Ramai orang fikir yang bila dah jadi budak usrah ni, otomatik akan jadi macam malaikat. Pakai baju kena tuck-in (untuk ikhwah). Tudung labuh sampai kaki (untuk akhowat) sambil-sambil tu ambil upah sapu lantai. Gelak kena tutup mulut. Jalan kena langkah kecik-kecik lepas tu sopan-santun. Pijak semut tak mati. Kentut pon wangi. Eh.
Memanglah tak nafikan, lepas join usrah ni, lepas dapat tarbiyah, lepas selalu tilawah dan tadabbur al-Quran, lepas selalu pergi daurah apa semua tu, sedikit-sebanyak pastilah personaliti diri akan berubah. Bukan berubah apa, tapi berubah menjadi lebih baik la. Diri yang lebih diredhai Allah. Peribadi yang lebih dirindui Rasulullah.
Kalau dulu nak solat lima waktu pon ya rabbi liat macam apa, tapi sekarang alhamdulillah bukan setakat kita saff paling depan, sikit lagi nak kena lantik jadi tok siak dalam pemilihan AJK mesejid baru-baru ni. Wakaka.
Kalau dulu nak baca Quran tu punyalah susah sampai orang ingat hari dah nak kiamat bila kita baca al-Fatihah, tetapi alhamdulillah sekarang rasa rinduuu je bila berpisah dengan al-Quran, rasa macam ada something yang tak kena je bila bibir mula kering dari mengalunkan ayat-ayat Allah.
Kalau dulu sebut dakwah, usrah apa semua tu naik meremang bulu tengkuk kita siap mintak izin nak lari jauh-jauh, tapi sekarang alhamdulillah dakwah tarbiyah tu benda yang kita betul-betul pegang dan sayang, sehinggakan kita benar-benar rindu untuk syahid di jalan-Nya.
Perubahan yang macam tu lah.
Tapi siapa diri kita, ia tetap diri kita. Yang itu tak perlu nak ubah pon kan? Kita yang suka berlawak-jenaka itu. Kita yang suka buat orang lain tersenyum itu. Kita yang gila-gila dan periang itu.
Di dalam surah al-Kahfi, Allah rekodkan bagaimana pemuda yang "beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka" itu, di sebalik kehebatan mereka ketika mereka mempertahankan keimanan mereka dan bangkit menentang kemungkaran Sang Penguasa, mereka tetap adalah para pemuda biasa!
Tidak percaya? Baca ayat ini:
"Dan demikianlah Kami bangunkan mereka, agar ada antara mereka saling bertanya. Salah seorang antara mereka berkata, 'Sudah berapa lama kamu berada (di sini)?' Mereka menjawab, 'Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari.' Berkata (yang lain), 'Tuhanmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik dan bawalah sebahagian makanan itu untukmu, dah hendaklah dia berlaku lembah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada sesiapa.'"
[al-Kahfi, 18:19]
Lihat! Dalam kalangan mereka, ada yang 'nakal', sengaja mahu memprovokasi dengan bertanya soalan "Dah berapa lama kita kat sini eh?" Macam kita jugalah. Ada dalam kalangan kita ni, yang kadang-kadang sengaja bertanyakan soalan hanya kerana suka melihat sahabat-sahabat kita bertelagah dan ketika itu, kita mengundur ke belakang sambil tertawa keji. Eheh.
Dan lihat sahaja mereka ini. Setelah lena untuk satu tempoh yang agak lama (pada pandangan mereka), mereka langsung tidak risaukan perihal Sang Raja yang memburu mereka atau adakah ibu dan ayah mereka khuatir akan keadaan mereka. Yang mereka risaukan ialah keadaan perut mereka!
Makanan dan ikhwah memang tidak dapat dipisahkan bukan?
Juga siapakah yang mereka tugaskan untuk pergi membeli makanan? "Hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik." Si dia yang paling tahu mamak mana yang jual roti naan cheese yang paling layaaannn atau kedai tomyam mana yang paling masyuuukk! Wahahaha. Eh.
Menarik bukan, bagaimana Allah rekodkan semua ini di dalam al-Quran? Ketahuilah, tiada satu kisah, satu ayat, satu perkataan hatta satu huruf pun di dalam al-Quran yang 'kebetulan' dan sia-sia!
Sekiranya kita rajin menelusuri kisah para sahabat, kita akan dapati, mereka juga manusia biasa seperti kita. Ada yang suka bergurau-senda. Ada yang mahu berjenaka dengan mencampakkan buah tembikai kepada sahabat yang lain. Ada yang suka berpakaian indah bermacam gaya. Ada yang pemarah. Ada yang suka membebel dan banyak mulutnya. Beraneka ragam dan rupa!
Tetapi mereka itu tetap para sahabat bukan? Mereka yang redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka?
Sekiranya kita rajin menelusuri kisah para sahabat, kita akan dapati, mereka juga manusia biasa seperti kita. Ada yang suka bergurau-senda. Ada yang mahu berjenaka dengan mencampakkan buah tembikai kepada sahabat yang lain. Ada yang suka berpakaian indah bermacam gaya. Ada yang pemarah. Ada yang suka membebel dan banyak mulutnya. Beraneka ragam dan rupa!
Tetapi mereka itu tetap para sahabat bukan? Mereka yang redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka?
Mungkin dari kisah para pemuda al-Kahfi tadi, Allah mahu kita belajar, betapa komitmen dengan tarbiyah dan dakwah itu tidak memerlukan untuk kita melupakan siapa diri kita yang sebenar; yang dituntut dari kita hanyalah keikhlasan dan kesungguhan untuk menegakkan kebenaran dan menyebarkan chenta!
-gabbana-
(Tadabbur ayat ini 'dipinjam' dari perkongsian oleh Ustaz Nouman Ali Khan. Moga Allah merahmati beliau!)
Dah lama nak entri topik ni.. Alhamdulillahh. Keep it up Inche Gabbana!! May Allah Bless you. Aamiinn
ReplyDeleteAiwah... Jadi diri sendiri yg penting D&T tetap berjln mcm biasa . π
ReplyDeletemakaseh cik gabanna sesikat sebanyak entri ni help to lift up my burden gitu acaweh speking pulak sbb kkdg saya selalu terselit antara pembawaan imej seorang pendakwah dgn personaliti(pembawakan) saya yg suka merepek. terkadang takut terlampau lagha hingga hilang tsiqah dlm medan dakwah tapi saya suka penyampaian yg santai dan mesra cumanya ada sesetengah yg berfikiran klu pgg title budak agama mesti serius cemtu hm, payah jugak sebenarnya
ReplyDeleteWau Inche Gabbana πππ kadang2 saya rasa macam saya tak layak jadi nuqaba' sbb diri ini terlalu banyak khilafnya. Alhamdulillah lama2 saya sedar dunia dakwah dan tarbiah bukan dinding pemisah antara dua dunia, tapi untuk menjuruskan kita ke arah lebih baik. Kalau tidak, sampai bila kita mahu berada sebagai diri yang lama, ye idok? Keep up the good work ππΌππΌππΌ
ReplyDelete