25 August 2011

Waacchaaaa...!


Sila baca tajuk post ini dengan gaya dan nada seolah-olah anda adalah seorang mahaguru kungfu.

Malam semalam selepas berbuka puasa bersama Inche AS di Kubah, saya terus ke masjid as-Syakirin di Kuala Lumpur Nampak-Nampak untuk menunaikan solat isyak dan terawih. Masha-Allah, sungguh lazat bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh imam yang bertugas. Yang kurang lazatnya, untuk solat terawih, imam itu menyelesaikan empat rakaat solat dengan membaca satu muka surat mushaf al-quran. Ya, satu muka untuk empat rakaat.

Bagaimana saya tahu? Bukan, saya bukanlah seorang huffaz. Tetapi saya menggunakan kaedah saintifik moden yang terbaru yang dinamakan 'Kaedah Memegang Senaskhah al-Quran Sambil Bersembahyang' atau 'Kamehameha.' Wahahaha.. 

Saya mula berkecimpung dengan kaedah ini apabila bersolat terawih di Masjid Universiti Ikhwah Akhawat tidak berapa lama yang dahulu. Saya lihat ramai yang memegang al-Quran ketika sedang bersolat ketika imam sedang memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran. Ya, kantoi saya tidak berapa nak khusyuk di situ. Vavavum...!

Maka saya pon mencuba kaedah Kamehameha itu kerana dilihat cukup menarik riang gembira hey..! Dan kini saya faham mengapa kaedah itu cukup digemari ramai; memang golongan marhaen seperti saya yang tidak hafal al-Quran ini, akan berasa lebih khusyuk bersolat apabila memerhatikan (pada al-Quran) apa yang sedang imam baca. Sungguh saya tidak bohong.

Arakiannya, semalam ketika bersolat di Masjid as-Syakirin, tergerak hati saya untuk menggunakan kaedah Kamehameha ketika bersolat. Bukan kebetulan kerana kebetulan itu bahasa Argentina, saya membawa al-Quran bersama-sama malam itu. Sayugia saya dengan riang gembiranya pon mengeluarkan al-Quran dan mula membacanya sambil bersolat dengan imam. Cukup bergaya.

Seusai solat dua puluh rakaat, saya bergegas untuk pulang kerana perlu ke Masjid Putra pula pada malam itu. Turun dari anak tangga, saya terus mara mendapatkan sepatu saya dan bersedia untuk menyarungkannya. Namun di pertengahan jalan saya telah diberhentikan oleh seorang Pegawai Penyiasat Bukit Aman yang menyoal saya kerana saya disyaki menjadi keldai kepada pengedar-pengedar dadah dari Nigeria juga menjalankan perniagaan permainan video judi secara haram. Eh.

Ulang semula. 

Namun di pertengahan jalan, seorang pak cik memanggil saya dan bertanyakan tentang sesuatu. Pada mulanya saya membuat muka pelik kerana entah mengapa, saya terus mengesyaki yang pak cik itu ingin meminta sesuatu daripada saya. Menyedari hal tersebut (atau mungkin kerana wajah yang saya tampakkan sungguh hodoh laksana raksasa berlubang hidung kembang), pak cik tersebut tersenyum dan mengulangi permintaannya untuk menanyakan saya sesuatu. 

Ikuti perbualan kami..

Pakcik Misteri: Dik, pak cik nak tanya boleh..?
Saya: Eh boleh boleh.
Pakcik Misteri: Takpe ke pegang Quran sambil sembahyang tu..? (Muka kuriyes benar-benar ingin tahu)
Saya: Err.. Takpe je.
Pakcik Misteri: Iye..? 
Saya: Haah, takpe je cik. Saya solat kat UIA, ramai je pak-pak Arab yang buat. (Nada sedikit tegas)
Pakcik Misteri: Adik baca yang terjemahan atau yang Arab? (Muka sedikit pelik)
Saya: Eh mestilah yang Arab.. Sebab bila imam baca, rasa khusyuk sket.
Pakcik Misteri: Iyelah, betullah tu. Jadi betul ye takpe ni..?
Saya: Ok je cik. Kalau gi solat, err, kat Mekah pon, ramai orang yang buat. (Nada tegas juge)
Pakcik Misteri: Ok terima kasih dik. (tersenyum)
Saya: Sama-sama.

Saya lantas terus menyarungkan sepatu dan bergegas menuju ke stesen LRT. Kemudian sayup-sayup saya mendengar ada orang melaung-laung perkataan "Inche.. Inche..!"
Saya toleh ke belakang dan lihat ada seorang lelaki berbaju merah sedang cuba berjalan mengejar saya.

Lelaki Berbaju Merah: Inche..! Inche..!
Saya: (Pandang dengan muka pelik) Takpe takpe!
Lelaki Berbaju Merah: Bukan, bukan saya bukan... (tak jelas kedengaran)
Saya: Takpe takpe! Saya dah lambat dah ni! (Menunjukkan jam tangan, lantas terus berjalan laju ke hadapan)
Lelaki Berbaju Merah: (Muka sedikit kecewa)

Dalam perjalan ke stesen LRT, saya telah bermuhasarawak panjang. Terkumat-kamit mulut saya dengna istighfar. Mengapa..? Kerana setelah dimuhasarawakkan, saya dapati, dalam kedua-dua kejadian tersebut, saya lebih bersikap defensif daripada pro-aktif.

Defensif dan mudah bersangka buruk. 

Astaghfirullah...


Yaaarrrgghhh jaga kau aku nak seraaanngg....! [Kredit]

Dalam situasi yang pertama, perhatikan bagaimana awal-awal lagi saya sudah menyangkakan yang pakcik itu mahukan sesuatu daripada saya. Langsung tidak terfikir pada awalnya yang dia hanya mahu bertanyakan sesuatu kepada saya. 

Begitu juga dengan peristiwa yang kedua. Secara jujurnya, memang saya terus terfikir yang lelaki itu mahu meminta wang daripada saya tatkala melihatnya..! La hawla quwwata illa billah..

Dan dalam kedua-dua situasi juga jelas yang saya bersikap defensif. Terus saya persembahkan pencak silat dan buah-buah kungfu dalam mempertahankan diri saya, tanpa membuka pintu yang lebih luas untuk perbincangan yang lebih rasional dan dinamik. 

Saya juga gagal mengambil peluang yang ada untuk melayan Pakcik Misteri dan Lelaki Berbaju Merah tersebut sebagai ahli masyarakat yang bisa sahaja menjadi mad'u atau mutarabbi saya. Saya gagal menjadi pro-aktif.

Wajah sedih. 

Memikirkan pula peristiwa ini berlaku di penghujung Ramadhan, saya menjadi lebih sedih. Kerana di penghujung tempoh pengajian dalam Universiti Tarbiyyah Ramadhan ini, kejadian yang berlaku tidak menampakkan yang seolah-olah saya akan lulus dengan ijazah kepujian nanti. 

Wajah bertambah sedih.

Kan lebih bergaya sekiranya perbualan yang berlaku antara saya dan Pakcik Misteri serta Lelaki Berbaju Merah adalah seperti berikut..

Peristiwa I

Pakcik Misteri: Dik, pak cik nak tanya boleh..?
Saya: Eh boleh boleh.
Pakcik Misteri: Takpe ke pegang Quran sambil sembahyang tu..? (Muka kuriyes benar-benar ingin tahu)
Saya: (Senyum) Menarik soalan Pakcik tu. Pakcik rasa macam mana..?
Pakcik Misteri: Tak tau la dik. Pakcik rasa.. (Utarakan pandangan). Tu yang pakcik tanya tu, sebab nampak adik pegangn al-Quran tadi.
Saya: Oooh. Betul jugak eh. Tapi tu la cik, saya start pegang Quran masa terawih ni pon lepas solat kat UIA dulu. Tengok ramai je buat, macam menarik je. Dan saya rasa lebih khusyuk bila solat..
Pakcik Misteri: Haah, betullah tu. Tapi tu la, pakcik tak pasti boleh ke tak kalau nak pegang Quran semasa solat.
Saya: Saya rasalah cik, takpe je, asalkan tidak membatalkan solat kita. Plus, saya rasa kalau benda tu boleh menambahkan kekhusyukan kita, selagi mana tak keluar dari rukun-rukun solat, lagi bagus cik.
Pakcik Misteri: Betul-betul.
Saya: (Senyum lagi) Maafkan saya cik, kena mintak diri dulu. Ada hal sikit. Pakcik siapa nama? Saya [Inche gabbana].
Pakcik Misteri: XYZ bin OPQ.
Saya: Ok cik, seronok dapat berbual dengan pakcik. Assalamu a'laikum. (Senyum lebar)
Pakcik Misteri: Wa'alaikumussalam (Sambil berfikir bagusnya budak ni konfem lulus kalau nak buat menantu! Wahahaha.. Eh.)

Peristiwa II

Lelaki Berbaju Merah: Inche..! Inche..!
Saya: (Berhenti. Menoleh ke arah lelaki itu, sambil menunggu tindakan selanjutnya. Senyum.)
Lelaki Berbaju Merah: Inche.. (Nyatakan hasratnya)
Saya: (Mendengar dengan penuh teliti. Bergantung pada keadaan, boleh juga mengangguk-angguk.)
Lelaki Berbaju Merah: Macam mana Inche..?
Saya: (Memberikan respon yang sesuai dengan keadaan semasa)
Lelaki Berbaju Merah: Ok, terima kasih Inche.
Saya: Sama-sama. Assalamu a'laikum. (Senyum)

Bagaimana..? Lebih kool bukan, kalau perbualan yang mengambil tempat sebegitu rupa..? Haih.. 

Tetapi yalah, tidak bagus berkalau-kalau ni. Dan tiada isitilah kebetulan dalam hidup ini. pastinya peristiwa yang berlaku adalah tarbiyyah yang cukup berguna buat saya. Pastinya apa yang berlaku semalam adalah khidmat pesanan ringkas tetapi zaaasss daripada Allah kepada saya.

Tik tikkkk. (Bunyi air mata menitik)

"..Berpesan-pesanlah dengan kebaikan." >> Checked. Lulus.

"Dan berpesan-pesanlah dengaan kesabaran." >> Unchecked. Gagal seperti otromen gagal mengalahkan raksasa sepit. 

Air mata mengalir laju.

Moga saya dapat menebus kembali kelemahan dan kebobrokan diri ini dengan baki Ramadhan yang ada. Risau betul kalau saya gagal menggulung ijazah kelas pertama nanti. Siapa boleh jamin ini bukan Ramadhan yang terakhir buat saya...??

Ayuh, kita perbanyakkan amalan kita, tingkatkan khusyu' dan tawadhu' kita dan bersegera mendapatkan keampunanNya...! Mari sama-sama kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai saksi dan hujah menyokong kita di akhirat nanti..!

Waacchaaa....!

-gabbana-

Ada sesiapa yang bertemu dengan Makcik Laila dan Pakcik Qadar malam tadi..?

15 Caci Maki Puji Muji:

zabed 25/08/2011, 14:13  

saya pun jenis yang selalu bersangka buruk dengan orang. bukan secara sengaja, tapi kadang2 tu sebab pengalaman. ada je ikhwah selalu nasihat/tegur pasal ni, tapi tu lah. kadang2 sesuatu pengalaman tu mengajar banyak benda. wallaahu'alam.

so inche gabbana ada apa2 tips tak yang nak di-share-kan?

p/s: tak nak share skali ke berjumpa dengan lailatul qadr? :p

Fatin Aliyya 25/08/2011, 15:19  

tersentuh aku baca entry kau ni.betol.sngt benar manusia kdg2 mudh sngt buruk sangka, mudh sngka bfikirn serong.ak pn sma, x terlepas dr bsift sedemikina namun syukur sbb kita sdar keslhn kita n cuba muhasabah n perbaiki dri.moga ramadhan kali ni lbh beerti.insya allah

tq 4 sharing ur story

Anonymous 25/08/2011, 15:27  

'abasa wa tawalla...

sila ulang dan sambung (cewah macam ujian hafazan plak) dalam solat (recommended fardhu / tasbih). InsyaAllah menambah khusyuk di dada kalau air mata mengalir deras.

I 25/08/2011, 16:59  

TT__TT
mudah sgt kita ni bersangka buruk/su'udzan pada orang lain kan..?

moga allah membersihkan hati2 kita dari dosa-dosa berprasangka ini. kita da'ie dan bukannya qadhi!

allahu musta'an!

-quote a hamba Allah's comment-

Suria Arjuna 26/08/2011, 08:43  

jazakallah..apa yang berlaku itu sesuatu yang mengajar kita untuk terus dekat dengan Allah..semoga sama2 di bawah bayang2 islam..:)

Aqeelah 27/08/2011, 14:59  

eh ramadhan is nearly coming to its end
i thought it just started , haihh
anyway,
my mum and me did the same thing
and yes,kami buat sebab kami rasa,
sedikit terkilan kerana tidak memahami the arabic words tapi dalam masa yang sama,nak faham what allah wants to say to us,
almaklumlah,the words in the quran,is ayat-ayat cinta to us right?

so,bolehlah kan?
it doesn't matter right?
i mean either reading the arabic or version or the translation,its ok je to look at the quran during tarawih?

oh,and if you look carefully around you,some even use gadget yang canggih manggih lagi macam tablet or iphone to read the quran during solat.

the world is always revolving,samada kita nak jadi the good muslim yang aware with the changes or just be the selfish self

mutiara bd 27/08/2011, 19:05  

thumbs up.

Dulu saya pun suka je guna perkataan kebetulan & kalau..

Inche gabbana 31/08/2011, 10:59  

zabed: btol btol btol. kdg2 tu mcm tak prasan, tau2 je dah bersangka buruk dah.. hoho.. kira dh jd mcm habit la pulak en..? TT__TT

tp beruntunglah anda sbb ada ikhwah yg tegur. tu satu kelebihan tu!

tips..? haha. bukan ke sy yg perlukan tips..? hohoho.. bykkan muhasabah dan mujahadah, iAllah Dia akan tunjukkan jalan (ntok sy gak nih..)

lailatul qadr..? TTT_____TTT

Inche gabbana 31/08/2011, 11:01  

fatin aliyya: mungkin kita masih kurang berjiwa hamba, sbb tu sgt sng pandang rendah/bersangka buruk pada org lain en..?

jom kita sama2 muhasabah dan ubah! ;)

tq ntok pandangan dan perkongsian anda juga..

Inche gabbana 31/08/2011, 11:01  

enonimus: TT__TT jzkk.....

Inche gabbana 31/08/2011, 11:02  

I: TTT___TTT Sy knal saaaangggaaattt otg tu. tengs.

Inche gabbana 31/08/2011, 11:03  

'amil 'aqil: ya, selagi mana kita melihat apa yg berlaku dgn mata hati yg basah dgn tarbiyyah, bukannya mata hati yg nakal dgn nafsu. hoho..

moga sama2 kita memanfaatkan masa kita yg ada..

Inche gabbana 31/08/2011, 11:05  

aqeelah: yg tgk translation saya tak pasti boleh ke tak. tp yg arabic rasanya mmg takde masalah ah.

maybe kana check ngan org yg lebih faqih pasal benda ni.

pape pon, moga allah menerima amalan2 kita yg tak seberapa ni (Sayalah et lis) spjg ramadhan yg lepas.. amin.

Inche gabbana 31/08/2011, 11:06  

mutiara bd: skang ni kena slalu2 guna ayat "Kebetulan? Bahasa Argentinakah itu..?" dan "Kalau berkalau dikalau-dikalau!".. hehehe.. ;)

Anonymous 08/09/2011, 22:56  

just nak share,

baru2 ni ada mengahdiri pogram daurah pasal al-quran, pengisian oleh seorang hafiz ex-DQ.

dia kata baca ayat quran as in tengok dan pegang dan baca or tengok dan pengang dan cek bacaan imam masa solat tu hukumnya harus kerana menambahkan kekhusyukan.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP