Pages

10 July 2012

Kicauan Ukhuwwah Laga Pipi

[Kredit]

Hari ini mengatuk tahap cipan. Kasihan cipan pula yang jadi mangsa. Eh. Dan sejak kebelakangan ni, memang selalu dan mudah mengantuk di tempat kerja atas beberapa faktor:

  1. Tidur yang tidak mencukupi dek makan mi goreng, mi bandung, mi rebus dan pelbagai lagi jenis mi hampir setiap malam
  2. Tiada kerja  di opis yang memerlukan perhatian segera dan seriyes di pihak saya, menyebabkan mata ini mudah untuk hilang fokus dan lebih gemar untuk bertahannuth

Oleh sebab itu, saya dengan penuh rajin lagi riang gembiranya, telah memulakan satu 'trending' di Pengicau. Maka untuk anda yang tidak punya akaun Pengicau, di sini saya kopipes sahaja kicauan-kicauan saya supaya anda tidak berasa rugi dunia dan akhirat. Oh, 'trending' adalah, err, lebih kurang macam tema lah juga. 

Saya telah memutuskan untuk memulakan trending #Kicauanukhuwwahlagapipi di hari yang penuh mulia lagi sejuk-sejuk ayam ini. Dengan harapan, kicauan-kicauan bertemakan ukhuwwah yang panas dan segar, baharu keluar dari ketuhar dapatlah membuka mata anda yang turut sama mengantuk seperti saya. Eheh.

(Sebenarnya saya mengharapkan jugalah, kalau adalah yang sudi menghantar mesej pesanan ringkas kepada saya dengan mesej-mesej ukhuwwah panas dan segar sebegini. Pasti akan terbeliak mata saya, melompat segar penuh keterujaan! Tapi apakan daya, tiada siapa yang sudi... Haih..) 

Memandangkan Pengicau hanya membenarkan setiap kicauan bersaiz 140 aksara sahaja, di sini saya akan menaip semula kicauan-kicauan saya dengan lebih bertanggungjawab dan bertatasusila, menggunakan ejaan penuh dan tepat seperti yang telah diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahah!

Kicauan 1: Walaupon kita tak seibu sebapa, tapi aqidah dan fikrah telah mempersaudarakan kita! ;D

Kicauan 2: Ye, anda bukan abang atau adik saya, tapi tak salahkan saya mahu menchentai anda seadanya, keranaNya? ;)

Kicauan 3: Ye, ketiak anda berbau dan muka anda banyak jerawat, tapi saya tetap nak peluk anda erat dan laga pipi ketat-ketat sebab saya sayang anda sangat-sangat! ;D

Kicauan 4: Entah, saya tak kenal pon anda, tapi pertama kali jumpa, rasa macam kita dah bersahabat karib bertahun lamanya! XD

Kicauan 5: Tak kisahlah orang nak cakap kita gay ke, tak normal ke, yang penting saya nak kita jadi golongan yang dilindungi ArasyNya di Mahsyar nanti! ;)

Kicauan 6: Anda, hubungan kita tak akan complete kalau kita tak masuk sorga sama-sama tahu..? ='}

Kicauan 7: Tak guna kita ber'sweet-sweet' laga pipi bagai kalau hubungan ni fake dan hanya untuk hepi-hepi di dunia sahaja! Gasp.

Dan tiga lagi kicauan khas untuk anda, pembaca tegar belog ini! (Kicauan ini tidak dikicaukan di Pengicau. Senyum.)

Kicauan 8: Saya lihat awan, nampak anda. Pandang kucheng nampak anda. Tengok cermin pon nampak anda juga! Adakah ini yang dikatakan penangan ukhuwwah fillah..?

Kicauan 9: Hey anda! Saya tak mahu jadi sahabat biasa-biasa dengan anda. Jadi sahabat karib pon tak mahu! Tapi saya mahu jadi seorang sahabat tegar sehingga ke sorga! Mahukah?

Kicauan 10: Kalaulah ukhuwwah itu sebuah pelukan erat, anda tubuh badannya dan biarkan saya menjadi tangan yang memeluk erat itu! ;)

Muntah.

Anda, penangan ukhuwwah fillah itu haibat tahu..? Tak tidur malam dibuatnya! Senyum kenyit-mengenyit.

-gabbana-

Anda boleh ikuti saya di @angelpakaigucci. Moga kicauan-kicauan saya memberi manfaat pada anda, dunia dan akhirat! Hoyeaaahhh.

5 comments:

  1. sedikit ralat di situ..140 bukan 120 aksara..hehe

    ReplyDelete
  2. Ayat ni saya rasa sesuai bila pertama kali bertemu anda. Heh.

    Entah, saya tak kenal pon anda, tapi pertama kali jumpa, rasa macam kita dah bersahabat karib bertahun lamanya! XD

    ReplyDelete
  3. heeehee...suka je tengok ikhwah yang jumpa laga2 pipi bukan akhawat je bole macm tu kan :)

    ReplyDelete
  4. indahnya berukhuwwah kerana ALLAH :)

    Entri terbaru di Ashabul Islam : Buat Insan Bernama Sahabat

    ReplyDelete
  5. coffee at miami11/07/2012, 02:41

    #1,2,3=unconditional love
    #4,5,6,7=nature of soulmate
    #8,9,10=LOVE

    ps:u nvr knw wuts next:)

    ReplyDelete