31 October 2013

Mari Menjadi 'Umar

[Kredit]

'Umar al-Khattab r.a..

Siapa yang tidak kenal dengan sahabat agung yang seorang ini. Namanya cukup gah, bukan sahaja dalam kalangan penduduk dunia, malah sekalian penduduk di langit sana. 

Punyalah hebat sahabat yang seorang ini sehinggakan syaitonirojim pon kecut perut dengannya. Andai 'Umar melalui satu lorong, pasti lintang-pukang tercirit-cirit iblis syaitan melarikan diri. Punyalah bersih hatinya dan tajam pula firasatnya, sehinggakan Allah sering sahaja membenarkan kata-katannya menerusi ayat-ayat chentaNya. Dan punyalah tegas dan digeruni 'Umar ini, sehinggakan tiada siapa yang berani menghalangnya sewaktu dia pergi berhijrah ke Madinah. 

Apatah lagi andai kita berjaya menghayati selusur hidup Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua ini; bagaimana daripada seorang yang jahil dan jauh daripada nur Islam, akhirnya menjadi salah seorang sahabat dan tunggak utama kepada ar-Rasul dan perjuangan yang dibawa. Daripada sejahat-jahat manusia bertukar menjadi Super Saiya yang dekat denganNya! Kita wajib berasa kagum mata bersinar-sinar dengan kehaibatan diri manusia yang satu ini! 

Luar biasanya keimanan dan ketajaman firasat 'Umar, sehinggakan ar-Rasul SAW pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati 'Umar itu di atas kebenaran."

[Hadith riwayat Tirmidzi]

Juga...

"Sekiranya ada Nabi selepas aku, sudah pasti 'Umarlah orangnya."

[Hadith riwayat Tirmidzi] 
 
Pergh, memang epik! 

Ada banyak kisah tentang tokoh ini yang boleh kita ambil pengajaran daripadanya. Daripada kisah bagaimana dia dipeluk Makcik Hidayah, kisah dia menjadi antara sahabat yang amat rapat dengan Nabi SAW, kisah kepahlawanannya di medan perang, kisah persaingannya dengan Abu Bakr dan sudah tentu kisahnya memegang tanggungjawab besar sebagai Amirul Mu'minin. 

Kalau boleh memang saya nak kongsikan satu-persatu kisah-kisah luar biasa si al-Faruq ini. Namun ijinkan saya untuk berkongsikan satu kisah sahaja dahulu, yang saya rasakan sangat bermanfaat dan sangat relevan dengan kita pada hari ini. 

Anda sudah bersedia? Sudah siapkan popkon sekotak dan jus oren sejuk segelas?

Betulkan tempat duduk. Betulkan kolar. Buat-buat batuk. Baiklah.

Kisah tawanan perang Badar. 

Usai perang Badar, umat Islam berjaya menawan 70 orang tentera kaum musyrikin Mekah. Rasulullah SAW bertanyakan pendapat para sahabat bagaimana mahu menangani para tebusan ini, lantaran pertama kali umat Islam berhadapan dengan situasi sebegitu. Seperti biasa, baginda bertanyakan pendapat Abu Bakr r.a. dahulu. Abu Bakr yang sememangnya terkenal dengan kelembutan hatinya mencadangkan agar mereka dijadikan tebusan; dengan harapan duit tebusan yang diperoleh kelak akan dapat membantu untuk menguatkan kedudukan umat Islam. (Ada juga beberapa orang yang syarat tebusannya adalah mengajar anak-anak umat Islam membaca dan menulis.)

'Umar mempunyai pendapat yang amat bertentangan dengan Abu Bakr. 'Umar mencadangkan agar dibunuh sahaja tebusan-tebusan itu, kerana khuatir andai mereka dilepaskan, mereka akan kembali menjadi ancaman kepada Islam. Sa'ad bin Muadz r.a., salah seorang tokoh Ansar yang amat dihormati juga menyokong cadangan 'Umar ini.

Rasulullah SAW menerima cadangan kedua-duanya. Bahkan baginda menyamakan Abu Bakr dengan malaikat Mikail kerana kelembutan hatinya, manakala 'Umar sebagai Jibril dek 'kekerasan' cadangan yang dilontarkannya. Namun akhirnya baginda memilih untuk menerima dan melaksanakan cadangan Abu Bakr dan ia diterima baik oleh para sahabat, meskipon ada dalam kalangan mereka yang mendokong pandangan 'Umar. 

Esoknya (ada yang mengatakan beberapa hari selepas itu), turun firman Allah yang menegur Nabi SAW kerana mengambil tebusan; yang lebih wajar adalah mereka ini diperangi habis-habisan.

"Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawi, sedangkan Allah Taala menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu daripada Allah (keizinan tentera Islam untuk mendapat harta ghanimah), nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil."
[al-Anfal, 8:67-68]

Zretttt.

Turunnya firman ini telah membenarkan firasat dan cadangan 'Umar al-Faruq yang mahu dibunuh sahaja kesemua tebusan yang ada. 

Ketika firman ini diturun, Rasulullah SAW sedang bersama-sama dengan Abu Bakr. Arakian menangislah mereka sepuas-puasnya, menyesali tindakan dan keputusan mereka yang mahu menjadikan para tawanan perang sebagai tebusan. 

Ditakdirkan ketika itu 'Umar melewati tempat di mana Rasulullah dan Abu Bakr berada. Maka dia pon bertanya kepada mereka berdua,

"Mengapa kalian menanges? Beritahulah aku, supaya aku dapat menanges bersama!"

Begitu besarnya chentanya pada ar-Rasul dan begitu besar pula cemburunya pada Abu Bakr.

Lantas ar-Rasul SAW pon menceritakan kepada 'Umar perihal wahyu yang baharu turun itu. Malah baginda berkata,

"Kita hampir terkena azab yang besar kerana tidak bersetuju dengan pendapat 'Umar. Sekiranya diturunkan azab, nescaya kita semua tidak akan terlepas daripadanya kecuali 'Umar."

Nah, sekiranya kita adalah 'Umar ketika itu, apa agak-agaknya reaksi yang akan kita tunjukkan?

Tersenyum sinis sambil membuat tanda aman?

Tertawa kecil sambil menepu-nepuk bahu Nabi?

Atau berkata, "Haaaa! Kan ceq dah habaq dah?? Hampa la ketegaq sangat takmau dengaq!"

Mata pandang ke atas. Ah, gemoknya awan. 

Mujurlah bukan kita yang menjadi 'Umar ketika itu. Peluh besar.

Sebaliknya, teresak-esak 'Umar menanges, menginsafi dirinya. Manakan tidak, Allah yang Maha Agung itu telah membenarkan kata-kata seorang hamba marhaen bernama 'Umar, yang menafikan tindakan seorang Nabi, kekasih Allah! Wahai, betapa beratnya beban dan amanah yang ditanggungnya itu! 

Dan 'Umar menanges kerana dia tahu dan faham, teguran Allah itu tidak hanya ditujukan kepada ar-Rasul SAW semata-mata, tetapi kepada Abu Bakr, dirinya dan sekalian umat Islam yang lainnya. Bukankah umat Islam itu ibarat satu tubuh badan; sakit sebatang gigi maka akan meranalah seluruh badan tidak tidur malam? 

Mata berkaca-kaca.

Lantas, apa ya yang dapat kita pelajari dan contohi daripada sosok agung bernama 'Umar itu?  

Dari 'Umar kita belajar menjadi jundiyy yang berani untuk memainkan peranannya.

Dari 'Umar kita belajar erti ketaatan yang penuh dengan kefahaman dan kasih-sayang.

Dari 'Umar kita belajar untuk meraikan perbezaan.

Dari 'Umar kita belajar erti ukhuwwah fillah dalam erti katanya yang sebenar. 

Dari 'Umar kita belajar erti keikhlasan dan mujahadah yang benar-benar memerlukan keimanan yang mantap dan jitu. 

Dari 'Umar kita belajar erti merendahkan ego, meskipon kita berada di pihak yang benar.

Nanges.  

Dan dari insan yang bernama 'Umar ibn Khattab itu, kita belajar erti menjadi hamba. 

Bukan sehari dua 'Umar menjadi sebegitu hebat. Bukan kacang cap Pagoda 'Umar bisa mendaki makam yang begitu tinggi. Dan bukan potong kek Resipi Rahsia 'Umar berjaya mentarbiyah hatinya menjadi sebegitu teguh dan ampuh.

Ia memerlukan tarbiyah yang berterusan dan mapan. Tarbiyah yang bagaimana? Tarbiyah ala madrasah Rasulullah SAW. Ia memerlukan mujahadah yang besar. Ia membutuhkan pengorbanan yang tidak murah harganya. Ia memerlukan kecekalan dan azam yang kental, lebih utuh dari pasak gunung yang tidak roboh dan lebih kuat dari besi yang tidak berkarat. 

Dan 'Umar berjaya melalui kesemua itu. 'Umar berjaya mentarbiyah hatinya dan mengekang nafsunya, sehinggakan dirinya diserahkan kepada ar-Rasul dan Allah semata-mata. Kechentaannya kepada Allah dan ar-Rasul melebihi segala-galanya. Nyawanya diserahkan kepada Islam; hidup dan matinya hanya untuk menegakkan agama ini.

Tidak hairanlah 'Umar diletakkan dalam kalangan sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk sorga. Tidak hairanlah 'Umar digelar al-Faruq, kerana kemampuannya untuk membezakan antara al-Haq dan al-Batil dengan tegas dan yakin. Dan tidak hairanlah 'Umar diangkat antara khalifah yang terhebat dalam sejarah Islam, kerana keperibadiannya yang tiada tolok tandingnya. 

Kerana untuk menjadi seorang 'Umar itu, bukan mudah dan tidak murah.

Bagaimana? Mahu menjadi seperti 'Umar? 

-gabbana-

Teringat suara 'Umar yang garau tetapi macho dalam 'The 'Umar Series.' Allah, betapa diri ini amat teringin untuk ketemu dengan sosok bernama 'Umar itu di sorga nanti. Nanges.
 

29 October 2013

Kun Maka Yakun!


Fatah termenung. Fikirannya kosong. Entah menerewang ke mana.

Sudah beberapa hari dia begitu. Banyak masanya dihabiskan dengan termenung dan melayan perasaannya. Dia macam orang yang tidak keruan. Gila meroyan. 

Seminggu ini entah macam-macam ujian yang menimpa Fatah, sehingga ketar lutut juga dibuatnya. 

Mula-mula kes anak usrahnya yang mahu lari, tidak mahu lagi berusrah dengan Fatah. Alasan yang diberikan adalah kerana dia merasakan usrah terlalu mengongkong hidupnya dan dia mahu lebih bebas. Katanya, usrah menyebabkan dia tidak lagi kreatif seperti dahulu, tidak boleh lagi menulis status-status jiwang berbunga di Mukabuku dan menconteng grafiti di dinding-dinding jamban. Usrah telah menyebabkan otaknya menjadi jumud!

 Sudah bermacam cara yang digunakan Fatah untuk memujuk anak usrahnya itu; menghadiahkan kek cawan perisa velvet merah, menghantar waksep dengan emotikon-emotikon comel, meng'tag' anak usrahnya itu dengan artikel-artikel atau video TiubAnda yang menggugah dan entah macam-macam lagi, tetapi semuanya macam melukut di tepi gantang sahaja. Kecewa juga Fatah dibuatnya, apatah lagi adik usrahnya itu adalah antara anak emas Fatah.

Kemudian baru-baru ini dia bergeser pula dengan ikhwah serumahnya. Semuanya gara-gara mereka tidak bersetuju dengan cara membawa bulatan gembira yang paling baik. Ada yang kata cara terbaik adalah dimulakan dengan makan-makan dahulu. Ada yang tidak bersetuju dan merasakan bulatan gembira itu sewajarnya seriyes dan formal. Ada pula yang berpendapat, buatlah macam mana pon asalkan bulatan itu gembira, sesuai dengan namanya. Fatah sendiri pelik mengapa ikhwah sampai mahu berbalah tentang isu yang dirasakan remeh itu. Alih-alih dia pula yang dimarahi mereka kerana kononnya tidak sensitif. 

Dan terbaru, yang menambahkan rasa gusar dan susah hati Fatah adalah apabila ada seorang akh itu yang menghantar pautan, yang membawanya ke sebuah belog anti-usrah. Terbeliak mata dan tergaru kepala juga Fatah dibuatnya, apabila membaca sepatah demi sepatah kebencian dan cacian yang dilemparkan kepada geng-geng usrah. Langsung tidak disangkanya ada juga golongan sebegitu di dunia ini. 

Masalah-masalah ini tampaknya remeh dan mudah sahaja untuk diselesaikan dalam isolasi. Namun apabila masalah-masalah ini bergabung pada masa yang sama, ia benar-benar melemahkan Fatah. Kepalanya terasa seperti mahu pecah memikirkan jalan keluar untuk semua permasalahan tersebut. Sudahlah dia merasakan tiada siapa yang peduli dan ambil tahu akan kekusutan yang sedang dialaminya itu. 

Maka Fatah selalu mengambil jalan mudah; tidur. Ya, sekiranya dia tidak tertahan lagi menanggung kepeningan dan kegilaan yang menimpa dirinya itu, dia akan terus tidur. Tidur adalah terapi yang paling baik buat Fatah. Dia berada di dalam dunianya yang sendiri, yang mana dia berkuasa mutlak untuk menentukan jalan ceritanya. Di dalam tidur, dia langsung tidak perlu serabut kepala memikirkan solusi untuk kesemua dilemanya itu. 

Tapi Fatah sedar, tidur hanyalah eskapisme buat dirinya untuk lari daripada permasalahan yang sedang dihadapinya. Tidur hanya akan memberikan kelegaan sementara. Sebaik sahaja dia bangkit dari tidurnya, masalah-masalah tiu bertubi-tubi datang menyerangnya kembali. 

Fatah buntu. Kalau boleh dia langsung tidak mahu memikirkannya. Buat botak kepala sahaja. Tapi dia bukan begitu; dia bukan manusia yang boleh lari daripada masalah begitu sahaja. Setiap masa dan ketika, masalah-masalah itu akan datang menghantuinya. Ia membunuhnya secara senyap dari dalam.

Fatah sudah seperti mayat hidup; jasad tanpa ruh. Hari-harinya dilalui tanpa semangat dan motivasi.

Tidak semena-mena, ada tangan yang mengejutkannya daripada lamunannya. Tangan itu memeluk erat bahunya. Terasa panas dan selesa. 

Afham.

Satu-satunya ikhwah yang masih boleh dipercayai Fatah. Satu-satunya ikhwah yang tampaknya benar-benar ikhlas bersahabat dengan Fatah. Dan satu-satunya ikhwah yang sentiasa ada di sisi ketika mana Fatah betul-betul memerlukannya. 

"Eh kau ok ke Fat? Semacam je aku tengok kau sejak kebelakangan ni."

Fatah merenung wajah sahabatnya itu. Dia merasakan seolah-olah mulutnya terkumat-kamit, menuturkan sesuatu kepada Afham. Tapi dia pasti, yang Afham lihat hanyalah sekuntum senyuman tawar daripada dirinya. 

"Mehla cite kat aku kalau kau ada masalah. Alah, aku kenal lah kau ni Fat. Muka monyok, rambut serabai macam ni, konfem ada masalah punyalah!"

Mendengar perkataan rambut, spontan Fatah meraba-raba rambutnya. Selalunya dia hensem, dengan rambut yang diminyak dan disisir rapi. Tapi sejak rungsing dengan masalah yang dihadapinya, rambutnya dan berus dawai sudah tidak dapat dibezakan lagi. 

Fatah merenung tepat wajah Afham. Kemudian dia memandang ke bawah dan mula bersuara. Halus, seolah-olah sedang bercakap dengan dirinya sendiri. 

"Entahlah Fam. Aku rasa.. Aku rasa macam dah takde harapan ah.."

Berkerut wajah Afham mendengarnya.

"Takde harapan? Apa yang takde harapan..?

Sekali lagi Fatah memandang wajah sahabat kesayangannya itu. Pandangan berputus-asa.

"Kita. Islam. Kemenangan. Semua benda yang kita selalu canang-canangkan dalam bulatan-bulatan kita. Slogan-slogan yang selalu kita laung-laungkan dalam konferens-konferens kita. Aku... Aku dah tak yakin dengan semua tu."

Terbeliak mata Afham mendengarnya. Namun cepat-cepat dia mengendurkan otot matanya, supaya tidak terperasan oleh Fatah. Ini seriyes ni.

"Err.. Kenapa kau kata macam tu Fat..? Tiba-tiba je ni. Takde ribut, takde gempa, tak pasal-pasal kau cakap macam ni. Ish. Ni bukan Fatah yang aku kenali.."

"Hmmmm. Macam mana nak menang Fam? Cuba kau bagitau aku. Ikhwah tak bersatu. Benda-benda kecik pon nak gaduh. Walhal, musuh-musuh kat luar sana tu, punyalah teguh saf mereka. Dan mereka punya fikrah yang satu; nak hancurkan Islam! Kita..? Aduhhh Fam, terlalu sibuk bergaduh dan berbalah tentang perkara-perkara yang furu'. Alih-alih, kerja-kerja dakwah yang lebih utama dan penting, terabai! Macam nak menang Fam...??"

Sedikit keras suara Fatah. Bibit-bibit kesal begitu jelas dalam tutur katanya.

"Umat Islam ramai lagi yang tak faham. Bukan setakat tak faham, malah menghina pula orang-orang yang nak buat dakwah ni. Mereka berani, sebab mereka dominan. Mereka ramai. Sebab apa? Sebab KITA tak buat kerja Fam. Kita ni, jahiliyyah pon tak setel lagi. Nak buat dakwah malas. Tarbiyah diri tak jaga. Tapi bincang pasal politik negara kencang. Kutuk kerajaan nombor satu. Buat demo Mesir bukan main laju, tapi bila usrah, semua buat tak tahu. Aduh. Kau rasa Allah nak ke menangkan kita kalau macam ni..? 

Dah la pulak tu; saki-baki kita yang nak bekerja ni, asyik kena belasah je. Orang ni tuduh macam tu la, orang tu kata macam ni la. Ramai lagi manusia kat luar sana terkapai-kapai Fam, tapi kita sibuk mencantas dan menjatuhkan antara satu sama lain. Adik-adik yang dah dibina dah la tak seberapa, alih-alih semuanya lari sebab tak tahan dengan politik-politik geng-geng dakwah ni. Dah, apa yang tinggal Fam? Siapa je yang tinggal untuk terus membakar obor perjuangan ni...? 

Aku penat Fam, aku penat..." 

Afham tersenyum sendiri. Kini dia faham apa masalah Fatah. Bukan sekali dua dia pernah merasakan perasaan yang sama. Bukan sekali dua dia pernah merasa terhimpit, sesak sebegitu. 

Afham merapatkan dirinya dengan Fatah. Dipegangnya tangan sahabatnya itu erat-erat. Tampak Fatah seperti terkesima dengan tindakan Afham itu. 

"Fat... Aku setuju dengan kau. Macam Syed Qutb cakap dalam Hazaddeen; agama ini tidak mungkin tertegak dengan sendirinya. Ia memerlukan pemuda-pemuda yang sanggup berkorban dengan keringat dan darah, yang sanggup bermati-matian untuk mengembalikan manhaj ini ke tempatnya yang haq. Islam hanya akan kembali menguasai alam buana apabila kita, para pejuang ad-deen ini kembali menjadi sepertimana generasi para sahabat yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan yang utama. 

Tapi Fat, sebelum tu Allah akan uji dulu rijal-rijal agama ni. Dan ujian Allah bukan calang-calang Fat. Ia ujian yang menapis, ujian yang membersihkan. Agar mereka yang tidak ikhlas, munafiq, fasiq dan berpura-pura akan tertapis dan tinggal di belakang. Agar yang tinggal untuk meneruskan perjuangan ini adalah mereka yang benar-benar ikhlas mahu berjuang keranaNya. 

Jadi Allah takkan jentik je Fat. Allah takkan cuit macam tu je. Kita akan ditampar. Kita akan dibelasah. Kita akan disepak terajang. Sampai kita tersungkur. Sampai kita lebam-lebam. Sampai kita rasa macam dah takde harapan, dah takde cahaya lagi di hujung terowong."

Afham terhenti. Dia melepaskan tangan Fatah. Ditariknya nafas dalam-dalam sebelum menyambung semula kata-katanya. 

"Kau tahu kan kisah Perang Ahzab? Macam mana Allah uji para sahabat dengan begitu hebat. Allah uji mereka, sepertimana yang Allah sebut dalam surah al-Ahzab, digoncangkan hati mereka dengan goncangan yang dahsyat. Sehingga ada dalam kalangan mereka yang berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Ini bukan calang-calang orang ni Fat, ini para sahabat!   

Bayangkan Fat, dalam keadaan terdesak yang amat sangat sebab musyrikin Mekah dan kumpulkan pemuda-pemuda di seluruh jazirah Arab untuk menghancurkan Islam.. Omputih kata, once and for all! Umat Islam pula ketika tu, sangat dhaif; dengan tak cukup senjatanya, tak cukup makanannya. Memang terdesak habislah! Nabi pon ketika tu, ikat perut dia dengan dua biji batu Fat! 

Bayangkan.. Dalam situasi yang dah cukup tersepit tu, yang belum tentu lagi ketika tu umat Islam akan menang, orang-orang Yahudi pula buat khianat. Mereka mungkir pada perjanjian yang telah mereka persetujui dengan Nabi. Lahawla wala quwwata illa billah. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dan emosi umat Islam ketika itu. Mereka bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan musuh dari luar, tapi mereka juga terpaksa berjaga-jaga dengan musuh yang lebih merbahaya, para munafiqin dan Yahudi yang bila-bila masa sahaja menanti peluang untuk menyerang dari dalam. 

Kalau kita lah Fat agaknya, macam mana ek kita masa tu. Rasa nak tercirit kot..? Hehe."

Buat pertama kalinya Fatah tersenyum geli hati mendengarkan jenaka Afham itu. Afham tahu yang dia sudah berjaya menarik perhatian Fatah. Kini tiba masanya untuk dia memaku hujah utamanya. 

"Tapi Fat... Kau tengok, macam mana Allah nak memenangkan umat Islam? Dengan cara yang paling tidak disangka-sangka oleh sesiapa pon. Allah telah mencampakkan hidayah ke dalam hati Nua'im bin Mas'ud, yang dengan kebijaksanaannya membuat helah, telah berjaya mengkucar-kacirkan pakatan antara Yahudi, munafiq dan musyrikin Mekah. 

Pergghhh Fat. Aku bagitau kau, memang epik lah si Nua'im tu. Seolah-olahnya memang Allah hantar dia dari langit untuk menangkan umat Islam! Dan tak cukup dengan tu, Allah hantar pula bala tenteranya berupa angin taufan untuk mengkelam-kelibutkan pertahanan para tentera kafirun. Allah..."

Entah mengapa, tidak semena-mena mengalir air mata membasahi pipi Afham. Cepat-cepat dia menyekanya. Malu.

"Hehehe. Aku memang emo sikit bila cerita pasal ni. Sebab aku memang sangat kagum dan terharu dengan perancangan Allah yang Maha Hebat tu.

Kau bayangkanlah Fat, di saat seolah-olahnya sudah tiada harapan lagi untuk umat Islam menang, ketika itulah Allah menghantarkan kemenangan kepada mereka. Woooshh. Sekelip mata je Fat. Sekelip mata! 

Tapi apa syaratnya? Apabila kebergantungan kita hanya pada Allah semata-mata. Selama ni kita mungkin ingat kita kuat sebab kita ada ikhwah. Kita mungkin sangka adik-adik yang kita berjaya sentuh tu, adalah disebabkan adalah usaha kita. Kita mungkin fikir kemenangan kita adalah kerana hebat dan tersusunnya persiapan kita.

Kita silap Fat, kita silap. Kita hanya menang bila mana kebergantungan dan pengharapan kita total kepada Allah semata-mata. Total. Tiga ratus peratus. 

"...mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'Bilakah datang pertolongan Allah?'"

Ketika itu Fat, ketika mana kebergantungan dan pengharapan kita hanya kepada Allah dan tiada yang lainnya, Allah menjawab,

"Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat!""

Fatah menggumam bibirnya. Air matanya mengalir laju. Terus dia memeluk erat Afham, teresak-esak.

"Ya Allah.. Astaghfirullah. Maafkan aku ya rabb. Maafkan aku... Terima kasih Fam, terima kasih."

Afham membiarkan Fatah terus merengek di bahunya. Habis lencun bahunya dengan hingus dan air mata sahabatnya itu. Tetapi dia tidak kisah, kerana dia berasa puas. Gembira. Syukur alhamdulillah.

Setelah Fatah sedikit tenang, Afham memegang kedua-dua bahu Fatah dengan erat. Mukanya serius, tapi penuh dengan keyakinan yang membara.

"Ingat Fat, kemenangan itu milik Allah. Dan Dia akan kurniakan kemenangan itu kepada sesiapa sahaja yang Dia sukai. Dia akan kurniakan kemenangan itu kepada hamba-hambaNya yang tidak berputus-asa, ikhlas berjuang hingga ke saat akhirnya. 

Kemenangan itu hak milikNya. Kun maka yakun, Fat. Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia!"

Fatah tersenyum. Pipinya masih basah dengan air mata. Dengan semangat yang sudah mula berbara semula, dia mengangguk yakin dan laju.

Kun! Maka yakun! 

-gabbana-

Jujur, banyaknya teguran dan peringatan dalam cerita pendek ini ditujukan buat diri sendiri. Moga diri ini terus ikhlas dan istiqamah dalam beramal, biidznillah.

Dan moga kisah ini membakar bara-bara api semangat yang sudah mula mahu malap di luar sana. Senyum.

25 October 2013

Perkumpulan Jejaka-Jejaka Matang

[Kredit]

Baru-baru ini anak usrah saya (ha bunyi matang sikit kan berbanding hadek bulatan gembira?) ada berkongsikan satu status yang dikongsikan pula oleh anak usrahnya; cucu usrah sayalah. Status itu kurang lebih memberi peringatan kepada mereka di luar sana supaya tidak terpedaya dengan usaha-usaha manis untuk menarik orang masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah berbentuk belanja makan, bawa jalan-jalan, beri hadiah dan usaha-usaha lain yang boleh tahan manis sampai rosak gigi jugalah. 

Dengan kata lain, dakwah fardhiyah; dakwah individu. 

Tambah status itu lagi, golongan yang menarik itu perlu bersedia untuk berhadapan dengan generasi baru yang "...lemah dalam berfikir dan mahu 'sweet3' sahaja." Dan para pelajar yang ditarik itu pula perlu bersedia "...dengan sesetengah pihak tersebut, yang sebenarnya tidak akan ke mana selain melakukan hal-hal tipikal yang boleh dibuat orang yang tidak menyertai apa-apa kumpulan pun."

Kemudian ada pula komen-komen seperti "klise", "mengumpulkan mangsa2 DF (dakwah fardhiyyah) didalam satu majlis makan, sambil menceritakan konon-kononnya itulah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di rumah Aqqam bin Abi Arqam", "Yang pastinya geng2 "usrah" Rasulullah tidak menamakan perkumpulan mereka 'bulatan gembira'" dan "Kita nak melahirkan da'ie atau ayam daging?"

Yang komen terakhir itu memang layak memenangi Anugerah Lawak Pecah Perut. Seriyes. 

Ketika pertama kali membaca status dan komen-komen tersebut, perkara pertama yang saya lakukan adalah tersenyum. Ya, saya hanya tersenyum membaca tulisan-tulisan (atau kritikan-kritikan) yang telah ditulis. Sungguh, saya berasa lucu dengan komen-komen tersebut. 

Terima kasih kepada kalian yang menegur dan mengkritik. InshaAllah besar hikmahnya di situ. Sekiranya kalian ikhlas, moga Allah membalas keberanian kalian menegur dengan sebaik-baik balasan. Namun andai kalian mengkritik dengan nafsu dan punya agenda tertentu, moga Allah ampunkan dosa-dosa kalian. 

Jauh di sudut hati saya, saya berasa bangga. Bukan bangga yang riya' itu, bukan. Tapi bangga yang gembira. Kerana antara tanda dakwah yang dilaksanakan sudah mula memberikan kesan adalah apabila orang mula mengkritiknya. Subhanallah, alhamdulillah dan astaghfirullah sekiranya itu benar. 

Jika bukan kerana mahu berkongsikan apa yang saya rasa dan tahu, sudah pasti saya tidak akan menulis artikel ini, kerana tidak mahu dituduh sebagai reaktif, menggelabah, tidak boleh dikritik dan sebagainya. Bukanlah saya lebih baik dan bagus daripada yang menegur, tetapi saya rasa terpanggil untuk mempertahankan "geng-geng usrah" ini di samping menjelaskan mana yang perlu, dengan harapan sebarang bentuk salah faham atau kekeliruan dapatlah diterangkan, biidznillah. 

Bismillah. Begini. 

Dakwah fardhiyyah (DF), atau dakwah secara individu itu, sasarannya adalah hati. Apa jenis manusia sekalipon, lelaki atau perempuan, tua atau muda, besar atau kecil, tinggi atau rendah, garang atau lembut, samseng atau selalu ke surau, suka main zero point atau main bola cat, sesiapa sahajalah, sekiranya hati mereka dapat ditawan, maka tertawanlah seluruh anggota badan yang lainnya. 

Dan hati setiap orang berbeza-beza; ia punya kunci yang unik untuk membukanya. Ada orang yang terbuka hatinya dengan melihat akhlak pijak semut tak mati orang lain. Ada orang yang kunci bagi membuka pintu hatinya adalah dengan memberikan peringatan-peringatan tentang kematian dan api neraka. Ada orang yang hatinya akan cair luluh apabila bercakap tentang keluarga. Ada juga yang hatinya amat mudah tersentuh apabila ada orang yang mahu menolongnya dalam kesusahan. Dan ada juga yang hatinya hanya akan terbuka apabila ditampar, disepakterajang dan dibelasah hingga lebam. Eheh. 

Namun kebanyakan manusia di luar sana punya fitrah yang sama; yakni suka akan kebaikan, kecantikan, kemanisan dan semua-semualah yang membayangkan kegembiraan di tengah-tengah padang bunga tulip yang terbentang luas. Oleh sebab itu, di peringkat permulaan, terutamanya untuk mereka yang baharu berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah ini, mereka memilih untuk menggunakan cara yang manis manis (Baca: Sweet sweet) untuk menDF, kerana dirasakan cara tersebutlah yang paling mudah untuk menyentuh hati.

Cara itu tidak semestinya akan berjaya. Seperti yang saya sebutkan tadi, setiap hati punya kunci yang berbeza untuk membukanya. Tapi saya tahu, BANYAK hati yang akan mudah tersentuh dengan ayam golek, kebab kambing, daging salai masak lemak cili api, susu kocak aiskrim dan lompat tikam. Wahahaha. Begitu juga, BANYAK hati yang mudah cair apabila dibelanja main bola cat, dibawa berjalan-jalan ke taman bunga, ramai-ramai pergi berjaulah naik kereta dan yang seumpama dengannya. 

Untuk mereka yang baru nak belajar cara-cara untuk menDF, saya rasa mereka ini wajar diberikan tepukan di bahu dan usapan di kepala atas keberanian mereka mencuba. Bukan senang tahu, nak 'masuk' dengan orang begtu sahaja? Apatah lagi apabila masing-masing berasal daripada latar belakang yang cukup unik dan berbeza.   

Nah, mengapa perlu mengkondem mereka ini? Mengapa perlu menjatuhkan semangat mereka dalam mahu membuat dakwah? Mengapa mahu mengejek dan mencela mereka sedangkan mereka benar-benar ikhlas mahu mencuba menyentuh hati-hati di luar sana? Sekurang-kurangnya mereka telah berusaha dan mencuba, dan InshaAllah mereka benar-benar ikhlas melaksanakannya. Anda bagaimana..?

Geleng kepala. 

Bukankah dakwah Nabi SAW dan para sahabat itu sendiri adalah dakwah yang penuh dengan kasih-sayang dan kelembutan hati? Takkanlah di peringkat awalan dakwah itu, kita memperkenalkan Islam kepada mad'u dengan mengajak mereka pergi berjihad dan mengorbankan seluruh harta dan jiwa mereka...?? Pengsan. Silap haribulan, itulah pertemuan anda yang pertama dan terakhir dengan mereka! Ha, kan dah padan muka!

Silakan membaca 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Syaikh 'Abbas as-Sisi atau 'Dakwah Fardhiyyah' oleh Syaikh Mustafa Mahsyur untuk lebih memahami apakah yang dikatakan dengan DF itu.

Namun saya setuju, bahawa sememangnya tidak sihat dan merbahaya sekiranya proses takwin (pembentukan) dalam bulatan gembira itu tidak berlaku; yang ada hanya taarif (perkenalan) semata. Asyik mahu manis manis sahaja sepanjang proses berbulatan gembira, potong kaki nanti baru tahu! Tak berkembang pula si hadek bulatan gembira; bila tiba waktu jihad, apa nak suruh mereka bawa bantal dan lolipop pergi berperang...? Hah!

Kerana itu bulatan gembira itu sewajarnya dinamik sifatnya. Dalam bulatan gembira diceritakan sirah jihad para sahabat, dikongsikan pula masalah umat yang berlaku di seluruh dunia - penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, Mesir, Myanmar, Syria dan sebagainya -, ada pula hadith-hadith yang menekankan tentang kepentingan untuk berkorban dan dimantapkan lagi dengan bahan-bahan fikrah yang semuanya tidak lain adalah untuk melahirkan rijal-rijal dakwah yang memenuhi kesemua sepuluh muwasofat tarbiyah. 

Di samping bulatan gembira, ada pula wasilah-wasilah tarbiyah yang lain seperti konferens riang (Baca: Daurah), mukhayyam (Baca: Perkhemahan), jaulah (Baca: Jalan-jalan cari makan, eh, cari redha Allah), katibah (Baca: Gabungan antara bulatan-bulatan gembira) dan macam-macam lagi, yang semuanya saling melengkapi. Tujuannya adalah untuk melahirkan individu-individu muslim yang benar-benar mantap iman dan jiwanya.

Dan ya, kami nak melahirkan ikhwah akhawat yang suatu hari nanti boleh buka kilang memproses ayam daging sendiri! Wahahaha. 

Tarik nafas.

Bagaimana? Dah nampak permainannya di situ?

Memang benarlah, zaman Nabi SAW memang tidak disebut perkataan bulatan gembira itu. Malah, perkataan 'usrah' itu pon entah ada entah tidak. Adoyai. Yang penting adalah ruhnya itu! Yang lebih utama adalah apa yang diberikan dalam pertemuan-pertemuan itu dan apa pula hasilnya! Bulatan gembira itu hanyalah wasilah, cara untuk menarik orang ramai untuk berusrah; untuk duduk-duduk dan beriman sejenak dan mendekatkan diri kepadaNya!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung."
[al-Maidah, 5:35]


Dan oh, kalau anda menyampah, tergaru-garu kepala dan panas punggung dengan frasa 'bulatan gembira' itu, berilah nama apa-apa pon; pertemuan lelaki-lelaki macho ke, perjumpaan seriyes ke, bulatan orang-orang nak kejar redha Allah ke, perkumpulan pemuda-pemuda matang ke, hah, suka hati anda lah. Yang penting anda tahu objektif perkumpulan dan pertemuan itu dan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya! 

Silakan baca 'FAQ: Bulatan Gembira' untuk penjelasan yang lebih lanjut dan komprehensif InshaAllah tentang ruh, sejarah dan latar belakang bulatan gembira itu. 

Sudahlah, saya rasa isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan pon. Cuma mungkin saya sedikit emo dan terasa mungkin, apabila usaha-usaha yang baik ini diejek-ejek sedemikian rupa. 

Tunduk, kuis-kuis kaki.

Kadangkala saya merasakan, kita sering bercakaran, bertelagah dan berbalah tentang perbezaan yang ada pada kita. Sedangkan kita punya begitu banyak persamaan, yang sekiranya fokus yang sepatutnya diberikan kepada persamaan dan kekuatan yang ada, Masha-Allah, saya yakin ummah ini dapat bangkit dan berlari dengan lebih laju. Tatkala kita sibuk berlawan untuk menunjuk siapa yang lebih hebat dan kuat, dan saling menjatuhkan dan memperlekehkan, musuh-musuh kita dengan rilek makan popkon atas sofa sedang menguatkan saf-saf mereka, sambil mentertawakan kita. Adeh. 

Sudah. Sudah. Sudah.

Mari kita sama-sama berpimpinan tangan, saling bekerjasama untuk menguatkan barisan kita. Tegurlah dan kritiklah mana yang perlu; bukan untuk melemahkan dan menjatuhkan, tapi untuk menguatkan dan memantapkan. Nasihatilah bukan kerana benci dan dengki, tapi kerana sayang dan chenta. Senyum. 

Boleh kan..?

Oh maafkan saya. Saya minta izin dahulu ya? Saya sudah lambat untuk menghadiri perkumpulan jejaka-jejaka matang saya! 

-gabbana-

Harap tidak ada yang melihat artikel ini sebagai reaktif atau egoistik. Nau'dzubillah. Harap tidak ada juga yang lemah semangat untuk menegur dan mengkritik selepas ini.

Tegurlah. Nasihatilah. Ingatkanlah. Kerana itulah kekuatan umat ini; saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran. Senyum.

23 October 2013

FAQ: Baitul Muslim

[Kredit]

Wah! Ada lagi ke sesi FAQ ni! Ingatkan dah pupus dah! Masha-Allah, rindulah pada Inche gabbana. Salaam a'laikum, pekaba?
Er, a'laikumussalam warahmatulah. Ni kenapa eksaited sangat ni? Terlebih minum teh tarik ke apa pagi tadi..?

Hehe. Mestilah eksaited! Tengok tajuk lah! Kehkehkeh. *Mata bersinar-sinar*
*Muka biskut* Kalau pasal BM je, mesti terkinja-kinja, pasal BM je, mesti teruja. Haih. Ok tanyalah. Kalau saya boleh jawab, saya jawab InshaAllah. 

Baiklah! Soalan pertama. Inche gabbana masih bujangkah?? Eh eh. Ehem. *betulkan tempat duduk* Baitul Muslim tu benda apa sebenarnya? Macam bunyi rumah kebajikan je. Eh.
*Muka curiga*

Dari segi bahasanya, Baitul Muslim tu bermaksud rumah orang-orang Islam; baitul tu rumah, jadi rumah kepada Muslim. 

Tapi dari segi kefahaman dalam konteks hari ni, Baitul Muslim bermaksud rumah tangga Islam, iaitu perkahwinan antara seorang Muslim dan seorang Muslimah yang melahirkan anak-anak gebu dan montel terasa macam nak cubit pipi sampai lebam heyy!

Err.

Ok Inche gabbana pelik. Hhmmm. Dah tu, kenapa nak panggil Baitul Muslim? Kenapa tak panggil perkahwinan je, macam orang biasa?
Begini. Baitul Muslim tu adalah sistem, satu proses. Proses mem'baitul-muslim'kan mereka yang terlibat bermula sebelum upacara pernikahan dan walimatul 'urus lagi. Dan selalunya terma Baitul Muslim itu disinonimkan dengan mereka yang bersama dengan gerakan Islam, meskipon tidaklah semestinya untuk semua kes.

Oooh gitu. Boleh Inche gabbana ceritakan proses dan langkah-langkahnya secara lebih terperinci? Saya berminat ni nak tahu!
Err.. *kuis-kuis kaki* Aaahhh... *pandang kiri, pandang kanan* (Berbisik) Ok saya boleh beritahu, tapi jangan heboh pada sesiapa yang saya yang beritahu anda ok..? Janji?

*senyum keji* Okeh!
Ada banyak 'mazhab' dalam menguruskan Baitul Muslim ni. Tapi secara mudahnya, seorang akh (saudara lelaki) dan seorang ukht (saudara perempuan) akan dipasangkan oleh seorang individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini. Boleh jadi orang tersebut adalah murabbi si lelaki, atau seorang ustaz yang ditsiqahi, atau sesiapa sahaja al-akh yang dipercayai untuk menguruskan hal tersebut. 

Bagaimana cara mereka dipasangkan..? Jeng jeng jeng. Saya rasa bahagian itu saya rahsiakan. Risau pula nanti ada yang berdarah hidungnya. Wahahaha. Eh. 

Selepas kedua-dua akh dan ukht itu bersetuju untuk dipasangkan mengikut kesesuaian dan cita rasa masing-masing, satu sesi taaruf (berkenalan) akan diadakan supaya dapatlah kedua-dua daripada mereka melihat rupa dan bentuk masing-masing yang sebenar. Tidak mahulah ada kes dalam gambar rupa macam Otromen, tapi rupa-rupanya raksasa gorgon! Hoh. Hal ini juga sesuai dengan unjuran ar-Rasul SAW supaya seorang lelaki itu melihat terlebih dahulu rupa pasangannya sebelum bernikah. 

Selepas proses taaruf, kedua-dua pasangan diberi masa untuk berfikir dan membuat keputusan. Tiada komitmen lagi sehingga kata putus diberikan oleh kedua-dua belah pihak. Hanya setelah kedua-dua belah pihak menyatakan persetujuan mereka untuk bernikah, baharulah boleh masuk ke langkah yang seterusnya.

Jap jap Inche gabbana. Maksudnya, hatta selepas taaruf sekali pon, tak semestinya kena kahwin la..?
Haah, betul tu. Amboih hang, khusyuk noh? 

Seperti yang saya sebutkan tadi, tiada sebarang komitmen atau perjanjian daripada kedua-dua belah pihak selagi kedua-duanya tidak menyatakan persetujuan mereka.

Setelah kedua-dua belah pihak bersetuju, suatu tarikh akan dipilih untuk majlis pernikahan. Ketika ini, urusan akan diserahkan kepada pihak keluarga kedua-dua akh dan ukht tersebut dan proses biasa sepertimana yang dilalui oleh pasangan-pasangan yang lain akan berjalan. 

Cuma istimewanya proses Baitul Muslim ini, perhubungan antara lelaki dan perempuan adalah pada kadar yang sangat minimal. Ikhtilat amat dijaga sepanjang proses ini, sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Hatta setelah bernikan sekali pon, ada lagi adab-adab yang perlu dititikberatkan.

Konsepnya; berchenta selepas berkahwin! Gituh.

Hah? Apa..?? Kiranya diorang ni takde berchentan-chentun, ilabu ulabme lari-lari keliling taman bunga la sebelum kahwin..? Takde kapel-kapel Islamik pon? 
Yup, tiada. Non. Sifar. Yilek. 

Malah majoriti daripada pasangan Baitul Muslim yang saya tahu, pertama kali mereka bertemu adalah ketika proses taaruf tu. 

Tapi, ada sahaja yang pernah berkenalan sebelum tu. Mungkin dahulunya rakan sekelas, atau rakan sekuliah. Kemudian masing-masing terjebak dalam gerabak dakwah, tup tup, dipertemukan semula dalam konferens riang atau program-program tarbiyah. 

Ok sahaja. Rejeki masing-masing kan. Cuma kebanyakan yang saya kenal tu, memang tidak pernah kenal lah pon sebelumnya. Kerana ruh Baitul Muslim itu sendiri adalah untuk menjaga dan memartabatkan kesucian institusi rumah tangga. 

*mata terbeliak* Perghhh. Boleh ke macam tu...?? Macam mana nak serasi nanti hubungan antara suami dan isteri kalau tak kenal dulu? Bukankah perchentaan yang disemai, dibaja dan ditanam dengan rapi akan menghasilkan kuntum bunga yang mekar mewangi...? Ewah.
*jeling*

Tiada masalah pon. Itu semua propaganda Yahudi dan Freemason untuk menyesatkan pemikiran anak-anak muda zaman sekarang ni. Eheh.

Saya dah jumpa raaaammmaaaaii ikhwah akhawat yang alhamdulillah, sangat bahagia selepas perkahwinan mereka, walaupon tidak pernah berkenalan atau berchenta sebelum berkahwin. Pada masa yang sama, saya juga dah jumpa raaaamaaaaiii pasangan yang berchenta bagai nak rak, dah janji nak bina mahligai bersama konon, dah serah tangan badan segala bagai, akhirnya tak ke jinjang pelamin pon. Tsk.

Pada masa yang sama, benar, saya mengakui ada juga perkahwinan ikhwah akhawat yang tidak menjadi. Saya melihatnya sebagai asam garam dalam berumah tangga; kegagalan dalam berkomunikasi dan berhubungan dengan baik antara pasangan, juga pelbagai faktor-faktor lain yang tidak dapat disebut di sini. Ramai sahaja pasangan di luar sana yang bercerai-berai yang tidak melalui proses Baitul Muslim; dah, mengapa Baitul Muslim itu yang dipersalahkan...? 

Dan dan... Chenta itu adalah satu perasaan suci yang dikurniakan Allah kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dengan ijinNya, sesiapa sahaja pon boleh berchenta kan? Jadi apa mustahilnya, seorang akh itu boleh jatuh chenta pada seorang ukht yang tidak pernah dikenalinya selama ini selepas mendirikan rumah tangga yang sah? Apatah lagi apabila rumah tangga yang dibina adalah atas dasar mahu mencari keredhaanNya; bukankah mereka ini yang paling layak dikurniakan Allah dengan perasaan agung itu? Bukan chenta yang biasa-biasa; tapi chenta guling-guling tepi bukit tahu?? Wah!

Rejeki tu milik Allah kan? Senyum. [The Muslim Show]

Perghh Inche gabbana! Macam kaunselor lah! Logik logik. Hmmm ok, soalan seterusnya. Apa kepentingan Baitul Muslim ni sebenarnya?
Hah, nasib baik anda tanya soalan yang sangat penting ni! Saya tunggu juga anda untuk bertanyakannya, jika tidak, bismillah jalan! Saya sapu je! Heh.

Sememangnya Baitul Muslim adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam Islam; apatah lagi buat mereka yang bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah. Malah, dalam maratib amal (tangga-tangga amal) seperti yang digagaskan oleh Iman Hassan al-Banna, kedudukan Baitul Muslim adalah pada anak tangga kedua selepas indiividu muslim.

Oooh itu yang orang dok sibuk tanya "Bila nak naik tangga bila nak naik tangga" tu?
Yezzaaa. Baitul Muslim adalah kesinambungan terus daripada pembinaan individu muslim yang berkesan. Maknanya, seorang individu muslim yang telah berjaya dilahirkan daripada proses tarbiyah, tiada alasan lagi untuk tidak mendirikan rumah tangga Islam.

Apatah lagi Baitul Muslim ini dilihat dapat merancakkan lagi usaha-usaha tarbiyah dan dakwah, melihatkan penggabungan potensi-potensi besar yang pada ikhwah dan akhawat. Penggabungan bait-bait Muslim inilah yang akan membentuk pula mujtama' Muslim (masyarakat Muslim) yang berada pada anak tangga ketiga dalam maratib amal. 

Baitul Muslim ini diharapkan untuk melahirkan bukan sahaja bayi-bayi-bayi-bayi yang comel dan gebu-gebu belaka, tapi juga rijal-rijal dakwah yang akan meneruskan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini. Baitul Muslim yang soleh lagi musleh diharapkan dapat mentarbiyah anak-anak yang dilahirkan untuk menjadi para dua't yang berkobar-kobar untuk berkorban demi agama. Kiranya kilang melahirkan para mujahid muda la. Eheh.

Ok akhawat kecil pakai tudung memang sah kena cubit pipi dengan saya! Errrghhhh!

Erk. Ok... Soalan maut. Mestikah ikhwah berkahwin dengan akhawat? Tidak bolehkah ikhwah tu membentuk Baitul Muslim dengan bukan akhawat, dan sebaliknya? Bukankah itu akan lebih menyebarkan dakwah?
Pandang ke atas. Ah birunya langit.

Jika boleh, saya tidak mahu menjawab soalan anda itu. Risau saya akan disalahtafsir nanti. Namun saya tahu, sudah ramai yang bertanyakan soalan yang sama. Uhmmm. Ijinkan saya untuk menjawabnya seringkas yang mungkin, dan moga saya dapat menjawabnya dengan baik dan sepenuh kefahaman.

Begini.

Tiada masalah pon sebenarnya kalau seorang akh ni nak bernikah dengan seorang wanita yang 'biasa', dalam erti kata wanita yang tidak bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah. Atau dengan kata lain yang lebih lurus ke hadapan, bukan akhawat. Gituuuhh matilah kena kondem lepas ni! 

Dan tiada masalah juga kalau seorang ukht tu nak berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan ikhwah.

Bila saya kata tiada masalah tu, maksudnya, dari segi hukum atau atas kertasnya tiada masalah lah.

Namun masalah akan timbul apabila pasangan yang dikahwini itu gagal memahami kehendak dan tuntutan dakwah suami/isterinya. Bayangkan seorang suami yang malam-malamnya sentiasa tiada di rumah kerana membawa bulatan gembira, atau sang isteri yang hujung minggunya sentiasa dipenuhi dengan konferens-konferens riang. Sekiranya seorang wanita atau lelaki itu bukan akhawat/ikhwah, amat sukar untuk dia menerima dan memahami cara hidup yang begitu sibuk dan menuntut komitmen yang cukup tinggi itu. Boleh tahan kah...?

Maka akan timbullah salah faham dan masalah komunikasi kerana rumah tangga yang diimpikan tidaklah sempat panas sampai ke petang. Rumah tangga yang diharapkan adalah malam-malam yang dipenuhi dengan berkasih-sayang di atas sofa sambil menonton telebisen, hujung minggu yang dipenuhi dengan jalan-jalan cuci mata di komplek-komplek beli-belah, makan malam yang romantik dan sebagainya. Namun realitinya jauh sekali seperti apa yang diimpi. Itulah, banyak sangat tonton cerita Hindi! Eh. 

Apatah lagi apabila si suami/isteri menjadikan tarbiyah dan dakwah sebagai prioriti nombor satu; pastilah pasangan yang tidak faham akan hakikat ini berasa cemburu kerana banyaknya masa dan ruang yang dihabiskan untuk kerja-kerja tarbiyah dan dakwah. Saya ingin bertanya kepada jejaka dan jejaki di luar sana; tahankah anda beristerikan/bersuamikan pasangan yang hari-harinya cukup sibuk dengan kerja-kerja membaiki ummah..? Nah!

Ada orang berhujah; alah didik sahajalah si isteri itu, InshaAllah jadi akhawatlah akhirnya! Ada benarnya. Tapi tugas untuk mendidik seorang wanita, daripada 'biasa-biasa' menjadi akhawat, bukanlah suatu tugas yang mudah. Sebaliknya, ramai ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat, akhirnya tersungkur dan futur dek tewas dengan fitnah dunia.

Kerana itu amat amat penting untuk seorang al-akh atau seorang ukht itu berkahwin dengan orang yang faham. Dan penyatuan dua insan yang berdasarkan kefahaman untuk menegakkan agama Islam di muka bumi ini, pergh, tidakkah itu akan menghasilkan sebuah keluarga yang Super Saiya...? Eh. 

Tarik nafas.

Amat sukar untuk saya nukilkan segalanya di sini. Saya yakin, akan ada yang tidak puas hati, mengamuk tarik-tarik rambut dan berlari-lari sekeliling kampung pegang parang dengan penjelasan saya di atas. Akan ada lebih banyak persoalan yang timbul nanti. 

Saya juga dahulunya begitu. Memang tidak faham dan kadangkala tidak boleh terima mengapa ikhwah tidak boleh berkahwin dengan bukan akhawat (dan sebaliknya). Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan saya semakin faham. Dan alhamdulillah, semakin banyak saya bekerja di atas jalan ini, kefahaman itu datang dengan sendirinya, biidznillah.

Ijinkan untuk saya berhenti di sini dahulu. Sekiranya anda inginkan penjelasan yang lebih lanjut, sila dapatkan ikhwah/akhawat yang berdekatan untuk memberi penjelasan. Heh.  Berlapang dadalah dengan jawapan dan penjelasan yang diberikan. InshaAllah anda akan lebih faham dan dapat menerimanya.

Oooh ok. Uhmmm. *termenung* Tapi kan Inche gabbana, macam mana nak jawab tohmahan-tohmahan "Oh geng-geng tu dok kawen sesama sendiri je," atau "Perkahwinan ekslusif! Macam mana nak berkembang?" Hah, jawab, jawab!
Hahaha. Mulut tempayan kita boleh tutup anda oi, tapi mulut orang, waduh waduh, memang mustahil untuk ditutup!

Yang penting kami beramal dengan keimanan dan pegangan kami. Asalkan kami tidak mengganggu hidup sesiapa dan selari dengan tuntutan syarak dan as-sunnah, apa salahnya bukan? 

Tidak saya nafikan, ada sahaja ikhwah yang berkahwin dengan bukan akhawat dan akhirnya berjaya 'mengakhawatkan' isterinya itu, dan juga sebaliknya. Namun peratusannya amat rendah sekali. 

Dan jujur, saya amat mencemburui geng-geng yang berchenta selepas kahwin ni! Manis sampai potong kaki woooo! Wahahaha. 

Lagi pon.. Akhawat kan ramai kat luar sana? Kenapa nak cari pasal, saja-saja tak mahu berkahwin dengan akhawat..?

Camtuhaaaa.

*ternganga mulut* Ok kenyataan terakhir tu memang tak tertahan. Ok alhamdulillah, saya dah semakin jelas dengan konsep Baitul Muslim ni. Macam biasa Inche gabbana, ada apa-apa pesanan terakhir?
Kahwinilah pasangan anda kerana Allah, InshaAllah anda akan berbahagia sehingga ke jannah.

Tapi andai anda mengahwini pasangan anda kerana nafsu dan hanya mahu memuaskan kehendak diri, belum pasti rumah tangga yang anda bina akan menjadi! 

Dan andai anda mengharapkan sebuah perkahwinan itu akan sentiasa bahagia dan baik-baik sahaja, penuh dengan bunga-bunga dafodil segar dan arnab-arnab gemok melompat riang, anda sebenarnya sedang berpijak di alam maya.

Tapi sekiranya anda mengimpikan sebuah Baitul Muslim yang akan memberikan anda kehidupan; sebuah kehidupan yang penuh ketaatan padaNya, InshaAllah, anda akan ketemu bahagia. Senyum. 

"Adinda, ayuh kita layari bahtera ini hingga ke sorga; biarlah kekanda menjadi nakhodanya!" Muntah darah. [Kredit]

Wahai! Sangat menggugah jiwa di situ! Ok Inche gabbana, soalan terakhir darip...
Eh saya minta maaf sangat-sangat. Zaujah saya baharu sahaja waksep. Dia minta saya balik sekarang juga. Maaf ya!

Ok ok tadehal. Jazakallahu khair Inc... Eh?!?

-gabbana-

Teng teng teng. Gelak keji. Sila jangan buat spekulasi liar! Ahah. 

Jujur saya bukanlah orang yang terbaik untuk berbicara tentang Baitul Muslim ini. Mohon teguran dan bimbingan daripada kalian yang lebih berpengalaman. Juga mohon tidak ada yang cepat melatah dan menggelabah dengan penulisan ini. Jika ada mana-mana bahagian yang dirasakan tidak kena, silalah jangan malu-malu menegur saya yang marhaen ini ya?

Moga bermanfaat untuk semua InshaAllah!

22 October 2013

Adakah Kita Golongan Yang Bekerja?

[Kredit]

(Nota: Artikel ini ditulis khusus untuk membakar diri sendiri, juga membakar anda yang sudah berada bersama gerabak tarbiyah dan dakwah ini.

Kepada anda yang tidak kena-mengena tetapi masih mahu membacanya, saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kes sawan badak atau mulut berbuih. Sekian terima kasih.)

Ketika Imam Hassan al-Banna menulis risalah 'Hal Nahnu Qaumun A'maliyun' (Adakah Kita Golongan Bekerja) pada tahun 1934, ahli-ahl Ikhwanul Muslimin (IM) telah pon mencapai lebih daripada dua juta orang. Ya, 2,000,000 orang! 

Apa yang lebih menggaru minda adalah, pencapaian yang luar biasa itu diperoleh hanya enam tahun selepas IM ditubuhkan, yakni pada tahun 1928. Ya, ENAM TAHUN! Walawehhh! 

Risalah tersebut ditulis khusus untuk menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada IM, kononnya ia adalah sebuah pergerakan yang tidak praktikal dan pragmatik. Lantas, Imam Hassan al-Banna menjawab satu-persatu tuduhan dan cacian yang dibuat dengan memberikan contoh dan kejayaan IM; bukan sahaja dari aspek kejayaan mentarbiyah masyarakat Mesir ketika itu, tetapi juga kejayaan material dan fizikal melalui usaha-usaha pembangunan keperluan asas untuk masyarakat. 

Tarik nafas.

Nah, sekarang bandingkan dengan diri kita. Atau dengan keadaan tarbiyah dan dakwah di negara kita ini.

Pandang kanan, pandang kiri. Tutup muka dengan baju. 

Memalukan bukan...?

Untuk pengetahuan anda, kadar orang bukan Islam yang memeluk Islam lebih perlahan daripada mereka yang bukan Islam memeluk Islam di Eropah dan Amerika Syarikat! Dengan kemelut kalimah Allah yang tidak berkesudahan, isu penyembelihan kerbau dan entah apa-apa lagi, saya tidak hairan andai kadar ini akan terus merudum jatuh. 

Tidak perlulah kita melihat mereka yang bukan Islam; bagaimana orang-orang Islam di Malaysia sendiri? Dengan beraneka jenis gerakan-gerakan dakwah yang ada di Malaysia (meriah uolsss!), bagaimana keadaan umat Islam marcapada ini? Lebih baik daripada sebelum tumbuhnya gerakan-gerakan dakwah ibarat jerawat yang tumbuh selepas bersukan, atau lebih teruk dan mengerikan...? 

Nanges.

Maka timbullah persoalan yang sememangya tidak dapat dielakkan lagi; adakah kita golongan yang benar-benar bekerja untuk ummah ini...?

Hangus. Rentung.

Tapi Inche gabbana... Bukankah Allah tidak melihat pada hasilnya...? Bukankah Allah melihat pada usaha...?

Hah! Sudah mahu bernanah telinga saya mendengar alasan klise sebegitu! Memang benar Allah hanya melihat pada usaha, namun agama ini juga tertegak dengan darah dan peluh kita! Ia bukanlah manhaj ajaib yang mampu tertegak dengan sendirinya, atau dengan hanya kita bergoyang kaki sambil terbaring gemok mengunyah popkon panas sambil membacakan mantera-mantera tertentu! TIDAK! Allah itu Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Pemurah; ia menjadikan agama ini sesuai dengan fitrah manusia; bukan sahaja fitrah umat Islam tetapi fitrah seluruh umat manusia sekalian alam buana!

Dan masalahnya, benarkah kita telah berusaha...??

Koyak.

Berapa banyak sekolah-sekolah dan institut-institut pengajian tinggi awam mahupon swasta yang masih belum lagi mengenali dakwah ini? Berapa banyak makcik-makcik dan pakcik-pakcik di luar sana, sama ada yang pencen atau masih bekerja, yang sudah disentuh dengan para du'at yang membawa risalah ini? Berapa buah persatuan-persatuan buruh dan organisasi-organisasi pekerja yang sudah mendengar tentang fikrah ini? Berapa ramai tukang sapu sampah, kelindan lori dan makcik jual nasi lemak di tepi jalan yang sudah menyertai bulatan gembira? Dan berapa ramai pula polis, tentera dan bomba yang di samping menjaga keselamatan dan keamanan negara, juga berjanji setia untuk menjaga kehormatan dan kedaulatan agama dan dakwah ini...?

Sekiranya semua jawapan-jawapan kita kepada persoalan di atas menyebabkan pipi kita yang tembam itu kemerahan, dahi kita yang licin itu berkerut dan ketiak kita yang masam itu berpeluh, nah, tanya semula diri kita, adakah kita golongan yang bekerja...?? 

Alah Inche gabbana. Rakyat Mesir ramai kot. Tu yang senang-senang boleh dapat 2 juta tu!

Tersembur air kopi jantan. 

Anda mahu berhujah begitu? Baiklah.

Rakyat Mesir ketika 1934 adalah seramai kira-kira 15 juta [Sumber]. Makanya, 2 juta daripada jumlah itu adalah kurang lebih 13 persen. Nah, rakyat Malaysia sekarang ini adalah kira-kira 29 juta orang. Maka, 13 persen daripada jumlah itu adalah 3.77 juta! Sepatutnya ada lebih daripada 3 juta rakyat Malaysia yang berbulatan gembira sekarang ini!

Hah, bagaimana...?? Kau mampu??

Argumentasi sebegitu adalah argumentasi yang sangat mudah dan terlalu lurus ke hadapan. Sudah tentu ada banyak faktor-faktor lain yang perlu diambil kira. Namun sekiranya kita memberi diskaun kepada semua itu sekali pon, hakikat bahawa IM berjaya mengkaderkan 2 juta rakyat Mesir dalam tempoh 6 tahun penubuhannya adalah sesuatu yang terlalu paling amat mengagumkan. Gituh.

Apakah rahsia IM sehingga bisa sahaja menempa kejayaan yang sebegitu hebat dan mengujakan..? 

Membaca buku-buku dan kitab-kitab seperti Himpunan Risalah Hasan al-Banna (Majmu' ar-Rasail), Memoar Hasan al-Banna, Aku dan Ikhwanul Muslimin dan sebagainya, tidak dapat tidak, kita boleh menginduksikan bahawa IM ketika itu amat fokus pada kerja-kerja membina masyarakat dan melahirkan individu-individu Muslim yang berkualiti. Kuncinya pada perkataan 'fokus' itu. 

Mereka fokus pada maratib (tanggal) amal yang mana asasnya adalah individu-individu muslim yang punya 10 muwasofat tarbiyah itu. Mereka fokus dalam melahirkan para jundiyy yang sudah bersedia untuk berbai'ah kepada perjuangan ini. Mereka fokus dalam menghasilkan para rijal yang sudah sedia untuk mati bagi menggalas tanggungjawab agama ini.

Maka lahirlah mereka yang bersungguh-sungguh menyebarkan risalah agung kepada ummah ini; sanggup meninggalkan kerjaya, tidak tidur malam semata-mata mahu menyentuh hati-hati manusia yang sudah lama leka di luar sana. Terhasillah orang-orang yang ada antara mereka sanggup menjual basikal yang sudah tua hanya kerana mahu tergolong dalam mereka yang menginfaqkan harta. Wujudlah segolongan pemuda yang sanggup bangkit, menentang penguasa yang zalim demi mempertahankan maruah dan kehormatan ummah. 

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan hikayat si Aesop. Tapi ini adalah realiti. Ia dicatatkan dengan teliti di dalam buku-buku sejarah. Malah ia diperincikan sendiri oleh Imam Hasan al-Banna yang kagum dengan kesungguhan dan pengorbanan para ikhwan yang mahu menegakkan Islam bukan sahaja di bumi Mesir, malah di seluruh dunia!

Lantas kita bertanya, kita ini bagaimana? Sanggupkah kita mengorbankan waktu tidur kita semata-mata mahu berborak bantal dengan hadek-hadek bulatan gembira terchenta? Sanggupkah kita menghabiskan waktu hujung minggu kita di konferens-konferens riang bagi memastikan jiwa kita terisi dengan pengisian-pengisian yang memantapkan fikrah? Sanggupkah kita menginfaqkan duit gaji kita bagi memastikan program-program tarbiyah yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan senang? Sanggupkah kita bersabar, tidak tergopoh-gapah dalam merencana masa hadapan dakwah dan jemaah? Sanggupkah kita mengenepikan kepentingan peribadi dan nafsu diri dalam memastikan objektif utama dakwah yakni mengajak orang kembali menjadi hambaNya dan menegakkan hukumiyah Allah itu tercapai?

Sekiranya jawapan anda tidak kepada salah satu soalan di atas, tidak usahlah berangan mahu melihat tarbiyah dan dakwah, wanita bertudung labuh, bulatan-bulatan sorga di taman-taman awam, amalan berlaga-laga pipi, semua orang menyebarkan salam dan masjid-masjid penuh dengan jemaah di awal waktu menjadi trend dan ikutan rakyat Malaysia.


Namun sekiranya anda bersedia untuk bersama-sama saya dalam konspirasi tarbiyah ini, faham dan ikhlas dengan apa yang anda lakukan, sanggup berkorban dan bersungguh-sungguh pula melaksanakannya, tekad yang tinggi dan tidak berlengah-lengah lagi, percayalah, tidak sampai setahun sahaja kita akan mula melihat hasilnya, Insha-Allah. 

"Bekerjalah kamu, nescaya Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga dengan Rasul dan orang-orang mu'min..."
[at-Taubah, 9:105]

Alah Inche gabbana.. Tapi cara anda ni lambatlah! Asyik-asyik bulatan gembira. Asyik-asyik bina individu. Sampai bila nak perintah negara macam ni!

Hah! Hujah yang sama telah digunapakai sejak puluhan tahun lamanya. Kalaulah sejak dahulu lagi kita benar-benar fokus dan sabar, bersungguh dan tidak gopoh, sudah pasti kita sekarang ini sudah pon menuai hasilnya!

Ingat! Bukan negara yang kita kejar! Bukan kemuliaan dunia yang kita dambakan!

Yang kita impikan adalah keredhaan Allah. Yang kita buru adalah chenta Allah yang abadi. Dan yang kita benar-benar rindukan adalah sorga Allah yang hakiki!

Rasulullah SAW dahulu pon tidak pernah langsung menyangka yang suatu hari nanti baginda dan para sahabat akhirnya akan memerintah Madinah. Ikhwan di Mesir juga langsung tidak pernah menyangka yang mereka akan memenangi pilihanraya Mesir, meskipon kini keadaan di Mesir sudah porak-peranda.

Sungguh, kemenangan yang hakiki itu milik Allah. Allah akan hanya menolong hamba-hambaNya bila mana kita sudah benar-benar bersedia!

"'Bilakah datang pertolongan Allah?' Ketahuilah, pertolongan Allah itu sudah dekat!"
[al-Baqarah, 2:214]

Nah, apa yang kita tunggu lagi...?? Kemenangan itu sudah terlalu dekat! Dan kemenangan itu bukan milik mereka yang malas dan culas, lembap dan gemok! 

Ayuh kita jadi golongan yang bekerja!

-gabbana-

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP