Uswah Clothing

Pertandingan Video Osem APG '12




PERTANDINGAN VIDEO OSEM ANGEL PAKAI GUCCI 2012

[Nota: Pada tahun ini, pihak penganjur akan lebih tegas dalam memastikan setiap penyertaan yang dihantar mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Mana-mana penyertaan yang didapati sengaja melanggar syarat dan peraturan akan dibatalkan penyertaannya sama sekali. Oleh itu dinasihatkan dengan penuh sopan-santun lagi beradab keTimuran untuk anda membaca dengan teliti dan penuh berhati-hati setiap syarat dan peraturan yang telah digariskan sekian terima kasih heyyyy!]

Syarat-syarat dan Peraturan Umum Pertandingan

  1. Pertandingan video ini terbuka kepada warganegara planet bumi yang berumur, err, tak kisahlah berapa pun umur anda asalkan tahu menghasilkan video yang osem. 
  2. Pertandingan ini dibahagikan kepada DUA kategori; 1) Kategori ALIF (klip video) dan 2) Kategori BAA (filem pendek)
  3. Video anda mestilah original tanpa menciplak hasil karya orang lain yang sedia ada. Sekiranya didapati ada di antara anda yang menghantar karya yang tidak asli, penyertaan anda akan dibatalkan sama sekali. 
  4. Setiap klip video yang dihasilkan DILARANG sama sekali untuk memuatkan perkara-perkara yang berikut:

    • Perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan syarak, contohnya percampuran bebas lelaki perempuan, mendedahkan aurat, hiburan terlampau dan sebagainya.
    • Mencaci atau mengutuk mana-mana pihak, persatuan atau organisasi dengan sengaja dan melampau-lampau
    • Bersifat perkauman
    • Unsur-unsur lucah baik terlampau atau kecil-kecilan; carutan dan cacian makian juga tidak dibenarkan
    • Video yang berunsurkan politik kepartian

      Sekiranya anda didapati melanggar peraturan emas ini, penyertaan anda akan dibatalkan serta-merta.

  5. Klip video anda boleh jadi dalam bentuk animasi, filem pendek, dokumentari atau apa-apa sahajalah mengikut kreativiti kepala hotak anda. 
  6. Setiap video yang dihantar MESTILAH diberi tajuk : “Pertandingan Video Osem APG ’12: [Nama Klip Video Anda]”. 
  7. Muat naik video anda ke dalam akaun YouTube anda (sekiranya tiada bolehlah anda buka satu; dan hantar link klip video anda kepada dolcegabbana08@gmail.com. APG seterusnya akan menjadikan klip video anda sebagai ‘Favourite’ supaya klip video anda boleh ditonton menerusi akaun YouTube APG. Klip video anda tidak boleh di'awam'kan (Baca: Available to public) sehinggalah diminta untuk berbuat demikian. Mana-mana penyertaan yang melanggar syarat ini dan didapati videonya sudah pon mengumpul lebih daripada 50 tontonan akan dibatalkan penyertaannya serta-merta tanpa kompromi atau pujuk-rayu lagi.
  8. Sila sertakan juga nama penuh anda dan sinopsis ringkas video anda itu ketika menghantar penyertaan anda. Juga nama samaran/timang-timangan (err..) yang anda mahu gunakan sebagai nama penyertaan. 
  9. Setiap video penyertaan akan menjadi hak milik total APG. Sila jangan khuatir kerana kredit yang sepatutnya akan diberikan kepada anda yang menghasilkannya. 
  10. Klip-klip video anda juga akan digunakan secara meluas tanpa segan-silu di dalam konferens-konferens riang seluruh negara. Maka sebaik sahaja klip video anda dihantar untuk dihakimi, klip video anda secara automatik berhak digunakan oleh sesiapa sahaja untuk tujuan dakwah dan tarbiyyah. Bukankah itu sungguh kool..?
  11. Setiap klip video yang dihantar akan dipostkan di dalam APG untuk tatapan para pembaca seusai tarikh akhir penyertaan. Mereka kemudiannya akan mengundi mana-mana klip video yang paling menawan hati mereka. Lima klip video yang mendapat undian tertinggi untuk setiap kategori akan dihakimi secara professional oleh hakim-hakim jemputan APG dan tiga pemenang utama kemudiannya akan dipilih. 
  12. Penyertaan akan dihakimi berdasarkan kreativiti, keaslian, unsur-unsur tarbawiyy yang menggegar jiwa, taat dan patuh pada tema dan syarat-syarat peraturan, sopan dan bertatasusila serta berjaya menyebabkan penonton berasa “Ini.. Ini.. Ini osemnesss!!"
  13. Sekiranya APG hanya menerima kurang daripada sepuluh penyertaan untuk kategori ALIF dan tujuh untuk kategori BAA, pertandingan ini secara otomatiknya akan dibatalkan kerana hanya membazirkan hasil mahsul negara sahaja. APG akan meminta izin daripada pemilik video untuk menggunakan klip-klip video yang sudah dihantar untuk tujuan menambahkan saham-sahama sorga anda. 
  14. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2012. Penyertaan yang dihantar selepas jam 11.59pm 20 Disember 2012 akan dibuat biskut sahaja. Ini adalah muktamad. Sebarang rayuan untuk memanjangkan lagi tarikh penyertaan tidak akan dilayan sama sekali. Fulsetop. 
  15. Pihak penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang dihantar tanpa memberikan sebarang penjelasan atau kenyataan media. Eh. Tetapi Insha-Allah pihak penganjur bukanlah zalim orangnya untuk menolak dengan selamba badak mana-mana penyertaan tanpa sebab-musabab yang rasional. 
  16. Sila kembang kempiskan hidung anda penuh keterujaan. Wajib.

Syarat-syarat Pertandingan Untuk Kategori ALIF

  1. Klip video yang dihasilkan WAJIB mempunyai unsur-unsur tarbiyah dan dakwah dan hendaklah menggunakan tema daripada salah satu tema yang berikut:

    • The Empire Strikes back! (The revivival of the ummah)
    • Kalaulah aku tidak ikut tarbiyah... (Pengalaman jatuh chenta dengan tarbiyah/Pengalaman dilanggar Makcik Hidayah)
    • Penyaksian Ke Atas Kebenaran
    • Oktengsbai Jahiliyyah!
    • Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh
    • Ikhwah Pakai Jeans (Dakwah itu kool)
    • Aku Bukan Robot! (Tujuan hidup)
    • Bulatan Gembira Itu Menggembirakan!
    • Ini Bukan Jalan Bunga Dafodil Atau Arnab Gemok (Mehnah di jalan dakwah)
    • Muwasofat Tarbiyah
    • No Man Is An Island (Amal Jamai'e)
    • GangIslam Style! (Keoseman dan keindahan Islam) 
  2. Panjang klip video hendaklah TIDAK melebihi lima (5) minit.
  3. Anda hendaklah memberitahu dengan jelas tema yang mana satu yang telah anda pilih untuk video yang telah dihasilkan. Kegagalan berbuat sedemikian mungkin akan menyebabkan penyertaan dibatalkan. 

Syarat-syarat Pertandingan Untuk Kategori BAA

  1. Filem pendek yang dihasilkan WAJIB mempunyai unsur-unsur tarbiyah dan dakwah, yang mempunyai mesej-mesej Islamik yang terlalu obviyes untuk mengajak orang ramai menjadi lebih baik. Tema adalah bebas berdasarkan kreativiti anda, selagi mana ia syariah compliant dan tidak lari daripada mesej untuk mentarbiyah dan berdakwah.
  2. Panjang filem pendek anda hendaklah SEKURANG-KURANGNYA sepuluh (10) minit dan TIDAK melebihi lima belas (15) minit.
  3. Setiap penyertaan untuk kategori BAA hendaklah disertakan dengan sinopsis ringkas jalan cerita yang dihasilkan.

Hadiah dan Penghargaan  
  1. Hadiah dan penghargaan untuk para pemenang hanya akan diumumkan selepas saya berjaya memancing para penganjur yang berminat untuk menaja pertandingan ini. Eheh. 
  2. Tetapi seperti tahun lepas, saya percaya penyertaan anda di dalam pertandingan ini adalah lebih bermakna daripada sekadar merebut tempat dan hadiah serta penghargaan yang ditawarkan. Ini adalah peluang anda untuk shiuu shiuuu rambut ditiup angin penuh semangat dalam memperbanyak dan menambah pelaburan saham-saham sorga anda..! Aiwah! 
  3. Anda wajib berasa teruja sekali lagi! Senyum kenyit mata.

Sebarang pertanyaan, bolehlah tinggalkan komen anda di sini, atau boleh juga diemailkan kepada dolcegabbana08@gmail.com

Sekian. Oktengsbai!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP