.
Moga kita berjaya mentarbiyah nafsu amarah kita yang paling keji dan hina itu, menjadi nafsu mutmainnah yang mulia, yang begitu dekat denganNya.
Dan moga kita tergolong dalam golongan hamba-hambaNya, yang diseru dengan penuh redha untuk memasuki sorgaNya.
Biidznillahi ta'ala. Senyum sambil potong bawang.
-gabbana-
Huaahhh..
ReplyDeletemungkin hari ini, allah nk tujukn pd saye melalui anda.
Sentap naaaa..!
mohon share..
ReplyDeleteyour post is just in a right time, right situation n in a right way..
ReplyDeleteSubhanallah, thank you Allah...
Tq ats post ini benar benar bermanfaat di saat bapak nafsu menganas dlm diri...hehe..syukran jazillan
ReplyDeleteMashaAllah... jazakallahu khayran khatira akhi
ReplyDeleteinche...jzkk :')
ReplyDeletecantikkk sngt tulisan nih.sgt jujur dan tepat
ReplyDelete