1 June 2011

Pencuri Biskut Oreo

[Kredit]

Siapa yang pernah tinggal atau bersekolah di sekolah berasrama sila angkat jari telunjuk. Wah, boleh tahan ramai juga ye. Ok ok, sila jatuhkan jari telunjuk anda sekarang.

Benda apa yang paling menguji kesabaran dan keimanan ketika bersekolah di sekolah asrama..? Saya tak tahu untuk anda yang bergelar Puan, tapi saya yang bersekolah di sekolah Bintang, sebuah sekolah mono jantina merasakan antara perkara yang paling menaikkan kadar degupan jantung dan tekanan darah adalah kejadian mencuri makanan atau lebih popular dipanggil ration.  

Bayangkan ketika kita sedang lapar dan memandang ke hadapan untuk menikmati ration yang kita simpan hanya untuk mendapati ration tersebut telah tiada, atau lebih menyakitkan hati lagi untuk kes seperti biskut atau keropok, sudah tinggal separuh...!!! Ya, itulah yang sering berlaku kepada saya ketika saya di tingkatan satu hinggalah tiga.

Dan yang mengambil tanpa izin ration itu bukanlah orang lain pon tapi batch sendiri juga adanya (penggunaan kata 'mencuri' untuk rakan-rakan satu batch tampak tidak seronok, walaupon itulah hakikatnya..). Dan kes ini sering berlaku kepada kami yang berasal dari bandar. Mengapa..? Kerana ibu bapa kami sering datang melawat atau kami sering pulang ke rumah, arakian stok ration kami lebih banyak dan menarik. Padan juga dengan muka kami. 

Ketika di tingkatan tiga, kami mendapat almari besi yang baru. Seronoknya saya bukan kepalang kerana almari itu jauh lebih besar berbanding dengan almari kayu terdahulu. Maka bolehlah saya menyimpan lebih banyak pakaian dan juga.... Ya, ration. Malangnya tahap keselamatan almari tersebut amatlah lemah. Sesiapa sahaja boleh membuka almari tersebut menggunakan kunci yang hampir sama bentuknya. Memang sungguh pembersih vakum cap Toshiba hey!

Kejadian ration saya diambil tanpa izin berlaku hampir setiap hari. Dan pengambil tanpa izin ini mempunyai cita rasa yang boleh tahan tingginya! Mereka tidak mengambil biskut-biskut kering atau makanan yang bosan rasanya. Tetapi mereka akan menyasarkan biskut-biskut berkrim lazat seperti Oreo, Chipsmore juga Milo tiga dalam satu, mi segera dan sebagainya. Cis. 

Entah-entah toyol yang curi ration saya. Sedap-sedap je tuduh rakan sebatch yang buat kan..? Hoh. [Kredit]

Sayugia akibat tidak tertahan lagi dengan mereka ini, pada suatu hari, ketika saya pulang ke rumah di Kuala Lumpur, saya telah merancang satu pelan tindakan yang boleh tahan kejinya. Wahahaha.. (Gelak jahat awal-awal sebab pelan ini sumpah keji) Anda tahu apa yang saya lakukan..?

Saya telah membeli ubat julap. Wahahaha.. Eh, biar betol..?? Anda tak tahu ubat julap tu apa..? Anda ni hidup zaman Mesolitik ke..? Hihihi.. Ubat julap tu, ala ubat herba Cina, yang dimakan untuk memudahkan proses, er, penyahtinjaan. Hihihi..

Anda tahu apa yang saya lakukan dengan ubat julap tu..? Mula-mula saya beli sebungkus biskut Oreo. Pelan awalnya adalah untuk memasukkan sebutir ubat julap pada setiap keping biskut. Tetapi dek kasihan kan kawan sendiri kerana pernah terdengar ada orang mati akibat mengambil dos ubat julap yang tinggi (kematian yang sungguh mengerikan bukan...?), saya telah mengubah pelan tersebut.

Saya ambil beberapa butir ubat julap dan hancur-hancurkannya dengan batu lesung. Kemudian saya sapukan serbuk julap tersebut di atas inti Oreo yang berwarna putih itu. Yumm yumm..! Sungguh lazat bukan..?? Wahahaha.. Kemudian saya masukkan biskut-biskut yang telah disapu dengan ramuan istimewa itu ke dalam sebuah balang plastik. Terasa bersalah pon ada tetapi buat kerja tak boleh berhenti separuh jalan kan..? Hoyeeaahh..! Jelir lidah.

Jadi nak dijadikan cerita, pulang semula ke Sekolah Bintang, saya letakkan balang plastik berisi biskut istimewa itu ke dalam almari saya, di ruangan ration saya yang biasa. Kini hanya tinggal untuk saya tunggu dan lihat sahaja. Esoknya, saya perhatikan balang itu, biskut-biskut tersebut tidak berusik. Aik..? Macam tahu-tahu je pelan keji saya..! Tetapi beberapa hari selepas itu, saya dapati beberapa keping biskut Oreo saya telah lesap. Rancangan menjadi..! Kini tinggal lagi nak kenal pasti ada sesiapa tak yang cirit-birit dalam masa beberapa hari itu. Gelak tutup mulut.

Maka saya pon dengan selambanya bertanyakan rakan-rakan, sama ada mereka tercirit-birit tak baru-baru ini, atau ada kenal sesiapa tak yang tercirit-birit. Jawapan yang saya terima..? Senyum. Ada. Tetapi sata tidaklah menuduh mereka yang tercirit-birit itu yang mencuri, eh, mengambil tanpa izin biskut Oreo saya. Boleh jadi mereka tercirit-birit dek memakan makanan di dewan makan yang, errr, mudah katanya kucing pun tak lalu nak makan. Hohoho.

Dan mengenali orang yang mengambil tanpa izin ration anda, perasaannya lain kerana mereka adalah orang yang anda kenal. Boleh jadi juga orang yang baik dengan anda. Dengan saya. Maka saya lebih suka untuk sekadar mengetahui ada orang sudah masuk perangkap Oreo julap saya daripada mengenalpasti siapakah yang memakannya! Hehehe.. 

Apa-apa pon, saya halalkan sahajalah siapa-siapa yang pernah sengaja atau tidak sengaja mengambil ration saya tanpa izin (Err.. Berfikir sejenak. Boleh ke ambil tanpa izin secara tidak sengaja..?), sepanjang saya bersekolah di Sekolah Bintang. Saya tahu anda seorang pelajar, lelaki pula tu. Kerana pelajar lelaki memang selalunya lapar. Wah! Tambahan pula, anda semua rakan-rakan saya. Tak sangguplah saya lihat anda terseksa ni akhirat nanti kerana makan makanan yang haram..! Zaaaappppp. Eh, seluar anda terkoyak ke tu..? Wahahaha.. 

Untuk anda di luar sana, jagalah betul-betul rezeki yang masuk menjadi darah daging anda. Dan rezeki yang haram tidak bermakna arak, babi dan hasil judi sahaja. Pastikan sumber rezeki anda benar-benar halal dan tayyibah, jauh dari syubhah..! Dan bukan untuk anda sahaja, tetapi rezeki yang masuk ke dalam mulut keluarga dan rakan-rakan anda juga. Tahu..??

Ingat..! Daging yang tumbuh dari sumber yang haram, tempatnya hanya neraka sahaja. Nau'dzubillah.. Janganlah disebabkan perut yang lapar kita sanggup berbuat onar, kerana nanti kita yang terbakar..! 

Aman.

-gabbana-

14 Caci Maki Puji Muji:

meowwmania 01/06/2011, 11:35  

oh! asrama kat tmpt sy tak la yg curik2 makanan, tp pakaian slalu kena curik..yg dalam pulak tu errr...eh! agaknya terambil kot kann heheee

Zulkifli 01/06/2011, 13:05  

Rajinnya Encik Gabbana buat rancangan yang teliti hanya untuk menangkap 'pengambil tanpa izin' itu. Hahaha.
Jazakallah for the reminder on checking the halal status of our food. Selalu ambil ringan hal ini. :(

P.S.: Jom pergi forum IM di PJ this Saturday :)

Anonymous 01/06/2011, 15:45  

Haha...nk try nk try.

faisalzulkifli 01/06/2011, 17:26  

halalkan kalau ak pernah makan biskut kat chalet tuh dam..

Anonymous 02/06/2011, 02:05  

haha!suka-suka~ post neh mcm mengimbau zaman sekolah >.< heeeehooo!
dan,ya!berlaku ya kejadian yg sama di sekolah,even di aspuri...tapi mcm ok je sbnrnya bila dah tau tu,sbb mmbe2 jugak rupenye!=.='' haha

mbsms 02/06/2011, 04:21  

Salam~

Comel jer post nie.
Main curi-curi biskut.

Tak pernah terfikir yang makanan akan dicuri. As in, makanan, bukan duit, phone etc. Interesting.

Pengajaran tu memang sentappp habis la, [ bagi mereka yang mengerjakan perkerjaan tersebut ]

Inche gabbana 02/06/2011, 08:35  

meowwmania: erk... tu lagi keji tu..! hohoho.. sapa la yg nak teramik pakaian dalam makcik oii...?? -___-"

Inche gabbana 02/06/2011, 08:36  

zulkifli: penting, sbb mmg ramai yg amim ringan. pada hal dari situ la darah daging kita berkembang biak. takkan nak biarkan tubuh badan kita membesar/berkembang dari sumber yg haram kan..?

oh menarik! tp saya ada prog lain ketika itu. =( terima kasih atas ajakan!

Inche gabbana 02/06/2011, 08:36  

Novelgurl: erk.. anda nak try pada siapa..? kucing anda kah..? hihihi..

Inche gabbana 02/06/2011, 08:37  

el nino: kau makan tadehal la cha. sumenya aku saksikan ngan mata kepala aku sendiri. unless ko anda sneaked into my room and rembat ration aku ah.. hehehe..

Inche gabbana 02/06/2011, 08:38  

enonimus: haha, pompuan pon bwat perangai camtu eh..? tak rasa down ke bila tau kawan sendiri yg buat...? ^__^"

Inche gabbana 02/06/2011, 08:39  

mbsms: makanan la yg paling selalu dan senang kena curi sbb selalunya org tak prasan.

tp impak negatif dia la yg paling menakutkan skali sbb melibatkan darah daging. gugugu..

Anonymous 14/11/2011, 05:43  

sangat menarik, terima kasih

Unknown 27/01/2012, 16:34  

haha, saya teringat plak masa asrama. asrama saya selalu ketiadaan air bersih untuk diminum.maka saya selaku junior yg 'maha bek' ni selalu membawa air bersih dari kwsn berhampiran tapi akak senior plak yg ambil [men redah je plak tu].er,akibat tekanan perasaan, saya ambil air paip dgn banyaknya dan biarkan je kat loker. hehe, petangnya,semua akak2 tu semua sakit perut. skrg,saya pun dah halalkan air tu :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP