[Kredit] |
Zamil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menarik nafas panjang dan dalam. Bosan.
Dia merenung skrin komputernya yang terpasang sejak tadi. Dia berkira-kira mahu menulis status terbaru di akaun Mukabukunya.
"Kalau kita tak berlari cep..."
Zamil terhenti. Dia menekan kekunci 'Backspace' laju-laju.
"Gerabak ini tidak akan mena..."
Sekali lagi kekunci 'Backspace' ditekan laju.
Zamil menggeleng kepala. Dia mendengus. Mengeluh. Perlahan-lahan dia bangkit dan berjalan menuju katil bujangnya. Dia lantas duduk di tepi katil, termenung buat seketika sebelum membaringkan badannya.
Jam dinding berbentuk bola sepak di atas pintu biliknya itu baharu menunjukkan pukul sebelas tiga puluh tiga. Masih pagi.
Zamil menekup mukanya dengan lengan dan sikunya. Fikirannya kosong. Menerewang entah ke mana.
Begitulah kurang lebih rutin harian Zamil sejak cuti semester yang bermula tiga minggu yang lalu. Layu. Lugu.
Zamil tinggal di Dungun, jauh daripada rakan-rakan sebulatan gembiranya yang lain yang ramainya bermastautin di Lembah Klang. Akibatnya, dia sering ketinggalan program-program atau aktiviti-aktiviti tarbiyah yang mengujakan bersama ikhwah satu kolejnya semasa cuti ini. Bukan tiada ikhwah atau aktiviti tarbiyah dan dakwah di Dungun tu. Tapi entah, Zamil tidak dapat merasakan ruhnya. Tidak seperti ketika dia bersama-sama dengan ikhwah fillah abadan abadaan satu kolejnya.
Cemburu juga dia apabila membaca hapdet-hapdet terbaru rakan-rakannya setiap kali mereka usai berbulatan gembira atau berprogram. Berkonferens riang lah. Berjaulah lah. Bermukhayyam lah. Hallo aku kat sini sorang-sorang ternak lemak makan sarapan pagi, kau orang ada peduli..? Eh.
Zamil mencapai telefon pintar cap Sino yang diletakkan di atas meja tepi katil. Selepas menaip kata laluan telefonnya itu, dengan malas dia menekan aplikasi 'Photo.' Kemudian dia mencari-cari fail bernama 'Ukhuwwah Osem.'
Satu-persatu gambar dia bersama ikhwah terchenta ditatalnya.
Ada gambar dia dengan si Bob comel itu sedang makan kambing panggang selepas penat berkonferens riang di Rawang.
Ada gambar Zamil sedang tertawa, sambil memijak bahu ikhwah di bawahnya dalam usaha membentuk piramid manusia di dalam kolam renang.
Ada gambar Zamil berpelukan bahu sambil membuat tanda aman dengan Musoddiq, salah seorang ikhwah yang paling dia sayang.
Ada gambar Zamil bersama hadek-hadek bulatan gembiranya sedang khusyuk mentadabbur al-Quran.
Dan ada gambar Zamil bersama murabbi terchentanya, Abang Adil yang saling menyuap kek coklat Resipi Tak Berapa Rahsia dengannya ketika hari mendekati mati Zamil yang lalu.
Kenangan. Zamil tersenyum seorang melihat koleksi gambarnya. Rindu. Tidak semena-mena mengalir air mata Zamil, perlahan-lahan menuruni pipinya. Dia membiarkan air matanya mengalir sebelum mengelapnya dengan buntut tapak tangannya.
Selepas seketika melayan perasaan, dia bangkit semula. Mundar-mandir dia di dalam biliknya, mencari-cari apa yang boleh dilakukannya untuk membunuh rasa bosannya itu.
Nak baca buku fikrah.. Errr..
Nak waksep ikhwah, uhmmmm, tunggu diorang waksep dulu lah..
