27 October 2011

Nota Ringkas Yang Seriyes Di Petang Hari #5

"Seorang bapa meliwat anak lelakinya yang berusia dua puluh lima hari.."

"Tiga daripada enam remaja berumur antara 18-28 tahun pernah terlibat dengan gejala zina.."

"Tiga kanak-kanak berusia antara 10-11 tahun ditangkap atas dakwaan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun..."

"Seorang remaja mendedahkan yang dia sudah mula mengamalkan gaya hidup seks bebas sejak berusia dua belas tahun lagi.." 

"Seorang remaja perempuan berusia empat belas tahun dijumpai dalam keadaan lemah kerana baru sahaja melahirkan seorang bayi. Sebelum itu empat lagi kandungan pernah digugurkannya..."


[Kredit]

Masyarakat sedang sakit tenat. Dan apa yang telah kita lakukan?

Sibuk bergaduh, bertelagah cara berdakwah siapa yang lebih tepat, yang lebih hebat.

Masyarakat sedang terkapai-kapai, sudah mahu jatuh ke dalam jurang neraka. Dan apa yang telah kita lakukan?

Begitu asyik berdebat siapa yang patut dihantar ke mana, kawasan mana yang tidak boleh dimasuki dan hey sila perhatikan dia itu sungguh saspisyes orangnya!

Masyarakat sedang nazak, menanti-nanti tabib untuk merawat mereka. Dan apa yang telah kita lakukan?

Begitu bersemangat mencari kesalahan orang lain, rancak menyalahkan orang ini dan galak menuding orang itu. 

Masyarakat sedang lemas, terkontang-kanting menanti penyelamat untuk menarik mereka ke darat. Dan apa yang telah kita lakukan?

Larut dalam keriangan berukhuwwah, berana-enta , berbulatan gembira dan tak sabar-sabar menantikan konferens riang yang seterusnya.

Wahai, masyarakat di luar sana sedang berada di dalam kegelapan yang lebih pekat daripada kehitaman malam. Dan selama ini, apa yang telah kita lakukan..?

Ada kita tunjukkan mereka jalan? Ada kita suluhkan mereka dengan cahaya kebenaran? Ada kita pimpin tangan mereka yang dahagakan panduan?

Atau kita hanya syok berhalaqah, riang berdaurah dan gembira berusrah? Kita sangkakan kita sudah bekerja, walhal apa yang kita lakukan hanyalah berbulatan gembira dua-tiga kali seminggu dan sekali-sekala berkonferens riang? Kita rasa sudah cukup berkorban masa, tenaga, emosi dan jiwa kita, sedangkan apa yang kita lakukan selama ini hanyalah duduk diam tidak berbuat apa-apa...??

"Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu.."
[Muhammad, 47:7] 
 
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri.."
[ar-Ra'ad, 13:11]

Wahai! Bangkitlah! Bangunlah dari lenamu! Kejutkan daku dari tidur siang ini! Gerakkan aku dari angan-angan kosong ini..!

Bukalah! Bukalah mata dan hatimu! Nescaya anda dapat menyaksikan yang sebenarnya selama ini kita hanya berlakon di atas pentas drama dan tidak berpijak di bumi yang nyata! Selama ini kita nyenyak tidur di dalam kepompong gembira, dikelilingi oleh sutera-sutera lembut yang mendodoi lena kita!

Buanglah! Buanglah ego yang menebal di benakmu itu, dan saksikanlah yang kita tidak selalunya betul! Kikislah! Kikislah keangkuhan yang bermaharajalela di dalam jiwamu itu, dan ketahuilah yang kita ini hanyalah marhaen yang hina, papa dan kedana!

Ayuh bangkitlah! Masyarakat di luar sana sedang nazak, hanya menanti masa jiwa dan nyawa mereka dirobek, dicarik Malaikatul Maut! Dan apa yang telah kita lakukan selama ini...??

-gabbana-

18 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 27/10/2011, 16:52  

sob sob nangis. risau dengan zaman anak saya nanti

Mai 27/10/2011, 18:05  

Begitu bersemangat mencari kesalahan orang lain, rancak menyalahkan orang ini dan galak menuding orang itu.

Risaunyaa..apa yang patut saya lakukan ye..

Anonymous 27/10/2011, 18:13  

asyik berusrah...berdaurah..itu sahaja...

sibuk fikir psl mslsh hati sesama ikhwah/akhawat...
kita dah x de masa nk terasa2 ati ni ikhwah wa akhawat fillah!!!

fina 27/10/2011, 19:43  

~nak nanges boleh~

aishwarya 27/10/2011, 23:12  

hakikitnya manusia semua sama yg membezakan kita hanya iman amal taqwa

ps:kes bapa liwat bayi tu memang wakeup call yg menggoncang jiwa.. betapa bila nafsu syaitan menguasai.. manusia lebih rendah darjat dari haiwan..memang jantan sial!

Khairun 28/10/2011, 05:11  

assalamualaikum. inche gabbana. 1st of all congrats for dis really osem blog.

sori la sy ase mcm nak bg pndgn sy, pnjg siket mcm buleh buat entri lg satu. tp ni cuma pndgn sy la.

kalo kite blajar sains mse zaman budak2 aritu, dlm buku teks ade ckp yg a complete organism is from a single cell. ataupun cell is the basic unit of life. ada sel, maka kita jadi manusia.

sy trime hakikat kite semua skali dgn haiwan dan tumbuhan dan semua benda berasal dari sel sampai skrg.

cuba kita anggap diri kita sbg seorang individu ni seperti single cell yang mula2 bina complete organism tu.

so given cellS---> a complete organism.

then, byk2 manusia---> masyarakat.

perumpamaan ni pun rasanya Imam Hasan al-Banna pnah sbut. soryy i don't know the real verse of him.

bila rosak satu cell, dan cell tu pulak affects cell lain, aktiviti pengaruh mempengaruhi ni makin berleluasa, so the complete organism tu pun damaged. kan?

so, bila manusia ni rosak, dia affects org lain, so menjadikan masyarakat musnah.

akhlak jadi huduh. masyarakat dipandang serong.

jd, yg sy nak ckp, kerosakan masyarakat kita yg nazak ni bermula drpd satu individu.

mcm mana individu tu rosak?

sy percaya inche gabbana hari ni yg gagah berdakwah dan berjuang adalah hasil didikan keluarga. atau paling kurang, kebanyakan benda yang inche gabbana percaya adalah berpasakkan apa yang parents inche percaya dan diterapkan ke dlm hati inche gabbana.

rmai org yg punah harini sy rasa dsbbkn hasil didikan yg kurang berkualiti.

knp rmai pompuan rela keluar dgn lelaki yg bkn muhrim dan baru knal tnpa rasa sgan silu? hilang sifat haya' yg smulejadinye ada pd prmpuan.

sbb dia percaya mamat yg akan merosakkannya tu akan bagi dia rasa kasih syg. (sy rase la)

knp dia rela tgalkan parents kat rumah? sbb dia tak rasa mak ayah akan pamerkan kasih syg pd dia.

sentuh sikit psl kasih syg ibubapak, kasih syg tak boleh dpamerkn dgn bebelan stiap masa. kasih syg diiringi dgn sentuhan dan pujian oleh mak ayah.

ini ialah apa yg sy percaya. dan sy bcakap drpd perspektif seorg prmpuan. sy mntak maaf klu komen sy ni ada menggores atau mencabar ssiapa. inche gabbana boleh kata salah sbb sy tak de formula menghasilkan buah pemikiran yg mcm ni.

jazakallah. salam dakwah, inche gabbana.

Anonymous 28/10/2011, 07:21  

Larut dalam keriangan berukhuwwah, berana-enta , berbulatan gembira dan tak sabar-sabar menantikan konferens riang yang seterusnya.


salah ke cube menarik orang pada jalan Allah..
mungkin cara yang dibuat belum lagi membetulkan masyarakat yang nazak.. tapi menguatkan barisan orang2 yang paham dan sedar..

Allahualam

Anonymous 28/10/2011, 08:14  

rasanya tidak mengapa enak dibuai kehangatan ukhuwwah kerana dakwah kita dakwah kasih syg.if nak berdakwah dengan 'dry' nyer,silakan. Cuma entri ni mengugah jiwa yang mungkin sedikit terlena. kerja kita banyak, so kalau fikirkan nak berehat/tido, baik masuk kubur timbus sendiri.

yang penting terus berusaha dengan memikirkan bagaimana nak memuntijkan kerja. masyarakat perlu disantuni, rakan-rakan sekeliling harus dinasihati dan diri sendiri harus sentiasa dibina. It's a job of a man who work more than 24hrs in his life. camne nak dpt more than 24hrs? tu kena mintak tlg Allah dan berukhuwwah. sebab segalanya datang dari hati, melalui hati untuk sampai ke hati.

afwan agak tersinggung dengan part sibuk berukhuwwah tu...sebab ukhuwwah tu elemen ptg after iman. sekian.

Inche gabbana 28/10/2011, 09:23  

maii yusre: sebelum tuding jari pada org lain, tuding jari pada diri sendiri dulu.

kadang2, (atau most of the time), kitalah punca sebenar kepada masalah.

bila kita dah muhasabah diri, iAllah pandangan kita pada or glain juga akan banyak berubah.

Selamat mencuba! ;)

Inche gabbana 28/10/2011, 09:24  

aishwarya: marah2 juga, tapi jgn sekadar berhenti di situ.

apa tindakan kita selepas ini..?

Inche gabbana 28/10/2011, 09:31  

Dr. K. Nabihah: Terima kasih atas pandangan anda yg saya kira cukup meraik dan bermafaat.

Beberapa komen saya:

1) Err.. Saya rasa anda pasti agak baru dengan belog ni kan..? Ntok pengetahuan anda, bukan, saya bukan dari keluarga yg berlatarbelakangkan agama mahupun dakwah2 ni. Alhamdulillah allah nak pilih saya ntok berada atas jalan ni. Doakan agar saya terus kekal atas jalan ni.. ;)

2) sy sgt setuju yg kerosakan masyarakat ni bermula daripada individu. individu-individu, sebab tu ISHAB menganjurkan tarbiyyah ni mesti bermula dgn individu; kena bina aqida. dan akhlak mereka ni, sampailah jadi individu2 muslim yg mantap, yg dapat membela agama ni.

3) setuju juga antara penyebab kepada kerosakan individu adalah gagalnya institusi keluarga. tapi kita kena berpijak pad abumi yg nyata, di mana kita kena akui ramainya ibu bapa zaman ni tak mampu untuk didik anak2 mereka dgn baik. maka ramailah yg dihantar ke sekolah agama ini, pusat kecemerlangan itu, etc. tapi mereka lupa, nak didik manusia kena suatu proses yang istiqamah dan menyentuh hati mereka. sbb tu kita ada konsep usrah; usrah yg benar2 hiudp iAllah dapat kaver kepincangan institusi keluarga ni (boleh rujuk 'Sejarah Usrah')

Allahu a'lam. Sekadar pandangan dari saya yang marhaen ini.

Jzkk sekali lagi atas komen2 anda. ^^

Inche gabbana 28/10/2011, 09:34  

enonimus II: =) alhamdulillah, anda dapat point yg saya cuba sampaikan.

bila saya katakan, "apa yg dah kita lakukan..?", tak semestinya saya maksudkan apa yg telah kita lakukan untuk masuk ke dalam masyarakat.

kerja2 'dalaman' kita tu, dah betul2 mantap ke..? masa yg kita ada, betul2 ke kita gunakan untuk melahirkan anak2 bulatan gembira yang memenuhi aspirasi dakwah dan tarbiyyah..? kita betul2 ke dah mentaarif, mentakwin dan mentanfiz..?

ramai daripad kita yang hanya sekadar syok berukhuwwah, berusrah, berdaurah, etc dan tidak lebih dari itu.

itu yg cuba saya highlightkan.

allahu a'lam.

Inche gabbana 28/10/2011, 09:38  

enonimus III: btol, saya setuju. mmg LANGSUNG tidak salah untuk berukhuwwah, malah itu pon yg digalakkan melalui banyak ayat2 quran dan hadith.

cuma yg salahnya adalah apabila kita hanya tahu untuk berukhuwwah dan tak lebih daripada itu. ukhuwwah yg ada tidak digunakan di atas jalan dakwah ini dengan sebaiknya.

apa2 yg kita buat ni mestilah akhirnya dihalakan kepada dua tujuan; menjadi abdi kepadaNya dan untuk memakmurkan dunia sesuai la dengan tugas kita sebagai khalifahNya di muka bumi ni.

So kalau kita hanya berukhuwwah riang gembira begitu sahaja, tanpa melaksanakan tugas dan tanggungjawab yg lebih utama, baik pergi kedai tomyam makan nasi pattaya lagi best. eh.

harap menjelaskan. allahu a'lam.

Puding karamel 28/10/2011, 11:46  

nice!
bukankah anda menjawab sendiri komentar anda di post ini?
bukankah aktiviti kemasyarakatan yang dituntut juga merupakan
cabang dakwah?

'masyarakat kian tenat, bukan lagi masa untuk sekadar berana enta,malah masa untuk terjun ke dunia sebenar'

well, it seems that u do agree, sudah saatnya iklan shampoo perlu berevolusi?
wallahu a'lam
kacang pis

Inche gabbana 28/10/2011, 11:58  

puding karamel: cisss.. -____-"

ini tidak adil! hmmpphh!

IrfanTijari 28/10/2011, 19:42  

bro, betul apa yang ko cakap tu. Kita kena bergaul dengan masyarakat luar. Kadang2 sedih bila tengok, geng ana-enta ni menjauhkan diri dari golongan kebanyakan dan tenggelam dalam lautan ukhwah yang dicipta.

Benda bagus, tapi haruman kalau ditutup kemas dalam bekas, tak bermanfaat jugakan. Orang nak tengok terjemahan ilmu2 tu, bukan sekadar pemahaman teori tanpa praktikal.

Cuma satu bendalah, metroseks ni memang aku benci. tak boleh cakap apa dah. aku rasa kalau buat kajian, pesalah2 seksual rasanya mesti pembaca tegar metroseks.

Anonymous 28/10/2011, 23:14  

CORE BISNES KITA MASIH LAGI MENTARBIYAH INDIVIDU..

MASYARAKAT TERLALU LUAS UNTUK DI APPROACH..
ADA WAQI' YANG YANG BERPENDIDIKAN TINGGI, ADE WAQI' MASYARAKATNYA ADLAH UNDERGRADE..
MUNGKIN WAQI YANG DIMAKSUDKAN IALAH MALAYSIA SENDIRI KAN??

ALLHULAM..
(INSYALLAH BERSEDIA BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT BILA BALIK NANTI)

Anonymous 30/10/2011, 00:26  

Assalamualaikum. inche gabbana, alhamdulillah..memang osem blog anda..sudah lama follow blog ni, baru berkesempatan utk tinggalkan comment..tahniah, teruskan,sebarkan wangian dakwah anda ke serata dunia.!!! (May Allah bless all of us)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP