Pages

17 October 2010

Ok sumpah malu...


Ok saya terpaksa juga menulis post ini walaupun faktanya saya baru sahaja menulis sebuah post kurang lebih dua jam yang lalu. Ini memang jarang-jarang berlaku. Sungguh ajaib. Adakah saya sudah dirasuk oleh Inche Hamdan..? Hihihi..

Ok kembali kepada tajuk asal perbincangan kita. Anda tahu apa yang terjadi? Memang sungguh memalukan...

Selepas habis menulis post 'Saya penat tahu...??' lantas berasa gembira dan berpuas hati kerana berjaya menghapdet blog pada hari Ahad, saya terus mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke Masjid as-Sabirin untuk bersolat Maghrib berjemaah.

Saya memilih untuk memakai jubah hijau buatan Moroko yang dihadiahkan kepada saya oleh Inche Nik Hazwan. Oh memang sungguh sewit. Jubah itu nipis kainnya dan juga ber'hood.' Maka sudah tentu saya nampak cool dan vogue apabila memakainya. Wahahaha.. ^^"

Ok sekarang tiba pada saat yang sangat mengerikan. Anda sudah bersedia..? Betul? Saya nasihatkan anda siap-siapkan diri anda dahulu sebelum membaca perenggan yang seterusnya. Ok 1,2,3...

Ketika saya sedang rukuk untuk rakaat yang ketiga, saya perasan anda benda yang agak berlainan dengan jubah saya. Eh apa yang tak kena ye, getus hati saya. Maka mulai saat itu kekhusyukan saya terganggu dengan teruknya. Kepala otak saya ligat berfikir apakah yang berlainan dengan jubah saya itu. Dan... Ting! Saya berjaya menyelesaikan misteri itu.

Saya pakai jubah terbalik.


Wahahahahahaha.. Sumpah malu! Selepas habis solat, saya terus bergegas keluar kerana amat malu dan sungguh khuatir kalau ada orang lain yang perasan. Tapi saya rasa saya berjaya menyembunyikan fakta yang cukup memalukan itu kerana apabila saya bertanya kepada Puan Mama saya sama ada dia perasan ada sesuatu yang berbeza pada jubah saya atau tidak, dia tidak dapat mengesan apa-apa yang berlainan.

Wahahahaha..

Seriyes saya membayangkan saya sedang terjun daripada hujung cerun yang tinggi di tepi Laut Mediterranean...

-gabbana- 

18 comments:

  1. takpe ALlah tidak melihat jubah anda yg terbalik,,tetapi amalan anda yang penuh ikhlas, khusyuk dan tawadduk..

    Hati2 jagan pakai baju koyak Adam!!

    ReplyDelete
  2. amboi encik gabbana.
    setepek na kena dekat muka saya
    BAHAHAHHAHAAHA
    belilah kurta
    serius lagi selesa.
    tak tipu.
    dan tak pernahlah berjemaah pakai jubah terbalik macam kome. BHAHAHAHAH

    ReplyDelete
  3. TT__TT Terima kasih cikgu. Teringat pula ketika umrah dulu; baju saya ditarik-tarik ketika nak mencium hajarul aswad, sampai terkoyak rabak!

    dan yg lebih lucu, saya langsung tak menyedarinya sampailah ada seorang lelaki yang baik hati menegurnya.

    patutlah semua org pandang saya dgn pandangan yg pelik! wahahaha.. *lagi malu*

    ReplyDelete
  4. inche hamdan, terima kasih byk2 atas cacian itu. hahaha..

    tp sumpah, mmg cukup memalukan. sy rasa muka saya ketika itu lebih merah daripada proton saga SE berwarna merah!

    ReplyDelete
  5. hahahahahhaahaha.
    wow nampaknya kalau kome baju terbalik masa berjemaah tidak ada apa-apalah. saya lagi teruk, tersilap masa untuk speaking test MUET. dah konfiden nak daftar nama. rupa2nya keesokan harinya. terus ambil beg dan blah tanpa memandang ke calon-calon lain. semua itu bukanlah perkara yang memalukan rasanya, tetapi lebih kepada pengalaman dalam kehidupan. *cewah ayat control!*
    bahahahahha

    ReplyDelete
  6. sedarkah abang, bahawa abang lari keluar dari situ sebab malu, takut orang nampak atau perasan..
    namun abang sendiri promote dalam blog... aduh, lawak betul.. haha

    nice la...
    mujurlah bukannya jubah terkoyak..
    sebab nampak tulis 'kain nipis'
    (otak sy kurang suci kot)

    ReplyDelete
  7. hahahaha.. ok itu sgt vogue dan bergaya. saya amat kagum dgn keyakinan anda Inche Hamdan! ;)

    p/s: Eh anda kan org N9? kenapa asyik ber'kome' bagai..??

    ReplyDelete
  8. yela, kat luar tu org nampak, tp bila menulis, mana ada sesapa yg nampak! hehe..

    eh hallo? Dalam jubah tu pakai baju ngan kan pelikat ok? gila apa kalau tak pakai apa2 kat dalam tu...! -___-"

    ReplyDelete
  9. diversity of language!
    bahahaha

    ReplyDelete
  10. kalau kentut tengah solat kuat2 lagi malu an??

    anda ada pengalamana??

    ReplyDelete
  11. inche hamdan, saya sgt suka cara anda gelak. buruk tapi comel pd masa yg sama..! wahahaha.. ;D

    ReplyDelete
  12. wahahahaha.. saya tak pernah, tp saya pasti cikgu pernah..! hihihihi... ;p

    p/s: pasti malu gila kan...?? tak rasa mcm nak baring tgh2 rel keretapi ke..? wakakaka..

    ReplyDelete
  13. bila lagi nak merasa pakai baju terbalik :p

    ReplyDelete
  14. hahahaha.. yg penting bukan semasa solat berjemaah di masjid..! ^_^'

    ReplyDelete
  15. semua perkara yang saya lakukan adalah comel. jangan ambil kisah sangat. sekian terima kasih. buruk kadangkala je tak selalu.
    BAHAHAHAHHAA

    ReplyDelete
  16. -___-" baru puji sket dah masuk lif tekan butang dan naik atas. haih.. hehe..

    ReplyDelete
  17. bukan naik atas, ianya mengembang!

    ReplyDelete
  18. aik..? bila pulak jadi paul glitter nih..?? hahaha.. *tabik!* =)

    ReplyDelete