Pages

1 June 2012

Kata Kata Kata Kata

[Kredit]

Kata orang perjalanan hidup ini panjang,
jadi tidak perlu berjalan laju.
Kata orang perjuangan jiwa dan rasa ini perit,
maka tidak perlu berjerih-perih.
Kata orang buat apa hendak berumah di tepi pantai,
kalau tidak mahu dilanggar ombak?
Kata orang mengapa mahu berakit-rakit ke hulu,
sedangkan sudah ada bot laju?
Kata orang hidup ini singkat,
mengapa mahu berlelah penat?

Kata orang ini.
Kata orang itu.

Orang berkata-kata.
Orang bercakap-cakap.
Orang menyebut-nyebut. 

Yang melalui jalan itu akhirnya kita.
Yang merasai pahitnya perjuangan itu jiwa kita.
Yang rumah di tepi pantai itu milik kita.
Yang berakit ke hulu rakit kita.
Yang lelah dan penat itu juga diri kita.

Orang berkata-kata, yang merasai kita.
Orang bercakap-cakap, yang menanggungnya kita.
Orang menyebut-nyebut, yang tahu juga kita.

Maka mengapa perlu sibuk dengan orang kata?
Mengapa mahu susah hati dengan orang kata?
Mengapa mahu pening-pening dengan orang kata?

Kerana akhirnya kata Allah jua yang utama.
Kerana kesudahannya Allah yang memberi pahala.
Kerana usai hayat ini kita mahu masuk sorga,
Dan bukan neraka,
Dan bukan azab bencana,
Dan bukan bersama orang yang hanya tahu berkata.

Maka teruskan bekerja,
Jangan sesekali berputus-asa,
Penat lelah itu biasa,
Jerih keringat itu tiada apa,
Omelan keluhan itu norma,
Kerana Dia melihat,
Kerana Dia menilai, 
Kerana Dia mengetahui.

Bukannya dia,
Bukannya orang yang berkata-kata.

-gabbana-

Hari-hari yang mendatang adalah suatu cabaran yang misteri buat kita semua. Hadapinyalah dengan penuh keredhaan, keimanan dan oh, jangan lupa keceriaan. Anda pasti akan tersenyum penuh kesyukuran dan kegembiraan, walau dilanda badai dan taufan.

Percayalah, kerana itu janji Tuhan.

21 comments:

  1. hanya perlu yakin dengan janji Allah
    untuk terus tersenyum sepanjng perjalanan ini

    ReplyDelete
  2. of course en gabbana...of course...

    ReplyDelete
  3. dah dihujung jln yg penuh jerih dan mehnah itu pasti ada kebaikn yg tiba..janji ALLAH...beruntunglah org yg didugaNYA...kerna itu tanda...ALLAH sentiasa meliht dan mahukn kita bersih dr dosa lampau yg bak bebuih ombk melanda pantai...dan tersenyumlah..setiap yg berlaku pasti ada hikmah...alhamdullilah..

    ReplyDelete
  4. sangay hooyeahh!


    thanks gabbana atas perkongsian ini.

    wat minda saya celik..=_=

    ReplyDelete
  5. unchained melody02/06/2012, 03:31

    terbayang video xtina aguilera berjudul beautiful..

    ReplyDelete
  6. Kata orang..02/06/2012, 10:41

    ke'dry'an lojik akan dikalahkan kebasahan kebatilan. namun lojik ini basah.. so? wahaha =.="

    mantap 2x !!

    ReplyDelete
  7. Puisi ni buat waktu tengah lepak di rumah tepi pantai mungkin?

    ReplyDelete
  8. jgn nak perasan02/06/2012, 15:41

    so what!!

    ReplyDelete
  9. rosmah bimbo02/06/2012, 15:43

    wuteverr..

    ReplyDelete
  10. simple yet meaningful. jazakallahu kheyr~

    ReplyDelete
  11. biarlah apa orang kata pun.. kerana yang duduk di syurga itu juga InsyaAllah kita :)

    ReplyDelete
  12. As Salam.
    jzkk atas peringatan.. sy semakin syg dgn anda!^^

    ReplyDelete
  13. semoga hari-hari mendatng lebih baik.kebaikan itu it's not a choice but a must:-)

    ReplyDelete
  14. klu nk ikut je ape org ckp,mmg xhidupla kiter...do wateva u want as long as follow Allah's guidence

    ReplyDelete
  15. ohoooo syiokkk! cuma bimbang kalau2 diri ini terinclude dlm mereka yg berkata kata.muga2 dijauhkan :))

    ReplyDelete