25 July 2014

Rahsia Al-Qassam Terbongkar!

[Kredit]

Tajuk mesti mahu bajet gempak. Panas. Sensasi.

Rasa-rasa kalau saya minta kerja di Harian Metro sebagai penyunting tajuk berita, boleh dapat tak kerja tu..? Wahahaha.

Ok seriyes, seriyes. 

Sehingga artikel ini ditulis, sudah lebih 800 nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban di tangan-tangan berdarah Zionis laknatullah. Yang terbaru adalah apabila sebuah sekolah kelolaan Pertubuhan Banyak Borak (PBB) di utara Ghazzah yang menjadi pusat perlindungan kepada ramai wanita dan kanak-kanak diserang oleh tentera Israhell Israel yang tidak berhati hempedu. Lima belas orang kanak-kanak terkorban dalam serangan itu.

Israel Defense Force (IDF) pada mulanya mengeluarkan kenyataan sampah bahawa berkemungkinan serangan itu adalah daripada roket Hamas yang tersalah sasar. Namun akhirnya mereka terpaksa mengakui bahawa serangan itu datangnya daripada diri mereka sendiri. Namun sempat lagi tu menyalahkan Hamas, kononnya Hamas telah menghalang daripada proses evakuasi dilakukan, meskipon amaran telah diberikan oleh pihak tentera Israel sehari sebelumnya.

Kegilaan apakah ini...?? Ini bisa bikin puasa gue batal! Errgghhhh!

Tarik nafas.  

Di sebalik semua itu, rakyat Ghazzah terus bertahan dan berazam untuk terus berjuang mempertahankan kehormatan Masjid al-Aqsa. Di sebalik serangan dan tekanan yang mereka terima saban waktu dan ketika, mereka terus berada di belakang Hamas dan Briged al-Qassam yang mereka tahu satu-satunya pihak yang boleh diharapkan untuk membela mereka. 

Hamas dan al-Qassam pula tidak mengecewakan mereka. Anda yang mengikuti perkembangan operasi Maarakat Asfim Maakul ini dengan penuh keterujaan dan hidung kembang kempis pasti akan kagum dengan prestasi al-Qassam. Belum lagi dalam sejarah peperangan antara Arab dengan Israel, menyaksikan sekumpulan manusia yang begitu hebat dan mantap dalam mengganggu gugat kestabilan Israel. Malah ramai penganalisa konflik yang sedang berlaku ini mengakui bahawa apa yang dilakukan Hamas ke atas Israel, belum pernah lagi terjangkau oleh mana-mana kuasa sebelum ini.

Terbaru apabila begitu banyak penerbangan-penerbangan antarabangsa yang masuk ke Israel telah dibatalkan dek faktor keselamatan di Lapangan Terbang Ben Gurion apabila buat pertama kalinya roket al-Qassam telah berjaya sampai ke kawasan sekitarnya. Buat pertama kalinya Hamas telah berjaya menutup ruang udara Israel; tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pon sebelum ini.

Juga, kematian di pihak tentera Israel laknatullah adalah yang tertinggi yang pernah mereka alami sejak perang Israel-Lebanon pada 2006. Malah terdapat laporan yang menyataan bahawa ada segelintir tentera Israel yang sengaja menembak kaki mereka sendiri agar mereka dimasukkan ke dalam hospital semata-mata kerana terlalu takut untuk berhadapan dengan al-Qassam. Pondan weh! 

Nah, apa rahsia al-Qassam sehingga mampu untuk menggegarkan lutut dan merembeskan banyak peluh dingin para tentera Israel? Apa yang menyebabkan mereka begitu kental jiwanya dan amat berbara semangatnya? 

Sekiranya dahulu saya pernah serba-sedikit berkongsikan dengan anda kehebatan Briged al-Qassam di dalam tulisan 'Briged Al-Qassam Untuk Dummies', kali ini saya akan menyelongkar rahsia mereka menerusi wahyu Ilahi.

Ya, al-Quran telah lama membongkar rahsia kehebatan al-Qassam. Melalui ayat-ayat chentaNya, al-Quran sudah pon merungkaikan misteri di sebalik keteguhan azam dan kekuatan tekad mereka.

Perhatikan ayat ini:

 وَكَأَيِّن مِّن نَّبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِ‌بِّيُّونَ كَثِيرٌ‌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِ‌ينَ 

"Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah menchentai orang-orang yang sabar."
[ali-Imraan, 3:146] 

Perhatikan kata رِ‌بِّيُّونَ dalam ayat ini. Ia diterjemahkan sebagai 'pengikut(nya) yang bertaqwa.' Namun ia mempunyai makna yang jauh lebih mendalam dan signifikan daripada itu.

Terjemahan dalam bahasa Inggeris untuk kata رِ‌بِّيُّونَ diterjemahkan sebagai 'godly men.' 

Kata akar رِ‌بِّيُّونَ adalah 'raa baa baa', kata akar yang sama untuk perkataan 'tarbiyah' dan 'rabbani.'

Nah, inilah ciri-ciri yang ada pada pejuang al-Qassam. Mereka bertaqwa. Rabbani. Segala apa yang mereka lakukan adalah hanya sahaja kerana Allah.

Itulah yang memberikan mereka kekuatan yang luar biasa. Itulah yang menjadikan mereka:
  • tidak menjadi lemah kerana bala bencana dan tekanan yang diterima
  • tidak patah semangat
  • tidak menyerah kalah kepada musuh
Ketiga-tiga ini dapat kita lihat dengan jelas sekali pada pejuang al-Qassam secara khusus dan rakyat Ghazzah secara amnya. 

Lantas, timbul persoalan, bagaimana mahu melahirkan para رِ‌بِّيُّونَ ini? 

Melalui tarbiyah. Ya, saya tak bohong. TARBIYAH.

Kerana kata رِ‌بِّيُّونَ juga membawa maksud 'orang-orang yang ditarbiyah.' 

Garu kepala. Tarbiyah macam tu Inche gabbana, untuk melahirkan rijal sehebat al-Qassam? Tarbiyah Super Saiya kah?

Gelak kecil.

Ya, tarbiyah yang sehebat itu. Malah lebih hebat daripada itu.

Tarbiyah yang menanamkan iman yang jitu pada diri. Tarbiyah yang melahirkan rasa chenta pada jihad dan syahid. Tarbiyah yang konsisten dan berterusan, ada follow up nya dan bukan sekadar touch and go. Tarbiyah yang berfokus. Tarbiyah yang rabbani. Tarbiyah sepertimana yang dilakukan oleh golongan yang terawal. Tarbiyah yang seriyes, ada disiplin-disiplinnya. Tarbiyah yang benar-benar meresap ke dalam hati dan membentuk jiwa.

Tarbiyah yang akhirnya melahirkan rijal yang beriman kepada lima perkara:
  • Allah itu tujuan utama (Allahu ghayatuna)
  • Rasul itu contoh tauladan (Ar-Rasul qudwatuna)
  • Quran itu panduan utama (Al-Quran dusturuna)
  • Jihad itu jalan juang pilihan (Al-Jihad sabiluuna)
  • Mati di jalan Allah adalah cita-cita yang tertinggi (al-Mautu fi sabilillah asma amanina)
Sehinggalah,

"Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan (menang atau mati syahid). Dan kami menunggu-nunggu bagi kamu bahawa Allah akan menimpakan azab kepadamu dari sisiNya, atau (azab) melalui tangan kami. Maka tunggulah, sesungguhnya kami menunggu (pula) bersamamu."
[at-Taubah, 9:51]

Ya, al-Qassam akan menang. Hamas akan menang. Ghazzah akan menang. Melalui tangan-tangan mereka sendiri. Mati atau hidup, mereka akan tetap menang. 

Semuanya kerana mereka telah ditarbiyah sejak kecil lagi, akan erti sebuah perjuangan. Mereka telah ditarbiyah sejak mereka mengenal dunia ini, menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa. Mereka telah ditarbiyah sejak azali untuk menjadi manusia yang rabbani.

Mereka akan menang. Kerana mereka tidak lemah. Semangat mereka tidak patah. Dan mereka tidak akan sesekali menyerah.

Bagaimana? Kini anda sudah tahu apa rahsia al-Qassam menjadi begitu hebat bukan..? Semuanya ada pada tarbiyah! 

Nah, siapa kata di dalam bulatan-bulatan gembira itu hanya ada bercipiki-cipika, bermanja mesra dan bergelak tawa sahaja..?

Senyum.

-gabbana-

Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam bulan Ramadhan 1435H ini. Pastinya Ramadhan kali ini akan dikenang sebagai antara Ramadhan yang paling bersejarah buat kita semua, khususnya buat umat Islam. 

Saya juga merasakan Ramadhan kali ini begitu cepat berlalu. Terasa ralat dan tidak puas beramal. Seolah-olahnya Allah mahu menguji kita, siapakah dalam kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar memanfaatkan ruang dan peluang yang diberi untuk mempersembahkan amalan yang terbaik kepadaNya.

Hmmm.

Saya harap ini bukanlah post saya yang terakhir sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya, kerana sungguh, masih banyak rasanya yang mahu dinukilkan. 

Tetapi jika ya, saya ingin mengambil peluang ini untuk memohon maaf kepada semua, atas segala keterlanjuran dan kekhilafan yang telah saya lakukan. Sungguh, saya hanyalah seorang hambaNya yang marhaen, yang sedang bertungkus-lumus belajar erti menjadi manusia berjiwa hamba.

Taqabbalallahu minna wa minkum. Ayuh kembali kepada fitrah!

 

16 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/07/2014, 16:16  

Tq awc.....insaff sy mbacenye

Anonymous 25/07/2014, 18:28  

Thanks Apg

Anonymous 25/07/2014, 20:07  

Subahanallah. .....terasa jiwa kosong...ya Allah. ...ampunkan daku. .ya Allah kuat kan la tentera islam mu....ya Allah. ...ya Rahman. ..ya Rahim. ...bantu la mereka....

Anonymous 26/07/2014, 00:11  

huuu tacinkkkk

farhana zainal 26/07/2014, 01:59  

i do like your writing. give me some knowledge everytime i visit here. well done !

istiqomah buddy :)

F_square 26/07/2014, 02:16  

Mate masuk habuk lak.. Huhu.. #sapu2 mate T_T

Anonymous 26/07/2014, 14:44  

Jazakillah

Shaklee 26/07/2014, 18:17  

bergetar hati membacanya....ALLAHu akbar

Anonymous 27/07/2014, 10:26  

Iman tak sekental depa. Isk isk

Anonymous 27/07/2014, 14:46  

Thorbaik Inche Gabbana. Thank you 4 this interesting information! *Clap hands*


-Siti Fatimah Az Zahra

Anonymous 27/07/2014, 14:58  

*At-taubah ayat 52

Anonymous 27/07/2014, 18:38  

Terbaik 👍

am!rah 27/07/2014, 23:33  

Assalam Inche gabbana.

Mintak email boleh?
Ade important issue yg perlu diberi pencerahan.

Syukran.

Anonymous 29/07/2014, 18:10  

Huhu.. cedih seketika bile bace entry nie,,

Inche gabbana 29/07/2014, 19:01  

Amirah: Boleh hubungi saya di dolcegabbana08@gmail.com

Anonymous 01/08/2014, 18:01  

please use Israeli Occupying Forces, they are not defending themselves!! They are occupying Gaza!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP