Pages

28 June 2012

Hepi Meal Yang Tidak Menghepikan

[Kredit]

Kebelakangan ini saya perasan begitu banyak kereta ditampal dengan pelekat pandu-lalu Mek Dogol. Eh. MekDi. Pelekat Burger King dan KFC ada juga, tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak MekDi, yang seolah-olahnya ditampal di cermin hampir semua kereta yang ada di Malaysia ini. Hohoho..

Hal ini mengalirkan peluh di tengkuk untuk golongan seperti saya, yakni mereka yang memboikot barangan keluaran dan buatan atau yang menyokong Zionis Israel laknatullah. Semakin banyak pelekat di cerminan kereta, maka ia menggambarkan semakin banyaklah pelanggan MekDi dan semakin banyak pula wang yang mengalir ke dalam negara haram Israel.

TIpulah kalau saya katakan saya tidak pernah menjamah MekDi. Malah pernah suatu ketika MekAyam merupakan burger kegemaran saya, ditambah pula dengan MekNaget dan kentang goreng panas yang lazat. Uuuurrrggghhh. Memang nikmat. Namun setelah mengetahui apa sumbangan MekDi terhadap negara haram Israel dan berapa ramai pula nyawa rakyat Palestin yang terkorban saban tahun disebabkan oleh kekejaman tentera Zionis, tidak tergamak saya untuk menjamah MekDi lagi. Malah, saya boleh berbangga kerana saya sudah bertahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki ke dalam premis restoran makanan segera itu. Dah tak ingat pon macam mana rasa naget garing atau bubur ayan MekDi. Eh.

Ketika isu boikot ini berada di kemuncaknya beberapa tahun yang lalu ketika Gaza teruk dihambat dan dibelasah Israel, ramai rakyat Malaysia yang menyahut seruan boikot ini. Punyalah berkesan kempen ini sehinggakan pihak MekDi Malaysia terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menyumbang apa-apa kepada Israel. Wahai, anda ingat kami ni bodoh lagi jahil? Mungkinlah anda tidak menyumbang secara terus kepada Israel atau tiada apa-apa upacara menyerahkan cek sumbangan kepada Benjamin Netanyahu. Tetapi hakikatnya, wang royalti yang anda bayar setiap tahun kepada MekDi itu kerana menggunakan jenama mereka, wang itulah yang disalurkan ke sana!

Tuduhan terhadap MekDi yang menyalurkan sumbangan kepada kerajaan haram Israel bukanlah suatu tuduhan melulu atau tanpa bukti. Dokumentasi yang rapi dan bukti-bukti yang kukuh memang amat jelas menunjukkan bahawasanya syarikat gergasi makanan segera itu sememangnya memberikan sumbangan yang signifikan ke arah pembangunan negara haram Israel. 

Makcik MekDi merupakan rakan karib kepada Dana Bersatu Yahudi (Jewish United Fund) dan Persekutuan Yahudi (Jewish Federation), yang mana kedua-dua badan ini adalah antara organisasi yang terkedepan dalam mendokong ideologi Zionis. Dana Bersatu Yahudi menyumbangkan $1.3 juta setiap tahun tanpa gagal kepada Israel untuk pembangunan dan penempatan Yahudi di Kiryat Gat - tanah yang dirampas daripada penduduk Palestin, al-Manshiya dan al-Faluja pada tahun 1949.

Selain itu, tahukah anda restoran pertama Makcik MekDi di Timur Tengah adalah di negara haram Israel, yang dibuka pada tahun 1993? Makcik MekDi juga mengadakan suatu kempen di mana setiap sumbangan oleh pekerjanya kepada Dana Bersatu Yahudi, akan disamakan jumlah sumbangan tersebut oleh pihak mereka. Contohnya, restoran MekDi cawangan Chicago menyumbangkan $1 juta kepada dana tersebut, maka Makcik MekDi juga akan menyumbangkan $1 juta. Macam mana tak kaya Dana Bersatu Yahudi kalau macam tu!

Itu baru Makcik MekDi, belum lagi Pakcik Starbak dan Inche Koka-Kola!

Howard Schultz dan empayar kopinya. [Kredit]
Howard Schultz (nama pon dah tahu dia ni Yahudi!), pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbak adalah seorang Zionis yang aktif. Pada tahun 1998, dia telah dianugerahkan dengan 'Anugerah Penghargaan Rakan Zion Sempena Ulangtahun ke-50 Israel' oleh Dana Jerusalem Aish HaTorah, sempena jasanya "... memainkan peranan yang penting dalam mempromosikan hubungan baik antara Amerika Syarikat dan Israel." Aish HaTorah adalah sebuah badan ultra-kanan (hampir kepada fasis) yang banyak membiayai aktiviti-aktiviti Zionis Israel. Starbak dengan penuh bangganya mempamerkan anugerah ini di laman sesawang mereka; namun setelah kempen boikot mula menyemarak di seluruh dunia, anugerah ini secara tiba-tibanya dihilangkan.

Provokasi. [Kredit]
Inche Koka-Kola tidak kurang hebatnya dalam sumbangan mereka dalam membangunkan negara haram Israel. Sejak tahun 1966 lagi, Koka-Kola merupakan penyokong tegar Israel. Pada tahun 1997, kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Koka-Kola di Majlis Makan Malam Anugerah Perdagangan Israel atas sokongan padu dan berterusan mereka terhadap negara haram itu. Setiap tahun, Koka-Kola menjadi penaja utama untuk Anugerah Dewan Perdagangan Amerika-Israel yang memberi penghargaan kepada mana-mana syarikat yang menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Israel. Koka-Kola juga membina kilangnya di Israel di atas tanah haram yang dirampas daripada penduduk Palestin.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perbuatan onar dan keji yang dilakukan oleh Makcik MekDi, Pakcik Starbak dan Inche Koka-Kola (dan juga syarikat-syarikat dan jenama-jenama yang lain), anda bolehlah baca di sini.

Di dalam post ini, saya akan cuba menjawab beberapa persoalan yang sering dijadikan isu atau sengaja dimain-mainkan dek degil dan keras kepalanya anda untuk terlibat dalam kempen memboikot barangan Israel ini.

Mengapa perlu boikot? Tiada cara lainkah?

Untuk menjawab soalan ini dengan adil dan benar-benar jelas sejelas bintang berkerlipan di ufuk Timur.. Err. Anda perlu dahulu faham dan jelas dengan sejarah penubuhan negara Israel. Tetapi bukan niat saya untuk bercerita kepada anda tentang perihal itu di sini.

Cukuplah sekadar saya katakan, ia merupakan suatu jenayah di pihak kita apabila kita secara tidak langsung membantu ekonomi negara haram Israel. Tiada negara yang boleh bertahan dan berkembang maju tanpa sistem ekonomi yang mantap. Dan negara haram Israel, dalam tempoh kurang lebih enam puluh tahun sudah berjaya membangunkan negaranya dengan begitu canggih dan maju sekali. Semuanya gara-gara sumbangan berbilion dolar Amerika yang tidak henti-henti masuk ke dalam negara itu.

Dan dari manakah datangnya sumbangan ini? Banyak sumbernya, tetapi salah satunya adalah daripada hasil jualan barangan mereka kepada kita. Memanglah kalau fikir, "Ala aku sorang je beli. Berapa sen sangatlah yang dapat kat Israel tu..??", kita akan merasakan yang tiada salahnya kita membeli produk keluaran Israel. Garu kepala. Memanglah Kak Eton oi, Tapi cuba bayangkan kalau ada sepuluh juta orang macam Kak Eton, dah berapa juta sen dah tu..?? Tu baru sepuluh juta, kalau seratus juta? Satu bilion..??

Dan hujah yang paling kuat untuk kita boikot produk keluaran Israel adalah kerana tanggungjawab kita sebagai saudara seaqidah rakyat Palestin. Tergamak kita dengan penuh gembira makan BigMek sambil menguyah kentang goreng panas, minum Koka-Kola dan pagi-pagi ke Starbak untuk menikmati kopi panas di kala saudara-saudara kita hidup penuh sengsara dan terseksa? Setiap hari menanti masa, bila pula giliran mereka untuk dibedil dan dibom oleh kereta-kereta kebal dan jet-jet pejuang Israel laknatullah, dan kita dengan enak sekali menikmati Sundae Cokolat sambil duduk melepak di Starbak melayan wifi percuma..? 

"Tidak beriman seseorang di kalangan kamu selagi dia tidak menchentai saudaranya sepertimana dia menchentai dirinya sendiri."
[Riwayat Bukhari]

Bayangkan, cuma bayangkan, suatu hari Malaysia diserang dan ditakluk oleh Jepun misalannya (na'udzubillah). Ketika itu nasib kita tiada bezanya dengan rakyat Palestin, Kashmir, Syria malah lebih teruk lagi. Bayangkan, apa perasaan kita apabila melihat saudara-saudara seIslam kita di Indonesia, Thailand, Kuwait, Dubai dan sebagainya, dengan penuh riang gembira memandu kereta Honda dan Toyota, memakai henpon Sony dan makan sushi..?

Boikot adalah tanda solidariti kita kepada rakyat Palestin yang terseksa dan sengsara. Ia adalah sekecil-kecil usaha yang boleh kita lakukan bagi menunjukkan kita bersama-sama mereka! Dan anda tahu suatu fakta yang lebih mengalirkan peluh di tengkuk? Orang-orang bukan Islam pon cukup ramai yang bersama-sama dengan kempen memboikot ini! Wahai!

Jadi apa alasan kita untuk tidak memboikot...?

Bagaimana boikot berfungsi? Berkesankah?

Sesiapa yang pernah belajar ekonomi pasti tahu bahawa konsep yang paling asas dalam subjek ini adalah permintaan dan bekalan (Baca: Demand and supply). Bila ada sahaja permintaan, pasti akan ada bekalan. Dan tugas tangan ghaib (Baca: Invisible hand) adalah untuk memastikan jumlah bekalan bertepatan dengan jumlah permintaan secara otomatik, tanpa perlu ada campur tangan daripada pihak luar. Itu konsep asasnya.

Maka apabila kita memboikot barangan tertentu, misalnya Mek Dogol, eh tersasul lagi, MekDi, dan jumlah yang memboikot cukup ramai dan signifikan, ia pastinya akan menurunkan permintaan terhadap produk MekDi dengan cukup mendadak dan dramatik sekali. Dalam jangka masa yang panjang, nak tak nak, pihak MekDi terpaksa mengejas bekalan mereka bagi memastikan mereka tidak kerugian.

Dan dalam jangka masa yang lebih panjang, sekiranya permintaan terhadap burger, naget, kentang dan aiskrim MekDi menurun dengan berterusan dan begitu mendadak sekali, pastinya ia akan menggoyangkan lutut pihak pengurusan MekDi lantas membuatkan mereka terfikir,

"Ish ni tak boleh jadi kalau terus macam ni. Bini dan anak-anak aku nak makan apa..?? Ah, kita hentikan sumbangan kita pada Israel kalau macam ni!"

Hoyeah.

Anda mungkin ingat itu semua mimpi dan mustahil boikot boleh memberi kesan sehingga sebegitu rupa. Oh saya tidak melawak. Ia memang benar-benar berlaku.

Hasil daripada usaha-usaha boikot sebelum ini, beberapa syarikat gergasi telah menarik kembali sumbangan dan sokongan mereka kepada Israel. Antaranya, Nokia (ya benar, anda kini boleh menggunakan kembali henpon 3310 anda yang anda simpan dalam almari itu) dan Arsenal FC (silakan sokong Arsenal sekarang juga!) telah menarik semula pelaburan dan kepentingan mereka di Israel. Nah, bukankah terbukti sudah anda mampu melakukan perubahan hanya dengan memboikot..??

Suatu ketika dahulu, dunia telah melakukan tindakan yang sama terhadap kerajaan Apartheid Afrika Selatan yakni dengan memboikot produk keluaran mereka, sehingga melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Maka, Israel wajar menerima layanan dan nasib yang sama. Apa bezanya negara haram apartheid Israel dengan apartheid Afrika Selatan?

Tapi... Kalau kita boikot MekDi, Starbak semua tu, kasihanlah pada anak bangsa kita yang bekerja dengan mereka! Hilang pekerjaan mereka nanti!

Ekele. Ini salah satu alasan/kenyataan retorik yang paling bosan dan menyampah saya dengar. Maaf.

Pertamanya, dah takde tempat lain ke nak kerja bang kak oi..? Punyalah banyak peluang pekerjaan di luar sana, mengapa MekDi dan Starbak yang menjadi pilihan? Bukannya banyak pon gaji yang mereka bayar! Kena kerja macam keldai lagi! Aduhai mak minah sayang.

Ok sedikit emo di situ. Dan jawapan sebegitu agak prejudis dan bunyinya seperti mementingkan diri bukan? 

Huaaaarrgghhh makan budaaaakk! [Kredit]

Begini.

Kemungkinan besar anda yang bekerja di premis-premis MekDi, Starbak dan yang seangkatan dengannya tidak sedar pon kepentingan untuk memboikot syarikat-syarikat pro-Zionis ini. Bukan salah anda kerana anda tidak terdedah dengan maklumat-maklumat yang berkaitan. Dan setelah bekerja sekian lama, terasa begitu sukar dan berat untuk meninggalkannya atas dasar komitmen dan kesetiaan kepada raja dan negara majikan anda bukan? Apatah lagi mungkin sukar untuk mencari pekerjaan lain selepas ini bukan..?

Mungkin sukar untuk saya meyakinkan anda. Dan mungkin mudah untuk saya menyatakannya. Tetapi percayalah, ini soal aqidah. Ini soal persaudaraan, ukhuwwah Islamiyah kita dengan saudara-saudara kita di Palestin. Sekiranya kita mempunyai kesedaran untuk bersama-sama merasai penderitaan saudara-saudara kita di sana, sekiranya kita benar-benar beriman dengan hadith yang saya sebutkan tadi, Insha-Allah, kita akan punya kekuatan dan iradah yang luar biasa untuk meninggalkan pekerjaan kita itu.

Malah, anda sebagai pekerja dengan syarikat-syarikat tersebut adalah orang yang pertama-tama sekali wajar memboikot produk keluaran mereka dan berhenti serta-merta daripada berkhidmat dengan mereka, sebagai tanda protes dan tidak puas hati anda dengan tindakan mereka menyokong Zionis Israel. Siapa tahu, suatu hari nanti, berkat kesungguhan, ketabahan dan kesabaran anda, anda dapat bekerja semula dengan mereka ini yang ketika itu sudah bebas daripada pengaruh cengkaman Zionis? Senyum.

Dan bukankah rejeki itu milik Allah dan hanya Dia sahajalah yang memberikan rejeki kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki? Yakin dan percayalah, satu pintu anda tutup demi kepentingan ukhuwwah dan perjuangan yang lebih besar dan utama, berpintu-pintu lain yang Allah akan buka untuk anda! Yang penting, anda perlu ikhlas dan yakin apabila melakukannya!

Tarik nafas... Hembus. Tarik nafas lagi.. Hembus sekali lagi. Anda mampu melakukannya!

Tapi Inche gabbana, kat Arab Saudi pon ada MekDi dan Starbak! Koka-Kola pon bersepah-sepah! Sambil-sambil buat umrah pon boleh singgah dulu di Mekdi atau Starbak! Ha, macam mana pulak tu??

Allahu a'lam. Kat padang Mahsyar nanti, cubalah beritahu Allah dan rakyat Palestin begini:

"O Allah. Aku makan MekDi dan minum Starbak dulu sebab kerajaan Arab Saudi pon tak menghalang rakyatnya daripada makan dan minum MekDi, Starbak dan Koka-Kola! Bukan salah aku kan ya Allah..?"

Erk.

Hakikatnya, di akhirat nanti kita akan dihisab nafsi-nafsi; sendiri-sendiri. Ketika itu, kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan dan perbuatan kita. Ketika itu, ke mana kita nak lari..? Gulp.

Ok ok. Jadi, kalau macam tu, kita kena boikot semua produk Yahudi la kan..? MukaBuku, Pakcik Google, Intel, semua-semua tu..??

Haih. Pertamanya, kita kena bezakan dahulu antara Yahudi dan Zionis. Apakah ideologi sebenar di sebalik Zionisme. Bezanya antara Yahudi (sebagai agama, dan bukan bangsa) dengan Zionis, sehinggakan dalam protes-protes dan tunjuk perasaan yang menentang kekejaman rejim zionis Israel, terdapat sejumlah Yahudi Ortodoks (Yahudi totok) yang menyertainya. Malah saya sendiri pernah menyertai protes jalanan besar-besaran sewaktu di Kota London dahulu yang disertai oleh sejumlah Yahudi Ortodoks ini.

Menariknya, ar-Rasul SAW sendiri tidak pernah memusuhi Yahudi. Abdullah bin Salam adalah seorang pendeta Yahudi yang mendapat hidayah lantas memeluk Islam. Malah salah seorang isteri baginda, Safiyya adalah seorang wanita Yahudi, anak kepada ketua Kaum Nadhir, Huyay ibn Akhtab. Dan pasti segar dalam ingatan anda tentang kisah wanita Yahudi yang meletakkan duri di sepanjang laluan Nabi, yang kemudiannya jatuh sakit lantas baginda adalah orang pertama yang menziarahinya? Juga kisah pengemis buta Yahudi yang akhirnya memeluk Islam, selepas tersentuh dengan layanan baginda terhadapnya?

Yang dimusuhi oleh Islam adalah kafir harbi, yakni sesiapa sahaja yang ingkar pada perintah Allah (kufur) dan secara terang-benderang mengisytiharkan permusuhan dengan Islam. Maka dalam konteks hari ini, Zionisme dan para pengikutnya adalah kafir harbi yang wajib diperangi, kerana mereka secara jelas lagi tanpa segan-silu boleh saya tumpang lalu, menyatakan kebencian dan kedangkalan mereka terhadap Islam.

Arakian kita perlu berhati-hati dalam memilih syarikat dan produk mana yang perlu diboikot. Mana-mana syarikat yang secara terang-benderang menyokong penubuhan negara haram Israel, malah membantu pula mereka dengan cara mengalirkan dana bagi membangunkan negara tersebut, maka mereka ini wajib diperangi dengan boikot kita.

Antara produk-produk yang wajar diboikot. Ohoii! [Kredit]

Dan keduanya, secara idealnya sememangnya kita mahu boikot semua barangan dan produk keluaran Zionis ini. Namun hakikatnya, dek pengaruh ekonomi mereka yang cukup besar dan meluas, agak sukar juga untuk dikenalpasti setiap produk dan barangan yang mereka hasilkan.

Mencontohi inisiatif yang diambil oleh pihak Aqsa Syarif, mereka menumpukan usaha boikot ini kepada tiga produk yang utama; MekDi, Starbak dan Koka-Kola. Saya bersetuju dengan tindakan ini. Biarlah kita berfokus dalam usaha-usaha boikot kita, daripada mencapah tak tentu hala dan kesannya tidak dirasakan pon oleh mereka ini. Jadi kita mulakan dengan mereka ini dahulu. Setelah mereka benar-benar terkesan dan sakit dengan bisa boikot seluruh umat Islam lantas mengalah dengan desakan kita, baharulah kita beralih kepada syarikat dan produk yang lain pula.

Dan anda pernah dengar tentang kesan Domino? Tidak mustahil, akibat gerun dan gentar melihatkan kerugian dan kesan akibat boikot secara besar-besaran ini, syarikat-syarikat lain juga akan segera menghentikan pelaburan mereka dengan Israel sebelum mereka pula diboikot! Walawehhh!

Bagaimana..? Tidak sukar bukan? Senyum kenyit-mengenyit.

Sudah tiba masa untuk kita melakukan serangan balas! Ayuhhhh! [Kredit]

Tapi Inche gabbana... Sedaplaaaaaa burger kentang goreng MekDi semua tu. *airliurmeleleh* Pagi-pagi mesti pekena kopi latte karamel berkrim Starbak lagi. Macam mana nak tinggalkan....? *mata kucheng*

Err. Tapak tangan muka (Baca: Facepalm) untuk anda.

Ia suatu pilihan. Dan bukannya tiada alternatif bukan..? Kalau MekDi tu, rasanya burger Ramlee atau burger bakar pon boleh celen. Starbak? Berlambak-lambak alternatif di luar sana tu; Coffee Bean ada, illy ada, kalau nak sentuhan tempatan kopitiam pon banyak. Apa lagi alasan anda..?

Pokoknya, dunia tidak akan kiamat kalau anda tidak makan MekDi bukan? Nyawa anda tidak duduk di kerongkongan sekiranya anda tidak menghirup Starbak dan Koka-Kola bukan..?

Nah, apa lagi yang menghalang anda daripada memboikot produk-produk ini...?? 

"Dan orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka."
[al-Baqarah, 2:120]

Sudah, apa yang anda tunggu lagi tu..? JOM BOIKOTTTT...!!

-gabbana-

Untuk memahami dengan lebih lanjut dan jelas tentang kepentingan boikot dan apa produk-produk yang perlu diboikot juga perjuangan membela rakyat Palestin, saya amat mengesyorkan anda untuk memperbanyakkan bacaan dan carian anda di internet. Antara laman-laman sesawang yang saya syorkan adalah Big Campaign, InMinds, Friends of al-Aqsa dan sudah semestinya, Aqsa Syarif.

Sebarang teguran, penambahbaikan mahupon kritikan untuk artikel kali ini amat-amatlah dialu-alukan. Semoga ini menjadi usaha kecil kita yang tak seberapa untuk berhadapan dengan Allah kelak dan semoga menjadi saksi pembela kita di mahkamahNya nanti. Amiin. 

52 comments:

  1. first time komen kat sini...

    saya dah lama x makan mcd , serius .

    bila member2 ajak saya makan , saya cakap saya x makan makanan segera .

    ' oh , ko boikot ek ? halal la , '

    ya , saya boikot . tapi saya senyap je kerna risau akan berlaku perdebatan yg serba panjang .

    apabila sudah suka , sukar utk kita tukar kepada benci . entahlah .

    apapun , dah lama saya x makan mcd , about four years ^_^

    ReplyDelete
  2. pembacategar28/06/2012, 12:32

    IG, mcm mana nak cakap bila kita ckp boikot, then my parents jawab "kesian lah pekerja2 mekdi tu. kita niat nak tolong diorang." T_T

    ReplyDelete
  3. " Tidak beriman seseorang di kalangan kamu selagi dia menchentai saudaranya sepertimana dia menchentai dirinya sendiri."
    [Riwayat Bukhari]

    mungkin tertinggal perkataan tidak di dalam maksud hadith ini. :)

    ReplyDelete
  4. inche gabbana,

    mcm mana kalau ada yg tanya pasal intel, dan fb?

    ReplyDelete
  5. MCD pada dasarnya halal tp kita nak boikot. Bagaimana pula dgn rokok/beer yg mmg dah haram. Why not we boikot ni juga?

    If betol2 nak boikot MCD, kerajaan kena tutup semua restoran MCD. kalau restoran ni masih ada, mmg la kempen xberkesan.

    ReplyDelete
  6. pelayan suci28/06/2012, 21:43

    i love black forest mocha ice blended wit cream by coffee bean..

    ReplyDelete
  7. tp kalu kita tak beli tak sumbang duit ape2 pon.. cumanya makan mekdi sebab org lain blanja. kira xpe je kan? sy juga alami kata2 seperti pembacategar lg2 dr glgn pkckmkck..jd cmna?

    ReplyDelete
  8. Post dan penerangan yg sebeginilah yg kita harap-harapkan dari seorang pemuda..

    For those who keep giving excuses, knock your heart.. "imanku di tahap mana?"

    ReplyDelete
  9. Zaujah Umar Hamzah :)

    Saya sokong awak. Sungguhpun keadaan membuatkan kita tersepit di tengah-tengah, renung dan muhasabah balik. Aku hidup ni untuk Allah ke untuk manusia?

    Truly, it's easier said than done. But again, buatlah apa yang kita rasakan terbaik. Yang mana, kita letakkan dulu Allah dan Islam sebagai dua perkara yang penting di atas.

    Then, do it.

    Maaf kalau kata-kata ini memyinggung hati. Minta maaf banyak-banyak ^^ *peace*

    ReplyDelete
  10. kadang-kadang memang kita perlu lebih tegas tunjukkan kita boikot/kenapa kita nak boikot. my experience. pernah dulu one of my family belikan mekdi even sy dah bertegas tak mahu. lepastu dia jugak yg kena habiskan. i know nampak mcm rude. but in return, family sy dah x pergi/belanja mekdi dah lepas tu. atleast not when im with them. and its been a year dah :))

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tergerak untuk memboikot mcd. Tapi setahun lepas ada tengok satu video "the truth behind mcd's burger" yang mana mat salih tu buat eksperimen guna burger mcd, fries mcd, dan burger biasa tepi jalan nak tunjuk berapa banyak pengawet dalam burger mcd sampai dah seminggu tak rosak sangat tapi burger tepi jalan dah rupa lain. Sejak hari tu memang kembang tekak nak makan. Alhamdulillah sampai sekarang tak mampu nak telan bila terbayang benda tu.. Last last baru sedar eh aku dah kira boikot mcd la juga.

    ReplyDelete
  12. tepuk dada tanyelaa iman kita..
    kalau tanye selera..confirm..Bigmac satu!!

    ReplyDelete
  13. TAU X IG...ade kwn saye x sokong care pemikiran sebegini..katenye klu nk boikot ni alamat kte mkn mknn tradisional melayu jela...huhuh..sempitnye pemikiran!ohoi~

    ReplyDelete
  14. suka main masak229/06/2012, 22:46

    lauk pauk melayu pon sodap lagi berkhasiat..sekali sekala manjakan perut dgn makanan tak berkhasiat pon x berdosa..yg penting halal dan baca doa sebelum melantak.. kalo ada lebih tapau utk kucing jalanan..yg terbaik masak sendiri kat rumah lagi puas.

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, sy tak pernah makan McD...walaupun dulu2 sy taktaw benda2 boikot mcD nih, mmg kluarga sy tak pernah ajar anak2 makan mcD. Jadi, sampaila skrg sy tak pernah sntuh mcD...insyaallah, sampai bila2 pun.

    ReplyDelete
  16. Salam,nak tanya,awak dapat info pasal nokia,danone and arsenal FC tu dari mana ya?

    Harapnya tuan blog ni bacalah komen ni,nak tau jugak kesahihan pasal nokia tu semua.

    Tq.

    ReplyDelete
  17. naqiyan anis: ada dalam salah satu link yg sy bg tu; inminds. sy dapat dari situ. ;)

    harap bermanfaat.

    ReplyDelete
  18. putih dan enonimus: intel juga adalah antara penyumbang besar pada Israel. Tp memandangkan most of our laptops dan PCs guna intel sbg processor, mmg agak susah la kalau ak boikot. Dlm hal ni intel agak berbeza ngn Mekdi, Starbak dan Koka-Kola sbb alternatif dia terlalu sedikit.

    Solusinya? Gunalah Apple. Apple!

    Ntok FB, melalui bacaan dan sepjg pengetahuan sy, tiada lagi bukti2 sahih yg menyatakan FB ada menyumbang pape kpd Israel. Walaupon Mark Zuckenberg adalah seorang Yahudi, tak bermakna dia adalah seorang Zionis. Kalau seseorg tu bkn Yahudi sekalipon tp dia simpati pd Zionis, kita boikot jugak. Huhu..

    Allahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IG...Apple juga guna Intel :) alternatif ialah AMD

      Delete
  19. inche gabanna, dalam website tu kate tu kne boikot danone, tapi anta kate danone dah xboikot. bagaimana tu?huhu

    website tu updated kan?klu salah hrp ley jelaskan.tkut nnti org bertaqlidkan anta, ley mkn...huu

    ReplyDelete
  20. Enonimus: Lepas saya baca balik kenyataan dalam laman sesawang InMinds tu, saya rasa tulisan saya mungkin mengelirukan org yg membacanya.

    Ada beberapa jenama yg dahulunya di bawah Danone yg kini tidak lagi dimiliki Danone. Produk jenama2 tu yg sebenarnya kini tidak lagi diboikot.

    Tp danone secara umumnya, masih lg dalam senarai ntok diboikot.

    Atas sebab itu, saya dah edit post saya tu dan buang nama Danone.

    Jzkk sebab perasan. ;)

    ReplyDelete
  21. Atleast kalau intel nokia yg namanya benda tu ok lg dr McD. Sbb McD tu kita mkn, bila2 kita nk- byk kali. Kalau brg, sekali beli mmg dh serah duit kt israel. Lps tu xde dh keje beli laptop hari2 mcm mkn McD tu

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah tak berkeinginan utk makan benda tu semua.. ^_^

    p/s: Burger tepi jalan lagi sedap.. ^_^

    ReplyDelete
  23. tq sbb bg penjelasan yg sgt2 dinantikan! xsure enchek gabbana prasan ka x. b4 ni i hve asked u regarding these issue thru emel.btw, terima kaseh :)

    ReplyDelete
  24. "niat nak tolong diorang". Betul ke nak tolong diorang? Malaysian2 yg kerja kt restoran2 biasa lain x nak tolong pulak. Puluhan ribu lagi restoran2 melayu/cina/india/mamak yg ada pekerja melayu dalam tu. Means kalau nak tolong sangat pekerja melayu silalah pergi ke semua restoran yg ada pekerja melayu. sgt x munasabah utk tlg. alasan.

    Benar,aku pun ada pengalaman. Family aku almost everyweek makan domino/pizzahut/ayamas/kfc mahupun McD. Tapi after aku boikot McD semua takut nak makan.

    ReplyDelete
  25. salam

    org islam yg tinggal di negara yg mudah cr mknn halal mcm msia ni xde alasan utk x memboikot produk mknn yg directly menyumbang pd zionis kerana bersepah2 alternatif. reason x mampu boikot adalah samaada awareness rendah or manjakan diri sgt. walaupun saya dah blk msia for good, bila saya kenang balik waktu blaja dulu, nak cr eateries halal pun susah.. lagi2 lah klu tgh travel/intern kat rural area, ayam halal nak masak pun susah nak cari. sardin dlm tin n telur je lah protein yg ada.ikan mmg x mampu lah nak beli =__= klu kat area uni sy eateries yg halal ada 2 je nandos n kebab, itupun mkn 1 or 2 bln sekali je sbb sekali mkn mau terbang 10dollar. selagi mampu kami masak sendiri, mengidam nak nasi lemak ke apa ke semua masak, tgk resepi tenet, berguru jarak jauh dgn mak. So,bersyukurlah tinggal di msia yg mknn mmg satu kemewahan. nasi lemak tepi jln tu rm1 je. nak makan tiap2 hari sampai muak pun bleh. hargailah nikmat Tuhan bg ni. jgn sampai ditarik balik kerna keengganan kita membantu saudar2 kita walau kita dah faham.

    kami study di negara mcm ni pun bleh hidup je dgn segala limitation yg ada, x kan kat msia yg mewah dgn segala mknn x mampu nak boikot. kami lagilah leceh nak beli produk mknn nak kena check ingredients segala kod bagai.

    Kita menderma pd rakyat Palestin pun jarang; tapi masih mampu nak khianati mereka? mungkin hasil boikot ni x nampak directly pada anda, tp berkatnya mungkin sampai pd family, anak2 dan sudah tentu saham ini membantu di akhirat nt.

    sorry, panjang lebar tulis..

    ReplyDelete
  26. sebak hati melihat Mekdi dan Stabak tersergam di Tanah Haram.

    ReplyDelete
  27. baru je bc..question, why u choose gucci at the first place ye? bukankah gucci milik org kafir? should have not used the name because it leads to confusion, to me at least..sorry out of topic..just wondering sbb biasa org yg berdakwah ni guna nama yg lebih matang.. in view of the topic, sy bersetuju dgn komen anon diatas yg mana kita juga perlu boikot rokok dan arak secara besar2an memandangkan ia jelas membawa kpd kemudaratan..majalah2 hiburan seperti mangga dan urtv juga perlu diboikot..teramat jarang sekali sy lihat org mengulas isu majalah hiburan ini. ya kita kena boikot mcd, tp benda haram yg lain juga perlukan perhatian

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum wbt.

    Kita umat islam zaman sekarang hanya fikirkan cara yang MUDAH untuk kononnya BERJASA BESAR kepada perjuangan islam walhal sebenarnya ia tidak menyumbangkan apa-apa langsung pun. Umat islam zaman dahulu terkenal dengan kebijaksanaan tetapi sekarang kita terkenal dengan naiveness kita. Kalau setakat mengkaji berdasarkan informasi di internet memang tidak memadai. Tiada maklumat/ilmu yang betul2 tepat di siarkan secara percuma pada zaman sekarang. Demand and supply model HANYA apply kepada DIRECT SELLING TO THE CUSTOMERS. Saya bukan student business tapi benda ini sepatutnya jadi common knowledge. Di bawah franchising, ada international outreach. Di bawah IO mesti lagi ada main franchise bagi satu negara. Sub franchise utk negeri. Sub lagi utk setiap restaurant ada McD. Di sebabkan kita terlalu mencari zaman mudah kita jerit,


    BOIKOT BOIKOT


    Persoalan yang perlu kita tanya diri sendiri.


    ADAKAH ISLAM BEGINI LEMAH?


    Tidakkah kita mampu untuk sendiri menciptakan franchising brand, Line of product sendiri yang lagi competent? Sama dengan kempen boikot Israel di facebook. Korg rasa aktiviti boikot korg ni akan menekan Israel supaya menarik diri daripada palestin? Oh.. sudah tentunya tidak. Umat ini di benci oleh RAMAI orang. Tetapi keupayaan teknologi, minda umat diorg terlalu besar. Diorg terpaksa akur dan mengikuti telunjuk Israel sebab hey, they are superior. We need their technology.


    ORANG ISLAM?


    Memonteng kuliah. Final Year Project (FYP) copy and paste change from passive to active sentences. Busy dressing up prettily then bash each other saying “OMG BALUT AURAT”. Memalukan orang. Politik sini politik sana. Pecah belah.


    ILMUNYA MANA? KETAMADUNANYA MANA? MANA KESAUDARAAN ISLAM?


    Ramai yang ingat diri mereka academician tapi hanya menggunakan google untuk mencari fakta. What is this?

    Masjid Kosong. Hanya penuh time sembahyang jumaat/kenduri sahaja?


    But still they want to boikot? Kononnya love their own umat? Hey your umat here in Malaysia. Those who baru convert. Who guides them? Racism here and there. Fill form memanjang. Tiada org pun menyambut mereka dengan tangan terbuka.


    “Allah tidak akan mengubah sesuatu umat jika mereka tidak mengubah diri mereka sendiri”


    Ya Allah ya rahman ya rahim. Bukakanlah hati saudara saudari seislamku. Buka lah mata mereka. Tiada yang akan datang tanpa kesatupaduan islam. Tiada yang akan maju selagi kita tidak BERUSAHA. Ya Allah, generasiku ini penuh dengan fotographer, blogger, social-centric, indie bands.. bukan dengan golongan yang ingin belajar Ya Allah. Bukakanlah hati mereka… Amin

    ReplyDelete
  29. salam.

    Inche Gabbana, mau tanya.
    bagaimana plak dengan KFC, PizzaHut? kerana sblom ni ana pun pernah diberitahu untuk memboikot kedua2 produk ini. Boleh minta pendapat?
    Sebak terasa bila baca komen diatas TT^TT"

    Jazakillah sbb post psl hal ni. sebenarnya ana masih mencari2 kekuatan dan alasan yang kukuh untuk menjauhi produk2 yang boleh memusnahkan saudara2 di Palestin. Jazakillah sekali lagi.

    ReplyDelete
  30. Salam Ramadan.. ok. How about American products? Well, I used to buy American products before, but when I rechecked the quotes of yusuf alqaradhawi regarding this issue, he mentioned both Israel n America.

    Yet, I do love some American products. But, restricted by this fatwa.. wuuu

    ReplyDelete
  31. Apple product Amerika? Eh.

    Setuju sangat2 lah dengan anonymous atas mashimaro uh..^^

    Saya ada banyakkkkk sangat nak cakap tapi saya bimbang salah anggap inche gabbana..saya yakin dah banyak isu IG sentuh tapi saya belum berkesempatan untuk baca..(maklum la dulu pandang buat tak nampak..^^)

    tapi tahukah sesiapa yang baca post2 dan komen2 diatas?

    kepada siapa kita tujukan kata2 kita?

    adakah kepada pembaca yang sudah memang sedar kepentingan boikot tu sendiri? atau kepada orang2 yang sememangnya telah faham tentang Islam dan musuh2nya?

    Saya pun tak tahu macam mana saya 'ter'boleh kerja di McD selama hampir 3 bulan siap di 3 cawangan yang berlainan pulak. Padahal seumur hidup saya tak pernah makan apatah lagi jejak mcD sebelum tu.

    Tapi saya terbuka mata sebentar. Kita sering berdakwah kepada orang yang dah tahu.(saya sekolah agama)

    Rakyat Malaysia ramai lagi masih tidur. Ramai masih buta dan tuli.

    Agaknya berapa puluh buah McD di Malaysia? Berapa ribu orang Melayu dan Islam yang kerja dengan McD? Tapi saya sanggup buat statement berani hidup kena taboo, kurang 10% yang faham Islam dan amalkannya.

    Masakan majikan yang Islam boleh tanya, kenapa ko tak amik air semayang didapur? (yang tempat terbuka laki lalu lalang uh?xtau aurat apa?) Masakan derang persoalkan waktu kita solat sedang derang nauzubillah..nak sebut..ketar rasa..tak solat..(sumpah kalau tak darurat tahap mati saya tak kerja dah situ pasni..T_T)

    Kalau benda basic camni tak jaga tak buat, mahu ke derang boikot?

    pernah tak IG atau mana2 pendakwah kat luar sana terfikir, macam mana ya nak tarik atau tunjuk jalan kat mereka2 yang tak berinteraksi dengan orang luar melainkan sesama mereka ni?

    Saya syukur Allah gerakkan saya untuk kerja disana sekejap. Walaupun telinga saya panas je setiap hari digelar bajet alim segala, tapi saya berpeluang untuk mentarbiyahkan segolongan kecil mereka yang saya temui..

    pernah seorang rakan dengan berani mengajak menjatuhkan mcD dari dalam, katanya 'kita patut bagi layanan teruk kat customer, bagi waste banyak product, supaya mcD xlaku n xjalan'

    perlu ke buat macam tu?

    apa yang bermain-main dalam kepala saya ni kita insyaAllah mampu tahan diri sendiri, dan mungkin berjaya mempengaruhi orang sekeliling yang kebanyakannya spesis kita, tapi mampukah kita sedarkan yang lain2.. yang alah alergi dengar tazkirah ni?

    *kot pasni ada yang berani buat flyer boikot letak kat mcD buat alas tray ke an?

    ReplyDelete
  32. Mungkin kalau kita sorang2 boikot barangan Israel kita tak rasa ada efek sangat.Tapi sekurang-kurangnya kita tak ada lah rasa bersalah tolong yahudi aniaya saudara kita sendiri.

    ReplyDelete
  33. Selepas palestin syria pula, golongan yahudi dan syiah semuanya nak memusnahkan Islam, apa yang kita boleh buat? Nak ikut berjihad? saya antara kaum ibu ni memang mustahil... TAPI, apa yang boleh saya buat ialah BOIKOT dan doakan kesejahteraan hidup buat saudara Islam kita disana. Walaupun usaha ni sekelumit cuma, itu sudah menunjukkan saya berada di belakang saudara Islam disana, saya rasa tak salah tentang itu, dan boikot ni bukan susah mana pun.

    ReplyDelete
  34. Satu kesedaran untuk diri sendiri..

    ReplyDelete
  35. dah terang benderang McD penyumbang, pokoknya diri sendiri. nak atau tak nak. huhu

    ReplyDelete
  36. Saya pernah google tentang perkara ni beberapa bulan lalu, yang dapat adalah pekerja mcd sendiri (di laman web us) menjawab soalan yang menanyakan tentang sumbangan mcd starbak dll

    Jawapan dia mengatakan yang mcd, starbak di us saja yang memberi bantuan ke atas tentera zionis

    ReplyDelete
  37. bismillah. nampaknya hasil usaha memboykot semakin mendapat sambutan hangat.

    beberapa hari lalu,saya berkesempatan menjeling pandang-pandang restoran mcd di kawsan brdktan rumah.

    dan anehnya,pekerja mcd hampir 90% adalah cina.eh!

    itu saja.sekian.

    ReplyDelete
  38. panjangnya..waduh, nak bookmark dulu, ade masa sesuai nanti baca..uhhu..

    ReplyDelete
  39. happy meal dari Mcd mmg tak menghepikan, lets talk about the angel that wears gucci? how to deal with it? am i suppose to go with the boycotting thing? LOL!

    ReplyDelete
  40. en. anonymous atas mashimaroo, saya setuju dgn pndangan anda. tapi apa yg IG tulis tu mmg betul. dr.yusuf al-qardhawi pun memfatwakan bhw kita wajib boikot brgan2 t'sebut kcuali yg mmg dah tiada alternatif lain.

    Dlm al-quran sendiri Allah bgtau kita walaupun usaha kita itu hanya sebesar zarah, tapi pd pndangan Allah itu besar nilainya.

    bagi masyarakat yg belum sedar tu, mnjadi tugas kita lah utk menyedarkan, mmg susah, sgt susah sbb byk brgn israel dan america mnjadi pilihan masyarakat sekarang.

    walaupun kita rasa usaha yg sedikit ni xbg kesan apa2 pun, tapi inshaallah dpt nilaian yg baik di sisi Allah.

    nabi nuh pun berdakwah 950tahun. tapi berapa org je yg dpt didakwahinya,40 org je.bil org yg berjaya didakwahi ini berlainan pendapat, tp yg paling ramai adalah 40 org. tapi Allah lihat pd usahanya walaupun hasilnya tak lah seberapa.

    refleks balik niat kita.

    org islam yang tak tutup aurat, yg xsolat, xpegi masjid, copypaste FYP, tgk movie lagha, gila cerita korea..itulah menjadi tugas kita semua yg faham utk mentarbiyahi mereka. semuanya bermula dgn tarbiyah. Inshaallah org yg ditarbiyah dan betul2 mahukan perubahan xkan buat benda2 mcm ni.

    ReplyDelete
  41. NESTLE pun jgn lupa boikot! Milo semua. U can do it!

    http://nurlinblog.blogspot.com/2012/11/boikot-produk-israel-free-palestine.html

    ReplyDelete
  42. inche gabbana aqsa syarif fokus kepada 4 products..mcd, coca cola, nestle dan loreal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg utama mcd,starbuck & kola.utk nestle kta cuba perlahan2.nestle ada 3000 lbih produk keluaran mereka.agk sukar tp tk mustahil.wallahualam ^.^

      Delete
  43. Last lepak MCD time birthday 22 tahun dulu. Kiranya setahun lebih jugak tak masuk MCD & beli MCD. Mula2 macam ketagih gak tak pekena mcd tapi lama2 dah terbiasa. Lagi pun tak elok mkn fastfood. Starbucks pulak tak pernah keluarkan duit sendiri beli kat situ. Rasa mcm terlalu membazir pulak keluarkan duit untuk segelas kopi kat situ.

    ReplyDelete
  44. Alhamdulillah keluarga saya terima yg saya tak makan mcD, then satu keluarga saya dh lama berhenti makan mcD ... Starbuck mmg tak pernah minum dr dulu sampai skrg.. Alhamdulillah. InsyaAllah usaha kita akan berjaya..

    ReplyDelete
  45. newintarbiyah28/03/2014, 18:13

    alhamdulillah mekdi x pernah menjamah tekak mahupun lidah saya seumur hidup ni(about 19 years ).boikot nestle!

    ReplyDelete
  46. boikot semua produk laknatullah ni
    tapi!!tapi...hati2 semua dlm boikot-memboikot ni,ada golongan yg ambil kesempatan dgn menytakan saingan bisnes mereka adalah produk israel or sekutu dgnnya

    ReplyDelete
  47. Sebenarnya di Israel leaders disana yang minta rakyatnya boikot MCdonalds. So jika kita boikot adakah kita support Israel?

    http://www.washingtonpost.com/blogs/worldviews/wp/2013/06/27/israeli-settler-leaders-call-for-a-boycott-of-their-own-against-mcdonalds/

    ReplyDelete
  48. Diorg mmg xmkn mekdi..x minum koka kola sbb benda2 tu semua memudaratkan kesihatan. Rakyat negara lain nk mati sbb mekdi n kok, diorg peduli ape..

    ReplyDelete
  49. bbrp barangan boikot, didapati mempunyai kandungan yang membahayakan kesihatan.

    ReplyDelete