[Kredit] |
(Baca: Generasi-Y)
Menurut
ensaiklopedia bebas atas talian, Wikipedia, gen-Y boleh ditafsirkan
sebagai generasi milenia yang lahir antara tahun 1980-an sehinggalah
penhujung 90-an. Gen-Y adalah kesinambugan daripada generasi-X yang
lahir pada beberapa dekad sebelumnya.
Sayugia
anda yang lahir pada tahun-tahun 80-an atau 90-an, artikel ini khas
untuk anda. Adik-adik yang tak cukup umur, boleh sambung buat kerja
rumah ok? Eheh. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang sudah berumur,
artikel ini mungkin berguna untuk menjadi panduan kepada anda bagaimana
mahu menangani dan menanggapi generasi keras kepala ini.
Ehem.
Anda pasti sudah lali dengan ungkapan-ungkapan seperti ini:
"Zaman
ayah dulu-dulu, kami susah. Nak makan ayam, pergh, alamatnya kena
tunggu ada kenduri-kendara lah. Dapat makan ikan seminggu sekali pon dah
kira bertuah dah. Bukan macam kamu. Makan ayam berlaukkan nasi! Ikan
dah tak makan dah, melainkan ikan sushi dan sashimi!"
"Mama
dulu berjalan enam tujuh batu ke sekolah awak tahu? Dengan kasut
sekolah yang dah koyak-rabak, mama dan uncle dan auntie awak rilek aje
berjalan. Hepi aje. Mama tengok awak dan kawan-kawan awak ni.. Lembik
aje. Panas sikit pon dah mengeluh. Jauh sikit pon banyak songeh. Ceh."
"Kau
tak usah la nak nasihat pakcik. Pakcik dah hidup lama. Pakcik makan
garam dahulu daripada kamu. Pengalaman pakcik banyak. Kau tu, baru
setahun jagung, hingus pon tak kering lagi. Nah tisu."
"Budak-budak
zaman sekarang ni degil betul. Kepala lutut! Eh. Kepala batu! Asal kita
nasihat sikit je, dia nak melawan. Asal kita minta tolong je, banyak
alasan. Beza betul dengan zaman kita masa muda-muda dulu. Taat je. Patuh
je. Jalan pon tunduk, bongkok. Sampai terlanggar tiang kadang-kadang
tu!"
"Beza betul kita dolu-dolu dengan kanak-kanak dasawarsa ini. Kita dahulu main guli, teng-teng, konda-kondi, berpeluh-peluh ketiak main polis sentri... Kanak-kanak zaman sekarang ni, nak keluar rumah pon susah. Dok menghadap PlayStation, PES, DOTA duapuluhempat jam sehari. Adoila."
Kuis-kuis kaki.
Realitinya, keadaan zaman sekarang sememangnya sudah berubah dan amat berbeza sekali dengan masa mak ayah kita muda remaja dahulu. Jadi untuk membandingkan zaman sekarang ini secara epal dengan epal, oren dengan oren dan betik dengan betik, adalah sesuatu yang kurang adil dan tidak tepat.

Ini
adalah zaman MukaBuku. Ini adalah era Pengicau dan Instagram. Ini
adalah masa di mana anak-anak muda memperoleh maklumat dalam sekelip
mata dan sekiranya anda terkantoi membuat perkara-perkara pelik atau
tidak senonoh, bersedialah menjadi selebriti sekelip mata apabila
perlakuan anda itu dirakamkan dan dimuatnaik di TiubAnda! Ahah!
Punyalah
hebat era gen-Y ini, sehinggakan revolusi Musim Bunga yang menjatuhkan
Mubarak tempoh hari digerakan oleh perkongsian maklumat di MukaBuku dan
Pengicau. Punyalah berkuasa zaman serba moden ini, baru-baru ini suatu
demonstrasi membantah kekorupan dan pecah amanah di Filipina, berjaya
mengumpulkan puluhan ribu rakyat hanya dengan perkongsian di MukaBuku.
Paling baru, bagaimana isu harga minyak RON95 naik duapulosen
mendominasi perbualan dan perdebatan di alam maya.
Untunglah Mark Zuckerberg. Eh.
Kegagalan
generasi terdahulu memahami sifat, latar belakang dan cara pemikiran
gen-Y ini adalah antara punca kegagalan mereka mendidik dan membentuk
anak-anak muda zaman serba canggih ini dengan adil dan baik. Akibatnya,
jadilah upacara label-label dan salah-menyalah. Walhal semuanya berlaku
dek kegagalan berkomunikasi dengan baik oleh dua-dua belah pihak.
Oleh
sebab itu hari ini saya mahu berkongsikan sedikit perangai dan
simptom-simptom gen-Y ini untuk panduan dan rujukan semua, dengan
harapan apabila sudah mengenali dengan lebih dekat generasi Peter Pan
ini, dapatlah kita sama-sama menyantuni dan menanggapi mereka ini dengan
lebih osem dan bergaya. Hoyeah.
Mari kita lihat dulu beberapa perangai atau karakter gen-Y ini yang boleh tahan menjengkelkan jugalah.
Mari kita lihat dulu beberapa perangai atau karakter gen-Y ini yang boleh tahan menjengkelkan jugalah.
1) Manja, malas berusaha
Gen-Y selalu dikatakan manja dan malas berusaha, kesan daripada taraf hidup keluarga yang semakin baik dan cara mereka dibesarkan. Kalau tinggal asrama, mesti yang ada katil empuk dan karpet tebal. Kalau bekerja, mesti ada ekon. Panas-panas peluh ketiak memang di luar pilihan. Lemak di perut semakin tebal, mengharapkan disuap nasi cap Taj Mahal. Eh.

2) Suka tangkap gambar sendiri bajet panas dan artis popular abad ini
Inilah antara bahana telefon pintar dua kamera. Semakin ramai yang menjadi narsis dan perasan cantik bergaya. Batuk berdarah. Kadang-kadang tu tak kira masa dan tak peduli orang di sekeliling; dalam tren, dalam kereta, di kedai mamak, di dalam tandas.. Kadang-kadang tu terasa nak hadiahkan siku pon ada.
3) Media sosial adalah medium komunikasi utama

Hensem dah tu bang oi! [Kredit] |
3) Media sosial adalah medium komunikasi utama
Hal
ini adalah antara karakter paling ketara gen-Y di mana medium
komunikasi mereka yang terutama adalah MukaBuku, Pengicau, Waksep, Skype
dan yang seangkatan dengannya. Siapa yang tiada salah satu akaun media
sosial utama akan dianggap loser. Rasanya, kalau suruh mereka ni
guna telefon awam, pasti akan bermasalah kerana mereka tidak tahu
bagaimana mahu menggunakannya. Maka apabila telefon atau peranti pintar
mereka rosak, putuslah hubungan mereka dengan dunia. Mereka nak minta
bantuan pon tak boleh dah sebab tak hafal nombor telefon. Eheh.
4) Orang berborak dengan dia, dia sibuk garu iPapan
Ni satu lagi perangai tak senonoh gen-Y yang semakin ketara. Kita tengah cakap dengan dia ni, tapi mata sibuk fokus pada skrin telefon atau iPapan dan tangan pula sibuk menggaru-garu peranti pintar tersebut. Adoi. Hilanglah keseronokan berkomunikasi dua hala. Kadang-kadang tu ukhuwwah lebih terasa apabila berborak di alam maya. Menyedihkan.
5) Kongsi status di MukaBuku dah kira jihad, dakwah

Ni
kes pahlawan papan kekunci la ni, apa lagi. Memang betullah berkongsi
status-status berunsur nasihat dan Islami di MukaBuku atau Pengicau anda
dikira dakwah. Tapi itu sahaja tidak mencukupi tahu..? Tarbiyah dan
dakwah itu memerlukan sentuhan manusia, sentuhan di alam nyata dan bukan
setakat sentuhan papan kekunci.
6) Tangkap gambar makanan lepas tu muatnaik ke Instagram
6) Tangkap gambar makanan lepas tu muatnaik ke Instagram
Err... Tangkap gambar pisang goreng je pon. Lepas tu edit sikit, tulis "Le banana du fritters a la carte"
bagi bunyi gempak sikit. Esok gambar kacang kuda pulak. Lusa gambar
strawberi cicah budu. Wahai gambar kepala lutut saya tak nak ambil..?
7) Kepala sekeras batu bata
Ok yang ini memang mengambil contoh diri sendiri. Hohoho. Gen-Y memang terkenal dengan sikap keras kepalanya, degil, suka membantah, tak puas hati dan sila lengkapkan dengan sifat-sifat mazmumah yang lain. Selalunya mereka ini tak akan mudah berpuas hati dengan sesuatu penjelasan mudah melainkan dengan bukti dan hujah yang kuat. Dan akan cuba berdebat dan berhujah sehinggalah si lembu pulang ke kandang.
8) Internet adalah sumber maklumat utama
Yang ini memang sangat berkait-rapat dengan poin (1) dan (3). Dalam era globalisasi sensai air sarsi ini, maklumat-maklumat semasa hanya di hujung jari dan hujung stylus sahaja. Akibatnya mereka malas berusaha lebih untuk mencari buku-buku dan bahan bacaan tambahan, apatah lagi tok guru dan syaikh berjanggut panjang untuk dijadikan rujukan. Sumber rujukan utama mereka? Syaikh Google dan Ustaz Wiki. Sahih tak sahih, tu belakang kira. Aduhai.
9) Gopoh dan tidak sabar
Ok terasa macam tengah penampar diri sendiri. Gen-Y ini secara umumnya diketahui sebagai gopoh, panas baran, tidak sabar dan terburu-buru. Contoh yang paling mudah adalah apabila berkongsikan maklumat atau berita di MukaBuku sebelum terjamin kesahihannya. Akibatnya, tersebarlah fitnah Peah yang tidak sepatutnya berlaku. Juga dalam hal-hal lain seperti nak kahwin, membina hadek-hadek, mencari pekerjaan, membeli rumah dan nak kahwin. Eh.
10) Mudah berputus-asa
Ni kira manja lah juga. Semangat tu dah ada. Rambut dah siap sikat dengan minyak dah. Baju dah semat. Kasut dah ikat. Tapi bila ada halangan di tengah jalan, ada duri yang mencucuk, ada kaca yang mengoyak, terus balik rumah nanges masuk dalam selimut. Sarender. Tiada daya tahan. Lembik. Pondan. Lemah. Layu. Ok cukup-cukup lah tu Inche gabbana oi. Wahahaha.
Ehem.
Namun pada masa yang sama, perlu juga disebutkan di sini yang gen-Y ini juga punya karakter-karakter baik dan terpuji, yang sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaiknya. Antaranya termasuklah:

- Inkuisitif - Apabila berminat dengan sesuatu, akan gigih berusaha mengorek lebih lanjut sehingga berpuas hati
- Tidak mudah berpuas hati - Kadang-kadang nampak seperti keras kepala, tetapi yang bagusnya adalah mereka tidak mudah berpuas hati dengan satu-satu penjelasan tentang sesuatu isu sahaja, tanpa bukti-bukti dan penjelasan yang kuat.
- Lawan tetap lawan! - Mereka akan melawan, bersungguh-sungguh untuk mempertahankan hak mereka
- Minda lebih terbuka - Pemikiran mereka, sesuai dengan perkembangan dunia, adalah lebih terbuka dan tidak jumud
- Meraikan perdebatan sihat - Mereka tidak melihat perdebatan atau berhujah itu sebagai sesuatu yang kurang ajar, selagi mana ia selari dengan adab-adab ketimuran
- Berani mengambil risiko - antara hobi mereka adalah terjun banji dari tingkat lima puluh lima Menara KL. Eh.
- Tidak suka dikongkong - Ada baik buruknya di sini. Tapi mereka ini selalunya lebih suka untuk bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, terutamanya dalam soal pekerjaan
- Hidung kembang kempis, gigih berusaha - Apabila sudah jelas dengan matlamat hidup dan tahu apa yang mahu dicapai, gen-Y ini akan berusaha dengan gigih sekali untuk mencapainya. Kot.
- Kreatif - Tengok sahaja pada Mat Luthfi, Aiman Azlan, Hlovate, Hilal Asyraf, Hamasah as-Syabab dan mereka yang seangkatan dengannya. Siapa sangka dakwah boleh disampaikan dengan begitu santai dan bergaya bukan..?
- Suka baca APG - Mata pandang ke atas, tangan letak di dada. Gelak sorang-sorang.
Anda rasa anda layak tak jadi gen-Y..? [Kredit] |
Begitulah sedikit sebanyak sifat dan karakter yang ada pada gen-Y. Of kos, ia bukanlah hukum alam; benar untuk semua kes dan semua orang. Tetapi sekadar pemerhatian secara umum sahaja. Anda mungkin seorang yang keras kepala, tapi tak lah suka menangkap gambar ikan siakap stim limau dan kemudian memuatnaiknya ke MukaBuku. Anda mungkin tidak kisah makan gaji sampai mati, tapi pada masa yang sama gigih berusaha mencapai cita-cita anda.
Begitulah.
Nah, sekarang persoalan yang lebih utama adalah bagaimana kita dapat memanfaatkan ciri-ciri dan karakter khas pada gen-Y ini untuk kemaslahatan dan kelangsungan perjuangan tarbiyah dan dakwah? Sejauh mana signifikannya untuk kita memahami gen-Y ini dalam menyusun gerak kerja tarbiyah dan dakwah yang lebih efektif dan efisien?
Simptom gen-Y adalah benar dan wujud. Masalah-masalah yang berlaku dek kegagalan menanggapi golongan ini dengan baik juga adalah benar dan wujud. Ia bukan ilusi atau teori konspirasi. Ia bukan main-main atau sudah tiada kerja lain.
Pemuda di setiap zaman adalah pemacu utama kepada pembangunan dan kebangkitan sesebuah bangsa dan negara. Dan mereka yang berjaya menguasai dan menggembleng tenaga pemuda dengan baik, pasti akan berkuasa. Tidak hairanlah jika kita lihat, parti-parti dan persatuan-persatuan yang besar dan berpengaruh, pasti ada sayap pemudanya; Pemuda UMNO, Angkatan Muda Keadilan, Pemuda PAS dan sebagainya.
Kata Imam al-Ghazali,
"Sekiranya kamu mahu mengetahui masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah pada generasi mudanya."
Atas sebab kefahaman yang sama jugalah, Imam Hassan al-Banna ada menulis sebuah risalah khas untuk golongan pemuda. Risalah yang dinamakan 'Wahai Pemuda' ini meletakkan harapan yang tinggi kepada para pemuda yang ikhlas, berkeyakinan, bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban dan untuk mengembalikan kegemilangan Islam kepada tempatnya yang al-Haq.
Itu puluhan tahun yang lalu. Sudah tiba masanya kita datang dengan formula baharu untuk disesuaikan dengan gen-Y yang lebih kompleks dan banyak songeh ini, pada masa yang sama memanfaatkan garis panduan yang telah dikongsikan Pakcik Hassan. Apatah lagi gen-Y di Malaysia yang rata-ratanya manja, gemok dan banyak lemak. Matilah kena belasah lepas ni.
Batuk kecil.
Dan kita, wahai pemuda sekalian, ayuh manfaatkan masa muda kita dengan sebaik-baiknya! Kita tidak akan selamanya muda. Ketika muda inilah, ketika masih bertenaga, ketika masih tidak banyak komitmen *koff koff*, ketika masih bersemangat shiuuh shiuhhh rambut ditiup angin, ketika inilah kita mahu berbakti dan menyumbang sepenuh jiwa dan raga kepada agama yang terchenta!
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok..."
[al-Hasyr, 59:18]
Tinggalkan keseronokan dan huha-huha muda remaja. Tinggalkan impian kanak-kanak dahulukala yang hanya tahu memuaskan nafsu dan kehendak diri. Tinggalkan keselesaan di rumah dan udang goreng tepung cicah sos Thai itu! Eh.
Tinggalkan semua itu untuk pengorbanan yang lebih agung dan mulia! Tinggalkan semua itu untuk mencari redhaNya. Tinggalkan semua itu demi membela nasib ummah yang teruk dihina!
Kita mampu lakukannya! InshaAllah kita amat mampu untuk lakukannya!
Kerana kita adalah generasi-ﻱ. Ya. Ya ayyuhas Syabab!
Hidung kembang-kempis.
-gabbana-
terasa terharu dan terasa dilempang dan dibelasah dalam masa yang sama
ReplyDeleteconflicted feeeeeeelllllliiiiiinnnnngggg~
tahniah!Inche Gab. sebab suka bagi pelempang sakti
OUCH!
cerita la skali about gen-Z.. hehe~
ReplyDeletenice sharing.
ReplyDeletenak request. nnti boleh tulis pasal Gen-Q pulak :)
Generasi al-Quran.
actually gen-y pernah guna telefon awam jgk.. gen-z lg berkemungkinan tak pernah guna.. ;)
ReplyDeleteLike jiddan!!! walaupun ado raso 'torkono' banyak bagai ditembak-tembak pistol air ke muka. eh.
ReplyDeleteInche Gabbana, saya minta izin utk meng'copy' dan menge'paste' di blog saya. Jazakallah
ReplyDeleteamboi seronok mengata org......ok banyak terkena....ouch..tapi kalau diaorg ni didik dgn formula yg betul insyaallah akan jadi individu yg sgt osem....mcm IG....ok sila jgn perasaan...:P
ReplyDeleteGen-Y pun dah macam ni.... Macam mana la pulak gen-Z ya......?? Ya Allah..!! Bangun semua bangun
ReplyDeletePeluh besar
haha..tersedar..thanx..really usefull!! <3 ..tapi kita gen-y..still pki public fon ^_~
ReplyDeleteehem,~tarik kolar baju
ReplyDeletemaafkan saya,sorry la... saya ni kuno sikit.errr...public fon tu apa?
XD.
tenkiu2.kira habis perisa dah boleh rasa,manis masam pahit pedas.semua ada