Nak tulis post baru dalam belog, seriyes kering idea...
Nak tadabbur Quran, uhm, takde feeling...
Nak fikir gerak kerja dakwah, uish, qawiyy sangat pulak..
Serba-serbinya tidak kena!
Dia menunggu-nunggu kalau-kalau ada mesej waksep yang masuk. Tidak kisahlah daripada sesiapa pon; sekurang-kurangnya dapatlah dia berhubungan dengan dunia luar. Namun sejak pagi tadi, ada lah empat lima mesej yang masuk. Hampagas.
Dia juga menanti-nanti andai ada yang mahu berbalas kicauan dengannya, atau berdinding-dinding dengannya di MukaBuku. Pon tiada.
Sudah puas segala tok nenek portal berita yang dibaca Zamil. Dari Mesir ke Papua, dari berita pasal minyak naik harga tiga puluh sen di Sri Lanka ke krisis politik dalam Afrika, semuanya Zamil dah hadam dan baca. Dari belog Malaikat Pakai Selipar ke belog Sarjan Sahib, instagram Fatah Alerjik ke akaun TiubAnda Mat Lupikirsendiri, semuanya sudah puas distalknya.
Dia benar-benar mati kutu.
Dia kembali duduk dan menghadap skrin komputernya. Dia memandang lelangit biliknya sebelum matanya jatuh kepada gambar empat jari berwarna kuning yang dijadikan gambar profail akaun Mukabukunya. Tangannya sudah bersedia untuk menaip apa-apa sahaja ayat manis yang terlintas di kepalanya.
"Hidayah tu macam manusia jugalah. Kalau kita layan dia dengan baik, dia akan baik dengan kita. Tapi kalau kita buat dia macam bibik Indonesia tak bayar gaji tak bagi cuti, tak lama lagi dia akan ucap oktengsbai pada kita."
Post.
Tidak semena-mena, entah bagaimana, sebaik sahaja dia menghapdet status terbarunya itu, Zamil mendapat ilham untuk menulis artikel terbaru dalam belognya. Matanya bersinar-sinar, tidak sabar-sabar untuk menukilkan apa yang sedang menggaru mindanya. Lantas dia membuka tab baru dan terus ke akaun belog miliknya. Dengan pantas dan efisien dia menaip nama pengguna dan kata laluannya bagi akaunnya. Terus dia memilih menu untuk menulis artikel baru.
Dia menggosok-gosok tapak tangannya, benar-benar teruja dengan ilham yang baru dianugerahkan kepadanya. Dia tersenyum sendiri. Lidahnya menjilat bibirnya yang kering, tanda dia sudah bersedia untuk fokus bagi menghasilkan karyanya yang terbaru.
Dia memandang ke lelangit biliknya, seolah-olahnya mahu berterima kasih dengan Allah, sebelum menaip tajuk bagi artikelnya yang terbaru.
Futur.
***
"Masa lapang bagi seorang dai'e adalah permulaan futur bagi dirinya."
Sentap bak hang!
-gabbana-
Tiada kena-mengena dengan hidup atau yang mati atau yang sedang memotong bawang membawa nukilan ini. Jika ada, percayalah, tiada kebetulan dalam hidup ini. Eheh.
Futur tu apa?
ReplyDelete*futur
ReplyDeleteya..seringkali ini akan berlaku..Ince Gabbana, sila wat cerita utk jalan penyelesaiannya pula..
ReplyDeletestill tak paham futur tu apa..
ReplyDeletefutur tu more or less bila mana para dai'e mula merasa lemau dalam melakukan ibadah kepada Allah dan rasa liat untuk berdakwah.
ReplyDelete:)
jzkk inche gabbana. serasa zamil itu seperti saya, *tahan sebak air mata*
doa moga tsabat inshaAllah.
itulah kdg2 rasa bz itu lbih baik dr lapang..tp bila bz slalu pk bilalah dpt waktu lapang...
ReplyDelete