28 April 2012

Kaca Mata Cap Ayam. Anyone?

[Kredit]
Ketika anda dengan riang gembiranya membaca post ini, alhamdulillah, saya sudah pon sampai ke destinasi yang dituju. Saya menulis post ini di dalam pesawat Air Asia, dalam keadaan tempat duduk yang sempit, orang di sebelah yang sedang tidur (di sebelah hujung kanan, mujur tempat duduk di sebelah kanan kosong) dan badan yang kesakitan dek mengangkat beg dengan postur yang tidak betul sebelum berlepas tadi.
Sempurna.
Pesawat? Berlepas..? Anda nak ke mana Inche gabbana?
Ahah. Biarlah ia menjadi rahsia. Walaupon saya yakin manusia-manusia dan makhluk yang bermastautin di destinasi yang saya tuju sudah tahu lebih awal akan kedatangan saya. Peluh. Ini semua akibat sedikit masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan identiti saya terbongkar tanpa segan silu lagi.
Tidak mengapa. Saya yakin ini semua sudah termaktub dalam perancanganNya yang Maha osem itu.
Kali terakhir saya ke luar negara adalah pada awal tahun dahulu, percutian bersama keluarga. Takdelah luar negara mana pon, Thailand je pon. Hohoho.. Kali terakhir saya ke luar negara untuk urusan dakwah dan tarbiyah? Err..
Tidak pernah. Ini yang pertama kali. Pertama kali semenjak saya balik ke Malaysia secara bagus (Baca: Back for good).
Awal tahun lepas pernahlah saya ke Kerajaan Bersatu. Adalah saya membuat perkongsian bersama ikhwah dan memberikan pengisian Saya Hosem. Tapi di samping ke sana untuk berjumpa ikhwah dan melalui kembali jalan memori, antara tujuan lainnya adalah atas urusan perniagaan. Kiranya tidaklah saya ke sana seratus peratus untuk tujuan dakwah dan tarbiyah (Ya ya, saya tahu. Dakwah dan tarbiyah itu sepatutnya setiap masa dan ketika, bila-bila masa dan di mana-mana kita berada. Terima kasih kerana mengingatkan. Peluh kecil, tersipu-sipu).
Tapi perjalanan seumpama ini, adalah yang pertama kali. Sememangnya ketika saya meminta Puan Mama untuk membelikan tiket penerbangan saya pada bulan Januari dahulu, ketika itu tiada yang lain bermain di kepala saya melainkan dakwah dan tarbiyah. Awal-awal lagi saya sudah memasang niat pemergian saya ini adalah untuk meninggalkan sesuatu yang berfaedah dan berguna di tempat yang saya singgahi nanti, Insha-Allah.
Nota kecil: Of koslah ada juga terlintas untuk berjalan-jalan sambil menangkap gambar riang gembira di musim bunga yang sungguh jelita ini! *koff koff*
Sudah lama saya begitu cemburu melihatkan ikhwah atau mendengar tentang akhawat yang ke luar negara atas urusan dakwah dan tarbiyah. Kepingin benar saya untuk melakukan perkara yang sama. Pada saya, seorang akh atau ukht itu belum lagi benar-benar komited dan bersungguh dengan dakwah dan tarbiyahnya kalau dia belum lagi boleh dihantar ke mana-mana untuk melakukan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah. Pada pandangan saya yang marhaen inilah.
Jadi saya amat gembira, teruja dan bersyukur apabila diberikan peluang ini. Semacam mata bersinar-sinar apabila peluang ini dibuka kepada kami pertama kali dahulu. Saya pon apa lagi, teruslah menyambarnya ibarat seorang lelaki yang menyambar peluang dakwah yang datang kepadanya bergolek-golek. Eh.
Jujurnya, dakwah dan tarbiyah telah banyak mengubah diri ini, terutamanya persepsi dan pandangan saya terhadap semua benda. Contohnya, dahulu, tidak pernah langsung terlintas di hati saya untuk belajar sehingga ke tahap PhD. Tetapi kini, setelah melihatkan ustaz-ustazah dan ikhwah-akhawat yang mempunyai PhD dan impak yang diberikan kepada hadek-hadek atau masyarakat di sekeliling, kini saya mula memasang niat untuk berPhD pula (Bukan Perasan hot debabommm tahu…?? Wahahaha).
Atau dahulunya saya tidak tahu, malah amat jahil dengan apa tujuan saya diciptakan. Misi utama adalah untuk menjadi seorang Muslim ‘baik-baik’ dan pada masa yang sama, menjadi super kaya dengan sebuah Bentley, sebuah Jaguar dan sebuah Volkswagen Kumbang, yang diparkir di rumah banglo saiz jumbo, lengkap dengan kolam renang dan jakuzi, serta bilik rahsia bawah tanah. Cukuplah baik seorang diri, berkahwin dengan orang yang baik juga dan melahirkan zuriat yang baik. Dakwah? Tarbiyah? Bahasa Ugandakah itu?
Tetapi berkecimpung dengan dakwah dan tarbiyah telah mengubah segala-galanya. Segala-galanya! Sungguh benar kata-kata yang sungguh hoyeaaahhh ini: “Tarbiyah bukanlah segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah!”
Begitulah. Jika Syed Qutb mengatakan nikmat berada di bawah bayangan al-Quran adalah nikmat yang luhur dan membersihkan, maka saya mahu mengatakan, nikmat berada di bawah bayangan dakwah dan tarbiyah adalah suatu nikmat sumpah osem yang luhur dan membersihkan! Wahai!
Seolah-olahnya dahulu sebelum disentuh oleh dakwah dan tarbiyah, saya melihat dunia ini dengan kaca mata tak cukup kuasa; semuanya kabur dan tidak jelas. Lubang dan lopak di atas jalan, ah tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Duri dan paku saya nampak sebagai nikmat dan hiasan. Samseng-samseng di jalanan saya sangkakan hero dan kawan.
Allah, jahilnya saya!
Namun, dakwah dan tarbiyah telah memberikan saya sepasang kaca mata yang baru; kaca mata yang bukan sahaja cukup kuasanya, malah kool dan bergaya pula! Kerana kaca mata ini, saya dapat melihat jahiliyyah dengan lebih jelas. Kerana kaca mata ini, saya lebih faham dan yakin dengan tujuan hidup saya diciptakan. Kerana kaca mata ini, saya tersedar dari lena saya yang panjang! Apa lagi yang mahu saya pinta..??
Subhanallah walhamdulillah allahu akbar! Air mata mengalir laju. 
Ooh, sungguh comel dan bergaya tahu, anda yang memakai kaca mata dakwah dan tarbiyah ini..? ;D [Kredit]
Maka itulah misi saya sepanjang berada di negara asing ini. Kalau bukan memberikan kaca mata baru yang penuh bergaya sekali pon, izinkan saya untuk mengelap dan menggilap kaca mata yang sedia ada. Izinkan saya untuk berkongsikan persepsi dan pandangan pada dunia yang wajib akan membuatkan anda teruja! Insha-Allah!
Kerana ini adalah kaca mata kehidupan. Dengan kaca mata inilah, ia akan membimbing kita untuk melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. Dengan kaca mata ini juga ia akan membantu kita membuat keputusan-keputusan penting di dalam kehidupan; dari nak kerja apa di syarikat mana, nak kahwin dengan siapa hatta sehinggalah nak beli rumah di mana sekali pon, kaca mata inilah yang akan memudahkan urusan kita. Kaca mata inilah yang akan memastikan keputusan yang kita ambil nanti bukan keputusan yang dibuat berdasarkan bisikan syaitonirojim atau kehendak hawa nafsu diri.
Kerana kaca mata ini digilap dengan sentuhan rabbani. Kaca mata ini dicuci dengan air kasih-sayang keranaNya dan dilap pula dengan kain tarbiyah yang membasahkan jiwa. Tidak hairanlah ia adalah sepasang kaca mata yang cukup berkuasa dan bergaya pula! Kalah kaca mata cap Rebeng atau Okeli itu tahu..?? Wah!
Kini anda sudah tahu. Kehidupan di dunia di fana ini tidak lama. Maka sudah pastilah sepanjang perjalanan menuju redhaNya ini, kita mahu memakai sepasang kaca mata yang akan membantu kita melihat jalan yang kita lalui ini dengan lebih jelas dan terang-benderang bukan?
Eh anda, takkanlah untuk sesuatu yang altimet penting seperti kehidupan kita ini, kita mahu ia dibimbing dan dipandu oleh kaca mata cap ayam sahaja..? Ahah. 
Senyum kenyit mata. 
 -gabbana-

27 April 2012

Bunga Semangkuk Kembang Tak Jadi

[Kredit]

Sekarang ini di bahagian bumi sebelah Hemisfera Utara sedang berlangsung musim bunga yang gilang-gemilang itu. Ketika ini ramailah orang di sebelah sana yang akan menghapdet gambar profail mereka dengan gambar bersama bunga tulip, atau berbaring di tengah-tengan kebun bunga ros atau melompat riang di tengah-tengah ladang bunga matahari. Choyyy. 

Tapi memang cantik lagi mempesonakan. Jantan tulen seperti saya ini pon boleh terkesima dengan keindahan kelopak-kelopak bunga pelbagai warna. Mata terasa seperti dititiskan Eyemo berkali-kali kerana segarnya bunga-bunga itu pada pandangan mata. Subhanallah.

Kalau di Kerajaan Bersatu dahulu, nama sahaja musim bunga, tapi suhunya kadang-kadang masih boleh membekukan kepala. Baru ingat nak berbaju tee dan berseluar selapis sahaja. Mahu bergayalah kononnya. Tapi terpaksa juga menyarungkan jaket dan memakai mafla. Tapi masih bergaya juga sebenarnya. Wahahahaha.. Ok kalau anda terasa seperti nak lempang saya, saya tidak boleh salahkan anda. Ahah.

Di musim bunga ini ada fenomena yang dikenali sebagai 'late bloomer' yakni bunga yang berkembang agak lambat berbanding bunga-bunga yang lain. Ketika pucuk bunga yang lain sudah pun mula kembang setaman, pucuk bunga yang satu ini masih di peringkat kemuncup. Ketika bunga-bunga lain sudah sampai tempoh matang, baharulah pucuk bunga yang lambat itu mahu mula berkembang.

Dan dek lambatnya ia berkembang, selalunya ia berjaya mencuri perhatian kerana ketika bunga-bunga lain mula melayu, ketika itu ia sedang berkembang dengan penuh semangat dan berjaya sekali. Kalaulah bunga itu mempunyai sepasang mata, sudah pasti ia akan bercahaya bersinar-sinar. Walaupon lambatnya ia berkembang menjadi sekuntum bunga nan indah di taman, namun sekali ia berkembang, lebah-lebah pasti terpesona dan mabuk chenta dengan gahnya kelopak-kelopak bunga yang gilang-gemilang. Ewaaahhh!

Ok ini bukan post jiwang cintan-cintun tahu..? Sila jangan terus berharap.

Anda tahu kisah 'The Ugly Duckling'..? Bagaimana seekor anak itik yang amat jauh berbeda bulunya berbanding anak-anak itik yang lain? Dia kemudiannya ditertawakan, dicaci dan dihina oleh anak-anak itik yang lain dek bulunya yang hitam dan saiz badannya yang jauh lebih gedabak berbanding adik-beradiknya yang lain. Tapi siapa sangka, dia membesar menjadi seekor swan yang hensem lagi bergaya, jauh lebih menawan daripada itik-itik yang pernah mengejeknya sewaktu ketika dahulu.

Uhm uhm.

Secara peribadinya, saya dapat mengaitkan perjalanan dakwah dan tarbiyah saya dengan kisah bunga yang lambat kembangnya juga anak itik yang hodoh itu. Walaupon saya masih jaaaauuuhh lagi untuk berkembang menjadi kelopak bunga yang cemerlang atau swan yang gemilang, tapi kisah bunga semangkuk kembang tak jadi atau menjadi anak itik yang gorgon itu begitu dekat di hati saya.

Mari saya bukakan rahsia saya kepada anda yang of koslah selepas ini tidak lagi menjadi rahsia heyyy! Garu kepala. 

Tarik nafas dalam-dalam. Baiklah.

Jujurnya, saya masih terlalu amat baru di atas jalan dakwah dan tarbiyah ini. Saya benar-benar komited dengan bulatan gembira dan konferens riang hanya pada penghujung tahun dua sifar sifar lapan (mengikut perkiraan saya). Ya, 2008, tidak sampai empat tahun yang lalu. Sebelum tempoh itu, saya adalah seorang makhluk yang degil lagi rebellious

Pernah sekali itu, ketika orang lain sibuk berprogram musim bunga, saya pula sibuk berjaulah *koff* ke Malta dan Itali. Begitu juga ketika musim panas pada tahun 2008. Sepatutnya saya bersama-sama ikhwah yang lain bertolak ke Ireland untuk aktiviti kem musim panas. Tetapi entah mengapa, futur agaknya, walaupon tiket kapal terbang sudah dibeli, saya membatalkan hasrat untuk menyertai kem tersebut di saat-saat akhir. Bayangkan, pada pagi saya sepatutnya ke lapangan terbang, saya 'buat-buat' terlewat dan terlepas penerbangan! Peluh besar. Sungguh nakal bukan saya..?

Dan ketika orang lain sudah berhadek, berbulatan gembira sendiri, saya yang konon-kononnya tidak berkeyakinan diri ini memilih untuk berkongsi bulatan gembira dengan orang lain, selaku ko-naqib lah kononnya. Adeh. Akibatnya, perkembangan diri saya menjadi terlalu super lembab, kerana tidak membawa bulatan gembira sendiri. Pusingan taarif, takwin dna tanfiz (perkenalan, pembinaan dan pelaksanaan semula) hanya akan lengkap apabila kita sudah membawa bulatan gembira sendiri.

Tambahan pula, apabila berkongsi bulatan gembira, secara tidak langsung ia akan menyebabkan kita menjadi malas dan menolak (hampir) semua kerja kepada naqib utama. Eh takpelah dia dah buat kot. Eh adik ni dah gemok, ish takpe kot naqib utama dah amik berat dah. Eh adik ni macam ada masalah, oh ok rasanya, dia mesti dah cakap pada naqib utama. Begitulah. Berlepas tangan. Maka bertambah kritikal dan parahlah keadaan saya ketika itu. 

Dan.. Dan... Ketika orang lain sudah begitu jauh ke hadapan, saya masih dibelenggu dengan karat-karat jahiliyyah yang cukup menebal di jiwa. Tarik nafas. Ah, malu rasanya untuk mengimbau kembali dosa-dosa lalu. Entah mengapa diri ini begitu sukar membuang dan mengikis karat-karat yang mengotorkan hati dan jiwa itu. Saya cukup degil. Cukup degil!

Tunduk malu, pipi merah saga. Air mata mengalir jatuh.

Saya kira titik perubahan besar saya adalah apabila pulang untuk mengikuti program musim panas pada tahun dua sifar sifar sembilan. Itu pon atas ketentuan dan perancanganNya. Kerana pada mulanya saya amat bersemangat dan berazam untuk bekerja di Kerajaan Bersatu mencari duit poket lebih untuk menampung perbelanjaan dakwah dan tarbiyah lah kononnya. Ehem. Mujur setiap satu permintaan saya untuk bekerja sambilan atau melakukan internship ditolak. Maka nak tak nak, saya terpaksa pulang ke Malaysia juga kerana kos sara hidup yang lebih tinggi sekiranya saya tinggal di sana sepanjang musim panas.

Sayugia, di tanah air, saya memaksa diri untuk menyertai semua program dakwah dan tarbiyah yang ada. Alhamdulillah, Allah permudahkan dan semacam dirasuk ruh Otromen Ayah  yang turun menyelamatkan anaknya ketika diserang bertalu-talu oleh raksasa tangan sepit (errr...), saya begitu bersemangat menyertai semua program yang ada. Akibatnya (bunyinya seperti benda yang buruk pula. Hohoho..), mata saya begitu bersinar-sinar dan lebar hidung saya bertambah sebanyak tiga perpuluhan empat inci dek semangat yang berkobar-kobar.

Tambahan pula, saya berasa begitu loser dan terkebelakang sekali apabila membandingkan diri dengan rakan-rakan sepasukan yang sudah begitu jauh ke hadapan. Terasa jeles tahap Mak Cik Saonah Markon yang tidak dapat memakai gelang emas penuh di tangan seperti jiran sebelah rumahnya, Mak Cik Patmah Sukarji apabila melihat rakan-rakan lain begitu seronok dan teruja melayan, membimbing dan membina hadek-hadek masing-masing.

Ketika itu saya hanya mampu memendam rasa di hati, ibarat melihat pelangi petang yang hampir hilang.. Ahah!

Alhamdulillah, pulang semula ke Kerajaan Bersatu untuk tahun akhir saya, saya tidak memandang ke belakang lagi. Mungkin kerana menyesal dengan kelembapan diri di masa-masa yang lalu, ditambah dengan kesedaran bahawa tahun itu merupakan tahun akhir buat saya di sana, saya memasang langkah agar dapat memecut dengan lebih laju, mengejar rakan-rakan yang sudah jauh ke hadapan.

Kemudian, selepas pulang ke Malaysia secara bagus (Baca: Back for good), setelah merasakan sendiri waqi' dan suasana di Malaysia selaku medan sebenar selayaknya, saya menjadi lebih matang. Melihatkan kurangnya tenaga yang ada untuk merawat dan membina ummah di luar sana, saya menjadi lebih seriyes dan komited dengan dan dakwah dan tarbiyah ini. Buat pertama kalinya, saya merasakan dakwah dan tarbiyah bukan sekadar tanggungjawab atau amanah yang perlu digalas. Tetapi lebih daripada itu, ia adalah cara hidup, ia adalah nafas dan darah yang mengalir ke seluruh badan; tanpanya pastilah mati dan tidak bermaya ruh dan jiwa saya ini.

'Survival of the fittest' menjadikan saya lebih kuat dan tidak mudah lemah semangat. Pilihannya hanya dua; futur atau terus bersama dengan gerabak dakwah dan tarbiyah ini. Suasana di Malaysia yang amat berbeza sewaktu di Kerajaan Bersatu, yang sebenarnya agak manja dan semua benda disuap terus ke mulut, memerlukan mujahadah dan pengorbanan yang tinggi. Dan sedikit demi sedikit, segala kesusahan dan keperitan yang dirasakan apabila cuba membiasakan diri dengan realiti di tanah air sendiri sudah menjadi alah bisa tegal biasa. Ewah.

Kepada anda yang sudah lama dengan belog ini, pasti anda akan perasan yang saya benar-benar aktif menulis, espeseli tulisan yang berfokus pada dakwah dan tarbiyah adalah di penghujung tahun dua sifar satu sifar, yakni setelah saya pulang ke Malaysia. Kebetulan...? Nah, bukankah kebetulan itu bahasa Argentina? Saya amat yakin dan percaya pada perancanganNya yang Maha Bijaksana. Senyum kenyit mata.

Ada dua mesej yang ingin saya sampaikan kepada anda di luar sana melalui perkongsian saya yang marhaen ini. Anda sudah bersedia..? Baiklah, sila pasang tali pinggang keledar anda sekarang juga. Ya, sekarang!

1) Jangan sesekali berasa kechiwa dan memandang rendah pada diri anda sendiri. Anda mungkin seperti saya, kemuncup bunga yang hanya menanti masa untuk kembang menjadi bunga yang indah cemerlang. Anda mungkin seperti seekor ulat bulu di dalam kepompongnya, yang hanya menunggu masa sebelum bertukar menjadi rama-rama yang memukau mata. Pendek kata, anda adalah logam yang hanya menunggu masa untuk digilapkan. Yang paling utama adalah istiqamah dan mujahadah. Teruskan usaha-usaha mencari redha dan chentaNya, Insha-Allah, yakinlah Dia akan menunjukkan jalan-jalanNya kepada anda.

"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." 
[al-Ankabut, 29:69]

Ah, salah satu ayat chentaNya yang menjadi kegemaran saya! Senyum.

2) Benar hidayah itu milik Allah dan hidayah itu hanya akan mengetuk hati siapa-siapa yang Dia kehendaki sahaja. Tetapi ketahuilah, hidayah itu perlu dicari dan ia hanya akan datang menyinggah di hati-hati yang benar-benar mendambakannya. Perubahan itu perlu datang dari diri sendiri. Hanya anda seorang sahajalah yang boleh melahirkan kemahuan untuk berubah itu. Tiada siapa yang boleh memaksa anda untuk melakukannya! Dan Insha-Allah, sebaik sahaja anda beriltizam untuk berubah dengan sesungguhnya dan anda tidak mahu berpaling ke belakang lagi, ketika itulah cahaya rabbani akan menyinari hati dan jiwa anda, membimbing anda untuk berada di atas jalan yang lurus menuju sorgaNya.

"...Barangsiapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa disesatkanNya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya."
[al-Kahfi, 18:17]

Bagaimana..? Anda rasa lebih positif sekarang..? Anda rasa begitu bersemangat, terasa seperti hendak terbang..? Silakan, jangan terjun ke dalam gaung sudahlah! Wahahaha..

Yang mana satu anda agaknya ya..? Senyum. [Kredit]

Ya, anda dan saya mungkin tidak seperti mereka yang haibat dan gaban di luar sana. Kita mungkin masih sekuntum bunga kembang tak jadi, atau anak itik hodoh yang sering dicaci dan dimaki. Tetapi ketahuilah, masanya akan tiba apabila kita akan mengembang sepenuhnya, menjadi sekuntum bunga yang cukup menawan dan menakjubkan. Yang penting anda perlu iklas dalam perjuangan ini.

Percayalah, anda akan bertukar menjadi seekor swan yang begitu begemerlapan. Yang penting anda perlu bermujahadah dengan sesungguhnya.

Yakinlah, anda akan keluar dari kepompong menjadi seekor rama-rama yang penuh gah nan indah. Dan yang penting anda mesti terus istiqamah!

Ketahuilah, masanya akan tiba!
 

-gabbana-

Macam tidak percaya tinggal sehari lagi saya akan berpergian. Resah gelisah juga dibuatnya. Selama sepuluh hari ini saya akan keluar merantau mencari redhaNya, biidznillah.

Insha-Allah, saya akan cuba menghapdet bila-bila saya ada masa yang percuma. Tetapi tidak boleh janji tahu..?

Doa-doakan saya agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kekuatan untuk mengharungi segala mehnah dan ujian. Moga saya dapat melipatkaligandakan saham-saham sorga saya, Insha-Allah!

Uhibbukum fillah! Senyum lebar-lebar.

24 April 2012

Puan Bos Besar, Izinkan Saya Untuk Mengejar Pelangi..?

[Kredit]

Ramai orang memilih untuk menjadi biasa-biasa.

Ramai juga orang yang memilih untuk menjadi bawah daripada biasa.

Tetapi tidak ramai yang memilih mahu menjadi insan luar biasa. Alhamdulillah, dengan panduan inayah dan hidayahNya, saya telah mengambil keputusan untuk menjadi golongan yang tidak ramai itu. Bukan setakat luar biasa, malah ekstra luar biasa

Nota kecil: Mengambil keputusan tahu..? Belum lagi jadi luar biasa. Doa-doakan. 

Minggu lepas, Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah memberikan saya peluang yang saya kira, sebagai peluang keplatinuman sekali sepanjang hayat. Berkat hidayah dan ilham yang dikurnikanNya kepada saya, saya telah berpeluang mengikuti rombongan Super Saiya, Otromen Haibat dan Inkredibel Hak ke Kuantan bagi mengendalikan sebuah program yang tidak asing lagi marcapada ini yakni Ini Sungguh Kool

Pada mulanya, jujurnya saya agak berat hati mahu menyertai program ini. Manakan tidak, program yang dikendalikan di tengah-tengah minggu (Baca: Weekdays) ini memerlukan saya untuk mengambil cuti tahunan sebanyak tiga hari, daripada baki cuti yang tidaklah banyak mana pon. Bagi seorang dai'e (Insha-Allah) yang bekerja opis macam saya ni, cuti tahunan adalah sesuatu yang amat berharga sekali. Banyaknya cuti diambil bagi membolehkan kami mempercumakan diri untuk pergi bercuti dan bergumbira hey hey hey bersama famili terchenta sambil riang gembira bersantai di tepi pantai dan membeli-belah hoyeh hoyeh!

Err. Peluh kecil.

Ulang kembali. Banyaknya cuti diambil bagi membolehkan kami menyertai program-program dakwah dan tarbiyah yang dianjurkan untuk para pelajar Institut Pengajian tinggi, baik dalam atau luar negara. Memandangkan mereka masih tidak bekerja maka banyaknya program yang dianjurkan adalah pada hari-hari bekerja. Dan memandangkan juga sekarang ini baru bulan April dan banyaknya program yang akan dikendalikan adalah pada pertengahan tahun nanti, mengambil cuti tahunan sebanyak TIGA hari pada bulan APRIL adalah sesuatu yang boleh tahan signifikannya. Belum lagi dikira cuti-cuti yang terpaksa diambil untuk program-program di minit terakhir atau untuk hal-hal kecemasan. Ohoi.

Tetapi entah kenapa, saya pujuk diri saya dan meyakinkan diri saya yang ini adalah yang terbaik untuk saya. Malah saya siap berdialog dengan diri sendiri lagi:

"Ish baik kau amik je peluang ni! Masa dia nak datang ni lah kau pulun habis-habisan! Siapa tahu, lepas ni dah takde peluang yang sama lagi..?" 

Siapa kata ikut hati mati..? Kadang-kadang ikut hati boleh tahan kool jugalah. Ahah!

Sayugia saya pon bertekad untuk menyertai program ini. Dan wallahi, saya tidak mungkin menyesal dengan keputusan yang satu ini. Senyum lebar-lebar sampai lenguh mulut.

Bukanlah di ruang ini saya mahu menceritakan tentang perjalanan program atau pengalaman menarik bersama hadek-hadek peserta atau keseronokan melihat mereka berlari-lari pantas kerana takut ditangkap ketika bermain osom gergasi hatta pengalaman menjadi fasi. Eh. Tetapi saya ingin kongsikan suatu perasaan dan semangat baru yang saya perolehi sepanjang mengikuti rombongan nomad mencari redha Ilahi itu.

Anda tahu, selepas mengikuti program tersebut, saya bagai dirasuk oleh jin mata sepet berbulu tebal; tiba-tiba saya bersemangat mahu buat dakwah sepenuh masa! Ya saya tahu, kita ini memang pon pendakwah setiap masa dan ketika. Tetapi maksud saya, saya mahu mendedikasikan keseluruhan hidup saya untuk buat dakwah dan tarbiyah sahaja! Eh, anda fahamkah ini..??

Maksudnya, saya tidak mahu dikongkong oleh kerja makan gaji ini! Saya mahu mempunyai ruang dan peluang untuk ke mana--mana dan bila-bila yang saya suka untuk berdakwah dan mentarbiyah! Saya boleh berbulatan gembira bersama hadek-hadek terchenta bila-bila masa yang saya suka, boleh memberi pengisian di sini sana dan boleh pula menziarah ikhwah mahupon asatizah tanpa perlu menunggu matahari terbenam atau hujung minggu menjelang! Sumpah osem bukan...??

Tidak pernah lagi saya merasakan perasaan sebegini rupa. Dahulunya, saya kira sudah cukup saya melakukan aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyah di waktu malam atau hujung minggu sahaja. Itu pon saya kira sudah cukup Suria Perkasa Hitam!

Saya silap. Saya silap..!

Rupa-rupanya selama ini saya banyak bermain-main. Rupa-rupanya selama ini saya hanya memasang angan-angan kosong. Dan rupa-rupanya selama ini saya tidak seriyes dengan tugas syahadatul haq ini!

Eh, ada orang tumbuk bawangkah di sini..?

Saya main-main.

Saya berangan-angan.

Saya tak ambil pusing! 

"Belum tibakah waktunya bagi ORANG-ORANG YANG BERIMAN, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang yang fasik." 
[al-Hadid, 57:16]

Gedebuk guni beras empat puluh kilo menghempap kepala. 

Tiba-tiba kembang-kempis hidung saya mahu meletak jawatan dan benar-benar mahu mendambakan diri ini kepada dakwah dan tarbiyah. Saya merasakan yang selama ini saya banyak membuang masa. Saya merasakan yang selama ini saya belum benar-benar beriltizam dan tajarrud dengan perjuangan menegakkan manhaj Allah yang haq ini! 

Iya iya, pasti ada yang akan mengatakan nanti, "Ish Inche gabbana. Memanglah anda merasakan begitu! Kerana anda masih belum menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai nadi, nafas dan darah dalam hidup anda! Jadi doktor yang super sibuk itu pon boleh buat dakwah, inikan pula macai terhormat macam anda tu..?? Pigidaaah!" 

Saya faham hujahan anda itu. Tetapi percayalah, bekerjaya dan buat dakwah dan tarbiyah pada masa yang sama, tidak akan sama dengan buat dakwah dan tarbiyah sepenuh masa dan ketika. Dua puluh empat tujuh, tujuh hari seminggu, tiga ratus enam puluh lima hari setahun! Ia tidak sama!

Dan bayangkan perasaan haibat sebegitu saya dapat hanya dalam tiga hari berprogram, bagaimana kalau hari-hari saya dedikasikan untuk mentarbiyah manusia dan membina masyarakat...? Walaweh! Perasaannya pasti akan membuatkan mata saya bersinar-sinar setiap masa dan ketika! 

Ok mungkin saya terlalu eksaited (anda boleh tahu dengan banyaknya tanda seru yang saya gunakan). Dan mungkin tidak relevan pon untuk kebanyakan anda di luar sana. Mungkin ramai di antara anda sudah pon merasai perasaan ini; perasaan hidung kembang kepis penuh semangat dan mata terkedip-kedip penuh keterujaan. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada anda semua!

Tetapi perasaan sebegini jarang-jarang sekali saya alami. Dan saya amat-amat menghargai perasaan dan emosi sebegini. Ibaratnya duduk di obesi tak makan nasi sebulan tiba-tiba ada orang datang dan masakkan nasi kerabu solok lada dan daging bakar! Wahai! Err. Saya amat laparkan dan dahagakan perasaan sebegini. Tiba-tiba ada orang datang dan suapkan terus ke dalam mulut saya; mahu tak teruja dibuatnya...??

Dan saya amat khuatir dan takut sekali sekiranya perasaan ini akan pergi meninggalkan saya, sekiranya saya membiarkannya sahaja duduk-duduk rilek isap okok dulu di dalam hati saya ini, tanpa memanfaatkannya sebaik mungkin. Saya tak nak hati saya jadi hitam dan keras dek keegoan dan kemalasan saya memuntijkan perasaan dan semangat baru ini! 

Ya, mungkin saya belum lagi diberi kekuatan untuk menghantar surat peletakan jawatan kepada Puan Bos Besar. Mungkin serangan-serangan dunia seperti hutang-piutang dan pandangan serta persepsi keluarga dan masyarakat menyebabkan saya terpaksa berfikir dua tiga empat kali sebelum mengambil keputusan. Dan mungkin juga dengan meletak jawatan dan menumpukan sepenuh masa kepada dakwah dan tarbiyah bukanlah keputusan yang terbaik di masa ini dalam keadaan sekarang ini. Mungkin.

Tapi pastinya, semangat dan perasaan eksotik yang amat jarang dirasakan ini menjadikan saya lebih yakin dan bersungguh untuk terus istiqamah di atas jalan ini, Insha-Allah. Ia menyebabkan saya bermuhasabah kembali sejauh mana yang telah saya lalui dan pergi di atas jalan ini. Dan disebabkan ia juga, saya berazam untuk menjadi insan berjiwa hamba yang jauh lebih baik daripada yang sebelum ini!

Maaf sekiranya anda merasakan saya ekstrem. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda tidak dapat memahami keterujaan dan perasaan saya ketika ini. Saya tidak akan berkecil hati sekiranya anda pesimis dengan paradigma baru saya ini, dan merasakan ia hanya bakal menjadi yet another case of warm-warm chicken shit.

Tetapi yang pasti, saya amat-amat menghargai perasaan dan semangat ini. 

Terima kasih ya Allah, kerana buat kesekian kalinya, Kau izinkan hambaMu yang lemah dan marhaen ini merasakan betapa manis dan nikmatnya berada bersama gerabak dakwah ini. Terima kasih kerana di kalangan hamba-hambaMu yang taat lagi soleh, buat kesekian kalinya Kau benarkan mak cik hidayah untuk mengetuk pintu hati diri yang penuh dengan dosa dan noda ini. Untuk semua nikmat dan kasih-sayangMu ini, terima kasih ya Allah! Senyum sambil menitik air mata jantan.

Puan Bos Besar, izinkan saya untuk berdakwah dan mentarbiyah dengan bersungguh-sungguh. Kerana saya mahu mengejar pelangi yang mungkin akan hilang bila-bila masa sahaja lagi! Bolehkah.. ?

-gabbana-

Alhamdulillah, selepas ke Kuantan, Allah izinkan pula untuk saya berkongsi sedikit pengalaman di Kuala Pilah bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang pada hujung minggunya. Dan Insha-Allah, kalau tiada aral, hujung minggu ini dan sepanjang minggu hadapan, saya akan berpergian untuk menambahkan lagi saham-saham sorga saya yang sudah mula defisit ini. 

Moga saya dapat kekalkan momentum ini hingga ke penghujungnya, biidznillahi ta'ala..

23 April 2012

Mahu Menjadi Tinja..? Eeewwwww!

[Kredit]

"Barangsiapa yang tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada dunia, dia hanyalah lebihan kepada dunia."
- Mustafa Sadiq ar-Rifai'e -

Itu kata-kata seorang fuqaha'. Kata-kata yang ringkas, pendek dan padat, tapi cukup berkuasa dan berbisa.

Anda selalu makan bukan..? Apa jadi kepada bahan-bahan makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan..? Gulp.

Menjadi bahan buangan. Mengapa? Kerana ia tidak menyumbang apa-apa kebaikan kepada tubuh badan kita. Ia hanya penyedap rasa dan pemuas nafsu; tidak lebih daripada itu. Hakikatnya fisiologi tubuh badan tidak memerlukannya. Maka jadilah ia bahan buangan yang tidak berguna. Bahasa kasarnya, jadilah ia bahan kumuh atau tinja yang busuk lagi menjijikkan.

Kita bagaimana..?

Bagaimanakah keberadaan kita di dunia ini? Selama XY tahun kita hidup di dunia ini, sudah berapa banyak kebaikan yang kita sumbangkan? Sudah berapa banyak kebajikan yang kita wariskan? Sudah berapa banyak jasa-jasa kehormatan yang kita curahkan dan tinggalkan..?

Atau..

Kita ini hanyalah penyangak di dunia yang fana ini..? Kita hanyalah malaun yang banyak buat kacau dan onar? Kita hanyalah pengemis yang lebih banyak meminta daripada memberi..??  

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi.' Mereka berkata, 'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?' Dia berfirman, 'Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.'"
[al-Baqarah, 2:30]

Kita diciptakan khusus untuk menjadi khalifah kepada seluruh alam ini. Walaupon para malaikat pernah suatu ketika skeptikal dengan hakikat ini, namun Allah lebih Maha Mengetahui. Sanggupkah kita mengecewakan kepercayaan yang telah Allah letakkan pada pundak kita ini..? Mahukah kita ditertawakan oleh para malaikat, kerana membenarkan sangkaan dan firasat mereka suatu ketika dahulu..?

Air mata berjujuran.

Tangan-tangan kita; adakah digunakan untuk merosakkan alam ciptaan Allah yang sempurna ini atau dimanfaatkan untuk merawat ummah yang sedang sakit tenat? Tubuh badan kita; adakah digunakan untuk tunduk pada syaitonirojim dan hawa nafsu serakah atau dimanfaatkan sebaiknya untuk melindungi dan mempertahankan kemuliaan ad-deen ini? Dan hati-hati kita; bagaimana kita boleh sengaja membiarkannya dikotori dan diselaputi dengan bintil-bintil hitam dosa dan noda, sedangkan ia sewajarnya dimanfaatkan untuk memahami hakikat penciptaan alam ini..?? 

Kita tidak punya apa-apa. Kita bukan siapa-siapa. Kita hanyalah hambaNya yang lemah lagi hina.

Tetapi kita yang tidak punya apa-apa dan bukan siapa-siapa inilah yang telah diberikan kepercayaan olehNya untuk mentadbir alam ini dengan sebaiknya. Kitalah yang perlu menegakkan ad-deen ini menjadi manhaj dan sistem yang terpercaya untuk seluruh alam buana. Dan kita jugalah yang bertanggungjawab untuk saling mengingatkan yang telah lupa dan menarik naik yang telah tersungkur, untuk kembali taat dan tunduk kepada Allah, Tuhan dan Raja kita yang satu itu! 

Anda yang lena, bangunlah! Anda yang leka, sedarlah! Anda yang banyak memberikan alasan, ketahuilah! 

Jadilah manusia yang berguna kepada dunia. Jadilah insan yang bermanfaat kepada insan-insan yang lain. Jadilah hamba yang taat dan patut kepadaNya.

Kerana seandainya sepanjang hayat kita tidak mewariskan apa-apa kebaikan kepada dunia ini, ketahuilah, kita ini tidak lebih daripada bahan kumuh dan tinja yang tiada gunanya!

Eeewwww...?

-gabbana-

Alhamdulillah, akhirnya diizinkan olehNya untuk menukilkan sesuatu pada belog terchenta ini, selepas lima hari ditinggalkan berhabuk dan sunyi sepi. Minggu lepas merupakan minggu yang sumpah memenatkan, penuh dengan pelbagai aktiviti dan program. Tapi kepenatan yang cukup berharga dan membuahkan sejuta senyuman. Insha-Allah jika diizinkanNya, akan saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman saya yang marhaen ini. Doa-doakan. Senyum.

17 April 2012

Ini Bukan Jalan Ditaburi Bunga Ros

[Kredit]

Membaca dan melihat foto-foto sekitar protes PTPTN yang sedang berlangsung sekarang ini, saya teringat kepada pertanyaan seorang hadek kepada saya: Mengapa anda memilih jalan dakwah yang leceh dan memenatkan ini sedangkan anda boleh pergi lebih jauh...? (Soalan ini telah ditokok-tambah-tolak sesedap rasa, tetapi maksud dan ruh sebenar dikekalkan seperti biasa. Ewah!)

Ya, saya juga pernah terfikirkan perkara yang sama. Bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali, bukan empat kali (kalau anda larat, silalah sambung dengan memasukkan angka-angka yang seterusnya. Ahah!), tetapi berkali-kali. 

Mengapa aku memilih jalan ini..?

Mengapa aku sanggup berpenat-lelah mentarbiyah manusia sedangkan hasilnya belum tentu lagi?

Mengapa aku benar-benar mahu komited dengan jalan ini sedangkan belum terjamin yang aku akan masuk sorga dengannya..?  

Bohonglah kalau saya katakan saya langsung tidak pernah cemburu melihatkan rakan-rakan yang berjaya dalam kerjaya mereka. Tipulah kalau saya dakwa yang saya tidak jeles menyaksikan rakan-rakan yang dapat menjalani kehidupan 'normal' seperti biasa. Dan alangkah dustanya saya sekiranya saya mengaku yang saya tidak pernah berasa dengki melihatkan orang ramai yang boleh mengejar impian dan cita-cita duniawi mereka sesuka hati riang gembiranya!

Mungkin kalau saya tidak ikut dakwah dan tarbiyah ini, kini saya sudah bersama-sama Adam Adli di Dataran Merdeka bersama-sama anak-anak muda memperjuangkan hak mereka. Atau berdiri gah dengan para pimpinan sayap pemuda mana-mana parti politik. Atau sedang dalam perjalanan menggenggam entah apa-apa sijil profesional dalam bidang itu dan jurusan ini. 

Malah saya amat yakin yang saya boleh capai apa yang saya impikan. Saya ni jenis yang jika saya benar-benar mahukan sesuatu, saya akan bersungguh-sungguh mendapatkannya. Maka kalau saya ingin aktif dalam politik misalnya, saya akan pastikan yang saya sudah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Atau ingin menjadi pemimpin persatuan tertentu, sudah pasti saya sudah mengorak langkah bagi mencapai impian tersebut. Dahulu ketika di Kerajaan Bersatu, bukan sekali saya ditawarkan untuk memegang jawatan di dalam persatuan pelajar dan organisasi yang tertentu.

Tetapi tidak. Bukan itu yang berlaku. Dan bukan itu yang saya mahu. Dakwah dan tarbiyah telah menyelamatkan saya dari jurang api neraka dan saya amat-amat bersyukur dengannya. Tersenyum, air mata mengalir perlahan. 

Teringat dialog saya dengan Puan Mama tidak lama dahulu. Ketika itu, kami, err, berdialog secara baik *koff koff* tentang kehidupan yang saya pilih kini.

"[Puan Mama], you hafta understand. I have chosen this path. My passion lies in this path. My priority is Allah and Rasulullah first, then only everything else. So when Allah needs me, I hafta serve Him, first and foremost! I hope you and [Inche Papa] can understand this.."  

Ketika itu, saya merasakan saya benar-benar jujur dan ikhlas melafazkannya. Hampir-hampir saya menumpahkan air mata kemachoan saya ketika itu. Tetapi oleh kerana kami berada di tengah-tengah medan selera menikmati sarapan pagi, maka haruslah hukumnya saya mengkavernya dengan sebaik mungkin. Wahahaha.. Moga saya akan terus ikhlas dan benar di atas jalan perjuangan ini, biidznillah. 

Jalan ini bukanlah jalan yang terbentang dengan permaidani merah. Bukan juga jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga mawar berbau harum dan wangi. Jangankan bunga mawar, bunga plastik cap ayam pon belum tentu lagi! Bukan pula jalan glamor yang penuh dengan lampu-lampu sinaran kamera. Bukan. Tetapi ia jalan yang penuh dengan onak dan duri. Jalan yang penuh dengan lubang di sana sini. Jalan yang busuk, penuh dengan ranjau, paku dan kaca! (Tetapi kadangkala ada beruang atau anak kucing comel di tepi yang melambai tangan dengan kiut miut sekali hallo nak kena gigit pipi..?? Eh.) 

Ya, jalan ini mungkin tidak hensem dan osem di luarannya, tetapi ketahuilah, ia sangat hensem dan osem di mata Allah! Aiwah! [Kredit]

Ketika orang lain bersuka-ria, berlibur bersama keluarga di hujung minggu, kami memilih untuk berkonferens riang bersama ikhwah dan hadek-hadek tersayang.

Ketika orang lain punya terlebih masa dan tidak tahu nak buat apa dengannya, kami nak gunting rambut dan makan malam pon kadangkala terkejar-kejar mencari masa. (Pernah dengar teori, kalau nak cari rumah ikhwah yang super, tengoklah halaman rumahnya yang penuh dengan rumput dan lalang yang panjang! Hohoho..)

Ketika orang lain tidur di malam hari tujuh atau lapan jam lamanya, lima jam untuk kami sudah dikira cukup mewah dan berharga!

Ketika orang lain sibuk memikirkan mahu beli rumah di lokasi mana agar dapat memberikan pulangan pelaburan paling maksimum, kami memikirkan lokasi rumah mana yang paling strategik untuk dakwah dan tarbiyah bagi memberi hasil pelaburan akhirat yang paling maksimum.

Dan ketika orang lain punya lebihan wang ringgit untuk dibelanjakan dan disimpan, kami tersedak-sedak mengira wang setiap hujung bulan kerana banyaknya dihabiskan untuk kepentingan dakwah dan tarbiyah.

Bukan, ini bukan pengakuan untuk menunjuk-nunjuk, apatah lagi riya' dan rasa takabbur dengan amalan yang sedikit ini. Nau'dzubillah. Astaghfirullah...

Tetapi ini suatu pendedahan, untuk menunjukkan dan membuktikan betapa keberadaan di atas jalan ini memerlukan pengorbanan. Bukan pengorbanan yang sedikit, tetapi pengorbanan besar yang kadangkala boleh meresahkan dan menggugah jiwa.

Namun, ini adalah jalan yang dipilih. Jalan yang busuk dan penuh dengan lopak lumpur dan lubang duri inilah yang dipilih. Kerana kami yakin jalan inilah yang akan membawa kami ke sorga. Inilah jalan yang paling cepat dan mudah untuk menggapai redhaNya.

Tatkala orang lain tercari-cari apakah tujuan hidup mereka, Insha-Allah kami sudah cukup jelas apa yang kami ingin capai di dunia yang fana ini.

Tatkala ramai orang yang menunggu-nunggu hari esok, tidak tahu apa yang menanti untuk mereka, kami sudah pon merancang pergerakan dan perjalanan gerabak kami untuk berbulan-bulan yang akan datang. 

Tatkala ramainya orang yang masih hanyut dengan fitnah dan mehnah dunia, kami alhamdulillah, sentiasa mencari-cari jalan untuk mendekatkan lagi diri kepadaNya. 

Tatkala begitu banyak manusia yang tertipu dengan syaitonirojim dan permainan hawa nafsu mereka, kami alhamdulilalh sentiasa diperingatkan secara berterusan di dalam bulatan-bulatan sorga yang gembira.

Dan tatkala begitu ramai orang yang masih ragu-ragu dengan kebenaran dan kehebatan Islam, alhamdulillah dan Insha-Allah, kami dengan hidung yang kembang-kempis penuh bersemangat waja, memegang obor perjuangan agama ini dengan penuh iltizam dan kesungguhan!

Inilah nikmat berada di bawah lembayung dan bayangan dakwah dan tarbiyah; nikmat yang luhur dan membersihkan. Nikmat yang memandu hati-hati ini menuju ke arah cahaya rabbani. Nikmat agung yang tidak boleh ditukar-ganti, tidak akan bisa dijual-beli!

"Katakanlah, 'Inilah jalanku! Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan penuh yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.'"
[Yusuf, 12:108]

Ya, ini bukanlah jalan yang ditaburi dengan bunga-bunga ros atau permaidani merah. Bukan jalan yang dipenuhi dengan tepukan gemuruh atau sorakan pom pom. Tetapi inilah jalannya. Inilah jalan yang saya yakini yang akan membawa saya ke sorgaNya nanti!

Saya telah pon memilih jalan ini. Anda bagaimana..? Senyum.

-gabbana-

Pendirian yang sama saya gunakan untuk konsep belog ini, sekiranya ada yang bertanya mengapa saya jarang menulis tentang isu-isu semasa, politik, ekonomi dan sebagainya. Alhamdulillah, saya sudah berjumpa dengan prioriti belog ini. Ia akan terus menjadi platform untuk saya berkongsikan ilmu dan pengalaman saya yang seciput ini dalam dakwah dan tarbiyah, Insha-Allah.

Dan.. Err.. Mahu baca isu politik, pergilah ke belog politik! Mahu baca belog gossip dan hiburan, pergilah ke belog yang berkenaan (walaupon amat tidak digalakkan)! Anda ke Angel Pakai Gucci, maka bebelan dan ngomelan Inche gabbanalah yang akan anda jumpa! Ahahaha..

Akan bertolak ke Kuantan pada malam ini. Untuk apa..? Pastilah untuk memburu keredhaanNya yang hakiki dan abadi! Hoyeeeaahhh! Doakan keselamatan perjalanan saya ya..?

16 April 2012

Saya Tak Berapa Hensem. Boleh Tolong Tunjuk Ajar?

[Kredit]

Umum mengetahui kisah antara Nabi Musa a.s. dengan hamba Allah yang soleh, Khidir a.s.. Kalau saya dahulu, semenjak di sekolah rendah sudah mengetahui tentang kisah ini. Malah, ketika darjah enam, saya telah memasuki pertandingan bercerita Musabaqah al-Quran yang memerlukan untuk saya menghafal kisah pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir.

Kepada anda yang mungkin lebih arif dengan kisah Cinderella dan Kasut Kaca atau Puteri Salju dengan Orang-Orang Kerdil dan tidak dengan kisah Nabi Musa dan Nabi Khidiri ini *koff*, izinkan saya bercerita secara ringkas tentangnya.

Suatu hari Nabi Musa telah berpidato di hadapan kaumnya. Lantas seseorang bertanya kepada Musa sama ada selain Musa, adakah orang lain yang lebih pandai daripadanya. Dan Musa menjawab tidak ada, dialah yang paling pandai dan berilmu ketika itu. 

Pantas Allah menegur NabiNya itu. KataNya, ada orang yang lebih pandai dan berilmu daripada Nabi Musa. Terpukul dengan teguran Allah itu, lantas Nabi Musa bertanya di manakah dia dapat bertemu dan menuntut ilmu dengan hamba Allah yang soleh itu, yang telah dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang tidak dikurniakan kepada Nabi Musa.

Maka bermulalah pengembaraan baginda bersama seorang teman, mencari keberadaan Nabi Khidir a.s., tanpa bantuan Peta Google apatah lagi GPS. Akhirnya ditakdirkan baginda dapat jua bertemu dengan Nabi Khidir. Arakian Nabi Musa meminta agar diizinkannya mengikuti Nabi Khidir untuk berguru dan menuntut ilmu daripadanya. 

"Musa bertanya kepadanya, 'Bolehkah aku mengikutimu agar engkau mengajarkan kepadaku (ilmu yang benar) yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk?'"
[al-Kahfi, 18:66]

Jawab Nabi Khidir: 

"...Sungguh engkau tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana engkau dapat bersabar atas sesuatu, sedang engkau belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"
[al-Kahfi, 18:67-68]

Nabi Musa bertekad agar baginda dapat juga berguru dengan hamba Allah yang soleh seorang ini. Maka pujuknya:

"...Insha-Allah engkau akan mendapati aku orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam urusan apa pon."
[al-Kahfi, 18:69]

Sayugia bermulalah pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir bersama-sama. Tidak disebut di dalam al-Quran berapa lamakah masa yang diambil untuk pengembaraan itu. Sepanjang pengembaraan bersama, Nabi Musa telah menyaksikan tiga peristiwa pelik yang berlaku:

1) Nabi Khidir membocorkan perahu yang mereka tumpangi ketika merentasi laut
2) Nabi Khidir membunuh seorang anak muda tanpa usul-periksa
3) Nabi Khidir membaiki dinding sebuah rumah yang hampir roboh, walhal penduduk di negeri itu tidak menerima mereka sebagai tetamu

Akibat tidak tertahan melihatkan perlakuan pelik dan onar ini, maka setiap kali itu Nabi Musa bertanyakan kepada Nabi Khidir apakah justifikasi/rasional di sebalik perbuatannya itu. Dan setiap kali itu juga Nabi Khidir mengingatkan Nabi Musa yang dia tidak sewajarnya bertanyakan apa-apa kepadanya. 

Sehinggalah peristiwa ketiga, mungkin sudah fedap agaknya, Nabi Khidir menerangkan apakah alasan dan penjelasan di sebalik setiap perbuatannya itu; setiap tindakan yang diambil bukanlah berdasarkan hawa nafsunya sendiri, tetapi wahyu dan petunjuk daripada Allah. Penjelasannya itu juga menandakan berakhirnya pengembaraan mereka bersama-sama.  

Begitulah sedikit sebanyak.

Banyak mutiara-mutiara berharga yang boleh kita kutip daripada kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ini. Antaranya adalah hikmah yang tersembunyi yang tidak dapat ditanggapi oleh akal fikiran manusia. Juga jangan sesekali merasakan diri sudah cukup baik dan bagus, kerana di luar sana lebih ramai orang yang punya kelebihan dan kekuatan yang tidak kita miliki. 

Umum melihat ibrah kisah ini dari perspektif Nabi Khidir; Nabi Khidir yang rendah diri lagi mulia, berjaya membuktikan kepada Nabi Musa bahawa di dalam dunia ini, ada orang yang lebih berilmu dan pandai daripadanya. Bukan begitu..?

Saya ingin mengajak anda melihat kisah ini daripada perspektif yang sedikit berbeza; perspektif dari sudut pandangan Nabi Musa pula. Bagaimana seorang manusia yang cukup hebat itu, seorang Rasul Ulul Azmi, seorang yang sangat dekat dengan Allah, boleh sahaja merendahkan egonya semata-mata untuk menuntut ilmu daripada seseorang yang lebih baik daripadanya.

Bukan setakat itu, baginda juga kerap kali mengakui kesilapan dan kesalahannya setiap kali ditegur oleh Nabi Khidir kerana gopoh dan tidak sabar dengan tindakannya. Wah! Bukankah itu suatu akhlak dan keperibadian yang cukup mulia..?

"Dia (Musa) berkata, 'Jika aku bertanya tentang kepadamu tentang sesuatu sesudah ini, maka jangan lagi engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engaku sudah cukup (bersabar) menerima alasan dariku.'"
[al-Kahfi, 18:76]

Jika dilihat dengan teliti, siapa sahaja pasti akan resah gelisah, tidak sabar dan mahukan penjelasan segera apabila melihatkan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Nabi Khidir. Yalah, siapa yang tidak panas punggung apabila melihat seseorang merosakkan kenderaan yang dia sendiri tumpangi? Siapa yang tidak menggelabah menyaksikan nyawa seorang anak muda dicantas begitu sahaja..? Dan siapa yang tidak geram apabila melihatkan layanan penduduk sekitar yang dingin, dan kita masih mahu membantu mereka..?

Maka saya kira reaksi Nabi Musa adalah reaksi normal manusia biasa yang tidak dapat menanggapi sesuatu peristiwa di luar pola pemikiran mereka. Malah hebatnya Nabi Musa, kerana bukan sahaja dia sanggup merendahkan egonya untuk pergi menuntut ilmu, bukan sahaja dia mengakui kesilapannya yang tidak menuruti nasihat Nabi Khidir itu, malah dia juga sanggup didenda sekiranya dia mengulangi kesilapan yang serupa sekali lagi!

Wahai.

Itulah akhlak seorang dai'e yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan menyebarkan risalah Allah ini. Tidak ego. Merendah diri. Sanggup pula ditegur dan didenda sekiranya benar dirinya ada melakukan kesilapan. Masih wujudkah spesis dan baka seperti ini di kalangan para dua't dasawarsa ini..?

Mutakhir ini, saya khuatir melihatkan 'trend' yang melanda sebilangan daripada kita yang menggelarkan diri sebagai dua't ini. Trend rasa diri sudah cukup bagus. Trend pantang ditegur, kalau nak tegur jugak langkah mayat aku dulu heyyy! Trend angkuh. Trend takabbur. Dan bermacam-macam lagi trend dan sikap yang tidak sepatutnya ada pada seorang dai'e.

Sudah berkali-kali saya menulis tentang perkara yang hampir sama; Menjadi Super Saiya Pasti Dapat Mengalahkan Raja Raksasa Syaitan Pikor, Gendang-Gendut Tali Kecapi, Badan Gendut Lupa Diri. Eh?, Kau Hengat kau Canteque...?? dan Saya Hensem, Saya Best dan Sayalah Yang Paling Kool!

Semuanya mengenengahkan tema yang hampir serupa; penyakit hati yang menyebabkan para dua't lupa diri dan syok sendiri. Yang lebih mengerikan daripada itu adalah, penyakit-penyakit hati ini menyebakan kita menjadi lebih jauh dari rahmat kasih-sayangNya!

Air mata menitik-nitik.

Hebat sangatkah kita ni sampai tidak boleh ditegur? Siapa kita sehingga tidak boleh menerima pendapat dan pandangan orang lain? Osem dan kool sangatkah kita ini sehingga kita amat mudah terasa hati apabila kita dikritik dan dipertanggungjawabkan atas sesuatu..?

Hey anda! (Untuk diri saya juga!) Jalan dakwah dan tarbiyah ini tidak memerlukan orang seperti anda yang sombong dan angkuh tahu? Ia juga tidak memerlukan orang yang merasakan dirinyalah yang paling bagus di seluruh galaksi bimasakti. Dan oh, ia juga tidak ruang untuk anda yang begitu kecil hatinya; amat mudah terasa hati apabila ditegur dan dikritik!

Sepatutnya kita perlu berasa amat bersyukur dan berterima-kasih apabila ada orang yang mahu menegur kita. Itu tandanya Allah sayang pada kita; dia menghantar seseorang untuk mengetuk kepala dan jiwa kita, agar kita tidak terus hanyut dan larut di dalam arus kelalaian hawa nafsu diri kita! Allahu Akbar!

Dan.. Dan.. Walaupun seandainya teguran dan kritikan itu tiada kena mengena dengan anda, langsung tidak mengenai batang hidung atau cuping telinga anda, janganlah terus melenting dan menggelabah! Dengarkan dahulu teguran yang diberi. Muhasabah, dan sekiranya benar teguran atau kritikan tersebut tidak benar, maka balaslah dengan senyuman penuh kecairan dan kata-kata manis menggugah iman. Eheh.

Tidak perlulah kita ego. Tidak perlu kita berasa tercabar atau mahu membalas serangan dengan bom tangan atau bazooka. Tidak perlu. Sedangkan para Nabi dan Rasul pon boleh ditegur, inikan pula kita...?? Allah.

Ayuh kita ambil semangat Nabi Musa a.s. yang telah menunjukkan kepada kita adab dan akhlak dalam mencari kebenaran. Ayuh kita contohi kekasihi hati kita, ar-Rasul SAW yang apabila tidak tahu, baginda akan mengatakan bahawasanya baginda tidak tahu!

Ehem.

Saya tahu saya tidak (berapa nak) hensem. Boleh tolong tunjuk ajar..?

-gabbana-

Agak sukar mahu menghabiskan penulisan ini, yang sudah dimulakan sejak Sabtu yang lepas. Baru-baru ini agak kekurangan idea untuk menulis. Moga Allah izinkan saya untuk terus berkarya, biidznillah. 

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP