Uswah

30 June 2013

T-Shirt APG

Adalah dimaklumkan dengan segala hormatnya, berkuatkuasa hari ini Angel Pakai Gucci akan beralih arah kepada industri fesyen pula, setelah melihatkan ramainya anak-anak muda yang tidak cukup kain dan baju di luar sana. 

Oleh yang demikian, sebagai langkah awal penceburan saya dalam bidang ini, saya ingin menjual t-shirt APG buat julung-julung kalinya kepada anda semua. T-shirt ini bukanlah untuk mengajak anda memuja saya atau menjadi taasub kepada belog saya. Astaghfirullah. Jadi sebelum anda mula mempitnah Peah dan menuduh Pak Jusuh yang bukan-bukan kepada saya, ijinkan saya menerangkan serba sedikit tujuan saya menjual t-shirt ini.

1) Saya melihat kurangnya t-shirt tarbiyah dan dakwah yang kool dan bergaya di luar sana, di mana saya tidak malu untuk memakainya ke gedung-gedung membeli-belah atau keluar makan malam bersama keluarga di restoran;

2) Saya juga melihat kurangnya t-shirt dengan kuot takwin (pembinaan) di luar sana. Yang banyaknya adalah kuot-kuot berkaitan dengan ukhuwwah dan dakwah secara umumnya. Jadi saya mahu memeriahkan lagi industri ini dengan t-shirt yang bukan sahaja kool, malah membawa mesej takwin yang osem; dan

3) Sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan saya yang halal, InshaAllah.

Maka jelaslah penghasilan dan penjualan t-shirt ini langsung tidak ada niat untuk mengganggu-gugat jenama-jenama yang sedia ada di pasaran seperti Louis Vuittong, Mark Yaakob dan Ermenegedik Ceknab. Jadi tidak perlu rasa terancam dan tergugat dengan t-shirt APG ini.

Untuk pengetahun anda, saya akan menginfakkan 15% daripada hasil keuntungan menjual t-shirt ini kepada usaha-usaha tarbiyah dan dakwah di luar sana. Anda jangan risau, saya jamin saya tidak akan berlaku korup. Hohoho.

Buat masa ini, t-shirt ini hanya dijual untuk ikhwah atau mana-mana makhluk yang merasakan dirinya lelaki dan mahu memakai t-shirt tarbiyah dan dakwah yang bergaya. Tiada lagi hasrat untuk membuat t-shirt untuk akhawat/perempuan. Cuba lagi tahun hadapan. Eh. 

Dan oh, untuk peringkat awalan, saya mahu melakukan bancian terlebih dahulu sama ada wujudnya pasaran untuk t-shirt ini. Sekiranya ada permintaan yang memberansangkan, InshaAllah projek ini akan diteruskan. Namun sekiranya sambutan terhadap t-shirt ini ala-ala kuis-kuis kaki di pasir pantai sambil angin lembut meniup rambut, saya tidak akan teruskan dengan hasrat saya untuk menjualnya. 

Mana tahu, sekiranya projek ini mendapat sambutan yang menggalakkan, tidak mustahil saya akan menjual t-shirt lain yang lebih kool di masa hadapan pula, biidznillah. 

Err.. Mana t-shirtnya Inche gabbana..?

Oh hihihi. Terlupa pula saya. 

Baiklah. Anda bersedia..? 

Sila tarik nafas dalam-dalam, kembangkan hidung dan hembus perlahan-lahan.

Jeng jeng jeng.

Design 1


Warna: Putih
Jenis kain: Kapan. Eh. Kapas.
Kuot dalam kotak dialog (depan): "It's time to wake up, people."
Kuot di belakang: "Mencari redha Ilahi tidak semudah memasak megi."

Design 2


Warna: Kelabu debu (Baca: Ash-grey)
Jenis kain: Kapas juga
Kuot dalam kotak dialog (depan): "Apa lagi yang hang dok tunggu tu?"
Kuot di belakang: "Biar tidak glamor di mata manusia, tetapi popular di langit sana!"

Amacam..? Rasa kalau pakai t-shirt ni pergi pasar malam, akan kena tegur tak dengan makcik jual ikan..? Wahahaha.

Ehem.

Harga pasaran yang dicadangkan untuk t-shirt ini adalah dalam lingkungan RM20-30.

Kepada anda yang berminat untuk menempah salah satu atau salah dua daripada baju ini, silalah tanpa segan-silu mengisi borang INI.

(Sila klik pada pautan dan ikuti arahan pada borang untuk mengisinya.)

Kepada anda yang ragu-ragu atau was-was, InshaAllah t-shirt ini adalah syariah compliant. Eheh. Malah boleh dibawa solat kerana gambar pakcik di hadapan itu bukanlah makhluk yang sempurna; dia tidak bertelinga dan hanya ada kepala dan bahagian badan atas. Cuma dinasihatkan tidak memakainya di masjid kerana dikhuatiri tok siak, pak bilal dan tuan imam akan berebut-rebut menarik t-shirt itu daripada tubuh badan anda dek terlalu kagum dan jeles dengannya. Kehkehkeh.

Sekiranya saya mendapati permintaan untuk t-shirt ini menggalakkan, InshaAllah baharulah saya akan meminta anda yang telah menempah untuk membuat pembayaran. Penghantaran t-shirt akan dilakukan selepas itu. Buat masa ini, penghantaran hanya akan dilakukan dalam Malaysia sahaja. Maaf kepada anda yang tinggal di luar Malaysia; harapnya tidak terjun gaung ya? Eheh.

Tempoh bancian/tempahan untuk t-shirt ini akan dibuka sehingga 5.00pm hari Rabu (waktu Malaysia), 3 Julai 2013. Sebarang surat-menyurat atau rayuan selepas itu tidak akan dilayan sama sekali, melainkan anda sudi membelanja saya segelas teh tarik cawan besar satu bhaaaiii! Eh.

Saya juga amat mengalu-alukan sebarang komen, kritikan, cadangan penambahbaikan atau teguran yang membina. Miskol dan sms liar tidak akan dilayan sama sekali. Wahahaha. 

Baiklah, sekian sahaja daripada saya. Moga Allah redha. Senyum.

-gabbana-

27 June 2013

Kicauan Sorga

[Kredit]

Bosan.

Tweet.

Fudhail menanti-nanti kalau ada yang mahu membalas kicauannya. Tidak ada.

Down.

Tweet. 

Dia berharap lagi jika ada yang akan memberi maklum balas. Aih followers ada lah seribu lebih. Takkan takde sapa nak respond kot?

Masih tiada apa-apa.

Dia cuba sekali lagi.

Dunia ni tidak adil! Aarrgghh stress!

Tweet.

Dia menanti selama seminit. Kali ini cubaannya berjaya.

"Anda ok?"

Enonimus membalas kicauannya. 

Fudhail tersenyum. Enonimus. Antara pengikut tegarnya. Setiap kali dia berkicau nasihat atau tips-tips Islami, pasti Enonimus antara orang yang pertama akan mengicau semula. Sering juga Enonimus memberikan komennya sendiri kepada kicauan Fudhail.

Teringin juga dia mengenali empunya diri yang sebenar Enonimus. Daripada cara kicauannya, Fudhail boleh mengagak yang Enonimus adalah seorang lelaki. Tapi seperti namanya, Enonimus adalah seorang yang misteri. Gambar profailnya pon diletakkan gambar kanak-kanak Palestin yang sedang mengibar bendera dengan penuh bangga. Pada akaun Pengicaunya tertulis:

"Hamba Allah yang marhaen. Mahu masuk sorgaNya, walau dengan apa cara. Irdina, ya Allah."

Tidak  lebih, tidak kurang. Misteri. 

Pantas Fudhail menaip jawapan balas pada telefon pintar Sony Xperia Z miliknya. 

"Hhhmmm. Tak ok."

Tweet.

"Kenapa? Ada tahi bintang landing sebelah rumah ke? Eheh."

Pantas Enonimus membalasnya. 

Fudhail tertawa kecil.

"Haha. Bukan. Ada tahi bintang kat hati ni. Lately selalu rasa macam tak tenang. Resah. Gundah. Tak tahu kenapa."

Tweet. 

"Ooh. Quran cukup? Solat berjemaah? Maathurat buat? Zikir harian cukup kuota? ;)"

Sentaaapp. 

Fudhail teragak-agak mahu membalasnya. Nanti orang kata aku riya' pulak. Ah lantaklah.

"Alhamdulillah so far so good. Macam biasa. Tapi hati masih tak tenang. Kenapa ek?"

Tweet. 

Lama Fudhail menunggu kicauan balas dari Enonimus. Tidak ada. Sementara menunggu, adalah kicauan lain yang masuk, yang bertanyakan khabar dan sebagainya. Hendak tak hendak Fudhail membalasnya. Fudhail masih ternanti-nanti kicauan daripada Enonimus. Perbualan itu sudah dimulakan; ia mesti dihabiskan. 

Fudhail semakin resah menantikan kicauan daripada Enonimus. Dia ni, tidur ke? Nak kata pergi solat, Zuhr lambat lagi. Hmmm. 

Tidak semena-mena Xperia Z-nya bergetar dan mengeluarkan bunyi burung mencicip, menandakan ada kicauan yang masuk. 

"Kalau macam tu, ada benda lain tak yang mengganggu anda?"

Fudhail teruja. Dengan pantas dia membalas.

"Contoh?"

Tweet. 

"Entah. Result hekzem teruk ke. Kena marah ngan mak ke. Ada peminat stalk anda ke. Heheh. Atau.."

Fudhail berkira-kira setelah membaca kicauan Enonimus itu. Result hekzem alhamdulillah ok. Aku dengan mama so far takde apa-apa. Peminat stalk memang ramai. Eh. Atau...?

"Atau..?"

Tweet.  

Perbualan di alam maya antara Fudhail dan Enonimus bertambah rancak. Hati Fudhail berdebar-debar, menantikan jawapan daripada Enonimus. 

"Keikhlasan. Ya, keikhlasan mungkin..?"

Jantung Fudhail terasa seperti disentap kuat apabila membaca kicauan Enonimus itu. Keikhlasan..? Eh aku tak ikhlas ke selama ni..?

Kicauan dari Enonimus masuk lagi.

"Mungkin selama ni anda berkicau bukan sebabNya? Tapi sebab nak glamor? Nak kumpul ramai followers?"

Panas. Panas.

"Atau sebab nak pikat akhawat? Atau nak tunjuk bagus? Atau apa-apalah sebab yang tiada kena-mengena dengan nak kejar redhaNya?"

Koyak. Rabak.

Jantung Fudhail berdegup kencang. Dia tak tahu nak berkicau balas yang bagaimana.

"T..T"

Tweet.

"Anda, hati ni raja kepada tubuh badan. Kalau kita biarkannya dikotori dan tercalit dengan niat yang tidak ikhlas, hati akan jadi raja yang..."

Dah cukup 140 karakter. Potong stim betullah Twitter ni! Cis.

Kicauan Enonimus masuk lagi.

"...jahat. Tapi fitrah hati, dia nak jadi raja yang baik. Mungkin sebab tu dia x senang duduk? Mungkin sebab tu x tenang? Dia memberontak."

"Oii oii. Dah la tu. Dah cedera parah dah ni..."

Tweet.

Jujur, memang Fudhail terasa benar dengan kicauan Enonimus. Jauh di sudut hatinya, dia merasakan ada benarnya dengan kata-kata Enonimus. 

"Hehe. Mana boleh akhi. Saya syg anda. Saya x mahu anda jatuh ke dalam gaung neraka. Ni hah, ada nasihat daripada kembar anda."

Kembar?

"Kembar? Sapa kembar saya?"

Tweet.

"Fudhail juga. Fudhail bin Iyadh. Katanya: Meninggalkan amal kerana manusia termasuk riya'. Adapun beramal kerana manusia..."

"...termasuk perbuatan syirik."

Zraaassss. Kali ini Fudhail benar-benar mahu mengalirkan air mata jantan. 

"Anda dah habis ke akhi..? Dah nazak anda belasah saya ni..."

Tweet.

"Hihihi. Ok dah. Untuk hari ini. Anda yang tadi kata bosan dan stress kan? Saya nak ceriakan hari anda je. ^^V"

Fudhail tersenyum. Matanya berkaca. Allah.. Dia dapat merasakan keikhlasan dan kejujuran Enonimus. Kepingin benar dia mahu bertemu mata, bercipiki-cipika dengan Enonimus. Ah! 

"Jzkk akhi. Saya amat menghargainya. Akhi, sumpah saya nak kenal anda. Boleh kita berkenalan..?"

Tweet.

Fudhail terpaksa menunggu beberapa saat sebelum kicauan balas Enonimus masuk. Berdebar-debar.

"Sudah tentulah boleh akhi! Saya pon teringin nak berkenalan dengan anda!"

Bersinar-sinar mata Fudhail membaca kicauan Enonimus. Dengan penuh teruja dia membalasnya.

"Yeah..?? Hoyeaahh! Bila kita boleh berjumpa..?? Di mana...??"

Tweet.

Kali ini Fudhail terpaksa menunggu lebih lama lagi. Sehingga resah gelisah dibuatnya. Dipegang eratnya Xperia Z-nya itu dan dipandang tepat skrin telefon pintarnya. Takut benar dia terlepas kicauan balas Enonimus.

Akhirnya telefonnya bergetar dan mengeluarkan bunyi cicipan burung, tanda ada kicauan yang masuk. Dan Fudhail hanya mampu terkedu membaca kicauan balas Enonimus.

"Sorga. Biidznillah. Senyum."

-gabbana-

Kadang-kadang nasihat yang paling berguna, datangnya daripada sumber atau orang yang paling kita tidak sangka-sangka. Bersyukurlah andai itu berlaku, kerana itu tandanya Allah benar-benar sayangkan dan rindukan kita.

26 June 2013

Menjadi Fatih Seferagic

gabbana Seferagic. Eh? [Kredit]

Untuk anda yang mengikuti Pengicau dan MukaBuku saya, pasti ada tahu yang semalam saya asyik meroyan tentang Fatih Sefaregic. Bukan tentangnya secara spesifik, tetapi lebih kepada sikap makhluk bernama perempuan yang tidak dapat mengawal diri dan keterujaan terhadap pemuda berketurunan Bosnia yang menetap di Amerika itu.

Dan saya tidaklah meroyan pon sebenarnya. Sekiranya anda bersama-sama saya ketika mana saya sedang menaip status-status tersebut, pasti anda terasa seperti mahu memukul saya melihatkan saya yang begitu selamba dan bergaya. Wahahaha.

Lari laju-laju. 

Jujurnya, saya tidaklah ambil tahu sangat pasal pemuda yang telah mencetuskan fenomena  terbaru ini. Nak eja nama dia pon tak reti. Baharu semalam saya tahu bagaimana nak eja namanya dengan betul. Marah makcik-makcik peminat tegar si Fatih sebab saya eja namanya salah! 

Tangan di dada, mata pandang ke atas. Terkedip-kedip. 

Saya mula mengetahui kewujudan si Fatih pada beberapa bulan yang lalu, apabila menekan pautan pada garisan masa akaun MukaBuku saya yang memperlihatkan Fatih sedang mengimamkan solat terawih ketika itu. Ya, suaranya cukup merdu dan mengagumkan. Dan saya benar-benar terpesona dengan anugerah yang telah Allah berikan kepadanya itu.

Tetapi tidak lebih daripada itu. Tidaklah pula saya terkinja-kinja mahu mengetahui dengan lebih lanjut siapa si Fatih ini. Masa pon berlalu. Bangunan pon semakin banyak dibina. Rakyat Syria terus menderita. Bilangan uban pada di kepala pakcik tiri belah mak saudara angkat anda semakin bertambah. Eh. 

Sehinggalah baru-baru ini, apabila heboh yang Fatih mahu datang ke Malaysia. Ketika itu sudah mula riuh-rendah di MukaBuku terutamanya dalam kalangan anak-anak gadis yang berangan-angan mahu bersuamikan Fatih. Erk. Ketika itu juga pertama kalinya saya mendapat tahu yang adanya perbandingan dibuat antara Fatih dan Justin Bieber. 

Garu kepala.

Namun ketika itu saya masih acuh tak acuh. Tiada apa yang benar-benar menarik minat saya tetang Fatih. Maaf, mungkin ada yang tersinggung atau tak puas hati dengan kenyataan saya ini, tapi minat itu tidak boleh dipaksa-paksa bukan? 

Dan dari satu aspek, saya tidak menyalahkan anak-anak gadis, terutamanya yang ala-ala Islamik bertudung litup dan sopan santun lalu depan orang tua siap tunduk dan bongkok heyy! Err. Kerana Fatih bukan calang-calang pemuda. Ketika usia yang masih muda, dia sudah pon menghafal al-Quran. Dengan suaranya yang sungguh merdu dan rupanya yang menawan, Fatih Seferagic adalah satu pakej yang diidam-idamkan oleh ramai perempuan. 

Siapa tidak mahu yang berimamkan seorang pemuda kacak bergaya, hidung mancung, kulitnya mulus dan yang lebih daripada itu, punya suara lunak ketika mengalunkan ayat-ayat chentaNya..? 

Pergh. Memang lejen!

Maka pada mulanya saya melihat reaksi dan sambutan luar biasa anak-anak gadis muslimah terhadap Fatih adalah suatu perkara normal pada usia sebegitu. Tanda hormon tidak stabil. Wahahaha. Malah boleh dikatakan ok jugalah sikap mereka yang sebegitu, daripada mereka terkinja-kinja dan terpekik terlolong pada artis K-Pop atau hero Hindustan! 

Namun semalam, saya menerima mesej peribadi daripada seorang muslimah, yang meminta saya menegur sikap segelintir kaum Hawa yang seperti tidak ada harga diri dan kehormatan, apabila mengebom laman Instagram Fatih dengan komen-komen yang padanya cukup memalukan dan tidak menggambarkan akhlak mereka sebagai seorang muslimah. Malah saya terbaca suatu komen seorang makcik yang dikopipes daripada akaun Instagram Fatih yang menyatakan rasa malunya pada anak-anak gadis yang seolah-olahnya hilang pertimbangan dan rasional diri. Komennya itu khas ditujukan buat anak-anak gadis di Malaysia. Adeh.

Untuk rekod, saya belum lagi melihat sendiri komen-komen yang dimaksudkan pada akaun Fatih. Jujur saya tidak sanggup untuk membacanya sendiri; tidak sanggup melihat saudari-saudari sebangsa dan seagama memalukan diri sendiri dan merendahkan martabat diri hanya kerana seorang lelaki. 

Sayugia bermulalah 'serangan' saya bertalu-talu di MukaBuku, di mana saya menulis status-status cili api berapi, ditujukan khas buat gologan anak-anak gadis yang berangan-angan mahu menjadi suri hati si Fatih. Reaksinya? Boleh tahan kontroversi jugalah. Saya separuh jamin yang nama Inche gabbana adalah antara nama yang dibenci dan disenaraihitamkan oleh para peminat kipas-susah-mati lagi tegar Fatih Seferagic semenjak serangan semalam. Eheh. 

Ada yang mengatakan saya tidak berlapang dada. Ada juga yang mempertahankan tindakan mereka itu dengan mengatakan yang sudah menjadi fitrah manusia sukakan kepada kecantikan dan kehenseman. Dan ada juga yang coba bersilambam dan taichi dengan menuding jari kepada kaum lelaki pula!

Saya benar-benar tidak dapat mengotakkan ini! (Baca: I cannot brain this!)

Wahai saudari-saudari seaqidahku, cuba periksa kembali niat dan tujuan anda meminati lelaki yang satu ini? Benarkah semata-mata kerana suaranya yang sedap dan lunak mengalunkan ayat-ayat al-Quran? Benarkah kerana ilmu agamanya yang tinggi? Benarkah kerana akhlak dan tatasusilanya yang terpuji..? 

Jika benar semua itu, dah, punyalah ramai pemuda-pemuda yang sama tarafnya atau lebih hebat lagi daripada si Fatih itu! Mengapa baharu sekarang nak terhegeh-hegeh memuji dan memuja seorang hafiz yang satu ini dalam kalangan jutaan hafiz yang ada?

Kerana rupa parasnya bukan? Kerana hidungnya yang mancung bukan? Kerana kulitnya yang mulus bukan? Kerana senyumannya yang menawan bukan? Kerana janggutnya yang sejemput itu bukan? 

Tidak mahu mengaku? Baiklah. Sekarang pejamkan mata. Bayangkan anda sedang mendengar suara merdu persis suara Fatih, malah lebih lunak dan mendayu-dayu lagi. Sila buka mata anda. Apa yang anda lihat di hadapan anda sekarang adalah seorang lelaki berkulit hitam legam, hidungnya kembang, rambutnya kerinting, bibirnya tebal dan badannya gebu. Nah, adakah anda masih mahu terkinja-kinja penuh histeria meminati pemuda ini..? 

Akak-akak makcik makcik, sila tarik tudung dan tanya iman anda. Oih.

Hai saya Syaikh Sudais. Saya pon hafal Quran juga. Anda tak mahu berkenalan dengan saya? [Kredit]

Jujurnya, status-status yang saya tulis itu adalah dalam rangka kasihnya saya kepada saudari-saudari seaqidah saya di luar sana. Bagaimana bisa saya membiarkan mereka dengan sengaja merendahkan martabat mereka yang tinggi tu dan menghina status seorang perempuan yang cukup mulia? Apatah lagi apabila ia bisa mendatangkan fitnah besar kepada agama sya yang terchenta ini. Alangkah zalimnya sekiranya saya hanyha mendiamkan diri dan tidak berbuat apa-apa.

Dan lebih daripada itu, saya sayangkan Fatih Seferagic meski kami tidak pernah bertemu muka dan saya bukanlah peminat tegarnya. Saya amat-amat kasihan dan simpati kepada dirinya yang sebenarnya.

Pada usia yang begitu muda, untuk meraih populariti yang sebegitu hebat dan raksasa, saya kira adalah fitnah yang cukup besar lagi mengalirkan peluh besar buat dirinya. Walau sehaibat dan segaban mana pon si Fatih itu, hakikatnya dia tetap adalah seorang lelaki. Dan bagi seorang lelaki, tidak ada fitnah dan cobaan yang lebih besar melainkan fitnah dan cobaan yang datangnya daripada makhluk bernama perempuan. 

Saya membayangkan saya berada di dalam kasut Fatih dan saya tahu, cabarannya lebih besar daripada dihempap guni beras cap Taj Mahal seberat limapuluh kilo. Eh. Dipuji oleh anak-anak gadis mugil yang mahu berkahwin dengannya. Dipuja oleh muslimah-muslimah yang mahu menjadikan dirinya sebagai imam hidup mereka. Menjadi ikon contoh tauladan kepada anak-anak muda beragama Islam di seluruh dunia. Dijemput ke acara-acara besar untuk mengalunkan suaranya yang merdu itu. Diminta untuk menjadi duta dan model kepada produk-produk tertentu. 

Pergh memang cukup mengetarkan kepala lutut. 

Tidak hairanlah, Allah telah mengabdikannya di dalam al-Quran sejak seribu empat ratus tahun yang dahulu lagi, betapa wanita menduduki tempat pertama sebagai cabaran utama yang cukup getir buat kaum lelaki.

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia chenta terhadap apa yang diinginkan, berupa PEREMPUAN PEREMPUAN, anak-anak, harta benda yang bertompok dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang..."
[ali-Imraan, 3:14]

Sudah tentulah peringatan ini ditujukan khas buat kaum lelaki bukan? Dan setahu saya, tidak ada pula mana-mana ayat dalam al-Quran yang menyebut, "Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia chenta terhadap apa yang diinginkan, berupa LELAKI LELAKI..."

Tersembur.

Daripada Usamah bin Zaid r.a. dari Nabi SAW sabdanya, "Aku tidak tinggalkan selepas kematianku satu ujian kepada kaum lelaki yang lebih mencabar melainkan ujian dengan perempuan."

[Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Gulp.

Saya kira, walau betapa kuat pon Fatih Seferagic itu, namun jika diasak bertubi-tubi oleh syaitonirojim berupa jin dan manusia sehari-hari, suatu hari nanti dia akan tewas juga. Walau sehaibat mana pon Fatih pada pandangan kita, andai dia terus dipuji dan dipuja, tidak mustahil dia akan larut dalam permainan duniawi yang cukup mengerikan ini. Nau'dzubillah. 

Untuk Fatih, meskipon dia tidak mengenali saya (dan konfem tak faham penulisan kali ini), saya doakan agar anda terus kuat dan tsabat. Jagalah hati dan jiwa anda. Jauhi fitnah-fitnah dunia yang boleh menghancurkan diri anda. Jangan biarkan ayat-ayat chenta yang sudah bersemadi di dalam jiwa anda itu, sedikit demi sedikit pergi meninggalkan anda dek nafsu serakah yang menguasai diri. Nastaghfirullahal adzim. 

Dan untuk kaum perempuan di luar sana, sekiranya anda benar-benar minat dan sayangkan insan bernama Fatih Seferagic itu, hentikan pujian dan pujian anda kepadanya. Doakan agar dia terus kuat dan hebat di atas jalan ini. Hentikan angan-angan di siang hari yang hanya akan membuka luas pintu kepada syaitan untuk terus menjadikan anda hanyut dan larut. Tak usahlah buat benda-benda yang mengarut seperti meninggalkan komen chenta dan harapan pada laman media sosialnya. Ia hanya akan memalukan diri anda dan mendatangkan fitnah pada ad-deen yang mulia ini.

Fatih Seferagic adalah milik Allah, aset kepada ummah. Jangan rosakkan dia hanya kerana mahu memuaskan nafsu dan kepentingan diri anda. 

Benar, Allah telah anugerahkan dia dengan pelbagai kelebihan dan wajar dia manfaatkannya untuk kepentingan dan kemajuan agama ini. Maka bantulah dia untuk melajukan lagi perjuangan dirinya, dan bukannya menghancur ranapkan masa hadapannya. 

Kepada anda yang mengatakan saya cemburu dan jeles kepada Fatih Seferagic, ini pengakuan saya. Saya gila sekiranya tidak cemburu kepada seorang pemuda yang sudah menghafal Quran pada usia yang cukup muda, ditambah pula dengan suaranya yang lunak dan paras rupanya yang mempesona! Oiiihh jeles bak hang!

Tapi ketahuilah! Fatih bukan seorang! Saya yakin, masih raaamaaaaii lagi pemuda-pemuda seperti Fatih di luar sana, malah yang lebih haibat dan hensem lagi! Ahah. Mereka adalah marjan yang tersimpan rapi di dalam cengkerangnya, hanya menunggu masa untuk dijumpai. Dan andai mereka tidak dikenali atau diketahui sepanjang hayat sekalipon, itu tidak mengapa.

Kerana biarlah tidak glamor dan tidak dipandang manusia di dunia, asal menjadi pojaan seluruh penduduk langit dan selebriti di sorga sana! 

-gabbana-

Terasa macam mahu menulis lebih panjang lagi. Tetapi cukuplah. Cukuplah sekadar menyampaikan mesej yang perlu disampaikan. 

Maaf juga andai bahasa dan gaya penulisan kali ini sedikit kasar dan terlalu jujur lagi berterus-terang. Kepada anda yang terasa hati dan rasa seperti mahu mencampakkan saya ke dalam gaung, anda pasti pembaca baru belog APG bukan..? Eheh. 

Moga Allah redha. 

25 June 2013

Jauh Lah!

[Kredit]

"Saya paling terkesan dengan ikhwah ah, macam mana diorang layan saya. Walaupon saya dah lama tak ke [konferens riang], tak menyumbang apa-apa pon, tapi diorang tetap layan saya macam biasa. Macam saya tak buat apa-apa salah pon. Ramai la ikhwah yang bagi sokongan kat saya semua.

[Inche gabbana] pon ada peranan juga. Kadang-kadang tu bila saya down, baca status-status [Inche gabbana] memang buat saya naik semangat ah. Best ah baca status-status [Inche gabbana]."

Saya terkedu. Tidak tahu untuk memberi maklum balas yang bagaimana.

Mujur saya duduk di bahagian hadapan, di sebelah pemandu. Jika tidak, sudah pasti terkantoi yang mata saya sudah mula berair dek orang memotong bawang dengan rancaknya. 

Ketika itu kami dalam perjalanan menuju ke destinasi jaulah (Baca: Jalan-jalan memburu redha Ilahi) kami. Untuk mengisi masa terluang di dalam kereta, kami melakukan aktiviti yang kami gelarkan sebagai 'taaruf baby'; setiap orang wajib memperkenalkan diri masing-masing dari saat dia dilahirkan sehinggalah sekarang ini yang dirinya sudah menjadi gebu dan montok. Eh. 

Dan sudah tentulah, bahagian peberet saya dan yang sering saya tekankan adalah pengalaman disentuh tarbiyah; saat-saat ketika mana makcik Hidayah melanggar kuat bahu di tepi jalan. Atau dengan kata lain, titik tolak perubahan pada diri. 

Saya tidak sangka perkongsian Hadek W benar-benar menyentuh kalbu kejantanan saya. Ehem. Jujur saya katakan, sebelum jaulah tersebut, saya tidak mengenali Hadek W begitu baik. Malah ketika Hadek W diletak untuk bersama-sama kami yang lain di dalam Humairaa (nama manja untuk kereta saya), ada sedikit awkward moment di situ.

Krikk kriikkk. Ada dengar bunyi cengkerik tak..? 

Jika hendak dibandingkan dengan hadek-hadek yang lain, sememangnya Hadek W antara hadek-hadek yang paling saya tidak rapat sekali sehingga saat itu. Apatah lagi Hadek W bukanlah hadek bulatan gembira saya sendiri. Namun saya berani katakan pada hari ini, wallahi saya amat-amat bersyukur yang Allah telah mentakdirkan Hadek W untuk menaiki Humairaa bersama-sama kami. Terlalu banyak yang telah saya pelajari daripada Hadek W. Sungguh, percaturan Allah itu amat cantik lagi bergaya.

Kebetulan itu bahasa Argentina kan..? 

Perkongsian yang ringkas tetapi cukup menusuk kalbu itu mengajar saya dua perkara yang besar dan cukup bermakna:

1) Makcik Hidayah benar-benar milik Allah dan Allah sahaja. Apabila Dia mengkehendaki seseorang hambaNya yang terpilih untuk ditampar Makcik Hidayah, meski sebelum itu dia adalah manusia yang paling keji di seluruh galaksi bimasakti atau manusia yang paling jauh dengan Rabbnya, dia akan tetap ditampar berulang-kali. Dan andai Allah tidak mengkehendaki seseorang hambaNya itu dilanggar Makcik Hidayah, buatlah apa pon - tikam dengan pedang, bakar sampai hangus hatta lempang berkali-kali ala-ala Berusli - nescaya hatinya tidak akan tersentuh walau seinci. 

"Sungguh engkau tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki., dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[al-Qasas, 28:56]

2) Kadang-kadang itu, Makcik Hidayah akan datang menyapa kita dengan cara yang paling tidak kita sangkai. Kerana Allah punya caraNya yang tersendiri yang cukup manis dan berkesan untuk menunjukkan kasih sayangNya kepada kita. 

Kalau macam kes Hadek W ni, layanan ikhwah lah yang menyebabkan dia paling terkesan dan ingin kembali aktif bergerak dalam gerabak tarbiyah dan dakwah. Tapi yang menyebabkan saya sedikit terkesima dan terkedu adalah bagaimana status-status dan kicauan saya yang marhaen lagi merapik itu pon boleh menyumbang sama dalam hal ini.

Muka terkejut.

Oh bukan, sama sekali bukan untuk membangga diri. Astaghfirullahal adzim. Point saya adalah, kadangkala kita sangkakan usaha-usaha tarbiyah dan dakwah kita kecil dan tidak signifikan. Kita perkecilkan kemampuan kita. Kita pandang rendah kepada kapasiti yang ada pada kita untuk menyebarkan risalahNya. 

Tanpa kita sedari, rupa-rupanya ada orang di luar saya yang terkesan dengan tindak-tanduk kita. Dan tanpa kita ketahui, rupa-rupanya ada orang di luar sana yang mahu menjadi seperti kita.

Walaupon ia sekadar sekuntum senyuman.

Meskipon ia setakat kita duduk di suatu sudut dan membaca al-Quran.

Walaupon ia sekadar kita menyebarkan salaam.

Meskipon ia setakat kita berkongsikan video ceramah Ostad Ajhar Idrose. 

Walaupon ia sekadar kita bersms bertanya khabar.

Dan meskipon ia hanyalah status-status dan kicauan yang dirasakan mengarut dan tidak menambahkan iman!

Ya, rupa-rupanya ada yang terkesan dengan perbuatan dan tindak-tanduk kita di luar sana. Kerana sungguh, hidayah itu milik Allah...!

Lantas saya teringat kepada kisah Syaikh Muntalaq, Ahmad Muhammad ar-Rasyid, yang pernah suatu ketika mahu berputus-asa daripada menulis kerana merasakan usahanya itu sia-sia dan tidak mengesankan sesiapa. Sehinggalah dia terjumpa dengan seorang pemuda di lapangan terbang yang mahu keluar berjihad. Apabila as-Syaikh yang kagum dengan keputusan pemuda itu bertanyakan kepadanya, apakah yang menyebabkan semangatnya begitu membara untuk keluar berjihad, pemuda itu menjawab, kerana tulisan Syaikh Ahmad Rasyid!

Peristiwa itu telah menyebabkan as-Syaikh terpukul, lantas menarik kembali hasratnya untuk berhenti menulis. Tidak disangkanya, di luar sana ada jiwa-jiwa yang terkesan dengan hasil tulisan tangannya!

Begitulah. 

Jangan sesekali berputus-asa dengan usaha-usaha tarbiyah dan dakwah kita. Meski manusia lain melihatnya tidak signifikan. Walau ada orang yang mencemuh usaha-usaha ikhlas kita. Walaupon ada yang merasakan apa yang kita lakukan itu sia-sia.

Teruskan menulis status-status dan kicauan nasihat pada laman peribadi anda.

Teruskan memasak lauk-pauk yang sedap dan lazat untuk hadek-hadek bulatan gembira anda. 

Teruskan berkongsi emel-emel pembakar semangat di dalam kumpulan emel para penggerak dakwah di kawasan anda.

Teruskan bertanya khabar iman dan taqwa kepada ikhwah terchenta.

Teruskan menganjurkan aktiviti-aktiviti ukhuwwah yang mengumpulkan ikhwah bagi merapatkan hubungan sesama kalian.

Kerana ketahuilah, hidayah itu milik Allah. Tugas kita hanya menyampaikan. Kita tidak mungkin tahu bagaimana Allah mahu menyentuh hati-hati di luar sana. Kerana tugas kita hanyalah berusaha; hasil akhirnya kita serahkan padaNya. 

Jangan sesekali berputus-asa! Anda pasti akan merasakan kelazatannya suatu hari nanti; jika tidak di dunia, di sorga sana! Biidznillah!

Terima kasih Hadek W. Perkongsian anda yang singkat telah benar-benar memukul jiwa dan raga saya. Pendedahan anda yang jujur lagi tulus telah membangkitkan ruh saya yang telah lama lena. 

Ijinkan saya mengkuot Hadek W sekali lagi, kali ini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas empat hari berjaulah.

"Benda yang paling saya appreciate time jaulah ni adalah ukhuwwah. First time rasa betul-betul rapat dengan semua orang. Dapat kenal [Hadek R], [Hadek S] dan [Hadek T]. Dan.. dapat kenal [Inche gabbana] jugak. Waktu bahagi kereta hari itu, memang rasa berat ah satu kereta dengan [Inche gabbana]. Hahaha. Tapi bila dah kenal, ok je."

Cis, perasaan kami sama rupanya. Wahahaha. Tambah Hadek W lagi: 

"Inilah kali pertama saya dapat jadi diri saya yang sebenar depan ikhwah semua. Sebelum ni pernahlah sekali dua. Tapi time jaulah ni lah saya jadi diri saya yang betul-betul sebenar. Doakan saya tsabat ikhwah."

Boleh hulurkan saya tiga helai tisu cap Premier?

Hadek W, anda telah menjadikan jaulah saya kali ini betul-betul bermakna. Walaupon ia perjalanan yang jauh, tapi saya mengharapkan perjalanan ini dapat dijauhkan lagi kerana sungguh, saya mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi! Pasti ada sebab Allah ketemukan hati-hati kita di saat-saat akhir kan..?

Biar jauh di mata, tetapi dekat di hati! Biar jauh tubuh badan, tapi dekat perasaan! Dan biar jauh perjalanan, tapi semakin dekat pada redha dan chentaNya! Ewaaaahh!

Jay zek kay kay Hadek W!

Senyum, air mata mengalir perlahan.

-gabbana-

Baru beberapa hari usai berjaulah, sudah rindu banget pada hadek-hadek terchenta. Espeseli pada ahlul Humairaa; amat rindu untuk berjimba dan gila-gila bersama anda semua!

Oh, kenyataan saya tentang usaha-usaha tarbiyah dan dakwah itu, harapnya tidak disalah faham dengan mentarbiyah dan berdakwah dengan cara dan kaedah yang paling muntij. Ya, kita semua mah mentarbiyah dan berdakwah. Tapi pastilah dengan cara yang terbaik dan paling efektif, dan bukan cicai boncai dan caca marba bukan..? Senyum.

InshaAllah di lain masa saya akan berkongsi lagi pengalaman semasa berjaulah tempoh hari. Kerana sungguh, ia benar-benar bermakna buat saya! 

Senyum sambil buat pipi gebu.  

24 June 2013

Apa? Dai'e Ada Jahiliyyah..?? *jatuh kerusi*

[Kredit]

Betulkan tempat duduk. Tarik nafas dalam-dalam.

Ini bukankah suatu post yang mudah untuk ditulis. Selain daripada bakal mengoyak dan merobek banyak hati di luar sana, ia juga merupakan tempeleng kuat buat diri sendiri. 

Tetapi kebenaran tetap perlu diungkapkan, walau ia sepahit hempedu dan semasin kari ayam terlebih garam. Eh. 

Baiklah.

Singsing lengan. 

Dahulu apabila kita mula-mula berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah ini, antara perkara yang paling sukar dilakukan selain daripada bertajammuk (menggabungkan) diri kita dengan gerabak yang bergerak laju ini adalah beriltizam untuk mengikis semua karat jahiliyyah yang ada pada diri. Pertama kali kita mendengar pengisian Babai Jahiliyyah, kepala kita dihempap guni beras Faezah dan pipi kita ditampar dan dilempang berkali-kali.

Sakit. Pedih. Seriau. 

Pada mulanya kita hidup dalam penafian (Baca: Self denial). Kita tidak boleh menerima hakikat aktiviti seharian kita seperti merokok, berkapel, marathon movie, bermain game dan sebagainya, dikira sebagai jahiliyyah. Kita mencari-cari dalil dan alasan untuk terus menghalalkan perbuatan dan tabiat kita itu. 

Namun apabila kita mula aktif dalam tarbiyah dan dakwah, apabila kita sudah mula mentajmik dan mendekati hadek-hadek, apabila kita sudah mula terlibat dalam perbincangan dan penyusunan gerak kerja dakwah, kita mendapati bahawah jahiliyyah-jahiliyyah yang ada pada diri benar-benar menjadi penghalang kepada lajunya kita di atas jalan ini. Aktiviti-aktiviti lagha dan tidak berfaedah kita berpotensi besar untuk menjadi fitnah kepada panji yang kita bawa. Kita semakin jelas bahawa jahiliyyah dan maksiat yang kita cuba pertahankan itu sebenarnya menjadi beban dan kesukaran kepada kita.

Kita akhirnya, dengan bimbingan dan taufiq daripadaNya, bersetuju bahawa kita mesti dan wajib berusaha untuk meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah ini. Maka kita pon dengan susah-payahnya, dengan hidung kembang-kempisnya, dengan tudung labuh shiuhh shiuuuhh ditiup anginnya, berusahalah dengan segigihnya untuk mula meninggalkan tabiat-tabiat lama yang dikira sebagai jahiliyyah itu. Dengan bantuan dan sokongan daripada ikhwah/akhawat terchenta, ditambah pula dengan kesungguhan kita merapatkan hubungan kita dengan Allah 'Azza Wajalla, kita mula merasakan kemanisan hidup yang bebas daripada jahiliyyah. Kita semakin faham dan yakin mengapa kita sering dituntut dan disuruh untuk segera menghalau jauh-jauh jahiliyyah yang bertepek dan berteduh di dalam hati kita. 

Nikmat. Bahagia. Mata bersinar-sinar.

Tarik nafas lega.

Namun...

*lagu latar belakang saspen*

Dek kerana terbiasanya kita dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang lama, tindakan kita meninggalkannya menyebabkan kita telah turut meninggalkan suatu vakum, ruang kosong dalam diri kita. Masakan tidak. Dahulunya berjam-jam kita habiskan untuk bermain DOTA dan PES. Berjam-jam kita habiskan menonton filem Korea dan Hindi. Berjam-jam kita habiskan untuk bertemu janji dengan kekasih pojaan hati. Berjam-jam pula kita sanggup habiskan untuk mencuci mata di gedung beli-belah, pulang dengan tangan yang kosong pon kita dah hepi. Arakian apabila kita telah tinggalkan semua itu, kini hidup kita kekosongan. Masa yang ada kita tidak tahu untuk isikan dengan apa.

Kita kebingungan. Kita keliru. Kita garu kepala.

Maka kita pon menggantikan kekosongan masa yang ada dengan akviti baru yang mematuhi prinsip-prinsip tarbiyah dan syariah. Kita mula berjinak-jinak dengan seni fotografi untuk kita hasilkan kertas dinding (Baca: Wallpaper) osem bertemakan kuot-kuot tarbiyah dan dakwah. Kita buka akaun beloger untuk kita mula menulis post-post Islamik untuk tatapan ramai, terutamanya para penggerak dakwah. Kita buka laman khas di MukaBuku untuk kita kongsikan video, artikel, status dan yang seumpamanya yang bertemakan tarbiyah dan dakwah untuk faedah bersama. Kita semakin rapat dengan ikhwah, berjimba naik Bukit Broga bersama mereka dan turun bermain futsal bersama-sama. Kita mula berkecimpung dalam pembuatan video untuk kita hasilkan video-video bermesej Islami dan untuk kita sertai Pertandingan Video Osem APG. Eh.

Sempat lagi promot kau. Wahahaha. 

Semuanya tampak baik-baik belaka. Semuanya ok dan lancar. Semuanya bagus dan anda berhak mendapat tepukan syabas di bahu. Malah usaha-usaha anda ini disanjung tinggi dan mendapat sokongan terpuji kerana berjaya menarik minat lebih ramai orang di luar sana untuk berkenalan dengan tarbiyah dan dakwah. Sudah mula ada yang bertanya tentang bulatan gembira. Sudah ada yang mendekati untuk mohon bimbingan untuk berubah. Sudah ramai yang meminta nasihat dan tunjuk ajar.

Alhamdulillah. Tsummal hamdulillah.

Jadi, err, apa masalahnya Inche gabbana..? Semua macam osem sahaja. Anda salah tulis post tak..? 

Masalahnya? Masalahnya bermula apabila kita mula 'larut' dalam hobi baru ini. Aktiviti dan kegiatan yang sepatutnya menggantikan jahiliyyah lama, yang sewajarnya menjadi senjata baru kita dalam tarbiyah dan dakwah, kini telah bertukar menjadi jahiliyyah baru. Dan jahiliyyah-jahiliyyah baru ini jauh lebih merbahaya kerana kita tidak sedar yang ia adalah jahiliyyah dan kita sentiasa punya hujah dan dalil untuk membenarkannya.

Anda tidak percaya? Tidak boleh terima? Mari kita kaji bersama-sama. 

Fotografi
Awal-awal dahulu kita minat fotografi biasa-biasa sahaja. Namun setelah mula dipujuk oleh ikhwah untuk mula seriyes melihatkan bakat yang ada pada kita, dan sering diminta untuk menangkap gambar ikhwah melompat dan posing maut, minat kita mula membibit. Kita mula mengumpul duit untuk membeli DSLR yang konfem mahal harganya. Masa kita banyak dihabiskan untuk memikirkan pemandangan, sudut dan masa yang paling sesuai untuk menangkap gambar. Tidak kurang juga yang dihabiskan untuk memilih, mengedit, mengubahsuai dan sebagainya gambar-gambar yang ada. Kita berkecil hati bila ada yang mengkritik hasil kerja kita. Kita sentiasa mengharapkan pujian dan usapan di kepala untuk hasil titik peluh kita. Akhirnya kita jadi mat kamera, yang tidak ada bezanya dengan mat dan minah kamera di luar sana.

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?

Belog
Mula-mula dahulu, kita berbelog kerana benar-benar mahu menterjemahkan fikrah kita ke dalam bentuk penulisan. Dan benar sekali, setiap kali kita menulis, setiap kali itu juga kita semakin yakin dan faham dengan fikrah yang kita bawa. Namun lama-kelamaan, kita semakin ketagih untuk menulis. Setiap masa yang terluang, kita akan habiskan dengan memikirkan idea-idea baru untuk diterjemahkan. Jika sehari tidak menulis post terbaru, hati kita jadi resah, gundah. Kita terlalu amat gembira apabila komen-komen yang ditinggalkan memuji lambung tinggi tulisan kita, tetapi sedih dan tidak boleh terima komen-komen yang mengkritik. Kita ternanti-nanti pengikut baru yang setia membaca belog kita. Kita mula berfikir jauh, bagaimana mahu mengkomersilkan hasil tulisan kita, bagaimana mahu mencantikkan lagi belog dan bagaimana mahu menjadikan belog kita lebih dan lebih popular. Akhirnya tenaga dan buah fikiran kita lebih banyak ditumpukan kepada belog kita daripada berfikir tentang gerak kerja tarbiyah dan dakwah.

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?

Ok tunggu sebentar, saya mahu tutup muka dengan beg kertas sambil nanges laju-laju. Kerana kali ini ia benar-benar menusuk tepat pada jantung dan kalbu.

Ehem. 

MukaBuku
Setelah mendapat sentuhan tarbiyah, kita mula menukar gambar profil kita kepada gambar yang lebih soleh wal musleh. Kita untag gambar-gambar lama yang penuh dengan unsur syubhah dan mencurigakan. Kita mula bertatih menulis status-status yang lebih Islamik, berkongsikan kuot-kuot osem dan video-video ceramah yang menyentuh jiwa. Lama kelamaan masa kita banyak sekali dibazirkan untuk itu. Berjam-jam kita habiskan menatal garis masa, kononnya nak tahu khabar berita ikhwah dan hadek-hadek terchenta. Kita sentiasa memerah otak, memikirkan status yang paling gempak. Kita teruja tahap maksima setiap kali mendapat permintaan menjadi rakan baru atau ada rakan yang mendinding kita. Akhirnya kita menjadi tahi MukaBuku; sehari tidak berMukaBuku, kita merasakan hidup kita tidak lengkap dan sempurna. Dah, apa bezanya kita dengan orang di luar sana?

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya itu?

Paaannngg. Aduhhh sapa pula yang tempeleng ni....??

Ukhuwwah
Waduh betapa bahagianya hati kita, apabila Allah menggantikan hubungan cintan-cintun hidung berdarah dengan gelpren kita dulu dengan ukhuwwah fillah abadaan abadaa. Betapa nikmatnya kita bercipiki-cipika, berpelukan mesra dengan ikhwah terchenta. Dan kita benar-benar dapat merasakan keikhlasan perhubungan itu. Namun rupa-rupanya vakum yang kita tinggalkan memerlukan lebih daripada itu. Kita mula menyayangi ikhwah tertentu lebih daripada biasa. Kita mula menyintai dirinya seolah-olahnya dia adalah gelpren kita. Kita cemburu apabila si dia rapat dan bermesra dengan ikhwah lain. Kita tidak lalu makan tak boleh nak tidur kerana terlalu amat merindukan dirinya. Oii nak jadi macam Zilal ke bang...??

Bulu roma meremang.

Anda beritahu saya; bukankah jahiliyyah namanya tu?

Lain-lain
Awal-awal dahulu kononnya kita berfutsal sebab mahu mentajmik hadek-hadek baru. Sekarang ni kalau seminggu tak main futsal, konfem gatal kaki. Di padang permainan kita jadi macam raksasa; marah sana, ego sini, tengking itu, mencarut ini. Qudwah ke mana, tarbiyah ke laut. Aduhai. Buat video Islamik nak tarik minat lebih ramai orang ke arah Islam. Namun lepas jadi semakin popular, mulalah nak tunjuk muka, nak mekap lebih-lebih bagi nampak hensem dan bergaya. Apabila semakin ramai akhawat yang meninggalkan komen dan pujian, kita sudah berani untuk mengucapkan, "Hai adik manis, abang ni ikhwah beriman. Boleh kita berkenalan..?"

Tersedak. 

Nah bagaimana..? Betul kan cakap saya..?

Oh tunggu sebentar ya..? Saya mahu ambil peti kecemasan. Rasanya ramai yang perlukan plaster dan iodin untuk cuci luka di hati, pipi dan kepala! Wahahaha..

Masih adakah? Atau kita tak tak pernah kikis pon selama ni sebenarnya..? Gasp. [Kredit]

Itu baharu sedikit contoh yang saya berikan. Saya yakin, selepas ini anda akan ditampar dan dilempang berkali-kali dan kali dan kali kerana contoh-contoh baharu yang kena pada diri mula datang menyerang bertubi-tubi. 

"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) keji..."
[al-Muddathir, 74:1-5]

Dakwah dan jahiliyyah tidak mungkin boleh bercampur-aduk. Tarbiyah dan maksiat adalah formula gagal yang tidak mungkin akan membuahkan kemenangan. Dakwah dan jahiliyyah yang bercampur hanya akan mendatangkan fitnah. Tarbiyah dan maksiat yang bersatu hanya akan menanam makar-makar jahat yang memusnah!

"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna..."
[al-Mu'minuun, 23:1-3]

Kemenangan tidak akan datang kepada mereka yang banyak bermaksiat, sama ada sedar atau pon tidak. Allah tidak akan memenangkan para dua't yang masih bermain-main dengan jahiliyyahnya. Para malaikat dan makhluk sekalian alam juga tidak mahu mendoakan kemenangan buat kita yang rupa-rupanya masih punya jiwa yang berkarat dengan jahiliyyah.

Allahu. Campak hirisan bawang pada mata. 

Ayuh ikhwah dan akhawat. Kita penuhkan masa-masa kita dengan perkara-perkara berfaedah yang benar-benar akan menguntungkan Islam. Kita rancang jadual seharian kita dengan sebaiknya, agar tidak tersisa walau sesaat cuma yang akan dibazirkan. Ayuh kita kuatkan saf-saf kita dengan memanfaatkan setiap tenaga, masa dan harta yang ada dengan memenuhkan masa lapang kita dengan kerja-kerja tarbiyah dan dakwah, tanpa mengenal erti lelah dan putus-asa.

Kerana sungguh, masa lapang dan terluang bagi seorang dai'e itu adalah permulaan maksiat baginya.

-gabbana-

Sangat risau dengan gejala 'menghalalkan' jahiliyyah dan maksiat, hanya kerana seorang ustaz atau syaikh membenarkannya. Biarlah orang lain melakukannya, tapi kita kena tegas dan syadid untuk diri kita sendiri.

Kerana untuk menjadi seorang hamba warak yang dekat kepadaNya, hendaklah kita menjauhi perkara-perkara syubhah yang meragukan, hatta ia memerlukan pengorbanan yang besar dan menyakitkan.

Moga Allah kurniakan kita dengan mata hati yang bersih, agar kita benar-benar dapat membezakan antara al-haq dan al-bathil. Moga Allah kurniakan kita dengan kemahuan dan kekuatan untuk sentiasa chenta dan suka pada yang haq dan benci dan meluat pada yang bathil. Amin. Moga Allah redha. 

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP